Thursday, July 11, 2013

Rahsia Kebangkitan Ummah - 2



DEFINISI ISLAM VERSI RASULULLAH SAW

Indahnya Islam

Ramai yang salah faham mengenai tindakan Nabi Besar Junjungan Muhammad saw memecahkan berhala ketika peristiwa Fatah Mekah. Rasulullah saw membinasakan 360 berhala di sekeliling dan di dalam Kaabah, pemusnahan ini adalah untuk mengembalikan fungsi Kaabah kepada tujuan asalnya sebagai tempat peribadatan sewaktu dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as. Tindakan ini bukan bermaksud Rasulullah saw mengizinkan orang Islam untuk membinasakan berhala-berhala di kuil-kuil peribadatan agama lain. Buktinya, kajilah sabda Rasulullah saw ini dengan sebaik-baiknya kerana ianya mengandungi nasihat menjernihkan kekaburan fahaman, “Aku sangat meminta kepada kamu supaya takut kepada Tuhan dan berlaku adillah terhadap orang-orang Muslim yang berangkat berserta kamu. Pergilah berperang atas nama Allah dan gempurlah musuh di Syria yang merupakan musuhmu dan musuh Allah. Jika kamu datang ke Syria, kamu akan berjumpa dengan mereka yang banyak mengadakan zikir Ilahi di dalam rumah-rumah peribadatan mereka, kamu hendaknya jangan berbantah dengan mereka dan jangan mengganggu mereka. Di negeri musuh itu, janganlah membunuh wanita dan kanak-kanak atau orang buta atau orang-orang yang sudah tua, jangan menumbangkan pohon dan merebahkan bangunan-bangunan”(Halbiyya, Jilid 3).

Berpandukan kepada nasihat Rasulullah saw, betapa cantik dan indahnya Islam kerana dalam keadaan peperangan sekalipun perkara tersebut di atas dititik-beratkan. Bentuk peperangan seperti inilah yang diberkati oleh Allah swt dan bukan seperti hari ini umat Islam melancarkan serangan dengan merempuh segala pesan suci Rasulullah saw. Kejahilan seperti ini mengakibatkan umat Islam sering kalah dalam peperangan kerana apa yang mereka lancarkan tidak menepati kehendak Allah swt. Perhatikan baik-baik perkara ini bahawa jika dalam keadaan perang sekalipun, umat Islam tidak dibenarkan merosakkan rumah peribadatan agama lain, apalagi dalam keadaan aman. Jadi, rumah peribadatan agama lain tidak boleh dirosakkan, lebih-lebih lagi jika ada umat Islam dari satu mazhab merosakkan rumah ibadah umat Islam dari mazhab lain. Tetapi inilah yang selalu terjadi, umpamanya di Pakistan, mazhab Sunni menyerang mazhab Shiah, di Indonesia mazhab Sunni berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan Jemaah Ahmadiyah dan begitulah seterusnya. Demikian jugalah dalam ideologi politik yang berbeza, umat Islam sanggup fitnah-memfitnah dan lebih parah lagi sanggup berbunuh-bunuhan sesama saudara Islam, lihat apa yang berlaku di Palestin, kumpulan Fatah dan Hamas saling berbunuh-bunuhan, di Libya penyokong kerajaan dan penyokong anti kerajaan bertempur sesama sendiri. Di dalam rumah ibadah sekalipun berlaku pembunuhan. Bagaimana dengan Negara Malaysia yang dicintai ini? Apakah ini yang diajarkan oleh Rasulullah saw?

Besarlah kemurkaan Allah swt apabila ada segelintir orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Islam sanggup merosakkan masjid atau rumah Allah swt yang memiliki kalimat, "Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasuulullaah”. Allah swt telah memberi peringatan yang sangat keras kepada golongan yang mahu menghalangi orang Islam lain daripada menyebut nama Allah swt di dalam rumahNya sepertimana firmanNya, “Dan siapakah yang lebih aniaya dari orang yang menghalangi menyebut namaNya di dalam masjid-masjid Allah dan berusaha untuk merosakkannya? Mereka tidak layak masuk ke dalamnya kecuali dengan rasa takut. Bagi mereka di dunia ada kehinaan dan bagi mereka di akhirat tersedia azab yang besar” (Al Baqarah : 115). Berdasarkan kepada ayat Al Quran ini, rumah Allah swt adalah tempat di mana nama Allah swt dipuji dan diagungkan. Oleh itu, mana-mana tempat atau bangunan yang digunakan secara tetap untuk menyembah Allah swt, itu adalah masjid. Oleh itu sesiapa yang menghalangi seseorang untuk menyebut dan menyembah Allah swt di dalam rumahNya maka Allah swt akan memberi kehinaan dan mendatangkan azab yang sangat pedih kepada mereka. Malah Allah swt memberikan keizinan kepada mereka yang dianiaya dan diusir tanpa sebab yang benar untuk mengangkat senjata melawan golongan yang melakukan penganiayaan dan pengusiran, semata-mata kerana mereka berkata Tuhan kami ialah Allah. Maka Allah swt berjanji untuk memberi kemenangan, sepertimana firmanNya,  “Telah diperkenankan untuk mengangkat senjata bagi mereka yang telah diperangi, disebabkan mereka telah diperlakukan dengan aniaya dan sesungguhnya Allah berkuasa menolong mereka. Orang-orang yang telah diusir dari rumah mereka tanpa sebab yang benar, hanya kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” ..... (Al Hajj :40-41).

Definisi Islam Versi Rasulullah saw 

Jika ditelusuri, semua masalah ini berpunca apabila ada pihak yang menokok tambah dan membuat definisi sendiri tentang status seseorang itu Islam, atau tanpa merujuk kepada Al Quran dan sabda Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw. Dalam hadis Shahih Muslim, Kitabul Iman, Jibril telah datang kepada Rasulullah saw dalam jelmaan seorang manusia dan bertanya kepada Baginda saw: “Hai Muhammad! Beritahukanlah kepadaku tentang Islam.” Rasulullah saw bersabda : “Islam, ialah hendaknya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan beribadah haji ke Baitullah jika engkau mampu menempuh di jalannya. Orang itu (Jibril) berkata “Engkau benar!”. Difinisi Islam versi Rasulullah saw amatlah mudah dan sederhana. Kesimpulannya, sesiapa pun dari kalangan umat Islam boleh saja berbeza pendapat tetapi tidak bermakna dibenarkan saling tuduh menuduh atau saling kafir mengkafirkan serta serang menyerang sehingga membawa kepada kerosakan serta kemusnahan harta benda dan nyawa.

