TERJEMAHAN
KHUTBAH JUMAAT
HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH
AL-KHAMISatba
04 MEI 2012 / 04 HIJRAT 1391HS
12 Jamadil Akhir 1433HQ
Masjid Baitul Futuh, Morden, London
----------------------------<<<>>>----------------------------
Setelah
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur menyampaikan khutbah
seperti berikut:-
Hari ini saya akan
mengambil kisah-kisah para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tentang
semangat dan perasaan mereka terhadap Hazrat Maseeh Mau’udas.
Kisah-kisah yang ingin disampaikan ini adalah kisah-kisah keinginan yang kuat
oleh para sahabat untuk menziarahi tempat Hazrat Maseeh Mau’udas
tinggal.
Hazrat Mian
Muhammad Zahuruddin Sahibra menceritakan: Sambil duduk bersantai,
terdetik dalam diriku hasrat untuk pergi ke kota Qadian. Aku menyampaikan
iradahku ini kepada Mukarram Munsyi Sirajuddin Sahib. Ketika itu aku tidak
memiliki wang sama sekali, Mukarram Munsyi Sirajuddin Sahib memberikan kepadaku
wang sebanyak 1 Rupees sahaja lalu berkata: Aku pun pada ketika ini tidak
memiliki wang sama sekali, jika aku mempunyai wang pasti aku akan memberikan
kepadamu. Lalu aku memberitahu kepada Qazi Manzoor Ahmad Sahib bahawa aku ingin
berkunjung ke Qadian, lalu beliau berkata, aku pun ingin pergi juga.
Dan pada hari
berikutnya kami berdua tiba di Qadian, dari Batala kami berjalan kaki dan tiba
di Qadian pada waktu Zuhur, dan apabila dapat berjumpa dengan Hazrat Maseeh
Mau’udas, fikiran mendapat ketenangan. Alhamdulillah atas perkara
itu. [Daftar riwayat para sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar Nombor 11, Halaman
363-364, Riwayat Hazrat Mian Muhammad Zahuruddin Sahib Dolira]
Kemudian menulis
lagi: Zaman Hazrat Maseeh Mau’udas adalah zaman yang amat
menyeronokkan, dalam mengkhidmati beliauas tidak ada peristiwa yang
boleh dilupakan. Hati menginginkan supaya jangan hendaknya berpisah dengan
beliauas. Ketika kami tiba di Qadian, aku melihat bapa mertuaku
iaitu Qazi Zainal Abidin sudah pun tiba di Qadian. Kami amat gembira berjumpa
dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Ketika itu kami tinggal di Qadian
kira-kira 4 - 5 hari lamanya. Allah Ta’ala telah memberikan kesempatan untuk tinggal
bersama Hazrat Maseeh Mau’udas dan dapat menunaikan solat
bersama-sama dengan beliauas. Semua ini adalah kurnia Allah Ta’ala,
kerana kami yang lemah ini telah mendapat kesempatan berjumpa dengan wujud suci
yang telah dibangkitkan pada zaman ini. Walhamdulillaahi
‘Alaa Zaalik.
Kemudian, Haji
Muhammad Musa Sahib menerangkan: Pada masa dahulu telah menjadi kebiasaanku
beberapa tahun lamanya aku menaiki basikal dengan menggunakan tayar mati dan
ditumpangkan basikal itu dengan pegawai di sebuah stesen [yang namanya Naya
Stesen] kereta api di Batala. Setiap Jumaat beliau akan menaiki kereta api dari
Lahore ke Batala dan dari Batala beliau akan menunggang basikal pergi ke
Qadian. Selepas menunaikan solat Jumaat beliau akan mengayuh basikal semula
menuju ke Batala dan dari Batala beliau menaiki kereta api untuk balik semula
ke Lahore. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No. 11, Halaman
11-12, Riwayat Hazrat Haji Muhammad Musa Sahib]
Menjadi kebiasaan
beliau, dari Lahore beliau akan pergi ke Qadian untuk menunaikan solat Jumaat
dan perjalanan tersebut dari Batala ke Qadian adalah kira-kira 11-12 batu
jauhnya. Dan jika diambil kira, perjalanan beliau dengan menggunakan basikal
pulang dan pergi kira-kira 22 batu jauhnya.
Kemudian Hazrat Dr.
Sayyid Ghulam Ghous Sahibra menerangkan: Pertama kali ketika
berkunjung ke Qadian pada bulan Febuari 1901 dan bai’at di tangan Huzur, kerana
pada bulan Ogos 1900 beliau hanya baiat melalui surat. Aku bertanya kepada
Hazrat Maulvi Abdul Karim Sahib bahawa wazifa [amalan] apa yang tuan selalu
amalkan? Maulvi Abdul Karim Sahib berkata; selalulah mengunjungi ke kota
Qadian, maka sejurus itu juga fikiranku untuk mendirikan rumah di Qadian
terdetik, supaya ibubapa, anak-anak dan isteriku dapat tinggal di Qadian.
