Thursday, February 9, 2012

Maulidur Rasul



5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabi’ul Awal 1433 Hijrah adalah hari kelahiran Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, dan hari ini disambut oleh segelintir umat Islam dengan penuh meriah.

Namun, kita hendaklah ketahui bila bermula sambutan Maulud Nabi ini? Apa sejarah di sebaliknya? Dan ada juga beberapa orang Islam tidak menganggapnya sebagai milaadun Nabi.

Tiga abad pertama dalam Islam yang dianggap abad yang terbaik, orang-orang yang hidup pada masa itu amat mencintai Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, dan mereka mengetahui dengan jelas sunnah-sunnah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, dan mereka begitu menginginkan agar dapat mentaati syariat dan sunnah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Namun, dengan adanya kecintaan seperti itupun, sejarah memberitahu kepada kita bahawa ada di kalangan para sahabat dan tabi’in yang datang selepas sahabat, yang telah menyaksikan para sahabat, tidak pernah kita dengar ada sambutan milaadun ini.

Orang yang dikatakan memulakan sambutan ini ialah Abdullah Bin Muhammad Bin Abdullah Qadah, yang mana pengikutnya digelar Fatimi, dan dia mengatakan dirinya berasal dari keturunan Hazrat Ali. Dan dia juga ada hubungan dengan pengasas mazhab Batini. Mazhab Batini ialah bahawa beberapa bahagian syariat itu kelihatan, dan beberapa bahagian lagi tersembunyi, dan ini penjelasan mereka sendiri. Di antaranya ialah membunuh musuh dengan cara menipu adalah dibolehkan, dan banyak lagi perkara-perkara lain dan bid’ah-bid’ah yang dimasukkan ke dalam ajaran Islam.

Jadi, mazhab Batini adalah kelompok yang paling awal mengadakan sambutan milaadun nabi, dan apa yang mereka mulakan itu sebenarnya satu bid’ah. Zaman pemerintahan mereka di Mesir dikatakan berlaku pada 362 Hijrah. Selain itu, banyak lagi hari-hari lain yang mereka sambut seperti Hari Asyurah, milaadun Nabi, milaad Hazrat Ali, milaad Hazrat Hassan, milaad Hazrat Hussin, dan milaad Hazrat Fatimah Az-Zahra. Mereka juga menyambut malam pertama dalam bulan Rejab pada pertengahannya, juga menyambut malam pertama bulan Sya’ban, dan juga malam mengkhatam. Ada juga beberapa sambutan lain berkaitan dengan bulan Ramadhan, dan banyak lagi hari-hari yang disambut, sehingga menyebarkan bid’ah-bid’ah dalam Islam.

Ada juga kelompok Islam yang langsung tidak menyambutnya dan menganggap milaadun nabi sebagai bid’ah.

Mari kita lihat apa yang telah dikatakan oleh Imam Zaman mengenai hal ini.

Seseorang telah bertanya kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam mengenai sambutan maulud, beliau bersabda:-
“Memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah amat baik sekali, malah dari hadis terbukti bahawa rahmat akan turun dengan memperingati anbiya’ dan aulia’, dan Allah Ta’ala sendiri menyarankan agar banyak memperingati nabi-nabi. Tetapi, jika bid’ah disertakan hingga kelihatan gangguan pada ketauhidan, itu tidak dibenarkan. Letakkanlah keagungan Tuhan bersama dengan Tuhan, dan keagungan nabi berserta dengan nabi. Dalam diri para maulvi sekarang ini banyak kelihatan bid’ah-bid’ah, dan bid’ah itu bertentangan dengan keinginan Tuhan. Jika ia bukan bid’ah, ia akan menjadi nasihat atau peringatan. Memperingati kebangkitan, kelahiran dan kewafatan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah satu kebaikan. Kita tidak ada kuasa untuk membuat syariat atau kitab sendiri”. (Malfoozaat Jilid 3, halaman 159-160, edisi baru)

Menerangkan tentang sirah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah satu amalan yang amat baik.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menerangkan bahawa memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah amat baik. “Ia boleh mengembangkan kecintaan, menggerakkan pengikut-pengikutnya dan menimbulkan semangat”. (Al-Hakam Jilid 7, nombor 11, halaman 5, 24 Mac 1903, Malfoozaat Jilid 3, halaman 159, nota kaki, edisi baru)

Inilah juga sebabnya beberapa kisah ada terdapat di dalam Al-Qur’an sebagaimana dalam ayat WAZKUR FIL KITAABI IBROOHIIMA (Maryam:42) (Al-Hakam Jilid 7, nombor 11, halaman 5, 24 Mac 1903, Malfoozaat Jilid 3, halaman 159, nota kaki, edisi baru)

“Tetapi, apabila amalan-amalan bid’ah disertakan ketika menerangkan kisah-kisah ini, maka ia menjadi haram”. Berkata lagi: “Ingatlah bahawa tujuan utama ialah ketauhidan Islam. Dalam lapangan-lapangan maulud yang kelihatan hari ini, sudah banyak bid’ah-bid’ah yang diikutsertakan, dan ia telah merosakkan satu amalan yang baik lagi memberi rahmat. Memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam boleh memberikan rahmat, tetapi jika dicampuradukkan dengan bid’ah, ia bertentangan dengan kehendak Ilahi. Kita tidak boleh mengasaskan suatu syariat yang baru. Namun, ini yang sedang berlaku hari ini, setiap orang hendak membuat syariat berdasarkan fikiran sendiri, yang seolah-olah membuat syariat baru”. (Al-Hakam Jilid 7, nombor 11, halaman 5, 24 Mac 1903, Malfoozaat Jilid 3, halaman 160, nota kaki, edisi baru)

Dalam masalah ini, ada beberapa orang, dengan kejahilan mengatakan bahawa memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah haram. (Na’uzubillah). Ini adalah satu kebodohan. “Mengatakan bahawa haram memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah satu tindakan berani, sedangkan mengikuti dengan benar kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menjadi sumber kecintaan, dan semangat untuk mengikuti boleh lahir dengan memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Orang akan menceritakan mengenai seseorang yang dia cintai”.