Pelajarilah kisah ini, Rasulullah saw pernah kecewa dan sangat kesal kepada Usamah bin Zaid apabila Rasulullah saw diberitahu bahawa Usamah membunuh seorang kafir yang mengucapkan Kalimah Syahadah di dalam satu peperangan. Usamah bin Zaid membela dirinya dengan mengatakan bahawa beliau berbuat demikian kerana beranggapan bahawa orang kafir itu hanya mengucapkan Kalimah Syahadah disebabkan takut kepada pedang yang dihayunkan olehnya dan bukan atas dasar keimanan yang sejati. Rasulullah saw sangat marah dengan alasan yang diberikan sambil bersabda, “Apakah engkau sudah membelah hatinya untuk membuktikan kenyataan itu?” (Shahih Bukhari, Kitabul Maghazi, bab ba’tsi  an-Nabi Usmata ibna Zaid ila al-huruqat min juhainah, halaman 612). Berdasarkan hadis sahih ini, ucapan Kalimah Syahadah seseorang yang dilafazkan di mulut adalah memadai untuk mengiktiraf seseorang itu sebagai Islam. Apapun yang terdapat dalam hati orang tersebut, itu hanyalah Allah swt yang memberi pengiktirafan kepadanya. Tidak boleh menuduh seseorang mengucapkan Kalimah Syahadah hanya berpura-pura atau menuduh mereka mengucapkan di mulut lain tetapi di hatinya lain. Tuduhan tersebut tidak boleh dilakukan kerana perkara ini bukan urusan manusia tetapi adalah hak mutlak Allah swt. Justeru itu, tiada pihak atau mana-mana ulama yang boleh menokok tambah kepada definisi Islam yang ditetapkan oleh Rasulullah saw. Dengan kata lain, selagi golongan tersebut mengamalkan Rukun Islam yang disabdakan oleh Nabi Besar Muhammad saw, mereka adalah ISLAM dan tiada sesiapa pun yang boleh melucutkan status tersebut. Oleh itu sama ada seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah hanya di mulut sahaja atau sebaliknya, itu adalah urusan Allah swt dengan orang tersebut. Para ulama atau sesiapa sahaja tidak ada hak menentukan seseorang itu benar atau salah, seseorang itu Islam atau kafir, lebih-lebih lagi jika diikuti dengan serangan fizikal di mana Rasulullah saw amat kesal dengan tindakan Usamah bin Zaid menyerang dan membunuh orang yang sedang mengucapkan Kalimah Syahadah. Demikianlah indahnya ajaran Islam yang diajarkan oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun dahulu. Apakah ajaran tersebut tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada hari ini sehingga begitu mudahnya seseorang menghukum dan mengkafirkan saudara seagamanya sendiri?

Apakah jika seseorang Islam meminum arak, berzina, mencuri, tidak solat lima waktu, tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh orang lain boleh dilabel sebagai orang terkeluar dari agama Islam, murtad dan kafir? Oleh itu, janganlah terikut-ikut mengkafirkan pihak lain, pendapat yang berbeza ataupun tindak-tanduk seseorang Islam tidak menepati cita rasa orang Islam yang lain atau ajaran Islam, tidak bermakna orang tersebut boleh difatwakan murtad dan kafir. Hal seperti ini hanya memberi gambaran kepada tahap kesempurnaan keimanan dan ilmu yang dimiliki orang berkenaan. Cukuplah Kalimah Syahadah dan Rukun Islam sebagai panduan untuk menentukan seseorang itu Islam atau tidak.  Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa mengatakan orang lain kafir dan murtad. Perkara seperti ini nampaknya sudah menjadi lumrah di kalangan umat Islam hari ini. Sebahagian besar umat Islam dengan mudah mempercayai sesuatu yang dikatakan oleh orang lain, lebih-lebih lagi yang dikatakan itu keluar dari mulut seesorang yang bergelar ustaz atau ulama tanpa menyelidiki mungkin yang dikatakan itu adalah fitnah belaka. Sabda suci Rasulullah saw juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan diazab dengan kehinaan oleh Allah swt. Berhati-hatilah, kesilapan dan kelalaian seperti ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah. Allah swt amat mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang bakal terjadi di dalam umat Islam, maka Dia  memberi petunjuk yang terbaik untuk menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut. Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu “Engkau bukan mukmin”,  Kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah banyak kekayaan” (An Nisaa’ : 95).
Apa yang perlu diberi perhatian ialah berdasarkan kepada ayat Al Quran tersebut di atas, hanya perkataan salam sahaja telah menyebabkan Allah swt memerintahkan jihad itu harus dihentikan. Jika perkataan salam sahaja sudah memadai, apalagi jika seseorang itu atau satu kumpulan atau lebih tepat lagi sebuah jemaah mengakui diri mereka sebagai Islam dan terpampang Kalimah Syahadah di masjid mereka. Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati apabila mendengar sesuatu kelompok Islam dikatakan kafir atau murtad, jadikanlah peringatan Allah swt di atas sebagai panduan. Kalau perintah ini diabaikan juga pasti Allah swt menurunkan azabnya.

Wujud Paling Buruk?

Persoalan yang timbul di kalangan umat Islam, siapakah yang bertanggungjawab mencemari kesucian agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam sehingga berlaku kepada pembunuhan dan kerosakan? Dalam hal ini bukan niat untuk memburuk-burukkan ulama tetapi ingin mengingatkan pesan suci Nabi Muhammad saw. Baginda saw telah memberikan gambaran yang paling tepat mengenai sebahagian ulama Islam di zaman ini yang dianggap sebagai wujud yang paling buruk di bawah kolong langit dan seperti kera serta khinzir. Mengapa perumpamaan yang keras seperti ini disabdakan oleh Rasulullah saw?

“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi”( HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. ULAMAnya akan menjadi wujud PALING BURUK di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tetapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

Berdasarkan kepada hadis di atas, sememangnya wujud golongan dalam masyarakat Islam sepertimana  disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka dan para ulama ini pula adalah wujud yang paling buruk di bawah kolong langit. Salah satu bukti yang menggambarkan sifat ulama ini dan menyempurnakan sabda suci Rasulullah saw ialah dengan mudahnya mereka mengeluarkan fatwa mengkafirkan kumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang kedudukan perkara sebenar.

Sifat babi atau khinzir yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran, najisnya pun dimakannya dan ini melambangkan sifat tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras. Ini adalah kerana Rasulullah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan, “...Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (Al Qashash : 78).

Perbuatan memfitnah dan menggunakan kekerasan adalah bukti bahawa umat Islam hanya pada nama sahaja, Islam dan Al Quran hanya tinggal tulisan sahaja kerana majoriti umat Islam telah membelakangkan ajaran Al Quran sehingga sanggup menyerang masjid dan membunuh orang Islam yang difitnah. Masjid-masjid golongan para ulama yang dimaksudkan besar-besar dan indah-indah belaka tetapi kosong dari petunjuk kerana masjid mereka menjadi medan menabur fitnah-fitnah kepada orang lain agar masyarakat membenci dan menjauhi kelompok yang dianggap tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Namun begitu berdasarkan kepada hadis yang sama juga memperlihatkan bahawa Allah swt akan memberi petunjuk dan membongkar pembohongan mereka dan masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah itu akan kembali kepada golongan ulama berkenaan. Masyarakat akan melihat sendiri dan sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci  Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw. Oleh itu sempurnalah firman Allah swt, “Dan Rasul itu akan berkata, ‘Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku telah memperlakukan Al Quran ini sebagai sesuatu yang telah ditinggalkan” (Al Furqaan : 31). Amat jelas bahawa rasul yang dimaksudkan itu mengadu kepada Allah swt dalam keadaan kesal dan sedih. Inilah yang terjadi dan sedang berlaku dalam umat Islam, ramai yang membaca Al Quran, masjid-masjid ramai pengunjung namun apa yang dikesalkan adalah amalan yang dituntut oleh Al Quran adalah sesuatu yang telah ditinggalkan.
    
Murtad Dihukum Bunuh?