[Ingin mendirikan
rumah di Qadian dan apabila mendapat cuti aku boleh pergi ke Qadian] Tetapi
selepas itu aku telah ditugaskan untuk pergi ke Afrika Timur dan ketika aku di
sana, aku mengirimkan wang sebanyak 600 Rupees kepada Hazrat Maulvi Abdul Karim
Sahib supaya dapat membina rumah di Qadian. Tetapi tiga tahun kemudian, setelah
aku pulang dari Afrika Maulvi Abdul Karim Sahib mengembalikan wang yang aku
berikan dahulu dan meminta maaf, kerana tidak ada kesempatan untuk urusan
tersebut. Maulvi Sahib tinggal di bahagian atas di rumah Hazrat Maseeh Mau’udas.
Semasa Maulvi Abdul Karim mengembalikan wang itu beliau berkata, semua
rumah-rumah di sini adalah milik orang-orang Ahmadi [Yakni, semua rumah sama ada
rumah orang-orang ghair atau rumah orang Hindu, semuanya milik orang-orang
Ahmadi]
Sambil beliau
mengisyarahkan jarinya ke arah rumah Deputy orang Hindu yang pada masa ini
telah dijadikan pejabat oleh kita. Beliau menulis; begitulah kearifan yang di
miliki oleh Hazrat Maulvi Abdul Karim Sahib, hal-hal yang kecil pun beliau bijak
menanganinya. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No. 11, Halaman
No 79-80, Riwayat Hazrat Dr. Sayyid Ghulam Ghous Sahib]
Apa yang beliau
ucapkan, Tuhan memenuhinya, apa yang Allah Ta’ala perlihatkan kepadaku,
semuanya adalah disebabkan keyakinanku kepada Hazrat Maseeh Mau’udas.
Hazrat Mian Zahuruddin
Sahibra menerangkan: Terfikir dalam diriku, jika Mirza Sahib memang
seorang yang suci dan jika kita tidak beriman kepadanya, apa kesannya pada diri
kita? Suatu kali aku berkata dengan makcik sebelah bapaku Munsyi Abdul Ghafoor
Sahib bahawa aku akan pergi ke Qadian. [Kisah ini adalah sebelum beliau bai’at]
Dia berkata; jangan beritahu kepada sesiapa bahawa aku akan pergi bersamamu. Mendengar
perkara itu hatiku sangat senang sekali dan pada hari berikutnya kami berangkat
ke Qadian]
Pada waktu itu
adalah musim gandum. [Yakni, musim menuai gandum] Apabila kami sampai di stesen
kereta api kami menaiki pedati dan di bahagian hadapan yang duduk ialah Mian
Nur Ahmad Sahib. Dan kami sampai di Qadian pada waktu Zohor. Setelah berwudhu
kami masuk ke masjid Mubarak, masjid Mubarak ketika itu sangat kecil. Sebelum
kami tiba di masjid sudah ada 5-6 orang yang sedang duduk di dalam masjid. Dan
aku memperhatikan dengan penuh teliti orang-orang yang berada di situ. [Yakni,
melihat dengan penuh perhatian] Tetapi tidak kelihatan wajah orang yang aku
ingin melihatnya. [Yakni, beliau ingin melihat wajah Hazrat Maseeh Mau’udas.
Tetapi orang-orang yang duduk di situ tidak seperti wajah yang aku ingin
melihatnya]
Beliau menceritakan
lagi; kira-kira setelah 10-15 minit kemudian Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal
datang dari pintu tangga kecil dan sedang berdiri. Sejurus melihat beliau aku
pun berdiri. Dalam benakku menyatakan, jika melihat dari raut wajahnya, inilah
orang yang dimaksudkan. Hazrat Khalifatul Awwalra bersabda; anda
duduklah dahulu, Hazrat Sahib sebentar lagi akan datang. [Hazrat Khalifatul
Maseeh Awwal mempunyai firasat bahawa beliau tersilap sangka]
Lalu beliau menyuruh
aku duduk lalu berkata; duduklah dahulu sebentar lagi Hazrat Sahib akan tiba]. Mendengar
ucapan beliau itu aku terus duduk. Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal lalu
bersabda; seorang khadim Hazrat Maseeh Mau’udas memberitahu bahawa
Hazrat Aqdas akan datang sebentar lagi. Tidak beberapa lama kemudian Hazrat
Maseeh Mau’udas masuk ke masjid Mubarak. Apabila aku melihat, wajah
beliau seumpama matahari yang terbit di tengah hari. [Yakni, seperti matahari
yang sedang naik di waktu di tengah hari]
Ketika melihat
wajah beliau, hati merasa ketenangan dan membuatkan wajah-wajah orang lain yang
berada di situ menjadi kabur disebabkan pantulan cahaya yang terpancar di wajah
Hazrat Maseeh Mau’udas] [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit,
Daftar No. 11, Halaman 360-362, Riwayat Hazrat Mian Muhammad Zahuruddin Sahib
Dolira]
Hazrat Syeikh Abdul
Karim memberitahu bahawa pada tahun 1903 aku bai’at melalui Hakim Ahmad Hussin
Sahib Laipuri. Hakim Sahib berasal dari Laipuri kerana beliau bekerja di
Laipuri dan wafat di situ, kerana itu beliau lebih dikenali sebagai Laipuri.
