Terjemahan Surah Al-Jum’ah ayat 10:
““Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi
untuk mengingati Allah
Ta’ala dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Rasulullah
sallallaahu alaihi wasallam bersabda:-
“Untuk
menghindarkan diri daripada dosa-dosa besar, solat lima waktu, dari satu Jumaat
sehingga Jumaat berikutnya dan dari satu Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya
menjadi kaffarah baginya”. (Sahih Muslim Kitabut Taharah, Baab Assalatul Khams)
Berkenaan
dengan Jum’atul Wida, Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam pernah menjawab satu
persoalan dengan berkata:-
“Solat yang
telah tertinggal tidak boleh digantikan semula, tetapi puasa boleh. Orang yang
sengaja meninggalkan solat sepanjang tahun dengan harapan akan mendirikan solat
pada hari Qadha Umri (Qadha Solat untuk
sepanjang hayat), maka orang itu berdosa.”
Hazrat Khalifatul Maseeh II nawwarahullaahu
marqadah berkata:-
“Ramadhan bukannya datang lalu kita
melaluinya seperti biasa sahaja malah bagi seorang mukmin ia suatu yang harus
diberi perhatian. ….. Bagi seorang mukmin setiap perkara itu menjadi lambang
kesalehan baginya, hari tetap berlalu tetapi Ramadhan tidak pergi. Ramadhan
adalah satu nama ibadat dan ibadat itu tidak seharusnya berlalu pergi malah
sentiasa melekat di hati. Orang yang menghitung hari akan beranggapan Ramadhan
telah berlalu pergi tetapi bagi orang yang menganggap Ramadhan sebagai ibadat,
maka ibadat itu tidak berlalu pergi. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam
bersabda bahawa apabila seseorang hamba membuat kebaikan maka satu tanda putih
akan muncul di dalam hatinya. Seolah-olah apabila seorang hamba berbuat
kebaikan maka akan muncul tanda putih di hatinya, kemudian dia berbuat lagi
kebaikan lain, maka begitulah seterusnya sehingga keseluruhan hatinya telah
menjadi putih. Kemudian, apabila seorang hamba membuat kejahatan maka muncul
tanda hitam di hatinya sehinggalah jika tidak berhenti melakukan kejahatan maka
keseluruhan hatinya akan menjadi hitam. Ringkasnya perbuatan baik dan jahat
akan mempengaruhi hati seseorang. Memang hari akan berlalu. Benda yang dibawa
oleh Allah melalui bulan Ramadhan bukanlah siang dan malam. Ini kerana siang
dan malam itu juga terjadi dalam bulan Rejab, Sya’ban, Syawal dan bulan-bulan
yang lain. Jadi, bukan siang dan malam yang dibawa oleh Ramadhan melainkan
ibadat. Dan ibadat itu satu benda yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa pun.
Allah Ta’ala membawanya dan meletakkan dalam hati manusia, tidak ada satu
kekuatan dunia pun yang boleh mengeluarkannya. Bagaimana susahnya sekalipun
menimpa seorang mukmin ia tidak akan ketinggalan daripada keimanan kerana
perkara ini berada dalam hatinya. ….. Begitu juga Jumaat ini tidak datang
sebagai perpisahan kita dengan Ramadhan tetapi ia datang untuk diambil manfaat
daripadanya, dan berusaha menjadikan Ramadhan ini kekal dalam hatinya. Hari
Jumaat juga telah ditetapkan oleh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam
sebagai salah satu hari raya di antara hari raya yang ada (bagi saudara
seagama). Sebab itu, apabila hari ini telah ditetapkan sebagai hari pengabulan
doa-doa, maka harus diambil manfaatnya.
Hari ini, seorang mukmin bukannya datang
kepada Allah kerana mensyukuri bahawa musibat yang menimpa di bulan Ramadhan
telah berlalu. Tetapi tujuan datang kepada Allah Ta’ala ialah untuk berdoa; “Ya
Allah! Hari-hari Ramadhan telah berlalu pergi tetapi kami mohon agar
sematkanlah hakikat Ramadhan dalam hati kami supaya ia tidak pernah terpisah
dari kami.
Jika kita takrifkan Jumaat hari ini sesuai
dengan apa yang diperkatakan ini, maka sesungguhnya kita telah menjalaninya dengan
cara yang diberkati. ….. Jadi kemarilah, rebahkanlah di hadapan Allah Ta’ala
hari ini bahawa kita jadikan hari ini sentiasa ada hubungan dengan kita, dan
tidak ada suatu saat Ramadhan pun yang terpisah daripada kita. ….. Kita
hendaklah berusaha bahawa selepas bulan Ramadhan berlalu, keadaan ini
berkekalan dalam diri kita, keimanan seperti inilah yang akan menjadi sarana
ketenangan kita.
Berkenaan dengan Ramadhan Allah Ta’ala
berfirman bahawa Aku akan mendekatkan diri kepada hamba-Ku pada bulan ini.