Dari mana sumber hukum ini, Al Quran, hadis, sunnah Rasul saw atau ulama berfikiran sempit? Rasulullah saw tidak pernah mengeluarkan perintah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad. Allah swt lebih murka apabila ada golongan yang cuba merampas hakNya dan melakukan kekerasan dengan menggunakan nama Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Faktor ini juga antara penyebab utama yang menghambat proses kebangkitan Islam. Golongan tersebut mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan perintah sebenar Allah swt. Sebagai contoh, mereka salah faham mengenai gerakan Ar Riddah yang berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq. Khalifah Abu Bakar ra memerangi golongan tersebut bukan kerana masalah kemurtadan mereka tetapi disebabkan mereka melancarkan peperangan dan menghasut pihak lain untuk melakukan pemberontakan terhadap umat Islam. Ingatlah pesanan Allah swt memerintahkan umat Islam untuk menggunakan AKAL. Sebenarnya dua isu yang berbeza, pertama ialah isu murtad dan isu ini adalah berkaitan dengan keimanan yang merupakan hak Allah swt manakala yang kedua ialah isu pemberontakan. Dalam soal pemberontakan ini adalah satu pengkhianatan kepada negara yang perlu dijatuhkan hukuman oleh pemerintah atau kerajaan. Bertukar agama bukan satu pengkhianatan kepada negara jika golongan tersebut tetap menjadi warganegara yang baik. Sekali lagi diseru agar umat Islam menggunakan akal sepertimana disarankan oleh Al Quran Karim. Sebagai contoh, jika ada orang Islam telah memeluk agama Kristian dan tetap menjadi warganegara yang baik, apakah individu tersebut layak dibunuh? Jika umat Islam ingin membenarkan hal ini, bagaimana jikalau tokoh agama Kristian membuat undang-undang yang sama iaitu sekiranya penganut agama Kristian memeluk agama Islam maka mereka akan dibunuh! Apa perasaan umat Islam apabila melihat perkara ini? Samalah dengan orang Kristian, mereka juga akan marah jika saudara barunya dibunuh oleh orang Islam. Tidakkah ini akan membawa kepada pergaduhan, pembunuhan dan kerosakan? Lebih serius lagi apabila ramai yang bertukar agama maka akan ramailah yang dijatuhkan hukuman bunuh, tidakkah ini akan menimbulkan perasaan benci dan permusuhan, akhirnya perang agama bakal tercetus?

Allah swt tidak suka kepada kerosakan dan jangan salah faham mengenai peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Baginda saw terpaksa berperang hanya untuk mempertahankan diri dari kekejaman dan penganiayaan orang-orang Mekah Musyrikin dan musuh-musuh Islam yang lain. Islam adalah agama yang dipelihara oleh Allah swt, jika agama lain dikatakan telah banyak campurtangan manusia masih boleh memperlihatkan sifat kasih dan sayang, apakah Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang memerlukan undang-undang bersifat zalim terkandung dalam Al Quran Karim? Di sini, bukan untuk menyokong atau menggalakkan orang Islam menjadi murtad tetapi perlu disedari bahawa soal keimanan adalah HAK ALLAH SWT,  jika umat Islam cuba mengganggu hak Allah swt, pasti Dia akan memperlihatkan kemurkaanNya. Ayat ini cukup jelas dan mudah difahami, “Tiada paksaan dalam agama, telah nyata perbezaan antara kebenaran dan kepalsuan” (Al Baqarah : 257), “Katakanlah! Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang mendapat petunjuk, hanya ia dapat petunjuk untuk dirinya. Barangsiapa yang sesat, hanya ia sesat untuk dirinya dan aku bukanlah penjaga atas dirimu” (Yunus : 109).  Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan Rasulullah saw untuk memberitahu umat manusia KEBENARAN sebenarnya terdapat dalam Al Quran yang dikenali sebagai ajaran Islam. Rasulullah saw hanya bertanggungjawab untuk menyampaikannya, tanpa ada unsur paksaan. Sesiapa yang menerimanya maka itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Sesiapa yang menolaknya maka itu adalah untuk kerugian bagi dirinya sendiri. Rasulullah saw diperintahkan agar memberitahu umat manusia bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan, setiap jiwa bertanggungjawab atas dirinya sendiri dan Rasulullah saw tidak boleh memaksa sesiapa untuk menerima ajaran yang dibawanya. Al Quran menunjukkan jalan yang wajib dilalui untuk sampai ke dalam taman keredhaan Allah swt, sesiapa sahaja bebas memilihnya atau sebaliknya tanpa mengira masa dan tempat.

Selanjutnya Allah swt berfirman, “Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Al Kahfi : 30). Di dalam ayat ini juga Allah swt menjelaskan bahawasanya sesiapapun bebas menerima atau menolak kebenaran. Namun pada masa yang sama terdapat amaran yang amat pedih kepada sesiapa yang membelakangkan kehendak Allah swt. Ini bermakna tidak ada sesiapapun yang berhak menjatuhkan hukuman ke atas orang yang benar-benar keluar dari agama Islam. Allah swt memberi kebebasan mutlak kepada sesiapa sahaja samada mahu beriman atau ingkar. Sesiapapun bebas memilih untuk menerima Islam tanpa sebarang paksaan, bebas memasuki pintu-pintu yang sedang terbuka luas. Tidak ada kuasa yang boleh memaksa seseorang untuk menerima Islam atau untuk menghalang seseorang daripada menerima Islam, Allah swt tidak mengizinkannya. Inilah ajaran Islam sebenar yang diajarkan oleh Al Quran, tidak ada sesiapa yang diberikan kuasa memaksa orang lain menerima Islam atau menolak Islam. Malaikat diciptakan untuk menurut dan melaksanakan perintah Allah swt, para malaikat tidak diberi kuasa untuk mempersoalkan perintah. Oleh itu jika Allah swt tidak memberikan manusia kebebasan untuk memilih melakukan sesuatu bermakna penciptaan di antara malaikat dan manusia sama sahaja dan matlamat Allah swt untuk mencipta alam dan isinya tidak akan tercapai.

Tidak memadai dengan ayat di atas, Allah swt selanjutnya berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula) kemudian kafir lagi, kemudian bertambah tambah kekafirannya, Allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak menunjuki mereka kepada jalan yang lurus” (An Nisaa’ : 138). Allah swt berfirman lagi, “Hai orang-orang beriman, barangsiapa di antara kamu  yang murtad dari agamanya kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya” (Al Maa’idah : 55). Allah swt berfirman lagi, “Sesungguhnya orang-orang yang ingkar sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah dalam keingkarannya, sekali-kali tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang sesat. Sesungguhnya orang-orang yang ingkar, dan mereka mati dalam keadaan masih ingkar, maka sekali-kali tidak akan diterima dari seorang pun di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun ia hendak menebus dirinya dengan itu. Bagi mereka ini siksaan yang pedih dan tiada bagi mereka seorang penolong pun.” (Ali ‘Imran : 91-92).

