TERJEMAHAN
KHUTBAH JUMAAT
HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
30 DISEMBER 2011 /
30 FATAH 1390HS
Masjid Baitul Futuh, Morden, London
Selepas
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur meneruskan khutbah
seperti berikut:-
----------------------------<<<>>>----------------------------
Hazrat Maseeh Mau’udas
bersabda:-
“Jangan menyangka
bahawa jemaat para sahabatra hanyalah golongan yang terdahulu sahaja,
malah terdapat satu golongan yang difirmankan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Qur’an,
mereka itu juga termasuk dalam golongan para sahabatra yang bersama
dengan buruz (bayangan) Ahmadsaw. (salah satu nama Rasulullahsaw
juga adalah Ahmad dan buruz bagindasaw terdapat dalam diri Hazrat
Maseeh Mau’udas)
Beliauas
bersabda: “Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an WA AAKHORIINA MINHUM LAMMAA YALHAQUU BIHIM (Al-Jum’ah:4) Yakni, jangan
menyangka jemaat para sahabatra hanya setakat itu sahaja, malah
jemaat pada zaman Hazrat Maseeh Mau’udas juga adalah sahabatra.
(yakni, mereka yang telah melihat Hazrat Maseeh Mau’udas, mereka
yang bai’at kepada beliau, yang mendapat faedah daripada persahabatan dengan
beliau, kemudian meningkat dalam soal keimanan dan keyakinan, beliau bersabda
bahawa mereka ini juga termasuk dalam kategori sahabat).
Kemudian beliauas
berkata lagi: “Ayat ini juga disokong oleh para mufassirin bahawa jemaat itu
adalah Jemaat Maseeh Mau’udas. Dari perkataan MINHUM dapat diketahui bahawa perhatian dan keadaan batin mereka adalah
sama seperti para sahabat terdahulu memperolehinya”. [Malfoozaat Jilid 1 halaman
431 Edisi 2003 Cetakan Rabwah]
Mereka inilah yang
mendapat kurnia bersama-sama dengan Hazrat Maseeh Mau’udas.
Sesungguhnya mereka mendapat status ketakwaan, kebaikan dan perubahan suci yang
menjadi ikutan bagi setiap orang di antara kita. Ini suatu yang tidak ternilai
harganya di mana seluruh kehidupan dan riwayat para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas
telah sampai kepada kita. Begitu juga semua peristiwa dan kaifiyyat (perilaku) para
sahabat yang bersama dalam majlis-majlis Hazrat Maseeh Mau’udas
telah sampai kepada kita.
Hari ini juga saya
akan menyampaikan beberapa riwayat para sahabat. Hasil tarbiyat Hazrat Maseeh
Mau’udas, berkat daripada cahaya yang telah diperolehi daripada
Hazrat Muhammad Mustafa Khatamul Anbiyasaw, banyak persamaan yang
terdapat dalam diri mereka yang Allah Ta’ala jadikan sebagai suatu tanda yang
amat mengkagumkan. Sama ada mereka itu dari golongan yang miskin, kaya,
berpelajaran mahupun buta huruf, semuanya memperlihatkan warna (perwatakan)
yang amat luar biasa. Mereka memiliki ketawakkalan yang tersendiri, memiliki semangat
tinggi dalam pengkhidmatan agama yang membuatkan mereka betul-betul ikhlas dan sangat
mengkagumkan. Mereka mempunyai ikatan yang mendalam terhadap Al-Qur’an, suatu
hubungan yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.
Inilah tarbiyat
yang dimiliki oleh para sahabat, dan melalui tarbiyat inilah, Allah Ta’ala sendiri
yang mengajarkan Al-Qur’an kepada mereka serta menganugerahkan irfan (pengetahuan)
ke dalam hati mereka. Allah Ta’ala memberikan kemuliaan kepada mereka untuk
mendekatkan diri kepada-Nya sesuai dengan kehendak-Nya. Para sahabat yang
bersama dalam majlis-majlis Hazrat Maseeh Mau’udas mengajarkan
kepada kita bagaimana untuk menangani sesuatu masalah, bagaimana untuk menjawab
kritikan pihak lawan dengan menggunakan dalil-dalil yang konkrit.
Betapa beruntungnya
mereka yang dapat bersama dengan Ghulam Sadiq (hamba sejati) dan Asyiq Sadiq (pencinta
sejati) Nabi Muhammadsaw setelah 1400 tahun berlalu. Seperti yang
telah saya sebutkan tadi bahawa pada hari ini saya akan menyampaikan sebahagian
riwayat-riwayat para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas.
Hazrat Maulvi Atha
Muhammad Sahibra menerangkan: “Aku
ada membaca di dalam akhbar bahawa Hazrat Maseeh Mau’udas akan
berkunjung ke Jhelum, tetapi aku belum mendapat keizinan untuk ke sana, kerana
aku bekerja sebagai pembantu sahaja. Keadaan aku amat gelisah, aku berpesan
kepada orang rumah supaya jangan memberitahu kepada sesiapa pun, esok adalah
hari Ahad di mana Hazrat Aqdas akan berkunjung ke Jhelum, jadi aku akan pergi
ke sana. Waktu sudah semakin suntuk dan jarak untuk pergi ke stesen keretapi
kira-kira tiga batu. Perjalanan berbukit-bukit dan waktu pula sudah mulai
malam. Pada siang hari sahaja untuk ke sana adalah amat sulit”.
[Tetapi hajat di hati
tetap akan pergi, maka pada malam itu juga beliau bertolak] “Aku bertawakkal kepada Tuhan, pada akhirnya
aku berangkat juga. Dengan tidak disangka-sangka seluruh lampu di jalanan
menyala dan sangkaan aku pula mungkin ada orang yang lalu di situ dan aku
dengan nekad melalui bukit di situ sambil berlari”.
[Beliau berkata,
lampu di jalanan menyala, mungkin ada orang yang lalu di kawasan tersebut
tetapi aku bertawakkal kepada Allah dengan mengharungi juga bukit itu.
