Saturday, January 11, 2014
Belah Hati Mereka Dulu
Satu perkara lain ialah ulama atau orang yang bergelar ulama, atau golongan yang menyebarkan kejahatan, semuanya sepakat dan mereka melakukan penentangan terhadap Jemaat Maseeh Muhammadi atau mereka berusaha mengeluarkan dari Islam secara paksa, orang-orang Ahmadi yang beriman dan yakin sepenuhnya terhadap LAA ILAAHA ILALLAAH MUHAMMADAR RASUULULLAH.
Dan mereka yang sedikit pun tidak ada perasaan takut bahawa kalimah nabi yang mereka baca ini, atau mendakwakan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk itu, mereka juga hendaklah merenungkan perkara ini. Mereka langsung tidak ada ambil peduli apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Ini adalah satu perintah asas dan bukan hanya untuk seorang sahabi sahaja iaitu ‘adakah kamu telah membela hatinya untuk mengetahui sama ada dia membaca kalimah secara jujur atau disebabkan ketakutan?’ Alangkah baiknya kalau mereka faham.
Orang yang dikatakan sebagai ulama telah keluar dari batasan ilmu yang mereka dakwakan. Sepatutnya mereka berusaha memandu orang awam menuju ke arah yang benar dan bukannya ke arah kesesatan. Dan seharusnya mereka juga hendaklah bergabung dengan Jariullah (nabi atau pahlawan Allah) dan menamatkan sempadan firkah-firkah dan menghapuskan kezaliman. Dan hapuskan peperangan agama, sebaliknya sampaikan kecantikan Islam sesuai dengan cara yang telah diajarkan oleh Hazrat Maseehuz Zaman supaya kekuatan musuh itu berakhir dan menjadi pengibar bendera Rasulullah SAW.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Fitnah Kristian itu sangat besar, sebab itu Allah Ta’ala di dalam Al-Quran telah memberikan satu surah khusus yang menyentuh tentang mereka....
-
Orang Mukmin telah diajarkan oleh Allah Ta’ala satu doa di dalam surah Al-Fatihah iaitu ihdinas shirootal mustaqiim yang bermaksud tunju...
No comments:
Post a Comment