Jika Allah swt merestui hukuman bunuh ke atas orang murtad maka tidak perlu Allah swt mengulang-ulang masalah kekafiran seseorang. Berdasarkan kepada pengulangan ini memperlihatkan seseorang itu boleh masuk dan keluar daripada agama Islam dengan sesuka hati dan hukumannya adalah daripada Allah swt. Allah swt tidak memerlukan golongan tersebut kerana Dia akan menggantikannya dengan golongan lain yang lebih setia kepada Islam. Jika Allah swt tidak mahu kepada golongan murtad yang dimaksudkan, mengapa ada pihak mahu memaksa Allah swt untuk terus menerima mereka? Seseorang hanya boleh memberi nasihat dan bukan menggunakan paksaan dan ugutan kerana Allah swt berfirman, “Dan sekiranya Allah engkau memaksakan kehendakNya, nescaya semua orang yang ada di bumi akan serentak beriman. Apakah engkau akan memaksa manusia hingga menjadi orang beriman? Dan tidak seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah. Dan Dia menyebabkan siksaanNya kepada orang yang tidak mahu mempergunakan akal” (Yunus : 100-101). Tidak ada dalam ajaran Islam memaksa seseorang untuk beriman, lebih-lebih lagi melaksanakan hukuman bunuh kononnya untuk menakutkan orang Islam yang lain agar tidak terikut untuk menjadi murtad. Apakah ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw bertujuan untuk menakutkan dan memaksa umat manusia? Sedangkan Allah swt berfirman: “Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (Al Anbiyaa’ : 108).

Berbalik kepada masaalah murtad tadi, jika seseorang dihalang untuk keluar daripada Islam sedangkan mereka sama sekali sudah tidak ada kecintaan terhadap agama Islam, tindakan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi munafik. Al Quran menerangkan golongan munafik akan dicampakkan ke dalam neraka yang paling bawah dan terpanas. Persoalannya, apakah  umat Islam mahu memiliki “saham” terhadap kemunafikan tersebut dan mahu memaksa Allah swt menerima golongan murtad ini? Jadikan teladan atas apa yang terjadi kepada umat Islam setelah beberapa tahun kewafatan Rasulullah saw. Perpecahan awal di kalangan umat Islam adalah disebabkan oleh ramainya golongan munafik sehingga Khulafa Rasyidin tidak mampu untuk membendungnya, sehingga khalifah Allah swt sendiri ada yang wafat disyahidkan. Lebih menghairankan ada pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Pembela Islam sanggup bermati-matian mendesak pihak berkuasa membatalkan permohonan seseorang yang ingin keluar dari Islam. Malangnya mereka tidak pula berjuang habis-habisan untuk mempertahankan keislaman seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam tetapi dituduh murtad atau terkeluar dari Islam oleh pihak lain. Sedangkan pihak yang dituduh murtad tersebut mendakwa diri mereka tetap beragama Islam dan melafazkan Kalimah Syahadah "Laa ilaaha illallaah, Muhammadur-Rasulullah”. Manakala golongan yang ingin dipertahankan oleh Pembela Islam ini secara terang-terangan telah menggugurkan Kalimah Syahadah di hati mereka. Mengapa golongan yang mahu keluar dari Islam dikekalkan dan golongan yang mengatakan diri mereka sebagai Islam ingin dikeluarkan? Lihatlah betapa kacaunya jika sesuatu tindakan tidak berlandaskan kepada kehendak dan penafsiran yang benar selari dengan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah diterangkan di atas, jelas memperlihatkan umat Islam di negara ini juga diambang kemurkaan Allah swt kerana telah mula melakukan pelbagai perlanggaran dan kelalaian. Allah swt tidak mahu namaNya Yang Maha Suci, Pengasih dan Penyayang digunakan di dalam melakukan penganiayaan, ketidakadilan, kezaliman, kekerasan dan penaburan fitnah. Allah swt sedang memberi hukuman yang bersifat pengajaran kerana Dia masih memberi kesempatan kepada umat Islam di negara ini dan mahu mengingatkan mereka agar kembali menyemak dan mengamalkan segala perintah-perintahNya. Namun begitu, jika umat Islam di negara ini terus melakukan penganiayaan dan kezaliman tersebut maka mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti negara-negara Islam lain yang sedang menerima ujian-ujian besar daripada Allah swt. Justeru itu, syukurilah keamaman dan kemakmuran yang dikecapi ini dengan cara yang disenangi oleh Allah swt.

Tokoh-tokoh Suci Difatwakan Murtad

Kebiadaban merosak dan membakar masjid telah menimbulkan kemurkaan Allah swt dan Dia telah mendatangkan azab yang sangat pedih kepada beberapa kumpulan atau Jemaah Islam dan bahang azab itu juga turut dirasai oleh penduduk negara berkenaan. Hal ini terjadi di Pakistan, Bangladesh dan Indonesia apabila ada segelintir pihak pelampau agama Islam dari sesebuah Jemaah mengkafirkan kelompok Islam yang lain lalu menyerang dan membakar masjid mereka. Lebih memilukan lagi mereka melaungkan nama Allah Yang Maha Besar sewaktu melakukan kerosakan tersebut. Perbuatan terkutuk ini tidak kurang hebatnya untuk mengundang kemurkaan Allah swt kerana pada pandanganNya selagi seseorang mengaku sebagai Islam dengan mengucapkan Kalimah Syahadah, individu atau kelompok tersebut adalah Islam. Perhatikan mana-mana negara Islam di mana perkara ini berlaku, negara tersebut tidak akan menikmati kemakmuran kerana Allah swt melaknat mereka. Allah swt juga murka terhadap umat Islam yang tidak mencegah penganiayaan tersebut dengan membiarkan saudara Islamnya melakukan kezaliman sehingga berlakunya penganiayaan dan pembunuhan. Allah swt berfirman, “Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam: ia akan menetap di dalamnya. Dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan menyediakan baginya azab yang sangat besar.”  (An Nisaa’ : 94).

Pembunuhan sesama Islam adalah merupakan di antara dosa besar yang sering dilakukan oleh sebilangan umat Islam. Oleh itu janganlah merasa hairan melihat kekacauan dan kemunduran kebanyakan negara Islam pada hari ini kerana semua ini ada kaitan dengan dosa yang pernah dan sedang mereka lakukan. Perkara ini juga telah menimpa beberapa tokoh suci Islam yang disanjungi seperti cucu kesayangan Rasulullah saw iaitu putera kepada Hazrat Khalifah Ali ra (khaatam-ul-auliya) yakni Imam Hussein, terpisah badan dan kepalanya akibat fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulama. Begitu juga Imam Shafie (juga digelar sebagai khaatam-ul-auliya), Imam al Bukhari, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ghazali dan beberapa tokoh ulama Islam yang lain. Mereka dikafirkan dan dituduh sesat kerana pandangan mereka yang bersifat progresif bertentangan dengan sekumpulan para ulama berfikiran sempit pada waktu itu. Perbezaan pendapat ini menyebabkan para ulama tersebut tersinggung dan mereka cipta pelbagai fitnah dan mengeluarkan fatwa untuk menuduh tokoh-tokoh suci Islam tersebut sebagai murtad, kafir dan sesat sehingga kerajaan dan masyarakat terikut-ikut melakukan penganiayaan dan kezaliman ke atas mereka. Umat Islam wajib berhati-hati dengan permainan kotor ini kerana jika tokoh-tokoh suci tersebut mudah dikafirkan dan dimurtadkan oleh para ulama, sudah tentu di zaman ini pasti para ulama yang kotor hatinya mudah memerangkap masyarakat Islam untuk mempercayai sesebuah kumpulan Islam atau seseorang dikatakan sesat dan kafir. Oleh itu umat Islam perlu berwaspada apabila berdepan dengan perkara ini kerana janganlah mengulangi dosa-dosa umat Islam terdahulu yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt.