Beliau pernah ditugaskan di Karachi, melalui tabligh beliau, aku menjadi
Ahmadi. Pada tahun 1904 ketika di Lahore, aku menginap di rumah beliau. Ketika
aku sedang menunaikan solat di kubah kecil masjid, aku mendengar pengumuman
bahawa Huzur akan datang dan akan memberikan pidato. Mendengar pengumuman itu
aku pun duduk menunggu. Apabila Huzur tiba, beliauas lebih selesa
menginap di rumah Mian Mirajuddin Sahib dan di dalam rumah itu juga telah
diadakan solat Jumaat, ketika itu yang membaca khutbah dan menjadi imam ialah
Maulvi Abdul Karim Sahib. Aku begitu asyiknya dan berkeinginan bagaimana caranya
dapat berjumpa dengan Huzur.
Tidak berapa lama
kemudian Dr. Ya’kub Beg Sahib datang dan memegang tanganku dan membawa aku di
bahagian saf hadapan dan aku berdiri bersama-sama dengan Huzur di sebelah kanan
beliau. Ketika aku duduk tahiyyat, bahuku bersentuhan dengan bahu Huzur, lalu
badanku pun terasa menggeletar. Ketika beliauas melihat keadaan
diriku, beliauas langsung memegang tanganku dengan memberi salam dan
menenangkan diriku. [keadaan itu berlaku ketika setelah aku duduk tahiyyat dan
memberikan salam, bukan semasa dalam solat]
Selanjutnya beliau
menulis, ketika Huzur tiba di Qadian bersama denganku, setelah itu aku bersama
Huzur berangkat ke Gurdaspur. Selepas solat Asar Huzur ada bersabda;
orang-orang beranggapan setelah melihat Hazrat Maseeh Mau’udas dan
bai’at di tanganku, hal itu sudah memadai [Yakni, orang-orang mempunyai
anggapan bahawa setelah bai’at semua urusan sudah selesai]
Huzur bersabda: Hal
yang paling utama ialah IYYAAKA NA’BUDU
WA IYYAAKA NASTA’IN, dengan ini seorang insan itu dapat dijauhi daripada
musibah. Kami datang hanya mununjuki jalan, oleh itu kami menunjuki jalan-Nya.
[Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1, Halaman 1-2, Riwayat
Hazrat Shiekh Abdul Karim Sahib]
[Oleh itu, bagi
mendapatkan ibadah dan pertolongan, perlu seseorang itu mencari-Nya dan
berusaha gigih mendapatkan-Nya dan itulah yang paling utama, yang membawa ke
tahap tertinggi dan dapat menyempurnakan maksud tersebut setelah seseorang itu
bai’at di tangan Hazrat Maseeh Mau’udas]
Hazrat Sahib Deen
Sahib meriwayatkan: Kira-kira pada tahun 1904, Jemaat Lahore menerima berita
bahawa Huzur akan menaiki kereta api dan akan tiba di Lahore. Maka kami pun
menyambut kedatangan beliauas di stesen kereta api. Ketika itu
kebiasaan orang ramai ialah menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan, maka
kami pun menyediakan untuk beliauas sebuah kereta kuda. Waktu itu
kami masih remaja, semasa Huzur menaiki kereta kuda itu, kami membiarkan kuda
itu berjalan sendiri. [Selalunya jika kuda itu ditarik talinya perlahan-lahan
ia akan berjalan dengan sendirinya]
Ketika Huzur melihat
gelagat kami beliau bersabda: Kita sebagai seorang insan diberikan akal yang
membolehkan akal manusia mencapai ke tahap yang tertinggi dan bukan yang
sebaliknya, iaitu rendah kedudukannya seperti haiwan. Tugas manusia adalah
untuk menunggangnya. [Lebih kurang itulah mafhum yang beliau maksudkan] Sejurus
itu juga kami memberhentikan perbuatan itu dan menaiki kereta kuda tersebut
dengan betul. Aku secepatnya berdiri di belakang dan memayungi Huzur sepanjang
perjalanan. Aku merasa amat bangga dapat kesempatan memayungi beliauas
ketika itu. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1, Halaman 10
Riwayat Hazrat Sahib Deen Sahib]
Hazrat Choudry
Ghulam Rasul Sahib Bashra meriwayatkan pada tahun 1907 kejadian itu berlaku
pada waktu Jalsa Salana, bahawa Huzur akan keluar pada hari Khamis pagi untuk
bersiar-siar. Menjadi kebiasaan pada waktu itu apabila ramai orang berkumpul,
maka sahabat-sahabat akan mengelilingi beliau dengan berantai memegang tangan.
[Kisah ini pernah diceritakan di salah satu tempat sebelum ini tetapi walau
bagaimana pun, ketika itu orang-orang merasa asyik dan ingin berkhidmat dan
ingin melihat beliauas dari dekat. Orang-orang mulai mengelilingi beliauas.
Beliauas akan berjalan di tengah-tengahnya dan para sahabat akan
membuat lingkaran sambil memegang tangan berantai supaya beliau tidak ditolak
oleh orang-orang yang ingin melihat beliauas yang sedang berjalan.