Semata-mata ingin berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas, maka Allah
Ta’ala sendiri yang mengatur semua itu, aku terus berjalan sambil berlari dan
akhirnya sampai juga aku ke tempat yang dituju] “Apabila aku sampai di stesen, keretapi sudah sedia menunggu, lalu aku terus
membeli tiket dan sampailah aku ke Jhelum. Kunjungan Huzur mendapat perhatian.
Ada seorang yang kaya namanya Ahmad Deen. Beliau berkata kepadaku, hari ini
anda akan membaca nazam”.
Orang ini ketika
dia bai’at, dia ada menulis sebuah nazam dan dalam nazam tersebut ada tercatat
doa-doa dan dalam surat bai’at itu juga terdapat nazam yang dimaksudkan. Nazam
yang dia tulis itu sangat panjang lalu Ahmad Deen meminta untuk membacakan nazam
tersebut.
Dan aku berkata: “Baiklah, jika Hazrat Sahib mengizinkan,
maka aku akan membacanya, lalu Hazrat Maseeh Mau’udas
mengizinkannya, maka aku pun berdiri dan dengan penuh semangat membaca nazam
itu, orang-orang yang mendengar nazam itu amat tersentuh lalu ada seseorang
berkata, berikanlah senikata nazam itu kepadaku, lalu aku berkata bahawa nazam
itu aku hanya hafal rangkapnya sahaja. Setelah aku membaca nazam tersebut Huzur
menyatakan bahawa doa-doa yang ada di dalam nazam itu ada dalam surat bai’at yang
diberikan dahulu kepadaku. Aku merasa amat hairan, daya ingatan Huzur sangat tajam, apabila
ditanyakan tentang doa yang aku minta dituliskan itu, Huzur langsung
menghafalnya secara lisan”. [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat
Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 11 halaman 209-210, Riwayat
Hazrat Maulvi Sufi Atha Muhammad Sahib]
Doa yang Hazrat
Maseeh Mau’udas tulis untuknya dan doa itulah yang beliauas
hafal secara lisan. Huzur berkata anda
menyatakan tentang doa-doa maka tidak ada doa yang lebih afzal selain anda banyak
membaca Durud Syarif (Salawat), Alhamdulillah, Istighfar dan membaca Al-Qur’an.
Inilah rahsia kejayaan doa-doa. [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat
Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 11 halaman 209-210 Riwayat
Hazrat Maulvi Sufi Atha Muhammad Sahib]
Banyak orang
menulis surat kepadaku. Umumnya mereka meminta petunjuk, dan di suatu tempat
Hazrat Maseeh Mau’udas ada menulis kepada seseorang supaya selalu
membaca doa ini. LAA HAULA WALAA QUWWATA
ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL AZIIM [Maktoobat Ahmad Jilid 2 halaman 291, Maktoob
atas nama Hazrat Nawab Muhammad Ali Khan Sahib, Maktoob nombor 80, Cetakan
Rabwah]
Jadi, inilah cara
seseorang insan mendekatkan diri kepada Allah.
Kemudian ada sebuah
riwayat Hazrat Khalifah Nuruddin Sahib yang bermastautin di Jammu. Ini adalah
Khalifah Nuruddin Sahib Jammuni (dari Jammu). Jangan ada yang salah anggap
bahawa itu adalah nama Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal. Beliau adalah salah
seorang lagi di antara sahabi Hazrat Maseeh Masu’udas. Beliau berkata,
suatu kali aku berjalan kaki dari Jammu melalui jalan Gujrat menuju ke Kashmir.
Dalam perjalanan, aku mendirikan solat di sebuah hutan berdekatan dengan Gujrat
dan membaca doa ALLAAHUMMA INNII
A’UUZUBIKA MINAL HAMMI WAL HUZNI “Ya Allah Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari pada kesusahan hati
dan kesengsaraan fikiran” sambil menangis. Setelah itu Allah
Ta’ala telah membuat perubahan dalam kehidupanku sehingga tidak lagi merasa kesempitan,
sungguhpun aku tidak memiliki perniagaan yang khusus tetapi ribuan Rupees datang
kepadaku tanpa disedari. [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas,
tanpa penerbit Jilid 12 halaman 68, riwayat Hazrat Khalifah Nuruddin Sahib
Jammuni]
Setelah baiat
kepada Hazrat Maseeh Mau’udas, disebabkan Quwwat Qudsiah beliau, timbul dalam diri orang-orang ini suatu revolusi
sehingga begitu giat dalam berdoa, lalu Allah Ta’ala juga memperlihatkan
pengabulan doa-doa mereka dengan begitu ajaib. Ini memberikan keyakinan atas
mereka untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah lagi meminta kepada sesiapa,
saya tidak pernah lagi merasa bersedih dan kewangan juga sudah tidak lagi
sempit.
Kemudian Mian Syarafat
Ahmad Sahib menerangkan secara bertulis berkenaan dengan bapanya iaitu Maulvi
Jalaluddin Sahib Marhumra bahawa Maulvi Sahib seorang yang tawakkal.
Beliau menceritakan, apa sahaja yang kami inginkan maka Tuhan sendiri yang
menyediakannya. [Suatu tawakal yang luar biasa] Kami tidak perlu menyatakan kepada
sesiapa pun tentang apa yang kami inginkan. Selalu menceritakan bahawa pada
tahun 1918-1919 aku telah bekerja di sebuah Anjuman dan gajiku cuma 20-25 Rupees
sahaja. [Anjuman telah menetapkan elaunku sebanyak 20-25 Rupees ketika itu]
Pada masa itu barang-barang sangat mahal. [Yakni, gandum dan barang-barang lain
sangat mahal] Ketika itu Nazir Baitul Maal di Ferozpur iaitu Munsyi Farzan Ali
Khan Sahib. Suatu hari Farzan Ali berkata kepada Maulvi Jalaluddin bahawa tuan
diberikan elaun, sebab itu tuan harus bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana
diberikan elaun itu. Ayahnya berkata; perkara itu tidak menyenangkan saya lalu
berkata kepadanya: Adakah saya meminta suatu elaun dari tuan? (Saya telah
mewakafkan diri untuk berkhidmat kepada agama. Elaun yang telah ditetapkan itu
adalah dari Jemaat sendiri, saya tidak meminta atau menuntutnya.