Rahsia Kebangkitan Ummah - 1



JANJI ALLAH SWT

Abad Kebangkitan Islam

Abad ini dikatakan abad kebangkitan Islam yang boleh ditafsirkan bahawa akan terlepaslah ummat Islam dari belenggu pelbagai masalah merangkumi kemunduran ekonomi dan sosial, dan Islam sebagai agama yang akan menjadi pilihan dan anutan majoriti umat manusia, umat Islam bakal menjadi model dan dihormati. Namun, bercerita tentang kebangkitan Islam seolah-olah ingin diketengahkan satu kisah dongeng yang melucukan untuk hiburan bangsa-bangsa dunia. Dari zaman ke zaman seolah-olah tanpa penghujung kisah kebangkitan Islam terus menerus dikumandangkan sehingga orang yang mendengarnya menjadi bosan dan muak. Islam dan umatnya terus terperosok di bawah timbunan herdikan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat yang lemah dan jahil. Irama kebangkitan terus dimainkan tetapi tiada tanda-tanda yang jelas untuk membuktikan bahawa umat Islam mampu kembali ke zaman kegemilangannya. Buktinya, pada hari ini umat Islam terpaksa tunduk kepada kekuatan kuasa-kuasa besar yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang menjadi kuasa raksasa dalam bidang militari. Manakala dari sudut ekonomi, politik dan sosial pula, mereka seolah-olah menjadi “Tuhan” kerana sebahagian besar masyarakat dunia berkiblat kepadanya dan mendewa-dewakannya. Kekuasaan mereka seolah-olah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun. Apakah Allah swt akan terus mendiamkan diri terhadap semua kedajjalan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya?
Sebenarnya Islam dengan kekuatan RAHMAT ajaran Nabi Muhammad saw, akan menundukkan mereka dan memimpin dunia ke arah kedamaian dan kemakmuran bagi menggantikan dunia yang penuh kezaliman dan keganasan. Tiada sesiapa yang boleh menahan zaman kebangkitan Islam sesuai dengan janji Allah swt,  “Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (Al Anbiyaa’ : 108) dan “Dialah yang mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkanNya atas sekalian agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi” (Al Fath : 29). Ayat-ayat suci Al Quran ini mengandungi satu rahsia agung bahawa Allah swt sedang mempersiapkan dunia dan zaman baru yang akan dipimpin oleh Islam. Dengan kata lain, abad ini adalah akhir zaman atau penghujung kepada zaman kegelapan Islam. Pemilik alam ini akan mendatangkan kiamat rohani bagi membasmi segala kerosakan agama dan moral manusia, kemudian mewujudkan zaman kebangkitan semula Islam yang akan menghidupkan kembali rohani manusia yang telah mati melalui cahaya Rahmat ajaran Nabi Muhammad saw. Proses kebangkitan Islam akan menyempurnakan janji Allah swt bahawa umat Islam adalah khaira ummah (umat terbaik) kepada masyarakat dunia, sepertimana firman Allah swt, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia” (Ali ‘Imran : 111). Namun begitu, zaman kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terbantut disebabkan oleh umat Islam sendiri melakukan kesalahan dan kelalaian yang menimbulkan kemurkaan Allah swt. Justeru itu, umat Islam tiada pilihan lain jika ingin melihat zaman kebangkitan Islam, mereka perlu mengenal-pasti dan bertaubat dari dosa-dosa yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt. Sekaligus membolehkan mereka memahami mengapa Allah swt seolah-olah mendiamkan diri untuk membela umat Islam yang sedang menghadapi pelbagai bencana dan serangan daripada musuh-musuhnya.
Kekuatan Suci Rasulullah saw

Zaman kebangkitan Islam hanya dapat disegerakan dan menjadi kenyataan jika umat Islam menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat ra sebagai contoh atau role model. Pada zaman permulaan Islam ketika pengikut-pengikut Nabi Muhammad saw sedang menghadapi penganiayaan yang luar biasa, Allah swt menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu ini telah mentertawakannya kerana  pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan sedar apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah swt yang mendatangkan kiamat kepada masyarakat Jahiliyah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad saw. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata tetapi keteguhan iman dan kepatuhan mereka kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka mampu menghadapi penganiayaan, penentangan, kekerasan dan peperangan yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam dan akhirnya mereka bukan sahaja mengalahkan kaum musyirikin Mekah malah turut menundukkan dua super power iaitu Rom Timur dan Parsi. Hanya dengan cara ini saja yang boleh mengalahkan super power dunia hari ini iaitu Amerika dan sekutunya.

Peristiwa yang sama akan berulang lagi kerana Al Quran sendiri memberi gambaran bahawa kebanyakan kisah di dalamnya akan mengalami pengulangan. Semua pihak merasakan umat Islam tidak boleh bangkit lagi tetapi Allah swt memiliki perancangan suci dan Dia telah berjanji untuk mengunggulkan Islam di atas agama-agama lain. Allah swt tidak akan membiarkan kuasa-kuasa raksasa dunia untuk berterusan menyesatkan dan mendatangkan kerosakan kepada dunia. Allah swt telah beberapa kali menggoncangkan sistem ekonomi mereka dan mendatangkan dua azab yang besar  melalui Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945). Berdasarkan peristiwa tersebut, Allah swt amat mudah untuk membantu umat Islam untuk mengalahkan kuasa-kuasa raksasa dunia ini tetapi umat Islam mestilah terlebih dahulu berusaha untuk memperbaiki kecintaan mereka kepada Allah swt dengan mengikuti serta mengamalkan pesan dan nasihat suci Baginda saw.  Allah swt memberi jaminan kepada umat manusia jika mereka ingin dicintai olehNya, tiada lain kecuali mengikuti langkah-langkah kehidupan dan akhlak Baginda saw, sepertimana firmanNya, “Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu” (Ali ‘Imran : 32). Sebenarnya, di sinilah terletaknya segala kekuatan untuk memecahkan segala permasalahan umat Islam. Jika Allah swt Pemilik Alam ini telah mencintai umat Islam, apakah ada kekuatan lain yang mampu menahan kebangkitan dan kemenangan Islam pada abad ini?

Hentikan Kezaliman dan  Permusuhan Sesama Islam

Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa proses kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terhambat disebabkan oleh perbuatan umat Islam sendiri. Ada sesuatu yang dibenci oleh Allah swt, di antaranya adalah perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam. Kesalahan ini merupakan antara dosa yang telah dan sedang menimbulkan kemurkaan Allah swt yang amat besar. Umat Islam hari ini mempunyai amalan keji yang amat tidak disukai Allah swt seperti amalan dusta dan fitnah serta kekerasan bagi tujuan menjatuhkan saudara seagamanya. Disamping itu, sebilangan umat Islam begitu mudah menggunakan kata-kata menyesat dan mengkafirkan kelompok Islam yang lain jika pendapat dan pandangan pihak lain tidak selari dengan pendapat dan pandangan mereka. Bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut pelbagai fitnah direka-rekakan. Islam memandang keji terhadap fitnah memfitnah sehingga mengumpamakan dosa memfitnah itu lebih merbahaya daripada perbuatan membunuh, “... dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...” (Al Baqarah : 192).

