Ada
satu perkara yang perlu diingat di sini iaitu khinzir telah diharamkan. Memang
sejak dari dahulu lagi Tuhan telah mengisyaratkan dalam namanya sendiri. Sebab,
kata khinzir adalah gabungan kata خنز (khinz) dan ار (ar) yang bermaksud “aku melihatnya
sangat rosak dan buruk”. Kata (khinz) bermaksud ‘sangat rosak’ dan kata (ar) bermaksud
‘aku melihat’. Jadi, nama binatang yang diberikan sejak dari permulaan lagi
oleh Tuhan ini memberikan isyarat tentang kekotorannya, dan satu kebetulan yang
luar biasa iaitu di dalam bahasa Hindi juga binatang ini dinamakan ‘suar’. Perkataan
ini merupakan gabungan kata سوء (su’) dan ار (ar) yang bermaksud ‘aku
melihatnya sangat buruk’. Dan tidak sepatutnya merasa hairan kenapa kata سوء (su’)
adalah perkataan Arab. Ini kerana di dalam buku kami Minanur Rahman telah
membuktikan bahawa ibu segala bahasa adalah bahasa Arab. Dan bahasa Arab bukan hanya
terdapat satu dua kata dalam pelbagai bahasa, malah ribuan kata. Jadi, suar
adalah bahasa Arab dan sebab itu dalam bahasa Hindi su’ juga diterjemahkan
sebagai buruk. Jadi, binatang ini juga dikatakan sebagai buruk. Tidak
seharusnya sedikit pun ada keraguan dalam perkara ini kerana pada zaman itu
ketika semua bahasa adalah bahasa Arab, di negara ini nama binatang ini
terkenal dalam bahasa Arab yang sama maksudnya dengan khinzir, kemudian
akhirnya ia jadi ingatan sahaja. Mungkin saja dalam Shastri ada perkataan yang
hampir serupa sehingga berubah menjadi lain. Tetapi inilah yang lebih tepat
kerana alasan memberikan nama itu ada kaitan, yakni kata khinzir sendiri
menjadi saksi dan maknanya sama iaitu ‘sangat rosak’. Ia tidak memerlukan
penjelasan lanjut lagi. Siapa yang tidak tahu bahawa binatang ini menempati
kedudukan terawal dalam soal makan kotoran, juga tidak ada rasa malu dan dayus.
Sekarang, sebab pengharamannya sudah jelas bahawa dari hukum alam menyatakan
daging binatang yang kotor dan jahat boleh memberikan pengaruh buruk ke atas
badan dan roh, kerana kami sudah jelaskan bahawa makanan juga boleh memberikan
suatu pengaruh ke atas roh manusia. Jadi, apa yang diragukan lagi bahawa sesuatu
yang buruk akan memberikan kesan yang buruk. Sebagaimana tabib-tabib Yunani
sebelum Islam juga telah memberikan pandangan bahawa daging binatang ini boleh
mengurangkan perasaan malu dan menambahkan sifat dayus. Sebab itu jugalah
syariat melarang memakan bangkai kerana bangkai memberikan pengaruh sifat
bangkai ke atas pemakannya dan juga pada masa yang sama membahayakan kesihatan.
Dan binatang yang darahnya tetap berada dalam tubuh contohnya mati dicekik atau
mati dipukul dengan kayu, semua binatang ini termasuk dalam kategori bangkai. Adakah
darah bangkai yang tetap berada dalam tubuh badan, keadaannya tetap sama
sahaja? Tentunya tidak! Malah disebabkan lembap ia akan semakin cepat kotor dan
disebabkan tindakbalas membusuk akan merosakkan seluruh daging. Dan juga kajian-kajian
terkini telah membuktikan bahawa sebaik sahaja mati, bakteria-bakteria darah
akan menyebarkan racun berbahaya dalam badan yang membusuk.
(Islami Usul ki Filosofi, Rohani Khazain Jilid 10, halaman 338)
No comments:
Post a Comment