Beliau berkata
kepada Nazir Baitul Mal bahawa mulai sekarang saya tidak akan mengambil elaun
dari jemaat. Farzan Ali Sahib berkata kepadanya; tuan bekerjalah seperti biasa. Yakni, tuan tidak mau ambil elaun tidak apa, tetapi haruslah bekerja seperti
biasa dan bekerjalah dengan semangat. Lalu Maulvi Jalaluddin Sahib berkata,
bekerja dan itaat tidak ada hubungannya
dengan elaun. Sama ada aku menerima elaun atau tidak, aku tetap akan berkhidmat
pada agama. Setelah aku mengucapkan perkara itu aku terus keluar dari
pejabat untuk mengadakan lawatan bertabligh dengan berjalan kaki. Khan Sahib
(Nazir Baitul Mal) berkata bahawa; adakah
kamu akan membuat kerja seperti dahulu atau mengikut kemahuan kamu sendiri?
Yakni, kamu memang tidak mengambil gaji,
tetapi adakah kamu sekarang ini membuat kerja dalam kualiti yang sama seperti
dahulu kamu buat, iaitu dengan penuh kesungguhan? Maka, Maulvi Jalaluddin
Sahib berkata; saya akan melakukan kerja
saya dengan penuh perhatian dan sempurna. Saya juga akan lakukan lebih baik
berbanding sebelumnya dengan penuh itaat. Kerja dan itaat tidak ada hubungan
dengan gaji. Dapat gaji atau tidak, khidmat agama harus diteruskan. Dikatakan
bahawa: dengan mengatakan hal itu saya
pergi membuat satu kunjungan tabligh dengan berjalan kaki.
[Ketika itu tidak
ada sebarang pengangkutan, umumnya para muballigh berjalan kaki untuk
bertabligh]. Dalam perjalanan, pelbagai khayalan mulai bermain dalam fikiranku,
bahawa dengan elaun itu sekurang-kurangnya dapat memenuhi suatu keperluan
kerana pada masa itu keadaan amat sulit. [Gandum dan barang-barang lain sangat
mahal] Sekarang bagaimana harus aku lalui kesulitan tanpa elaun.
[Khayalan ini
tiba-tiba muncul dalam fikiran dan lihatlah bagaimana Allah Ta’ala memberi
jalan keluar kepadanya] Bapanya menerangkan, dia pergi keluar untuk lawatan
tabligh dengan fikiran seperti itu. Tiba-tiba ada suara laungan yang datang,
tidak tahu dari mana suara itu. [Suatu laungan yang menakutkan telah datang]
yang membuatkan hatiku menderum. (Suara apakah itu? Suara yang kuat itu membawa
satu pesanan) di hadapan nanti ada yang
akan membawakan gaji untuk suatu tempoh masa. Adakah engkau telah mencapai umur
yang seperti sekarang ini disebabkan mengambil elaun? Beliau berkata; suara
dan ancaman itu masuk dalam telingaku menyebabkan kesedihan dan kerisauan aku
semakin hilang. Dan dengan merendahkan diri memohon: Ya Tuhan! Aku tidak memerlukan gaji itu, kehidupan apa yang boleh
menandingi Engkau. Sejak itu aku lalui kehidupan ini dengan baik. (Berkata
lagi; setelah itu Tuhan telah menjaga diriku sehingga keadaanku lebih baik
daripada sebelumnya. Berkata lagi) Maulvi Sahib menerangkan bahawa Khan Sahib
adalah teman lama saya. Kata-kata itu terkeluar sebegitu sahaja dari mulutnya sebagai
gurauan, di mana setelah itu beliau menganggap dengan bergantung kepada elaun
boleh menyebabkan syirik. (Oleh sebab itu, syirik telah keluar dari dalam
diriku) [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas
tanpa penerbit, Jilid 12 halaman 276-277, Riwayat Hazrat Maulvi Jalaluddin Sahib
disampaikan oleh Mian Syarafat Ahmad Sahib]
Kemudian, apa yang
diterangkan sebelum ini berkenaan Hazrat Maulvi Jalaluddin Sahib marhum,
anaknya menulis; saya melihat dalam mimpi bahawa Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib
bermain judi. Maulvi Jalaluddin Sahib telah menceritakan mimpi itu kepada
Hazrat Maseeh Mau’udas. Lalu Huzur bersabda; Maulvi Sahib! Hazrat
Khalifatul Maseeh Awwal, Hazrat Maulana Nuruddin juga bermain judi, tetapi dengan
Tuhan. Ini juga sama seperti pemain judi yang meletakkan segala-galanya atas
suatu nilai, dia tidak menyimpan apa-apa untuknya. Demikian juga Maulvi Sahib meletakkan
segala-galanya di dalam jalan Allah Ta’ala
atau di atas jalan Allah Ta’ala. Di
antara kedua-dua ucapan ini, salah satunya memang ada beliau ucapkan. [Diambil
dari Register Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit
Jilid 12 halaman 280-281 Riwayat Hazrat Maulvi Jalaluddin Sahib disampaikan
oleh Mian Syarafat Ahmad Sahib]
Yakni, ini suatu
perniagaan yang dilakukan oleh Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal dan orang-orang
duniawi mendapat faedah duniawi mereka melalui judi. Berkenaan dengan Hazrat
Khalifatul Maseeh Awwal, dikatakan bahawa untuk memperbaiki dunia dan akhirat,
beliau membelanjakan hartanya pada jalan Allah Ta’ala. Dan sebagaimana yang
kita ketahui bahawa banyak kisah kehidupan Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal
tentang bagaimana Allah Ta’ala telah memenuhi setiap keperluan duniawinya. Dan
begitu juga dalam mengkhidmati agama, kedudukan beliau dimaklumi oleh semua
orang.
Kemudian Hazrat
Sufi Ghulam Muhammad Sahib bapa kepada Mian Wali Muhammad Sahib berkata “pada
tahun 1912 saya telah lulus ujian B.A di Punjab Universiti. Selepas itu aku
bertanya kepada Hazrat Khalifah Awwal, apakah aku harus menghafal Al-Qur’an
atau mengambil ujian M.A. Beliau berkata: Hafal Al-Quran, apa ertinya M.A itu.
