Dalam syarat bai'at yang kedua ini, ia juga ada menyatakan tentang menjauhi pandangan berahi terhadap yang bukan muhrim. Ia juga dipanggil sebagai ghadhe bashar.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Raihana, dia mengatakan bahawa dia pernah bersama Rasulullah(saw) dalam suatu peperangan. Pada satu malam, beliau mendengar Rasulullah(saw) bersabda: "Api haram atas mata yang sentiasa jaga pada jalan Allah Ta'ala. Dan api juga haram atas mata yang menangis kerana takut kepada Allah Ta'ala".
Abu Syarih berkata, saya mendengar seorang perawi mengatakan bahawa Rasulullah(saw) juga ada bersabda: "Api juga haram atas mata yang tunduk daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Dan api itu juga haram atas mata yang dizahirkan pada jalan Allah Ta'ala". (Sunan Darmi, Kitabul Jihad, Bab Fil Lazi Yasharu Fi Sabilillahi Harsan)
Kemudian dalam satu hadis lain, Ubadah Bin Samit(ra) meriwayatkan bahawa Nabi(saw) bersabda: "Aku berikan khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga jika kamu beri jaminan kepada saya tentang enam perkara. Apabila kamu berkata hendaklah yang benar, apabila kamu berjanji hendaklah ditunaikan, apabila kamu diletakkan suatu amanah hendaklah berikan sesuai dengannya, hendaklah kamu menjaga kemaluan kamu, jalankan ghadhe bashar, dan jangan biarkan tangan kamu melakukan kezaliman". (Masnad Ahmad Bin Hambal, Jilid 5, halaman 323, cetakan Beirut)
Hazrat Abu Said Khudri(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda: "Hindari dari mengadakan majlis di jalan-jalan". Mereka berkata: "Ya Rasulullah! Kami tidak ada cara selain membuat majlis di jalan-jalan". Rasulullah(saw) menjawab: "Jika begitu, sempurnakan hak jalan-jalan". Mereka bertanya lagi: "Apakah hak jalan-jalan itu?" Baginda(saw) menjawab: "Kamu hendaklah menjawab salam orang yang lalu-lalang, lakukan ghadhe bashar, tunjukkan jalan kepada orang yang bertanya, ajaklah melakukan kebaikan dan hindari dari melakukan kejahatan." (Masnad Ahmad Bin Hambal, Jilid 3, halaman 16, cetakan Beirut)
Hazrat Aqdas Masih Mau'ud(as) berkata: "Al-Qur'an telah mengajarkan satu jalan yang terbaik sesuai dengan tuntutan dan kelemahan fitrat seorang insan. Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka itu menundukkan pandangan dan memelihara faraj-faraj, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka (An-Nuur:31) Faraj-faraj di sini bukan hanya merujuk kepada kemaluan, malah ia termasuklah setiap lubang seperti telinga dan sebagainya, dan juga termasuk menghindari diri dari mendengar pesta-pesta wanita yang bukan muhrim. Kemudian, dari beribu-ribu pengalaman telah terbukti bahawa apa yang telah Allah larang, akhirnya insan sendiri yang meninggalkannya." (Malfoozaat Jilid 7, halaman 135)
Kemudian beliau berkata lagi: "Islam telah mewajibkan batasan-batasan antara wanita dan lelaki. Pardah yang diperintahkan untuk wanita, juga ia dikenakan kepada kaum lelaki iaitu ghadhe bashar. Solat, puasa, zakat, haji, beza antara halal dan haram, meninggalkan amalan yang bertentangan dengan perintah Allah, semua itu merupakan pintu-pintu Islam yang sempit, yang mana tidak semua insan dapat melaluinya." (Malfoozaat Jilid 5, halaman 614, edisi baru)
Dengan itu, lelaki juga diharapkan agar mendapat pelajaran bahawa mereka harus menundukkan pandangan, malu itu tidak hanya untuk wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga harus mengamalkannya.
Kemudian beliau berkata lagi: "Untuk mencapai iffat, Tuhan bukan sahaja telah memberikan ajaran yang terbaik, malah insan juga diajarkan lima cara untuk memastikan hidup yang suci. Menghindari dari melihat yang bukan muhrim, tidak mendengar suara yang bukan muhrim, tidak mendengar kisah-kisah mengenai yang bukan muhrim, dan juga menghindari semua majlis-majlis yang boleh menggalakkan perbuatan yang buruk. Jika tidak mampu bernikah, hendaklah berpuasa dan sebagainya."
Beliau(as) berkata lagi: "Di sini kita dengan bangga mengatakan bahawa ajaran yang terbaik bersama dengan semua tadbir-tadbirnya yang dijelaskan oleh Al-Qur'an, ia hanya merupakan keistimewaan yang dimiliki oleh Islam. Dan di sini ada satu perkara yang perlu diingat bahawa oleh kerana insan secara tabi'inya dipengaruhi oleh syahwat, dan tanpa suatu perubahan, insan tidak boleh terhindar daripadanya, dia tidak boleh hidup dengan diliputi semangat syahwat seperti itu, atau boleh dikatakan bahawa dia sentiasa berada dalam bahaya. Sebab itu Tuhan tidak mengajarkan bahawa jangan melihat wanita yang bukan muhrim, merenung kecantikannya dan menonton gaya tarian mereka dengan cara berpura-pura, tetapi boleh melihat mereka dengan pandangan yang bersih. Dan juga kita tidak diajarkan supaya jangan mendengar nyanyian wanita-wanita muda yang bukan muhrim, mendengar cerita-cerita kecantikan mereka dengan fikiran yang kotor tetapi haruslah dengan fikiran yang bersih. Kita tidak diajarkan seperti itu, malah apa yang diperintahkan dan ditegaskan ialah jangan sama sekali melihat kecantikan wanita yang bukan muhrim, tidak kira samada dengan pandangan bersih atau kotor. Dan juga jangan mendengar keindahan suara dan kisah-kisah kecantikan mereka, tidak kira samada dengan fikiran yang bersih atau kotor. Seharusnya kita menyimpan perasaan benci atas perbuatan tersebut. Sebab, dengan pandangan yang bersih pun ada masa-masanya boleh tergelincir. Jadi, oleh kerana Tuhan berkehendak supaya mata dan hati kita bebas daripada bahaya-bahaya itu, sebab itu Tuhan mengajarkan kita ajaran yang terbaik ini. Tidak diragui bahawa jika tidak dihalang-halang, maka suatu kejadian yang tidak diingini boleh sahaja terjadi. Jika kita letakkan roti yang lembut di hadapan seekor anjing yang lapar dengan harapan bahawa tidak akan timbul dalam hati anjing itu untuk memakan roti tersebut, maka kita sebenarnya melakukan kesilapan. Jadi, Tuhan berkehendak agar keinginan nafsu itu langsung tidak diberi peluang supaya kita bebas daripada bahaya." (Islam Usul Ki Filosofi, Rohani Khazain, Jilid 10, halaman 343-344)
No comments:
Post a Comment