Sememangnya fitnah memfitnah merupakan senjata yang paling kotor kerana kemampuannya mengakibatkan pergaduhan, pembunuhan dan  kerosakan yang tidak disenangi oleh Allah swt. Malah Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda bahawa dusta adalah ibu kepada kejahatan kerana satu dusta akan melahirkan lebih banyak dusta untuk menutupi dusta-dusta yang sebelumnya. Ini adalah di antara dosa-dosa umat Islam yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt kerana menyuburkan kebencian, prasangka buruk, permusuhan, ketidakadilan, penganiayaan dan kezaliman sesama Islam. Dosa ini yang menyebabkan permusuhan sesama Islam menjadi semakin besar dan telah menghalang umat Islam daripada bersatu, pada hal ajaran Islam telah meruntuhkan semua tembok pemisah bagi membentuk ukhuwah Islamiyah. Atas dasar itu, Allah swt memberi pelbagai perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk menyelamatkan mereka daripada permusuhan sesama sendiri dan mengelakkan orang Islam menjadi pengikut kepada golongan yang dimurkai Allah swt.



Lakukanlah Penyelidikan

Salah satu perintah Allah swt kepada umat Islam untuk menghindarkan mereka daripada perangkap dosa akibat mempercayai sesuatu yang bersifat fitnah ialah kewajipan untuk melakukan penyelidikan dan penelitian. Peringatan Al Quran wajib dijadikan panduan agar umat Islam tidak mudah terjerat dengan mempercayai apa yang disampaikan dan diberitakan kepada mereka.  Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik dengan suatu berita, maka selidikilah agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, kemudian kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Al Hujuraat : 7). Penyakit malas untuk melakukan siasatan atau penyelidikan akan membuahkan dosa lain iaitu sikap berprasangka buruk. Masalah ini juga disentuh oleh Allah swt, “Hai orang-orang  beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya  sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari  kesalahan orang lain” (Al Hujuraat : 13). Dosa seperti ini yang sedang bermaharajalela di kalangan umat Islam, mereka cepat mempercayai sesuatu berita dan lebih biadap lagi mereka menokok tambah berita tersebut sehingga pihak lain yang mendengar berita tersebut mempercayainya. Berita-berita seumpama ini bakal menambahkan kebencian dan prasangka buruk masyarakat terhadap seseorang atau kaum.

Seharusnya umat Islam tidak terperangkap dengan dosa seperti ini yang hanya timbul disebabkan kemalasan mereka untuk membaca, membuat penyelidikan dan kajian daripada sumber sebenar. Adalah amat tidak bijak jika ingin mengetahui sesuatu tentang seseorang atau lebih luas lagi sesebuah organisasi atau Jemaah dengan bertanya kepada orang yang memusuhi organisasi/Jemaah  atau orang tersebut. Dengan kata lain, adalah satu kejahilan jika seseorang yang ingin mengetahui kebenaran Rasululllah saw dengan bertanya kepada Abu Jahal dan menjadikan kenyataan Abu Jahal sebagai pedoman untuk menerangkan akhlak Baginda saw. Sudah pasti kenyataan bersifat dusta dan fitnah yang akan diperolehi oleh orang yang bertanya tadi. Ingatlah permainan dusta atau fitnah adalah senjata yang sering digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman Nabi Muhammad saw sehingga kekuatan cahaya kebenaran Rasulullah saw hampir-hampir padam akibat kekotoran dusta dan fitnah. Baginda saw difitnah sebagai pendusta, pemecah belah masyarakat, ahli sihir, orang gila, penyembah bintang dan sebagainya untuk menakut-nakutkan masyarakat supaya tidak mendekatinya. Sehingga hari ini, fitnah-fitnah itu masih dilakukan oleh musuh-musuh Islam terutamanya di negara-negara Barat untuk mencapai objektif yang sama. Lebih buruk lagi umat Islam turut serta samada secara sedar atau tidak dalam melakukan perkara yang serupa. Bercambahnya perpecahan di kalangan umat Islam sesudah kewafatan Rasulullah saw adalah disebabkan ada di kalangan umat Islam tidak takut pada Allah swt, menyemarakkan dusta dan fitnah dalam masyarakat Islam dan majoriti umat Islam pula tidak mengamalkan firmanNya, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik dengan suatu berita, maka selidikilah agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, kemudian kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Al Hujuraat : 7).

Elakkan Berprasangka Buruk Terhadap  Agama
Kristian atau Agama Lain

Dalam menghadapi ancaman fitnah-fitnah oleh musuh-musuh Islam pula, umat Islam perlu banyak mengkaji dan mendalami ilmu agama Islam serta mempelajari agama-agama lain khususnya agama yang ramai pengikut seperti  Kristian, Hindu dan Buddha. Selama ini akibat kekurangan membaca dan malas menggali ilmu mengakibatkan umat Islam bersikap tertutup dan ini menyuburkan penyakit berprasangka buruk. Apa yang dikesalkan selama ini, para ulama sering mengingatkan umat Islam mengenai bahaya Kristianisasi tetapi mereka tidak dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya untuk menghadapi ancaman ini. Masalah ini menyebabkan umat Islam menjauhkan diri daripada berbicara mengenai agama dengan penganut agama Kristian atau agama lain dan tanpa disedari masalah ini telah membantutkan proses dakwah Islam secara efektif dan komprehensif. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada sesetengah ulama Islam yang terlalu berhati-hati dan prejudis terhadap agama-agama lain terutamanya agama Kristian. Mereka menanamkan sikap benci dan sering mengelak untuk berbincang atau berdebat secara sihat dengan tokoh-tokoh agama lain. Malah, pernah suatu ketika ada ulama yang berfikiran sempit mengeluarkan fatwa bahawa Al Quran tidak boleh dialih bahasa dan dicetak, mikrofon dan pembesar suara dilarang untuk digunakan semasa khutbah atau mengumandangkan azan. Alasannya disebabkan peralatan tersebut dicipta oleh masyarakat Barat (Kristian) yang dianggap sebagai “syaitan”.

Betapa ruginya jika seseorang memiliki sikap berprasangka buruk. Mujurlah Nabi Muhammad saw meninggalkan beberapa peristiwa untuk umat Islam pada hari ini menilai sendiri sikap keterbukaan dan tolak ansur terhadap agama-agama lain. Rasulullah saw memperlihatkan sikap toleransinya kerana Baginda saw menjauhi sikap berprasangka buruk dan ini dilakukan demi menarik mereka kepada Islam. Salah satu peristiwa tersebut ialah, “Satu perutusan suku Kristian dari Najran menghadap Baginda saw di Madinah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam masalah keagamaan. Perbincangan itu diadakan di dalam masjid dan berjalan beberapa jam. Kemudian perutusan itu meminta izin meninggalkan masjid bagi mengadakan upacara ibadah di suatu tempat yang tenang. Rasulullah saw bersabda bahawa mereka tidak perlu meninggalkan masjid yang memang merupakan tempat khusus untuk ibadah kepada Tuhan dan mereka dapat melakukan ibadah mereka di dalam masjid” (Zurqani). Sikap keterbukaan dan toleransi Baginda saw telah mencairkan hati ramai orang-orang kafir yang degil dan keras hati larut bersama Islam dan kecintaan terhadap Allah swt.