Lalu aku pun dapat menghafal Al-Quran dalam masa enam bulan dan apabila aku khabarkan
kepada Hazrat Khalifah Awwal, beliau terus sujud syukur. [Diambil dari Register
Riwayat Hazrat Maseeh Mau’udas, tanpa penerbit, Jilid 7 halaman 285, Riwayat Sufi Ghulam
Muhammad Sahib]
Inilah tarbiyyat
para sahabat. Inilah keitaatan mereka. Inilah kecintaan mereka terhadap Al-Quran.
Dunia ditinggalkan lalu mengutamakan hafalan terhadap Al-Qur’an, selepas itu
baru meneruskan pelajaran.
Kemudian riwayat
daripada Hazrat Sayyid Akhtaruddin Ahmad Sahibra. Beliau menulis,
rindu kepada kekasih tidak kurang pedihnya dari putus dengan kekasih. Hati
seorang kekasih dalam merindui kekasihnya begitu gelisah. Justeru itu,
mengenang bayangan sempurna kepada Rasulullahsaw, iaitu Hazrat
Maseeh Mau’udas, yang merupakan penzahiran kecantikan, habiibinaa wa mutaa’inaa wa nabiina, bukannya
tidak menjadikan gelisah atau tidak mengalami kelazatan, tetapi apa yang saya
takuti ialah daya ingatan hamba ini sangat lemah dan saya telah menjalani
kehidupan yang rapat dengan Huzuras bermula hujung tahun 1902
sehingga hujung tahun 1903, maknanya lebih kurang setahun, dan pada waktu itu
umur saya 24 tahun. Pada masa itu aku dan pakcikku Maulvi Sayyid Ahmad Hussain
Sahib yang datang dari Kutaki sebagai tetamu Hazrat Maseeh Mau’udas.
Mungkin ia datang dari Kutaki untuk kami makan nasi beberapa bulan lamanya,
kerana biasanya di Orissa kebanyakan orang memakan nasi. Oleh itu Huzuras
menyuruh Mian Najmuddin melayani tetamu dengan sebaik mungkin sebagaimana jelas
dari apa yang Mian Najmuddin katakan bahawa berkenaan
dengan kamu, Huzur sangat memberi perhatian.
Kemudian Sayyid
Akhtaruddin Sahib sekali lagi meriwayatkan bahawa ketika saya masih seorang
pelajar dan selalu mengikuti daras-daras Hazrat Khalifatul Maseeh Awwalra,
beliau sangat menyayangi saya. Apabila ibu bapa saya ROBBIR HAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANI SOGHIIRA [Bani Israil:25] memerintahkan
saya pulang, saya agak susah untuk pulang kerana perbelanjaan agak besar tetapi
Khalifatul Masih Awwalra telah berjanji bahawa jika tiba masa untuk
pulang, harus beritahu kepadanya. Dan apabila tiba masanya untuk pulang, aku
berjumpa dengan Khalifatul Maseeh Awwalra dan ketika itu beliau
sedang menunaikan solat di masjid Mubarak, lalu beliau datang dari arah Barat
dan memegang bahuku sambil berkata, saya dengar anda ada belajar Al-Qur’an
daripada pelbagai guru [Beliau berkata memang dahulu aku banyak belajar Al-Qur'an
dari guru-guru] Khalifatul Maseeh Awwal lalu berkata dengan firman Allah Ta’ala
WATTAQUL LAAHA WA YU’ALLIMU KUMULLAAHU
(Dipetik dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa
penerbit, Jilid 7 halaman 212-213 Riwayat Hazrat Sayyid Akhtaruddin Sahib)
Maksudnya, bertakwalah
kepada Allah, maka Allah akan mengajarkan kamu. Jadi, inilah syarat asas dalam
mempelajari Al-Qur’an Karim. Di kalangan para sahabat, belajar Al-Qur’an Karim
satu keseronokan. Mereka juga belajar dari Khalifah Awwalra. Di usia
yang muda, mereka selalu mengikuti daras dan juga mempelajari dari guru-guru
lain untuk menambah pengetahuan. Bagi orang-orang yang muttaqi, Allah Ta’ala
sendiri yang mengajarkan Al-Qur’an Karim atas mereka, membimbing mereka dan begitu
juga kita melihat dalam kehidupan para sahabat, mereka memiliki banyak ilmu mengenai
Al-Qur’an Karim.
Kemudian ada satu
riwayat dari Hazrat Khairuddin Sahibra anak kepada Mustaqim Sahib,
beliau bai’at pada tahun 1906 dan pada tahun itu juga beliau mendapat taufik
berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Beliau menceritakan suatu
kali setelah solat Maghrib, Huzur sambil duduk-duduk dan kebetulan di masjid
tidak ada lampu, aku dan beberapa orang duduk bersama-sama Huzur. Ada seorang bertanya:
Huzur! Maulvi ghair jemaat mengatakan Hazrat Nabi Isaas mencipta
binatang. Huzur menjawab: Syeikh Sahib! Tuhan adalah Khaliq dan adakah Nabi Isaas
juga Khaliq?
Hanya satu ayat
sahaja yang Huzur sebutkan. Orang yang menulis riwayat ini tidak mengetahui
siapa Sheikh itu kerana keadaan pada ketika itu agak gelap. Tetapi Sheikh Sahib
itu tidak bertanya lagi. Huzur sekali lagi bersabda, “maulvi kita hendaklah
menggunakan ayat-ayat pendek seperti ini dalam perbahasan”. Yakni, suatu yang
melucukan bahawa Nabi Isaas mencipta dan membuat burung. Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda, Tuhan juga Pencipta (mencipta adalah sifat
Tuhan) dan Nabi Isa juga pencipta. Kamu sebagai seorang Muslim pun boleh
terlibat dengan syirik seperti ini. Beliau bersabda lagi: Dengan ayat yang
ringkas ini kadang-kadang berfaedah juga untuk pertablighan. “Ini kerana jika suatu
pembahasan berpanjangan hanya membuatkan perkara ini menjadi kacau-bilau”.
