Khulasah Khutbah Jumaat
HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS
Aiyadahul Laahu Ta’ala Binasrihil
Aziz
22 Julai 2016, Masjid Baitul Futuh London
Berkenaan dengan kebiasaan Hazrat Maseeh mau’ud alaihissalam dalam
memastikan kesihatan tubuh badan yang berkekalan, Hazrat Muslih Mau’ud
berkata:-
“Beliau tidak malas malah sangat bekerja keras, walaupun selalu
menyendiri beliau tetap disiplin. Kebanyakan perjalanan beliau dilakukan dengan
berjalan kaki. Sangat kurang menaiki tunggangan. Kebiasaan ini berterusan
sehingga usia beliau lanjut. Setiap hari beliau berjalan sejauh empat hingga
tujuh batu.”
Berkaitan dengan ini, Huzur menasihatkan kepada Wakfe Zindegi terutama
sekali para muballigh supaya menjadilkan tubuh badan yang kekal sihat dan tegap
dengan banyak melakukan senaman. Melihat kepada tubuh badan seorang muballigh
yang masih muda jelas menunjukkan bahawa mereka tidak bersenam. Selepas Doktor
Nuri membuat pemeriksaan kesihatan kepada muballigh yang datang dari luar di
Jamiah Ahmadiyah Pakistan, beliau menulis bahawa ada di kalangan mereka yang
mempunyai berat badan yang berlebihan.
Sebab itu, lakukanlah suatu senaman dan jauhi makanan yang tidak
menyihatkan seperti Junk Food.
Saya tidak hanya memberi nasihat kepada kamu sekalian, saya sendiri pun
bersenam. Kita memerlukan muballigh dan Wakfe Zindegi yang sihat supaya dapat
melaksanakan tugas dengan sebaik yang mungkin.
Kadang-kadang pembesar suara tidak berfungsi dengan baik. Sebab itu kita
mahu muballigh dan para penasihat mempunyai latihan dalam meninggikan suara.
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam berucap secara perlahan-lahan dalam keadaan
biasa tetapi apabila waktu memerlukan untuk memberikan pelajaran agama kepada
dunia maka beliau memberikan ceramah dengan suara yang begitu lantang. Hazrat
Muslih Mau’ud dalam menyentuh tentang ceramah di Lahore berkata bahawa ketika
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam berceramah, kelihatan seolah-olah ada suara
dari langit sedang bergema.
Ada orang menzahirkan kerisauan bahawa keadaan kebaikan mereka tidak
tetap. Ini satu hal yang baik bahawa
insan sentiasa membuat muhasabah dan sentiasa memikirkan cara untuk
memperbaikinya. Kadang-kadang keadaan seperti ini bukan satu keburukan malah
hanya berlaku keadaan di mana kebaikan bertambah atau kebaikan berkurangan. Ada
seorang sahabat Nabi menzahirkan bahawa ia menggambarkan keadaan dirinya
sebagai seorang munafik, Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda “ini
adalah tanda seorang mukmin”. Orang yang meningkat dalam kebaikan dan orang
yang mengekalkan keadaan dirinya sesuai dengan perintah Tuhan adalah ibarat
seorang ibu yang sentiasa risau. Sentiasa berhati-hati lebih baik daripada
berbuat kelalaian.
Hubungan di antara kegembiraan dan kesedihan adalah melalui perasaan.
Kita tidak merasai kegembiraan dan kesedihan orang lain berbanding perasaan
sedih dan gembira atas orang terdekat kita. Jadi, di mana doa dilakukan untuk
orang yang terdekat dan untuk anak-anak mereka, demikian juga kita harus
merasai kegembiraan dan kesedihan anggota jemaat kerana jemaat itu satu wujud.
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam juga membaca surat khabar secara
teratur. Mereka yang bertanggungjawab atas urusan agama, mereka harus teratur
dalam membaca surat khabar dan melihat berita-berita.
Berkenaan dengan keitaatan Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal, ketika Abdul
Hakim telah murtad beliau telah mengeluarkan tafsir yang telah ditulis oleh
Abdul Hakim dari perpustakaan beliau dengan fikiran bahawa “jangan sampai
disebabkan itu Tuhan murka atas saya”. Ini satu pelajaran kepada kita dalam
soal semangat terhada agama dan juga ketakutan kepada Tuhan.
Kadang-kadang ada orang yang telah diberikan hukuman oleh Jemaat membuat
kritikan. Dalam waktu musibat, kadang-kadang ada perkara kecil menjadi besar
dan perkara besar adalah kecil sahaja. Sebab itu kadang-kadang perkara yang
besar tidak diambil kisah dan tindakan diambil atas perkara yang kecil sahaja.
Jadi, jangan masuk campur atau mahu memberikan rekomendasi.
Dari sudut tabligh, pada zaman Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam tabligh
dilakukan melalui isytiharat (risalah). Zaman ini juga isytiharat boleh
disampaikan melalui berita dan cetakan dengan lebih meluas yang mana artikel yang
biasa hasilnya tidak dapat sebanyak itu. Melalui akhbar, banyak pembaca yang
mendapat maklumat dalam tempoh satu hari yang mungkin tidak dapat disampaikan
melalui artikel dalam tempoh dua bulan.
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam memperdengarkan hikayat kepada Hazrat
Muslih Mau’ud dan menasihatkan bahawa melalui ketakwaan banyak harta yang
dikurniakan. Yakinlah kepada Allah dan mintalah kepada-Nya. Ini memang nasihat
kepada anak kecil, namun orang dewasa juga harus yakin kepada Allah.
Mudah-mudahan ketakwaan seperti ini lahir dalam diri kita semua.
No comments:
Post a Comment