Islam Berdiri Dengan Dalil

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah kerana masih ada ulama yang melarang orang Islam membaca Bibel atau kitab Injil, dan larangan ini dibuat kerana kononnya boleh menyesatkan umat Islam sedangkan umat Kristian melalui golongan orientalis Barat telah mengkaji Al Quran secara mendalam. Tujuan mereka bukan untuk memeluk agama Islam tetapi untuk mencari kelemahan Al Quran untuk digunakan bagi menentang Islam. Seharusnya umat Islam menggunakan pendekatan yang sama melahirkan pakar Bibel untuk melawan balik serangan tersebut. Para ulama tidak perlu bimbang kerana keunggulan Al Quran tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana kitab termasuk kitab Bibel.

Jika umat Islam mendalami Bibel dan menjelaskan kandungannya dengan baik, sudah tentu mereka tidak ada selera untuk memeluk agama Kristian kerana Al Quran jauh lebih unggul dan sempurna daripada Bibel. Persoalan lain yang sering menghalang ialah bagaimana caranya bagi membuktikan keunggulan Islam kepada penganut agama Kristian jika tidak menyentuh dan membaca Bibel? Ketahuilah bahawa agama-agama dunia yang masih ada pengaruh kuat hingga ke hari ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain adalah agama berasal dari satu sumber kerana Allah swt berfirman, “Dan untuk setiap umat ada seorang rasul..”(Yunus : 48), “... dan tiada sesuatu kaum pun melainkan seorang Pemberi Peringatan telah berlalu...”(Al Faathir : 25), “Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan dalam setiap umat seorang rasul...”(An Nahl : 37), “Dan (Kami telah mengutus) para Utusan, yang sebelumnya telah Kami kisahkan kepada engkau, dan para Utusan yang tak  Kami kisahkan kepada engkau” (An Nisa : 165). Pada akhir ayat ini Allah swt menekankan, “Para Utusan, mereka pembawa khabar baik dan memberi peringatan, agar manusia tak mempunyai alasan untuk menentang Allah setelah (datangnya) para Utusan. Dan Allah Maha-perkasa, Maha-bijaksana” (An Nisa : 166). Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama-agama lain kerana ianya adalah jambatan kepada agama Islam. Umat Islam hendaknya mampu membuktikan dengan dalil yang bernas dari kitab-kitab agama lain bahawa Islam adalah agama terakhir untuk seluruh umat manusia.


Monday, June 17, 2013

Ahmadiyya Muslim Jamaat UK Centenary

Historic Reception takes place at Houses of Parliament to Celebrate Ahmadiyya Muslim Jamaat UK Centenary

Deputy Prime Minister, Secretaries of State and Parliamentarians welcome Hazrat Mirza Masroor Ahmad to Westminster


The World Head of the Ahmadiyya Muslim Jamaat and Fifth Khalifa, Hazrat Mirza Masroor Ahmad, was welcomed to the Houses of Parliament by the Deputy Prime Minister and various Secretaries of State and Parliamentarians on 11 June 2013.


The Khalifa was visiting Westminster to deliver the keynote address at a special reception hosted by Rt Hon Ed Davey MP (Secretary of State for Energy and Climate Change) and the ‘All Party Parliamentary Group for the Ahmadiyya Muslim Community’ in recognition of the 100 Year Centenary Celebrations of the Ahmadiyya Muslim Jamaat in the UK.

Prior to the formal proceedings, Hazrat Mirza Masroor Ahmad held private meetings with the Deputy Prime Minister Rt Hon Nick Clegg MP, Home Secretary Rt Hon Theresa May MP, Energy Secretary Rt Hon Ed Davey MP, Shadow Foreign Secretary Rt Hon Douglas Alexander MP, Rt Hon Keith Vaz MP and Siobhain McDonagh MP.


Meeting with Deputy Prime Minister Nick Clegg


Meeting with Deputy Prime Minister Nick Clegg and Energy & Climate Change Secretary Ed Davey. (Lord Ahmad of Wimbledon & Ahmadiyya Muslim Community UK President, Rafiq Hayat also present)


Meeting with Home Secretary Theresa May


Meeting with Secretary of State for Energy and Climate Change Ed Davey


Meeting with Douglas Alexander, Shadow Foreign Secretary

The formal proceedings began at 1.05pm with a brief welcome address given by Ed Davey, Secretary of State for Energy and Climate Change. This was followed by short addresses by the Deputy Prime Minister, Nick Clegg, by Douglas Alexander, the Shadow Foreign Secretary and by Theresa May, the Home Secretary.

Rt Hon Ed Davey, Secretary of State for Energy and Climate Change said:

“It is a real privilege for us to host the Ahmadiyya Muslim Community today. We know well the amazing work His Holiness (Hazrat Mirza Masroor Ahmad) does for the cause of peace and also the members of the Ahmadiyya Community. Thus it is absolutely fitting that so many MPs are here to thank you for being loyal and hard-working members of society.”

 
 Rt Hon Nick Clegg, Deputy Prime Minister said:

“The most important values and ethos which the Ahmadiyya Community has steadfastly communicated to millions of people around the world is of course one of peace, of love and one of reconciliation and that is a message which is enduring, powerful at all times – amongst all ages and in all communities… We all join with you, whatever background, political party or religious background, in celebrating the presence of your community here over a hundred years but also to celebrate the message the community has so quietly, steadfastly and with dignity been spreading and communicating for so long – one of peace, love and reconciliation.”

  

Rt Hon Douglas Alexander, Shadow Foreign Secretary said:

“In a world of ever greater diversity and challenges that message of reconciliation is needed more than ever before. I want to place on record our admiration for the leadership you (Hazrat Mirza Masroor Ahmad) have personally shown and collectively your community has shown, for the work you have done, the difference you have made and the service you continue to do not just for the members of the Ahmadiyya Community but being a powerful voice for tolerance, reconciliation and for peace. ‘Love for All, Hatred for None’ is a philosophy from which we can all benefit and from which we have a lot to learn in the years ahead.”


Rt Hon Theresa May, Home Secretary said:

“His Holiness (Hazrat Mirza Masroor Ahmad) has shown and continued to show that the only effective way of persuading extremists out of their poisonous convictions is peaceful dialogue. That is a message that you are giving around the world and it is a message we should all listen to and heed. I know that you have been targeted as a community yourselves, particularly in Pakistan, where it is a criminal offence for Ahmadis to call themselves Muslims, and where you have been subjected to some horrific attacks. I am absolutely committed to tackling all forms of extremism wherever it occurs… I have every confidence that in another 100 years there will be a group of people celebrating 200 years of the Ahmadiyya Muslim Community in Britain. Thank you for all that you have contributed here in the United Kingdom and not just here but also the message you are giving around the world.”


During his keynote address, Hazrat Mirza Masroor Ahmad spoke of the Ahmadiyya Muslim Jamaat’s commitment to peace and tolerance; he spoke of the importance of loyalty to one’s country as a part of Islamic faith; he strongly condemned the recent brutal killing of a British soldier in London; he absolutely rejected the concept of a violent Jihad in today’s world and he appealed for justice in an effort to safeguard the world from warfare and conflict.

Hazrat Mirza Masroor Ahmad began his address by addressing directly all people associated with the Houses of Parliament by saying:


“It is my sincere hope and prayer that all of the departments and people who work within this beautiful and grand building are able to fulfil the rights of serving this country and its people. I also hope and pray that they are able to work in the best possible manner towards fostering good relations with other nations, to act with justice and so make decisions that are of benefit to all parties. If this spirit is adopted then it will reap the very best fruits, which are of love, affection and brotherhood and will lead the world towards becoming a true haven of peace and prosperity.”