Selepas itu Hazrat
Khairuddin Sahib menulis: “Aku telah balik ke kampung, aku sangat suka membaca
Al-Qur’an. Suatu kali aku melihat dalam mimpi bahawa Hazrat Maseeh Mau’udas
bersabda: datanglah ke Qadian, kami akan mengajarkan Al-Qur’an kepadamu. Ketika
beliau melihat dalam mimpi itu Hazrat Maseeh Mau’udas telah wafat.
Beliau berkata, setelah itu aku melihat lagi satu mimpi bahawa aku telah
berhijrah ke Qadian, (tempat itu sekarang telah dijadikan Mohallah Nasir Abad).
Di lapangan itulah aku menurunkan barang-barangku lalu bertanya, apakah nama
tempat ini? Maka ada suatu suara yang datang dari langit yang berbentuk suatu
benda yang padat, bentuknya seperti bola sepak, dari situ keluar suara
menyatakan bahawa nama tempat itu adalah hutan Ibrahim. Maksudnya Allah Ta’ala
memberitahu kepadaku bahawa nama Hazrat Sahib adalah Ibrahim. Pada waktu itu
aku tidak tahu bahawa Hazrat Sahib pernah bersabda:
Mein Kabhi Adam, Kabhi Musa, Kabhi Ya’kub
Niz Ibrahim Hoon Naslein Hein Be Tsumar
Yakni Aku
kadang-kadang Adam, kadang-kadang Musa, kadang-kadang Ya’kub, begitu juga sebagai
Ibrahim, dan keturunanku banyak tidak terkira” (Di ambil dari Register Riwayat
Sahabatra Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 7
halaman 154 Riwayat Hazrat Khairuddin Sahib)
Maka beliau berkata:
Allah Ta’ala telah memberikan amanat ini melalui suara dan barulah aku mengerti
bahawa nama tersebut adalah nama Hazrat Maseeh Mau’udas.
Allah Ta’ala selalu
memperlihatkan gambaran sokongan terhadap ucapan, nama-nama dan ilham-ilham
Hazrat Maseeh Mau’udas kepada para sahabat.
Kemudian Hazrat
Khairuddin Sahib menerangkan; aku mengatakan hal ini bukan kerana merendah diri
tetapi hakikatnya bahawa aku seorang yang berdosa. Apa yang ingin aku sampaikan
sekarang ini sesungguhnya adalah dari Nur Nubuwwat dan bukan dari diriku.
Sebabnya beliau ada bersabda:
Mein Woh Hoon Nuure Khuda Jisse Hua Din Aasyekaar
Akulah Nur Tuhan
yang jelas kelihatan seperti di siang hari.
Jadi, ini adalah
perkara yang pasti bahawa mereka yang melahirkan hubungan dari nur akan
mendapat bahagian dari nur itu. Hal ini juga sangat jelas bahawa nur itu adalah
sesuai dengan kebolehan masing-masing. (Maulvi Sahib, Hazrat Khairuddin Sahib
berkata) kami tidak pernah tahu bahawa apa yang dikatakan sebagai ilham, apa
itu kasyaf, apa itu rukya yang benar. Sekarang, dengan kurnia Allah Ta’ala, melalui
persahabatan dengan orang pilihan Tuhan ini, bukan sahaja mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan ilham, bukan sahaja mengetahui apa yang dimaksudkan dengan
kasyaf, dan bukan sahaja dapat mengetahui rukya yang benar, malah ketiga-tiga
perkara itu telah terjadi atas diri sendiri. (Dipetik dari Register Riwayat
Sahabahra Hazrat Maseeh Mau’udas, tanpa penerbit, Jilid 7
halaman 154-155, Riwayat Hazrat Khairuddin Sahibra)
Inilah suatu revolusi
yang dibuat oleh Hazrat Maseeh Mau’udas. Tentang Hazrat Khalifatul
Maseeh Awwal kita telah beberapa kali mendengarnya. Ada seseorang bertanya
kepada Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib: Tuan sebelumnya adalah seorang yang suci,
tetapi apa yang tuan dapat faedahnya setelah tuan bai’at? Hazrat Maulvi
Nuruddin Sahib menjawab: Lihat, banyak faedah yang aku perolehi, salah satu
faedah yang aku dapat ialah, sebelumnya aku melihat Nabi Muhammadsaw
dalam mimpi tetapi sekarang ini, dengan mataku sendiri dalam keadaan berjaga dan
kasyaf aku dapat melihat bagindasaw. Jadi, inilah revolusi yang
telah diciptakan oleh Mirza Sahib dalam diri saya. [Diambil dari Hayate Nur
oleh Abdul Qadir (bekas Saudagar Mul) Halaman 194, Cetakan Rabwah]
Maka, Hazrat
Khairuddin Sahib menulis: Sekarang kami boleh menerangkan perkara ini dengan haqqul yaqin (keyakinan yang hakiki).
Contohnya, ketika aku sedang duduk di Masjid Mubarak pada waktu Zuhur, aku
mendapat satu ilham ULAA’IKA HUMUL
MUFLIHUUN. Di dalamnya memberitahu bahawa orang-orang Jemaat akan
memperoleh kemenangan. Dari sini dapat kita perhatikan bahawa orang-orang biasa
pun mendapat kesudahan yang baik, pekerjaannya juga baik dan doa-doa mereka
mendapat pengabulan yang khusus dari Allah.
Kemudian, satu kali
saya berdoa: Ya Allah! Jalan manakah yang boleh mendekatkan diri kepada Engkau?
(Lihatlah bagaimana keinginan mereka untuk menjalinkan hubungan dengan Allah Ta’ala.