Sebagaimana kambing tidak selamat jika berjauhan daripada penggembalanya
demikian juga selagi seorang hamba Allah tidak mendapat isyarat INNII QARIIBUN
(sesungguhnya Aku dekat), dia juga belum selamat. Dan kebanyakan suara ini
terjadi dalam bulan Ramadhan. Sebab itu jadikan keadaan Ramadhan itu sentiasa
ada dalam diri masing-masing selamanya.
Berkenaan dengan Wida’ Rasulullah sallallaahu
alaihi wasallam, beliau berkata:-
“Ini pun satu perkara yang lucu jika ada
seseorang mendirikan solat satu waktu lalu menganggap bahawa saya telah menunaikan semua perkara yang
wajib. Dan pada masa yang sama juga dia telah memisahkan diri dari
Ramadhan. Di mana Wida’ Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam dan di mana
Wida’ orang-orang ini? Orang-orang ini memisahkan Ramadhan seminggu lebih awal
dan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam melakukan Wida’ dengan Ramadhan
selepas menunaikan puasa enam hari dalam bulan Syawal selepas Hari Raya. Wida’
Ramadhan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam dilakukan selepas Ramadhan
berakhir tetapi hari ini saudara seagama ini melakukan Wida Ramadhan sebelum
Ramadhan berakhir lagi.
Hazrat Khalifatul Maseeh IV rahimahullaahu
berkata:-
Terdapat dua cara yang dilakukan oleh orang
yang beribadat di seluruh dunia apabila berkumpul untuk mengambil berkat Jumaat
ini. ….. Pertama, mereka begitu sedih, takut dan risau. Adakah kita telah melalui Ramadhan kali ini dengan memenuhi tuntutannya
atau tidak? Orang-orang yang berharap untuk beribadat, mereka telah
mendapat taufik, namun Allah yang lebih tahu ibadat itu sempurna atau tidak?
Berapa banyak kelalaian dan kelemahan, berapa banyak doa-doa yang dicampuri
dengan ulat nafsu sehingga doa-doa tidak dikabulkan oleh Allah? Itu kita tidak
tahu. Hari tinggal sedikit lagi. Jadi mohonlah, wahai Tuhan! Kami dengan penuh ketulusan hati sampai kepada Jumaat
Wida’ ini, dan selepas ini kami akan hadir setiap Jumaat sepanjang tahun,
berilah kami taufik untuk mendapatkan berkat Jumaat ini. Berilah kami kekuatan
untuk menutupi kelemahan Jumaat kali ini dengan beribadat sepanjang tahun. Kami
bukan datang semata-mata Jumaat Wida kali ini kerana hubungan seorang Mukmin
dengan Jumaat adalah hubungan yang kekal abadi yang tidak akan terputus. Kami
tidak datang ke masjid ini untuk Jumaat Wida’ tetapi kami datang untuk
menguatkan janji kami. Kami datang membawa harapan ini, wahai Allah! Engkau
telah memberikan rasa beribadat kepada kami dan kami mohon janganlah kenikmatan
beribadat itu dirampas daripada kami. Janganlah biarkan kami memutuskan
hubungan dengan Engkau, dan janganlah biarkan kami melupakan nikmat beribadat
yang telah Engkau berikan, malah berikan kami kekuatan agar sentiasa kekal
dengan cara ibadat seperti ini. Kami memohon kepada-Mu yang Allah akan
keberkatan hari Jumaat kali ini jangan sampai ia putus hubungan dengan kami.
Jadi, kita sedang merayakan perpisahan dengan
persekitaran yang suci ini, yang hanya datang setahun sekali. Tetapi, dengan
rayuan yang baik, keberkatan ini akan sentiasa berkekalan dan tidak akan
mengkhianati kita. Cara ibadat yang telah kita pelajari dalam bulan Ramadhan
ini terutama sekali 10 malam terakhir ini, ia tidak akan mengkhianati kita.
Bersama dengan doa-doa dan rintihan kita datang di hadapan Tuhan untuk
merayakan perpisahan dengan persekitaran ini.
Berkata lagi:-
Ada juga beberapa orang yang telah diberikan
taufik oleh Allah sehingga muncul dalam hati mereka perasaan asyik untuk
melakukan perjalanan. Mereka datang untuk wida’, kemudian datang, kemudian datang,
kemudian datang lagi, kemudian timbul fikiran bahawa kenapa kita tidak menjadi
musafir sahaja dalam kenderaan ini? Jadi, mereka yang beriman dengan sebenar-benarnya,
ada juga yang lemah. Tetapi sedikit demi sedikit mereka menjadi kuat. Segala keburukan
menghilang dari diri mereka dan sebagai gantinya kebaikan demi kebaikan yang
muncul dalam diri mereka.
Berkata lagi:-
Seluruh umat di dunia menyambut hari ini
dengan penuh keikhlasan dengan kepercayaan. Dan pada Jumaat ini banyak
harapan-harapan yang mereka letakkan. Ada yang fardhu, ada yang benar, tetapi
banyak harapan-harapan yang baik disertakan dengan Jumaat ini. Sehinggakan ada
orang memahami bahawa selepas menolak seruan Tuhan sebanyak 51 kali, kalau kita
dapat mengatakan labbaik pada satu seruan sahaja dan kita hadir pada Jumaat
ini, maka segala 51 penolakan kita itu akan diampunkan. Dan satu kesetiaan itu
lebih berat berbanding 51 penolakan terhadap seruan Tuhan. Ini pun satu harapan
mereka. Sejauh mana kebenarannya hanya Tuhan
ALIMUL GHAIBI WAS SYAHADAT yang lebih mengetahuinya. Hanya Dia yang
memutuskan segala amalan kita pada hari pembalasan lebih mengetahuinya.