Jadi aku
bersama-sama Amir Jemaat Ahmadiyyah Chok No 99 dari Utara, Chaudry Mian Khan
Sahib dari Gundal dan Choudry Muhammad Khan Sahib Gundal marhum mencadangkan
jika Huzur pergi bersiar-siar maka kita akan membuat lingkaran mengelilingi
beliauas supaya kita dapat melihat Huzur dengan lebih jelas. Tujuan
membuat lingkaran itu supaya dapat menjaga keselamatan beliauas dan
kedua, dapat melihat beliauas dari jarak dekat. Setelah kami
menunaikan solat Subuh maka orang-orang sudah mulai berkumpul di bazar menunggu
kedatangan beliauas, tapi pada waktu itu kami tidak mengetahui dari
arah mana beliau akan lalu untuk bersiar-siar, orang-orang berlari-lari ke arah
beliauas dengan perasaan gembira.
Dan pada akhirnya
diketahui bahawa beliauas berjalan ke arah utara, sedangkan kami
yang sudah sedia menunggu kedatangan Huzur di mana beliauas sudah
dikelilingi oleh para sahabat yang menjaganya. Ketika itu ramai orang
berkerumun, iradah kami untuk melihat beliauas tidak kesampaian
kerana keadaan pada waktu itu begitu sibuknya hinggakan niat kami mahu
mendekati Huzur pun tidak tercapai. Setelah beliauas melimpasi orang
ramai di situ, beliauas berehat di bawah sebuah pohon buah-buahan di
sebelah Barat dan beliauas berdiri, lalu di situlah orang-orang
mulai bersalaman dengan beliauas. Ada seseorang berkata; bawakan
sebuah kerusi untuk beliauas lalu beliauas bersabda, aku
telah diberitahu oleh Allah Ta’ala sebelum ini bahawa orang-orang akan datang
kepadaku berbondong-bondong, tetapi [Ini adalah ilham dalam bahasa Punjabi Tu akken na aor thakken na. [Daftar
riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1 Halaman 71 Hazrat Chaudry Ghulam
Rasul Sahib Bashra]
Yakni, jangan
merasa risau dan meluat orang-orang akan berkerumun untuk berjumpa denganmu,
jangan merasa lelah, maka pada waktu itulah mereka dapat kesempatan berjumpa
dengan beliauas.
Kemudian Hazrat Dr.
Umar Deen Sahib menerangkan bahawa aku amat berhasrat untuk bersalaman dengan
Hazrat Maseeh Mau’udas sungguhpun sudah berkali-kali aku bersalaman
dengan beliauas. Ketika orang-orang berkerumun bersalaman dengan
beliauas, aku masih lagi belum merasa puas untuk bersalaman dengan
beliauas. [Kadang-kadang terpaksa bertolak-tolakan, walaupun dalam
keadaan yang bersusah payah tetapi berusaha juga untuk bersalaman dengannya]
[Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1, Halaman 184 Riwayat
Hazrat Dr Umar Deen Sahib]
Hazrat Dr. Abdullah
Sahib menerangkan ketika aku ingin pergi ke Qadian dari Batala, ada seorang
yang sudah tua dan buta, dia juga ingin pergi ke Qadian. Dia berkata, adakah
lagi tempat yang boleh aku duduk di dalam kereta kuda ini? Aku menyatakan, tuan
duduklah bersama kami di dalam kereta kuda ini. Lalu dia berkata, aku hanya
memiliki setengah Rupees sahaja dan aku akan membayar tambangku sendiri untuk
ke Qadian. Yakni, sebetulnya dia tidak perlu membayar tambang dan ada tempat
duduk untuknya tetapi dia tidak mahu dibayarkan tambangnya kerana dia mempunyai
wang dan mahu membayarnya sendiri. Dia dengan kerendahan hati dan keteguhan
iman, dan dari gaya dia bercakap dapat diketahui bahawa sungguh pun orang-orang
yang seperti ini sepanjang hidupnya berperjalanan jauh, mereka tetap ingin
datang ke Qadian. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit , Daftar No 2,
Halaman 109-110 Riwayat Hazrat Dr. Abdullah Sahib]
Inilah keteguhan
hati seorang yang buta, tidak menimbulkan banyak persoalan, dia tidak suka
persoalkan perkara tersebut. Kedua pula, dia sanggup mengumpul wang untuk
datang berkali-kali ke Qadian supaya dapat mengambil faedah berjumpa dengan
Hazrat Maseeh Mau’udas.
Hazrat Mian Ciragh
Deen Sahib menerangkan ketika Hakim Ahmad Deen Sahib ingin ke Lahore untuk
berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas, aku membuat lawak dengannya,
yakni sambil berjenaka. Hakim Sahib lalu berkata, engkau sesama kita pun engkau
mahu membuat lawak. Mendengar kata-kata itu aku merasa malu dan hatiku mulai
lembut. Setelah aku mengucapkan kata-kata itu aku berjalan bersama-sama Huzur.