Mereka berdoa bagaimana caranya untuk dapat berhubung dengan-Nya) Maka Allah Ta’ala
memberi jawapan kepadaku bahawa untuk mendekatkan diri kepada Kami ada dua
cara. Sama ada kamu bayar candah atau bertabligh. Inilah dua cara yang Kami
sukai. Lalu aku memohon: Ya Allah! Aku bukanlah orang pandai. Bagaimana aku
boleh bertabligh? Lalu Allah Ta’ala menjawab: Bukankah Kami telah mengajarkan
kepadamu Al-Qur’an? Apabila ayat ini difirmankan oleh Allah Ta’ala, ketika itu
juga persoalan ayat ini telah selesai WAMAA
RAMAITA IZ RAMAITA WALAAKINNALLAAHA RAMAA, Ini kerana ketika aku di kampung,
aku ada bermimpi berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas dalam mimpi.
Beliau berkata:
Kamu datanglah ke Qadian, kami akan mengajarkan kepada kamu Al-Qur’an. Cuba
lihat sekarang, janji ini telah dibuat oleh Hazrat Maseeh Mau’udas tetapi
jawapan telah diberikan oleh Allah Ta’ala bahawa Kami telah mengajarkan engkau
Al-Qur’an. Aku melihat bahawa sesuai dengan kemampuan sendiri, dengan kurnia
Allah Ta’ala jika ada yang hendak mempelajari Al-Qur’an, maka saya boleh
mengajarkannya. Malah ketika ini pun di ruang tetamu selepas Subuh, satu hingga
satu jam setengah aku mengajarkan Al-Qur’an dengan terjemahannya sekali. Apabila
Allah Ta’ala telah berfirman bahawa Kami akan mengajarkan Al-Quran, di samping itu
juga Dia berfirman, tidakkah kamu membaca kisah kaum Ad dan Tsamud di dalam
Qur’an Syarif? Membaca satu ruku’ dan memperdengarkan kepada orang ramai bahawa
bagaimana kesudahan orang-orang yang tidak beriman kepada para Anbiya? Begitu
juga tentang doa, Allah Ta’ala berfirman kepadanya, banyakkanlah makan Ghee. Lalu
aku bertanya apa yang dimaksudkan dengan makan Ghee? Maka Allah Ta’ala pada
hari yang ketiga memberikan jawapannya, maksud makan Ghee adalah memperbanyakkan
doa. Kata-kata ini adalah kebaikan dalam bahasa Punjabi bahawa di dalam rumah
yang banyak doa, rumah itu akan memperoleh banyak ketenangan. Kemudian suara
ini juga didengari bahawa kepada siapa Tuhan tidak berkata-kata maka dia
bukanlah orang Muslim”. [Oleh itu, jika kita mahu memperoleh ketenangan maka
perbanyakkan berdoa di dalam rumah masing-masing] Lalu beliau berkata, adakah
orang seperti aku boleh mendakwakan bahawa ini semua adalah dari kekuatanku?
Malah jelas diketahui bahawa semua ini adalah berkat dari Nur Nubuwat. Sekali
lagi aku mengulangi ayat Hazrat Maseeh Mau’udas
Mein Woh Pani Hoon
Jo Aaya Aasma Se Waqt Par
Mein Woh Hoon Nuure
Khuda Jis Se Hua Din Aasykar
Aku adalah air yang
datang dari langit tepat pada masanya,
Akulah Nur Allah
yang menjadikan siang menjelang tiba.
[Di ambil dari Register
Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 7 halaman
155-156, Riwayat Hazrat Khairuddin Sahib]
Kemudian Hazrat
Hafiz Nabi Bakhsy Sahib anak kepada Hafiz Karim Bakhsy Sahib yang tinggal di
Faizullah Chok. Beliau telah datang berjumpa Hazrat Maseeh Mau’udas
sebelum beliauas mendakwakan diri sebagai Maseeh Mau’ud dan beliau
juga bai’at pada peringkat awal. Hakim Fazlur Rahman Sahib Muballigh Afrika yang
merupakan anak kepada Hafiz Sahib, beliau menulis: “Dalam dirinya wujud
kecintaan kepada Hazrat Maseeh Mau’udas dan beliau mempunyai tabiat
yang sangat berhati-hati, jika ada orang yang meminta beliau memperdengarkan
suatu kisah Hazrat Maseeh Mau’udas, beliau akan menjawab: saya tidak yakin dengan ingatanku, aku takut
jika tersalah cakap sesuatu yang berhubungan dengan Huzur.
Pekerjaan beliau
memang sangat memenatkan dan itu diketahui semua orang terutama sekali bulan Mei
dan Jun iaitu bulan yang sangat panas, beliau terpaksa juga berjalan pada siang
hari. Namun, beliau tetap akan bangun untuk mendirikan Tahajjud dan juga
menegaskan kepada kami untuk mengerjakannya. Apabila tiba Ramadhan, walaupun
keadaan cuaca yang sangat panas, kami tetap dawam berpuasa. Pada musim sejuk,
biasanya beliau mengajak anak-anak untuk sama mendirikan Tahajjud berjemaah.
[Beliau dengan
kurnia Allah Ta’ala adalah hafiz Al-Qur’an] Beliau sangat menekankan kepada
kami soal solat dan puasa. [Dan sepatutnya inilah tugas ibu bapa] Jika kami
malas beliau sangat marah. Beliau sendiri yang mengajar Al-Qur’an kepada kami.
Jika beliau sibuk dengan pekerjaan pada siang hari, maka pada malamnya beliau
akan mengajar. Kami ada tiga bersaudara. Paling tua adalah Abdul Rahmanra,
beliau telah meninggal dunia ketika masih belajar di Qadian lebih kurang pada
tahun 1907, usianya ketika itu 12-13 tahun. Tinggallah kami berdua, aku dan
Habibur Rahman Sahib B.A.
Bersama dengan
Hafiz Nur Muhammad Sahib dari Faizullah Chok dan Hafiz Hamid Ali Sahib marhumra,
pertama kali kami berjumpa dengan Huzur ketika Huzur menulis buku Barahin
Ahmadiyah dan juga segera bai’at kerana Hafiz Sahib ayah kepada Hakim Fazlur
Rahman selalu memohon untuk bai’at semenjak Huzur belum lagi membuat pendakwaan.