Hazrat Khalifatul Maseeh Al-Khamis (aiyadahul
laahu ta’ala binasrihil aziz) berkata:-
Jadi, pada zaman ini setiap Ahmadi hendaklah
berusaha untuk memahami tingkat ibadat dan doa-doa. Bukan hanya Ramadhan dan
Jumaat terakhir bulan Ramadhan, malah sebagaimana yang telah Rasulullah sallallaahu
alaihi wasallam sabdakan bahawa solat lima waktu kita, Jumaat dengan Jumaat dan
Ramadhan dengan Ramadhan menjadi sarana perubahan kebaikan dalam diri kita.
Semoga Allah Ta’ala memaafkan segala kesalahan kita. Dan kita juga berharap
agar termasuk dalam golongan orang yang akan melihat kemenangan dan kejayaan.
Jadi, hari ini, pada Jumaat ini kita harus berjanji bahawa Allah Ta’ala yang
telah mengurniakan ibadat Jumaat ini bersama dengan puasa, maka kita harus
mengutamakan tujuan kedatangan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam iaitu berusaha
untuk mengubah segala keburukan menjadi kebaikan. Juga berusaha untuk mengubah
kekotoran menjadi suci.
Jadi, dalam masa yang tinggal sedikit sahaja
lagi kita berpuasa iaitu kita berada di penghujung Ramadhan dan juga berakhir
pada Jumaat ini, sebab itu basahkan lidah kita dengan zikir Ilahi. Dalam masa
yang sedikit ini kita hendaklah meletakkan dalam fikiran kita bahawa segala
kebaikan-kebaikan yang kita usahakan dalam bulan Ramadhan, segala usaha untuk
meningkatkan nilai ibadat kita, segala usaha kita untuk menyempurnakan hak-hak
hamba dan juga segala usaha untuk meningkatkan pengorbanan kita. …...
Ringkasnya semua amalan dan kebaikan-kebaikan yang kita buat kita mohon agar
diterima oleh Allah Ta’ala.
Wahai Allah! Jadikanlah kami orang yang dapat
mengekalkan segala ibadat, segala doa-doa, segala kebaikan-kebaikan dan segala
usaha untuk menunaikan hak hamba-hamba. Kami mengharapkan agar segala pekerjaan
dan amalan kami pada masa akan datang sentiasa mendapat keredhaan Engkau dari
berkat-berkat yang Engkau sentiasa sediakan. Perlihatkan juga kepada kami pemandangan
revolusi yang telah Engkau janjikan kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam.
Orang yang mencintai beliau, kita
mengharapkan daripada Allah Ta’ala agar doa-doa yang keluar dari hati setiap
Ahmadi secara beriringan pada hari ini dengan penuh rintihan, dari satu mata
air menjadi jutaan mata air yang mengalir begitu deras laksana air sungai yang
akan membersihkan segala kotoran-kotoran yang ada di hadapannya. Doa-doa yang
dibuat saling membantu di antara satu dengan yang lain akan menghapuskan kotoran dari dalam hati
kita.
Justeru itu, jadikan doa-doa pada hari ini
ibarat air bersih yang mengalir deras, aliran air suci yang dibuat untuk
mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala, dan itu semua kurnia daripada Allah Ta’ala,
maka dengan kurnia Allah Ta’ala segala kotoran hati kita akan menjadi semakin
bersih, kemudian cenderung dawam melakukan kebaikan-kebaikan dan semakin dekat
kepada Allah Ta’ala lalu dapat melihat pemandangan pengabulan doa. Kita akan
dapat melihat kesucian hati, kita akan dapat melihat kasih sayang Allah Ta’ala.
Kita juga akan berada di bawah perlindungan
Allah Ta’ala daripada musuh-musuh. Kita juga akan menjadi orang yang menegakkan
perintah-perintah Allah Ta’ala di dalam hati kita dan juga di dalam hati
orang-orang dunia sebagai matlamat utama. Berkat daripada Jumaat ini juga kita
akan dapat melihat di seluruh dunia kibaran bendera agama kekasih Allah yakni
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam yang mana pada zaman ini telah
dipikulkan kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam. Kita akan dapat melihat
janji Allah Ta’ala menjadi sempurna bahawa sekarang ini Maseeh Mau’ud
alaihissalam akan mengumpulkan manusia di atas agama yang satu ini.
Oleh itu, semoga kita semua mendapat taufik
untuk melihat kurnia Allah melalui Jumaat yang mengandung berkat yang kekal
ini. Hal itu tidak jauh di mana kita akan dapat melihat pemandangan pengabulan
doa-doa. Mudah-mudahan seperti itulah yang akan tercapai.
No comments:
Post a Comment