[Ketika kejadian itu dia belum lagi menjadi Ahmadi, semasa dia membuat jenaka
Hakim Sahib sedang mahu pergi melihat Hazrat Maseeh Mau’udas. Walau
apapun, setelah dia melakukan perkara itu dia merasa malu. Dia menyatakan
ketika itu aku pun berjalan bersama]
Ketika itu aku
tiada keinginan untuk bai’at [memang aku ikut bersama-sama tetapi tiada iradah
untuk bai’at] Apabila tiba di rumah Khawaja Kamaluddin Sahib, diketahui bahawa
Hazrat Maseeh Mau’udas tidak sihat. Pada waktu itu orang sangat
ramai, ada seseorang menyuruh aku berkunjung menemui Huzur, tetapi pada waktu
itu orang sangat ramai mahu menemui beliauas. Huzur memalingkan
wajahnya dari tingkap dan apabila aku melihat wajah Huzur, aku sudah menyangka
bahawa wajah orang seperti ini bukanlah wajah seorang pendusta, lalu setelah
itu aku pun bai’at. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 9
Halaman 336, Riwayat Hazrat Mian Ciragh Sahib]
Malik Barakatullah
Sahib anak kepada Hazrat Malik Niaz Sahib menerangkan: Pada tahun 1905, pada waktu
Asar kami yang berada di Rahoon daerah Jalandhar [Yakni, tempat yang dia
tinggal iaitu di Rahhu daerah Jalandhar] di situ dia menerima poskad bahawa
Huzur akan datang ke Delhi dan kira-kira jam 8-9 pagi beliauas akan
lalu di stesen Paguara. Haji Rahmatullah Sahib dan Coudhry Feroz Khan Sahib
telah menugaskan diriku, kerana aku masih remaja supaya sampaikan amanat ini
kepada Jemaat Karyam. Walau bagaimanapun aku sampai juga di Karyam selepas
Maghrib, dan menyampaikan amanat itu kepada Jemaat tersebut.
Ada beberapa
sahabat yang ikut bersama lalu kami semua menuju ke Paguara yang kira-kira 3
batu jauhnya. Setelah tiba di Paguara kami menunaikan solat Subuh. Di stesen
keretapi, Munsyi Habibur Rahman Sahib mengarahkan orang-orang Jemaat di Haji
Pur menyediakan tempat tinggal dan pada siang harinya telah disediakan makanan.
Kami semua menunggu kedatangan Huzur yang akan menaiki kereta api, tetapi
kereta api yang lalu di stesen tersebut tidak berhenti. Dan dimaklumi bahawa
tarikh kedatangan Huzur telah diubah kepada tarikh yang lain, disebabkan
kedatangan Huzur telah ditunda, kami merasa amat sedih kerana perjalanan kami
yang sangat panjang semata-mata kecintaan kami kepada Huzur.
Begitu panjangnya
perjalanan kami hinggakan perjalanan itu sudah menjadi biasa bagi kami. Semua
ini disebabkan hasrat ingin berjumpa dan keasyikan serta kecintaan kepada
Huzur. Tetapi apabila diketahui Huzur tidak jadi datang, maka kaki kami yang
melecit itu menjadi ingatan bagi kami semua, lalu dengan perasaan sedih kami
balik dengan menaiki kereta kuda. [Di ambil dari Daftar riwayat sahabat, Tanpa
Penerbit, Daftar No 3, Halaman 227-228 Riwayat Hazrat Malik Niaz Ahmad Sahib
diketahui oleh Malik Barakatullah Sahib]
Hazrat Munsyi Qazi
Mahbub Alam Sahib menerangkan bahawa peristiwa ini adalah sebelum menerima
Ahmadiyah. Ketika aku masih belajar di kelas lapan. Orang-orang Hanafi dan
Wahabi selalu mengadakan perbahasan di Lahore. Aku sebenarnya dari mahzab
Hanafi. Aku mulai timbul minat dengan ajaran Wahabi lalu aku pergi ke masjid
Chinia, ketika aku sedang duduk di masjidnya, tiada yang mereka lakukan
melainkan perkataan Allah dan Rasul-Nya sahaja. Lalu perhatianku tertarik pula
kepada Ahli Hadis. Kadang-kadang di dalam majlis Wahabi mereka ada menyebut
bahawa Hazrat Sahib adalah kafir dan pendakwaannya sebagai Al-Maseeh bertentangan
dengan ajaran Islam.
Kemudian aku mulai
condong dengan seorang Ahmadi yang bernama Hazrat Waliullah Sahib anak kepada
Baba Hidayatullah, seorang Ahmadi yang mahir dalam menunggang kuda dan aku
mendapat maklumat serba sedikit mengenai Hazrat Sahib melaluinya. Dia menyuruh
supaya aku mengadakan solat Istikharah dan aku pun mulai belajar cara-cara
bagaimana berdoa solat Istikharah daripadanya.
Setelah itu, malam
berikutnya pada jam 2 pagi, setelah solat Istikharah aku terus tidur, dalam
keadaan tertidur tadi aku melihat rukya, ada seseorang berkata kepadaku;
bangunlah dan melutut, kerana Hazrat Rasul Karimsaw akan datang, dan
aku mendengar suara seorang yang rupawan, dan dalam rukya itu aku sedang
melutut dan tidak lama kemudian aku melihat seorang yang berpakaian putih
datang dan memegang bahu Hazrat Sahib lalu berdiri di hadapanku lalu berkata; Haazar Rajulu Khalifatullahi Wasma’uu Wa
Athii’uu. Lalu orang itu pergi dan Hazrat Sahib berdiri di sisiku dan
beliauas meletakkan jari di dadanya lalu mengucapkan kata-kata dalam
bahasa Punjabi. Ehu Rabb Khalifah Keta Es
Nou Mahdi Jaano. Kemudian ada juga bait Nazam yang dibaca tetapi aku tidak
ingat yang maksudnya ialah; akulah Maseeh Mau’ud, lalu aku terjaga.