“Orang yang berdiri semasa maulud, dan berfikiran bahawa Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam akan datang”. (Ini juga merupakan tatacara mereka mengadakan maulud, iaitu mereka dalam keadaan duduk, apabila pembaca mengatakan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam datang, hadirin semuanya berdiri). “Mengatakan bahawa Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam akan datang adalah satu tindakan berani mereka. Satu majlis yang diadakan, di dalamnya kadang-kadang kelihatan bahawa orang yang hadir kebanyakannya mereka yang meninggalkan solat”. (Orang yang duduk dalam majlis itu ada yang tidak mengerjakan solat lima waktu, dan ada juga yang tidak pernah mengerjakan solat, atau ada yang hanya solat hari raya sahaja, atau ada yang hanya datang ke majlis itu). “Ramai yang hadir di dalamnya orang-orang yang meninggalkan solat, makan rasuah, dan peminum arak. Apa hubungan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam  dengan majlis-majlis seperti itu? Mereka itu berkumpul seolah-olah ia satu temasya. Jadi, ini adalah jenis fikiran yang tidak berfaedah.” (Malfoozaat Jilid 3, halaman 159-160, nota kaki)

Orang yang menjadi Wahabi, dan tidak memberikan tempat dalam hati mereka tentang keagungan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, mereka itu adalah orang yang tidak beragama. Kewujudan para nabi-nabi sama seperti hujan, kewujudannya dalam cahaya yang agung. Tempat berkumpul segala keistimewaan. Di dalamnya ada berkat untuk dunia. Menganggapnya sama seperti kita, itu adalah zalim. Dengan mencintai aulia dan anbia akan meningkatkan kekuatan iman”.

Dalam hadis, Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam pernah bersabda bahawa; syurga itu adalah satu tempat di mana hanya aku sendirian. Seorang sahabat yang amat mencintai Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menangis dan berkata; huzur, saya amat cinta kepada engkau. Baginda sallallaahu alaihi wasallam bersabda; engkau akan bersama dengan aku. Mungkin sahabat itu menganggap bahawa hanya Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam yang ada, dan dia tidak sampai ke sana. Dikatakan kepadanya; jika kamu mencintai aku, maka kamu akan bersama aku.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaissalam bersabda; “kelompok lain yang telah memilih cara hidup musyrik, tidak ada kerohanian dalam diri mereka dan tidak ada apa-apa selain dari memuja kuburan”. (Al-Hakam Jilid 7, nombor 11, halaman 5, 24 Mac 1903, Malfoozaat Jilid 3, halaman 160-161, nota kaki, edisi baru)

Jadi, perkara yang sebenarnya ialah memperingati Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah tidak haram sebagaimana yang dikatakan oleh Wahabi, malah ia melambangkan taat setia. Tetapi, mereka yang menciptakan bid’ah-bid’ah di dalamnya, itu yang diharamkan.

Demikian juga, seseorang telah bertanya, maka beliau menjawabnya secara bertulis mengatakan; menurut pendapatku, jika di dalamnya tidak ada unsur bid’ah, mengadakan jalsah dan menyampaikan tentang sirah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam dan nazam-nazam yang indah diperdengarkan, maka majlis seperti itu amat baik dan perlu diadakan.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda; “kita sendiri berkeinginan untuk mendengar Al-Qur’an jika ada hafiz yang bacaannya bagus”. Inilah pengikut Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Kemudian menulis; “Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah memperlihatkan contoh dalam setiap pekerjaan, dan kita hendaklah melaksanakannya. Untuk Mukmin yang benar, sudah cukup dengan melihat, samada suatu pekerjaan itu pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam atau tidak? Jika tidak pernah dibuat, adakah terdapat perintah untuk melaksanakannya? Hazrat Ibrahim alaihissalam adalah moyang baginda sallallaahu alaihi wasallam yang layak disanjung. Tetapi mengapa baginda sallallaahu alaihi wasallam tidak mengadakan maulud untuknya?” (Malfoozaat Jilid 3, halaman 162, edisi baru)

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak menyambut hari kelahirannya.

Ringkasnya, mengadakan pertemuan adalah tidak dilarang selagi di dalamnya tidak ada unsur bid’ah. Di sana diceritakan mengenai kisah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Tetapi, tidak semestinya hanya sehari sahaja dalam setahun. Apabila menceritakan kisah orang yang dicintai, ia boleh dilaksanakan dalam berbagai kesempatan sepanjang tahun, dan ini yang sedang dilakukan oleh Jemaat Ahmadiyah.

Sebab itu, ia tidak berkaitan dengan suatu hari yang khusus. Tetapi, jika hendak menetapkan suatu hari yang khusus pun, dan pada hari tersebut diadakan jalsah yang di dalamnya disampaikan sirah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, malah selalu yang disampaikan adalah sirah, jika seluruh negara dan seluruh dunia berbuat demikian, ia juga tidak ada masalah. Tetapi, di dalamnya tidak harus ada amalan-amalan bid’ah. Jangan sampai timbul di fikiran bahawa; dengan majlis ini, berkat yang kita dapat menyebabkan kita tidak perlu lagi melakukan kebaikan, sebagaimana pendapat sesetengah orang.

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...