Sebenarnya aku tidak ingat tahun bai’at dan mulaqat, tetapi ketika pertama kali
beliau datang, beliau berjumpa dengan Huzur”. Kemudian menulis lagi: “Beliau
mencadangkan agar aku belajar di Qadian (yakni, anaknya Hakim Fazlur Rahman dicadangkan
agar belajar di Qadian).
Semasa melalui
kehidupan yang susah beliau menunjukkan contoh yang sangat mulia. (Hakim Sahib
menulis) Apabila saudaranya yang tua meninggal dunia pada tahun 1907, waktu itu
perkhwinan dua orang kakaknya yang tua sudah dekat. Dan untuk tujuan itu kami
telah berpindah dari tempat ayah bertugas menuju ke Faizullah Chok. Rombongan
mempelai seorang kakak datang dari wilayah Jalandhar. Apabila hari ketibaan
rombongan itu tinggal tiga hari sahaja lagi, abangnya Abdul Rahman Sahib pula
menghidapi sakit ginjal dan meninggal dunia di Qadian. Maka dari pihak lelaki sendiri
menyatakan bahawa disebabkan kewafatan abangnya, tarikh perkahwinan
ditangguhkan ke tarikh yang lain. Ayah kepada Hakim Sahib berkata bahawa kewafatan
anaknya itu adalah takdir Ilahi dan dia telah pergi, suruhlah rombongan
mempelai datang dan bawalah anak perempuan kami. Setelah tiga hari kewafatan
anaknya, dua anak perempuan dikahwinkan, hal seperti ini suatu ujian yang amat
pahit bagi orang-orang duniawi.”
Kemudian menulis
lagi: “Semasa zaman Khilafat Pertama dan Kedua, dengan kurnia Allah Ta’ala
tidak ada ujian yang menimpa. Dan tidak juga teragak-agak untuk bai’at kepada
dua khalifah itu. Beliau menunjukkan contoh yang agung dalam keimanan terhadap
Khilafat. Aku telah dua kali pergi ke Afrika Barat untuk bertabligh (Hazrat
Hakim Fazlur Rahman menjadi muballigh dalam tempoh masa yang lama di Afrika
Barat) Kali pertama di sana selama lapan tahun dan sekarang sudah berlalu tujuh
tahun. Pelbagai keadaan yang dilalui, bagi memenuhi keperluan duniawi, aku
selalu menolongnya. Beliau selalu menasihatiku supaya jangan sekali-kali
menunjukkan ketidaksabaran.
Apabila Hazrat
Khalifatul Maseeh memanggilnya pulang, barulah dia pulang. (yakni, beliau
langsung tidak berkata apa-apa, tidak menuntut apa-apa) Selama bekerja, beliau
selalu membeli surat khabar dan dawam dalam membayar candah, selalu menolong
orang miskin, melayani tetamu tanpa memandang kedudukan seseorang itu. Beliau
seorang Musi dan selama bekerja, beliau membayar candah Hissah Amad. Sebanyak
mana pun tanah yang beliau miliki Faizullah Chok, beliau wasiyatkan atas nama
Anjuman”. (Diambil dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas
tanpa penerbit Jilid 12 halaman 1-3 Riwayat Hazrat Hafiz Nabi Bakhsy Sahib)
Sahabat yang saya
ceritakan ini adalah cicit kepada Umair Ibnu Malik Abdul Rahim Sahib, di mana
pada 28 Mei lepas telah disyahidkan di masjid Model Town. Beliau mempunyai dua
orang anak yang masih kecil. Semoga Allah Ta’ala memelihara dan menolong
mereka. Doakan kepada semua anak-anak, balu-balu dan ibu bapa semua orang yang telah
disyahidkan. Semoga Allah Ta’ala memberi pertolongan dan kesabaran kepada
mereka. Dan kepada isteri-isteri para syuhada yang masih muda, semoga Allah Ta’ala
menemukan jodoh mereka.
Hazrat Muhammad
Ya’kub Sahib anak kepada Mian Sirajuddin Sahib yang bai’at pada 1900 dan pada
1904 beliau berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Beliau menulis: “Hazrat
Maseeh Mau’udas selalu memberikan kasih sayang yang lebih kepada
anak-anak. Anak-anak kadang-kadang melompat bermain-main di pangkuan Huzur.
Wajah Huzur hanyalah NUURUN ‘ALAA NUURIN
(cahaya di atas cahaya). Ketika kami masih muda, Huzur menunjukkan kecintaan
kepada kami lebih daripada ibu bapa kami. Apabila Huzur berkunjung ke Lahore,
maka Huzur akan datang ke pondok kami yang membuatkan kami merasa bangga dan
terharu.
Suatu kali Huzur
pergi berjalan dalam kenderaan yang tertutup, apabila balik dari bersiar-siar, keluarga
kami seperti Mian Sirajuddin Sahib, pakcik kami Mikrajuddin Sahib Umar, Mian
Tajuddin Sahib dan ahli keluarga lain menunggu kedatangan Huzur. Di hadapan
rumah kami terdapat sebuah kebun kerajaan. Di atas jalan kebun yang bersambung
dengan kediaman-kediaman kami, orang-orang jahat berkumpul dengan sombongnya. Apabila
Huzur tiba dan masuk ke dalam rumah melalui tangga, maka orang-orang jahat
mulai melemparkan batu ke arah kami.
Dalam keadaan itu,
bapa dan pakcikku berbincang apa yang harus dibuat. Lalu bapaku mengarahkan
kepada seorang pembantuku agar mengangkat seorang anak kecil dari situ dan waktu
itu juga sedang sakit. Selepas itu, mereka menghadapi kumpulan itu dengan penuh
keberanian. Setelah itu, kumpulan itu berpecah-belah, maka Hazrat Maseeh Mau’udas
bersabda, biarkanlah mereka pergi.”
Beliau menulis lagi:
“Suatu kali hamba bersama bapa pergi keluar. Huzur tinggal di rumah. Sebelum
berangkat, di atas suatu tempat, ada kertas dan dakwat, di atasnya ditulis
sesuatu, ayah saya meminta nama anak perempuan, beliau mengatakan Imanah
Begum.”