Pada paginya,
seharusnya aku ke sekolah tetapi aku pergi menuju ke Qadian. Kereta api cuma
sampai ke Batala sahaja dan pada sebelah petangnya baru aku sampai. Di Batala
aku sempat menunaikan solat di sebuah masjid yang sangat kecil, setelah aku
menunaikan solat Maghrib, orang-orang di situ bertanya kepadaku, anda dari mana
dan berhajat untuk ke mana? Lalu aku berkata bahawa aku dari Lahore dan berhajat
untuk pergi ke Qadian. Dan mereka mulai mencaci maki Hazrat Maseeh Mau’udas
dan menghalangku untuk pergi ke Qadian.
Apabila aku masih
lagi dengan pendirianku maka aku telah dihalau keluar dari masjid itu. Lalu aku
keluar dari masjid itu dan sebahagian orang-orang mengikuti aku daripada
belakang dan mereka berusaha supaya aku jangan diberikan peluang untuk pergi ke
Qadian. Lalu mereka berkata, jika anda seorang pelajar maka kami akan berikan
anda seorang guru, tempat tinggal dan juga pakaian. Aku memberitahu bahawa aku
belajar di Lahore dan aku tidak memerlukan semua itu. [Kerana itu aku tidak
perlu belajar di sini] Tujuan aku hanya untuk menziarahi Hazrat Maseeh Mau’udas
di Qadian.
Apabila mendengar
apa yang aku katakan, maka mereka bertambah lagi menentang, tetapi aku tidak
memperdulikan dan aku berangkat pada sebelah petang menuju ke Qadian. Keadaan
ketika itu sangat gelap, kerana sebahagian malam sudah aku lalui dan jalan yang
aku tempuh pula belum pernah aku lalui sebelum ini. Dengan tidak sengaja ketika
aku melihat dari jauh ada cahaya lampu, jalan yang aku lalui itu adalah tempat
pembakaran mayat. [Jalan menuju ke Qadian adalah di jurusan lain] Pada waktu
itu solat Isyak sudah pun berlalu. Di dalam sebuah masjid ada seorang yang
sedang duduk berzikir, dia bertanya kepadaku; anda hendak ke mana dan dari
mana? Aku menjawab bahawa aku dari Lahore dan ingin berjumpa dengan Hazrat
Mirza Sahib, lalu orang itu berkata tempat yang anda lalui ini adalah tempat
pembakaran mayat orang-orang Hindu, bukan di Qadian. Qadian dari sini jauh lagi
oleh itu anda tidur sahaja di sini, esok barulah pergi, kerana keadaan jalan
tidak baik.
Oleh itu aku tidur
di masjid dan pada jam 4 pagi ketika bulan sudah terang. [Apabila sudah lewat
malam selalunya bulan sudah mulai terang] Aku meminta kepada orang itu untuk
menunjukkan jalan keluar. Lalu aku sempat menunaikan solat Subuh di tebing
sungai dan kira-kira 1 jam kemudian aku sampai di Qadian.
Ketika aku tiba di
simpang Qadian, aku bertanya kepada seseorang, di mana Mirza Sahib tinggal?
Orang itu berkata, dia baru sahaja mandi dan sedang duduk di kerusi kayu sedang
menghisap Huqqah. [Sejenis hisapan rokok tradisi di India] [Orang itu
mengisyarahkan kepada Mirza Nizamuddin] ketika aku melihat seorang yang sudah
berumur, sedang duduk di kerusi kayu dan tubuhnya masih lagi basah dan sedang
menghisap Huqqah, aku merasa sangat benci melihat keadaan itu dan merasa amat
menyesal untuk pergi ke Qadian. [Sedangkan aku datang, dengan penuh
pertimbangan dan penuh minat untuk melihat orang yang ingin aku jumpa] Aku
merasa menyesal dan ingin pulang kembali.
[Semoga Allah Ta’ala
memberi bimbingan, dia berkata] ketika aku mahu pulang, aku berjumpa dengan
seorang yang bernama Syeikh Hameed Ali Sahib, dia bertanya kepadaku anda dari
mana dan siapa yang hendak anda jumpa? Aku berkata, orang yang ingin aku jumpa
sudah pun aku jumpai dan sekarang aku mahu balik semula ke Lahore. Mendengar
kata-kata dariku itu, dia berkata apakah anda datang untuk berjumpa dengan
Mirza Sahib, orang yang anda jumpa tadi dia bukan Mirza Sahib. Dia bukan orang
yang anda maksudkan, aku akan jumpakan orang yang anda ingin temui itu. Setelah
mendengar kata-kata orang itu hatiku mulai merasa tenang.