Hazrat Mirza Masroor Ahmad said that loyalty to one’s country was an essential part of Islamic faith and that it had been “emphatically ordered” by the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him). He said that all Ahmadi Muslims living in the UK desired “the progress and prosperity of this great nation.” His Holiness also praised the British public for welcoming immigrants to the United Kingdom and allowing them to become “part of the fabric of British society.”


The Khalifa continued by stating that throughout its 100 year existence in the United Kingdom the Ahmadiyya Muslim Jamaat had always promoted peace and rejected all forms of extremism.

Hazrat Mirza Masroor Ahmad said:

“These past 100 years prove and serve witness to the fact that the members of the Ahmadiyya Community have always fulfilled the requirement of being loyal to their country and have always steered absolutely clear of all forms of extremism, rebellion and disorder. In reality, the fundamental reason for this loyal and loving approach is due entirely to the fact that the Ahmadiyya Muslim Community is a true Islamic religious community.”


The world leader continued by condemning and rejecting absolutely the concept of a ‘violent Jihad’. He accepted with regret that some other ‘so-called’ Muslim scholars promoted such teachings but said they were entirely wrong and responsible for the formation of various terrorist groups and the radicalisation of certain individuals.

Hazrat Mirza Masroor Ahmad said:

“The most recent example of terrorism was, of course, the brutal killing of an innocent British soldier on the streets of London. It was an attack which had absolutely nothing to do with the real teachings of Islam; rather, Islamic teachings vehemently condemn such acts.”

Later in his address, His Holiness appealed for mutual religious respect and tolerance. He said that Islam had given the foundation for peace because the Quran taught that prophets of God were sent to all peoples and nations.

Hazrat Mirza Masroor Ahmad said:

“No other religion so willingly and openly praises every faith and every nation as Islam does.” 

Describing the true character of the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) Hazrat Mirza Masroor Ahmad said:

“It was the Founder of Islam who developed the love of God and the love of His creation in our hearts. It was he who ingrained and established love and respect for all of mankind and for all religions within us. The Holy Prophet(peace be upon him) spent his entire life spreading peace in the world. That was his noble mission. Certainly, there will come a day when the people of the world will realise and understand that he did not bring any teachings of extremism. They will realise that all he brought was a message of peace, love and kindness.

Explaining that freedom of religion was a fundamental tenet of Islam, Hazrat Mirza Masroor Ahmad said:

“If a person’s heart desires then they are free to accept Islam, but if their heart does not, then they are free to reject it. Therefore, Islam is completely against compulsion and extremism; rather, it advocates peace and harmony at all levels of society.”

The Khalifa concluded by speaking about the critical need for justice in the modern world. He said that he feared current conflicts could escalate into a world war unless all forms of discrimination and inequality were rooted out.


 Hazrat Mirza Masroor Ahmad said:

“Due to the acts of certain countries the signs are that another world war is on the horizon. If a world war breaks out then the Western world will also be deeply affected by its far-reaching and devastating consequences. Let us save ourselves from such destruction. Let us save our future generations from the miserable and devastating consequences of war. There is a real risk of a nuclear war breaking out. To prevent such a horrific outcome, we should adopt justice, integrity and honesty and join together to suppress and stop those groups who wish to spread hatred and who wish to destroy the peace of the world.”

The event concluded with a silent prayer and thereafter guests were able to personally meet with Hazrat Mirza Masroor Ahmad.

The Centenary Celebrations were attended by 68 dignitaries, including 30 MPs and 12 Members of the House of Lords, including 6 Cabinet Ministers and 2 Ministers. Various media organisations including the BBC, Sky TV and ITV were also present to cover the event.

Prior to the event the three main party leaders had all written in support of the Centenary. Whilst congratulating the Ahmadiyya Muslim Community, the Prime Minister, Rt Hon David Cameron MP said Britain could be proud of the Community and he praised Hazrat Mirza Masroor Ahmad as “a man of peace.”

Monday, May 27, 2013

Muzakarah Dengan Ustaz Azhar Idrus

BERANI USTAZ AZHAR IDRUS MUZAKARAH DENGAN AHMADIYAH??

http://www.youtube.com/watch?v=GfE4RT4BGmA

 


Published on May 26, 2013
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim

Asyhadu alla ilaa ha ilallaah wa asyhadu anna Muhammad-ur-rasulullaah

THE AHMADIYYA MUSLIM JAMAAT MALAYSIA REQUESTS THAT AN OPEN DISCUSSION (MUZAKARAH) BE HELD WITH USTAZ AZHAR IDRUS (MALAYSIA)

THE AHMADIYYA MUSLIM JAMAAT MALAYSIA HEREBY APPEALS FOR AN OPEN MUZAKARAH TO BE HELD URGENTLY BEFORE ANYTHING OUTWARD HAPPENS.

27 MEI 2013

Yang Dihormati
Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum,

RAYUAN DIADAKAN MUZAKARAH TERBUKA ;
USTAZ AZHAR IDRUS DENGAN WAKIL JEMAAT AHMADIYAH MUSLIM MALAYSIA.

Terlebih dahulu, shalawat dan salam ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad saw, Nabi terakhir Pembawa Syariat yang sempurna.

Selari dengan perintah Al Quran, pihak saya memohon untuk diadakan MUZAKARAH TERBUKA dengan pihak ustaz. Memandangkan pihak ustaz telah banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan berunsur FITNAH kepada Ahmadiyah.

Oleh itu, sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad saw, pihak saya ingin menuntut keadilan dan memohon untuk membela diri terhadap segala kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak ustaz dengan diadakan muzakarah terbuka.

Mudah-mudahan MUZAKARAH TERBUKA ini akan membongkar siapa sebenarnya pembohong dan yang menghina Islam serta membolehkan masyarakat, pihak kerajaan dan media massa mendapat informasi yang lebih tepat mengenai permasalahan yang dibangkitkan oleh pihak ustaz.

Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia yang semakin matang dan rasional untuk menggunakan jalur kebebasan berfikir untuk menilai sendiri satu kebenaran dan kepalsuan.

Diharapkan pihak ustaz sebagai tokoh Islam yang sering mengajar umat Islam ke arah kebaikan akan sudi menyambut permohonan INI untuk diadakan MUZAKARAH TERBUKA.

Mudah-mudahan MUZAKARAH TERBUKA ini akan diberkati oleh Allah swt dan menonjolkan keagungan Islam yang berdiri dengan dalil dan hujah yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang benar

Ainul Yakin M. Zain
Jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia
013-2066865


Friday, May 24, 2013

Ahmadiyah Menyelewengkan Al-Qur'an?

BENARKAH AHMADIYAH MENYELEWENGKAN AYAT AL-QUR'AN?


Screenshot dari salah satu facebook yang menyebarkan berita bahawa Ahmadiyah menyelewengkan ayat Al-Qur'an.


 




Sesiapa yang ada kemudahan application ini boleh lawati website Ahmadiyah sendiri bagi mengenal pasti kebenaran berita yang Tengku ini sebarkan agar jangan menjadi penyebar fitnah yang boleh membinasakan diri sendiri dengan hanya membuat share status dalam facebook.

http://www.alislam.org/apps/

Friday, May 10, 2013

Apa Kata Anda Tentang Ini?

Gambar ni diambil tahun lepas di sebuah Pasaraya di Beaufort Sabah, gambar ni pun baru jumpa dalam file lama. Ingatkan dah hilang.

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...