Kemudian sebuah
lagi riwayat beliau: “Setiap kali saya datangke Qadian bersama ayah, disebabkan
kebiasaan masa kecil saya selalu terus masuk ke bilik perubatan Hazrat
Khalifatul Maseeh Awwalra. Hazrat Khalifatul Maseehra
pula akan mendukungnya dan menunjukkan kasih sayangnya. Beliau selalunya
membaca Al-Qur’an dan mengajar anak-anak mengaji. Kemudian, dari situ akan
berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas di masjid Mubarak, lalu Huzur
mengumpulkan anak-anak di sekelilingnya dan bertanya beberapa perkara. Dan
kebetulan di masjid Mubarak ada beberapa tetamu duduk berkumpul.
Qadian hanya sebuah
desa yang kecil, dan tidak dapat diyakini bahawa ilham Huzur akan menjadi
kenyataan. Bapaku sangat mencintai Hazrat Maseeh Mau’udas. Bapaku berkata
kepadaku bahawa berkenaan dengan kemenangan dan pertolongan kepada Hazrat
Khalifatul Maseeh Tsanira, kebenarannya dapat disaksikan. Beliau
sangat yakin atas Hazrat Maseeh Mau’udas dan disebabkan keyakinan
atas ilham-ilham itu, beliau berani memperkatakan bahawa hal ini pasti akan
sempurna. Dan beliau mengatakan bahawa kita telah melihat hal ini menjadi
sempurna. [Diambil dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas
tanpa penerbit Jilid 7 halaman 128-129 Riwayat Hazrat Muhammad Ya’kub Sahib]
Inilah
sahabat-sahabat yang bai’at sehingga mereka telah membuat perubahan suci dalam
diri mereka dan mengadakan hubungan dengan Allah Ta’ala, dan apabila keimanan
mereka telah teguh terhadap Hazrat Maseeh Mau’udas maka tiada
sesiapa lagi yang dapat menggugat keimanan mereka. Inilah yang boleh
menyegarkan kembali ingatan terhadap kurun yang terbaik. Mereka telah memegang erat ajaran Hazrat Maseeh Mau’udas
dan juga telah berhasil memahaminya “Apabila Allah Ta’ala telah mendirikan
silsilah ini dan telah banyak memperlihatkan tanda-tanda untuk menyokongnya,
tujuannya ialah bahawa jemaat ini adalah jemaat para sahabat dan kemudian
muncul semula kurun yang terbaik. Oleh kerana orang-orang yang masuk ke dalam
silsilah ini termasuk dalam WA
AAKHORIINA MINHUM, sebab itu pakaian
pekerjaan dusta hendaklah ditanggalkan dan seluruh perhatian handaklah
ditujukan kepada Allah Ta’ala. (Malfoozaat Jilid 2 halaman 67 Edisi 2003
Cetakan Rabwah)
Para sahabat Hazrat
Maseeh Mau’udas sebagaimana yang telah saya katakan: Mereka telah
memperlihatkan bahawa mereka telah menyempurnakan ajaran dan keinginan beliau.
Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan taufik kepada kita semua untuk melakukan
perubahan suci dan sentiasa berdiri teguh.
InsyaAllah, lusa,
malah esok jam 12 tengah malam akan bermula tahun baru. Semoga Allah Ta’ala
memberkati Jemaat ini lebih daripada tahun sebelumnya. Semoga Allah Ta’ala
menghentikan tangan para penentang dan semoga mereka mendapat taufik untuk menerima
kebenaran. Semoga Allah Ta’ala menurunkan berkat yang tidak terhingga kepada
Jemaat. Amin.
Selepas solat
Jumaat saya akan memimpin solat jenazah bagi jenazah Mukarram Jamaluddin Sahib
Auditor Sadar Anjuman Ahmadiyah Pakistan. Mukkaram Jamaluddin Sahib dilahirkan
pada 15 Disember 1938 di Qadian. Beliau kelahiran Ahmadi. Pada usia 18 tahun lagi
beliau telah mulai berkhidmat dalam jemaat. Pada 27 Disember 2011, dalam usia
73 tahun beliau telah wafat. INNAA
LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN.
Dengan kurnia Allah
Ta’ala beliau seorang Musi, dikebumikan di Bahisyti Maqbarah Rabwah. Beliau
mendapat taufik berkhidmat dalam silsilah ini selama 55 tahun. Beliau telah memegang
pelbagai jawatan dalam jemaat seperti Nizamat Jaidad, Daftar Wasiyat, Daruz
Ziafat, Daftar Private Secretary, dan Nazarat Khidmat Darwishan. Kemudian, pada
Julai 2003 beliau telah memegang jawatan Auditor Sadar Anjuman Ahmadiyah
sehingga kewafatan beliau. Pada April 2008 sehingga Jun 2009 beliau sebagai
Naib Officer Muhasib dan Provident Fund. Beliau seorang yang pendiam, seorang
yang sederhana dan insan yang sangat mulia. Beliau juga sangat menghormati
orang bawahannya. Sangat pengasih kepada setiap orang. Sangat cinta kepada
saudara terdekat, isteri dan anak-anak. Beliau juga seorang yang sangat berani.
Disiplin dalam solat, puasa dan giat dalam tahajjud. Beliau sangat cinta kepada
khilafat. Dengan kurnia Allah Ta’ala beliau seorang yang kuat bekerja dan tidak
pernah menunjukkan sikap malas. Beliau selalu mengutamakan pekerjaan Jemaat
daripada urusan peribadi. Dan beliau sentiasa menjalankan tugas mengikut roh
wakaf dan beliau menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Siapa sahaja ketua
beliau, beliau akan mentaatinya. Semoga Allah Ta’ala meninggikan darjat beliau,
memberikan makrifat dan rahmat kepadanya. Isteri beliau sebelum ini telah
wafat. Semoga Allah Ta’ala memberi kesabaran dan semangat kepada mereka dan
memberikan taufik untuk terus melakukan kebaikan-kebaikan.
----------------------------<<<>>>----------------------------
Diterjemahkan oleh
Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah.
29.06.2012
No comments:
Post a Comment