Hameed Ali Sahib
berkata kepadaku, anda ambil sehelai kertas dan tulislah apa yang anda ingin
tanyakan, nanti aku akan sampaikan kepada Mirza Sahib, lalu aku pun menulis
secara ringkas bahawa aku seorang pelajar yang datang dari Lahore, ingin
menziarahi tuan dan pada hari ini juga akan pulang kembali. Lalu aku disuruh
duduk di ruang tamu dan makan terlebih dahulu. Setelah solat Zohor baru dapat
berjumpa, kerana pada masa itu Huzur sedang menulis buku [Hazrat Maseeh Mau’udas
bersabda, pada masa ini saya sedang menulis buku] dan isi kandungan buku yang
ditulis masih dalam ingatan, jika anda ingin berjumpa sekarang kemungkinan isi
kandungan yang mahu ditulis akan lupa.
Dengan itu aku
menunggu beliauas sehinggalah solat Zohor, tetapi jawapan yang
beliauas berikan masih belum memuaskan hatiku. Aku sekali lagi
menulis kepada Huzur memberitahu bahawa aku sepanjang malam melalui perjalanan
yang penuh dengan musibah untuk sampai ke sini, tetapi hasrat di hati ingin
juga menziarahi tuan, oleh itu dengan penuh kemuliaan izinkan aku untuk
berjumpa dengan tuan sekarang. Lalu Huzur menyuruh seseorang sampaikan pesan
kepadaku supaya aku duduk dahulu di masjid Mubarak dan beliauas akan
datang berjumpa denganku. Setelah aku berada di masjid kira-kira 15 minit,
Huzur memanggilku, Huzur datang dari sebatang lorong dari rumah beliauas
dan aku pun melalui lorong tersebut. Apabila aku melihat wajah Hazrat Sahib
dari jauh, wajah inilah yang aku lihat dalam mimpiku dan inilah wajah yang di
dalam rukya itu. Di tangan beliauas sedang memegang tongkat dan
memakai Pagri [serban] Inilah wajah yang sebenar. Pakaian yang beliauas
pakai, itulah yang aku lihat dalam mimpiku.
Lalu aku berjalan
ke arah Hazrat Sahib dan Hazrat Sahib pula berjalan menuju ke arahku. Aku
berjumpa dengan Hazrat Sahib di sebuah bilik bulat yang berdekatan dengan
pintu. Apabila aku melihat Hazrat Sahib aku sudah mengenali wajahnya. Inilah
orang suci yang aku lihat dalam mimpi dan dia seorang yang benar. Lalu aku
berpelukan dengan Huzur sambil menangis dalam beberapa minit. Lalu Huzur
bersabda kepadaku; bersabarlah, bersabarlah. Apabila aku sudah mulai reda menangis,
Huzur bertanya kepadaku; anda dari mana? Lalu aku menjawab, dari Lahore. Huzur
bersabda lagi; untuk apa anda datang ke sini? Aku berkata untuk menziarahi
tuan, Huzur bertanya lagi, atas urusan khas apa anda datang ke sini? Lalu aku
berkata, tujuan aku hanya untuk menziarahi tuan. Huzur bersabda; sebahagian
orang yang datang ke sini minta di doakan untuk sesuatu tujuan, apakah anda juga
dengan tujuan yang sama? Aku menyatakan, aku tidak mempunyai apa-apa tujuan.
Sejurus itu juga
Huzur berkata; Mubarak, orang-orang yang datang seperti ini selalunya membawa
banyak faedah. [Huzur mengucapkan kata-kata ini kepadaku, kerana Huzur ada
mengisytiharkan bahawa sebahagian orang yang datang kepadaku dengan tujuan
untuk didoakan] [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 9 Halaman
120-126, Riwayat Hazrat Munsyi Qazi Mahbub Alam Sahib]
Di atas perkara ini
aku merasa gembira, aku mendapat ucapan Mubarak dari Huzur, di mana tujuan aku
datang hanya dan hanya untuk berjumpa dan menziarahi beliauas]
Hazrat Malik Ghulam
Hussin Sahib Muhajir berkata, ketika kami tiba di negara asal, setelah 2 bulan
berlalu, timbul dalam hati fikiran untuk ke Qadian. Kami tidak mempunyai wang, namun terfikir di hati untuk berjalan kaki
sahaja. Di tangan hanya ada 2 Rupees. Seharusnya aku menaiki kereta api dari
Rehtas ke Jhelum tetapi aku berjalan kaki dan muncul dalam fikiranku bahawa
untuk perjalanan seterusnya terpaksa berjalan kaki juga. Ketika aku hendak
berangkat ke Jhelum, ada 4-5 orang pasukan tentera yang setiap seorang
mempunyai 2 ekor kuda. Aku berkata, kepada tentera tersebut, berikanlah seekor
kuda itu kepadaku. Mereka berkata; apakah anda dari daerah Gujrat? Kami takut
yang kuda kami akan di bawa lari. Lalu aku berkata, bahawa aku dari daerah Jhelum
bukan dari Gujrat. Aku baru sahaja datang dari Rehtas. Tetapi tentera itu tidak
percaya, walau bagaimanapun aku tetap tinggal bersama mereka, kerana mereka
juga melakukan perjalanan pada malam hari. Dua orang tentera yang ada di situ
ketika turun dari pelana kuda, mereka membentangkan peralatan tidur di atas
tanah. Seorang yang berbangsa Sikh berkata kepadaku; anda jangan tinggalkan
kami di belakang. [Di antara mereka ada yang berbangsa Sikh]
Ketika hari sudah
lewat malam mereka masih lagi melakukan perjalanan, aku pun ikut bersama
mereka. Kemudian orang Sikh itu berkata, kami merasa takut jika anda mengambil
kuda kami. Aku berkata, sebenarnya aku mahu cepat sampai ke tempat tujuan,
tetapi dikeranakan untuk menemani anda semua maka aku mengambil keputusan untuk
berjalan bersama-samamu. Salah seorang yang berbangsa Sikh tadi berkata kepada
tentera yang lain bahawa orang ini adalah orang yang beragama, berikanlah
seekor kuda kepadanya. Kira-kira 3 batu aku melakukan perjalanan dengan
menunggang kuda. Pada malamnya aku tiba di Wazirabad. Untuk melintasi jambatan
dikenakan bayaran dan bayaran itu pun mereka yang bayarkan dan makan malam juga
mereka yang sediakan untuk aku [Yakni, ada toll yang perlu dibayar, bayaran
toll itu pun mereka yang bayarkan dan makan malam mereka yang sediakan]
Jam 1 pagi apabila
semua sudah bersiap, aku telah diberikan seekor kuda pada malam berikutnya aku
tinggal bersama-sama dengan mereka dan mereka juga menyediakan makanan untuk
aku. Kami berangkat pada malam hari dan kira-kira 7-8 pagi kami baru sampai di
Lahore. [Perjalanan ini jauhnya kira-kira 100-150 batu] untuk sampai ke Lahore.
Kerana perjalanan kami tidak sama jurusan, maka di tengah jalan kami berpisah.
Dari Lahore aku ambil kereta api jam 8 pagi dan aku sampai kira-kira jam 11
pagi. Aku terfikir juga siapa yang boleh menunggu sampai 3 jam di stesen kereta
api! [Aku begitu semangat untuk sampai ke Qadian, menunggu 3 jam terlalu lama
tidak ada apa-apa yang boleh dibuat] maka aku berjalan kaki sahaja. Satu jam
setengah kemudian aku tiba di Jallu, tiba di stesen aku bertanya perjalanan kereta
api bila akan berangkat.
Dia menyatakan
kereta api akan berangkat jam 12.15 tengah hari. Lalu aku berjalan kaki lagi
dan sampai di Attari. Setibanya di stesen, aku bertanya lagi bila keretapi akan
sampai, dia berkata satu suku jam lagi. Lalu aku mengambil keputusan untuk
berjalan kaki lagi dan tidak perlu menunggu. Kira-kira 2 batu lagi sampai di
stesen Khassah. Tiba sahaja di Khassah aku bertanya lagi bila keretapi akan
tiba, mereka berkata jam 7 malam baru keretapi akan tiba. Lalu aku berjalan
kaki lagi dan tiba di Amritsar waktu sudah melewati petang. Di situ aku
berjumpa dengan seorang Sheikh dan tinggal bermalam dengannya. Pada paginya,
aku menaiki kereta api dan jam 6 pagi aku tiba di Batala, kemudian dari Batala
aku berjalan kaki dan tiba di Qadian kira-kira jam 4 - 5 petang. Dan pada pagi
berikutnya aku berjumpa dengan Hazrat Sahib, kira-kira 4 - 5 hari aku tinggal
di Qadian dengan keizinan dari beliauas. Lalu aku teringat semasa kami
masih kecil, kami berkata, Ya Allah, berikanlah kami taufik menjadi tentera
untuk menunggu kedatangan Imam Mahdi. Seluruh perjalananku, aku ceritakan
kepada Hazrat Maseeh Mau’udas bagaimana seluruh masaku dihabiskan di
perjalanan dengan berjalan kaki, dan hanya sedikit sahaja masa yang aku
perolehi dengan menunggang kuda. Mendengar kisah perjalananku itu Hazrat Maseeh
Mau’udas bersabda; anda telah banyak berkorban. Lalu Huzur berkata
kepadaku; apakah anda mahir dalam apa-apa pekerjaan. Aku menjawab; selain
membuat roti aku tidak memiliki apa-apa kemahiran, jika memiliki kemahiran pun
hanya sedikit. Huzur bersabda; tuliskan namamu, apabila perlu nanti kami akan
memanggil anda. Dengan itu aku pun menulis namaku. Ghulam Hussain dari Rehtas
daerah Jhelum. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 10 Halaman No
319-321, Riwayat Hazrat Malik Ghulam Hussain Sahib Muhajir]
Inilah
riwayat-riwayat orang-orang yang sangat tinggi keinginan mereka untuk berjumpa
dan menziarahi Hazrat Maseeh Mau’udas. Untuk berjumpa dengan beliauas
mereka sanggup bersusah payah dan menanggung kesulitan yang mereka hadapi itu.
Bagi mereka itu suatu hal yang biasa sahaja dibandingkan limpahan kurnia untuk
dapat berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas dan keteguhan keimanan
mereka yang sangat tebal. Semoga kisah-kisah yang disampaikan ini bukanlah
kisah-kisah penglipur lara tetapi setiap kisah yang disampaikan menjadikan
keimanan kita akan bertambah teguh dan kuat.
----------------------------<<<>>>----------------------------
Diterjemahkan oleh
Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah.
24.07.2012