MALFOOZAAT JILID 1
HAZRAT MASEEH MAU’UD alaihissalam
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
28 DISEMBER 1897, SELEPAS SOLAT ZUHUR
CERAMAH KEDUA HAZRAT AQDAS alaihissalam
Huzur alaihissalam berkata:-
SETIAP ORANG PERLU SIAP SEDIA UNTUK PERJALANAN AKHIRAT
Waktu ini, perkara yang hendak saya sampaikan ialah, oleh kerana kehidupan manusia tidak boleh dijangka, sebab itu sebanyak mana tuan-tuan yang berkumpul bersama saya pada waktu ini, saya fikir, mungkin pada tahun akan datang tidak akan dapat berkumpul lagi, dan dalam beberapa hari ini saya melihat satu kasyaf bahawa beberapa orang di kalangan kita akan meninggal dunia. Namun, saya tidak dapat menyebut nama-nama mereka yang berkenaan.
Saya tahu, ini adalah bertujuan supaya setiap orang dapat bersedia setiap masa untuk perjalanan akhirat. Sebagaimana yang telah saya katakan bahawa saya tidak dapat sebut nama-nama mereka, tetapi saya faham dengan sebenar-benarnya dari pemberitahuan Allah Ta’ala bahawa menurut qada’ dan qadar insan mempunyai suatu tempoh masa, dan suatu masa nanti akan tetap meninggalkan dunia yang fana ini. Sebab itu adalah sangat perlu menyatakan hal yang sangat penting ini bahawa setiap orang dan setiap kawan yang ada pada hari ini, mereka hendaknya jangan memperlakukan ucapan saya seperti kisah cerita jenaka, tetapi penasihat ini datangnya daripada sisi Allah dan utusan dari Allah yang memperkatakan mengenainya dengan penuh perhatian, dan menginginkan kebaikan yang sebenar serta dengan hati yang sangat penyayang.
BERIMAN KEPADA KEWUJUDAN ALLAH
Jadi, saya memberitahu kepada kawan-kawanku, ingatlah sedalam-dalamnya dan dengarlah dengan sepenuh hati, dan berikan tempat dalam hati bahawa Allah Ta’ala sendiri membuktikan kewujudan dan ketauhidan-Nya dengan begitu jelas di dalam Al-Qur’an melalui dalil yang mudah. Allah Ta’ala adalah wujud dan nur yang sangat agung. Orang-orang yang melihat kekuasaan dan keajaiban wujud yang Maha Perkasa ini, lalu tetap sahaja menzahirkan keraguan, ketahuilah bahawa mereka itu sangat bernasib malang. Allah Ta’ala telah berfirman mengenai kewujudan-Nya yang sangat menakjubkan: AFILLAAHU SYAKKUN FAATIRIS SAMAAWAATI WAL ARDHI (Ibrahim:11) Masih adakah keraguan dalam kewujudan Allah Ta’ala yang telah menciptakan langit dan bumi itu? Cuba lihat, hal ini sangat jelas dan lurus bahawa apabila melihat suatu ciptaan, maka akan terfikir mengenai penciptanya. Melihat kasut atau kotak yang indah akan mendorong untuk mengetahui orang yang membuatnya. Jadi, adalah sangat menghairankan sekiranya ada perasaan untuk mengingkari kewujudan Allah Ta’ala, bagaimana mungkin Pencipta seperti ini boleh diingkari, sedangkan terdapat ribuan keajaiban yang terdapat di bumi dan langit. Jadi, yakinlah bahawa melihat kepada keajaiban dan kepakaran Kudrat ini di mana tangan manusia, akal dan otak manusia tidak ada campurtangan di dalamnya, jika ada seorang bodoh yang meragui kewujudan Tuhan, maka dia sangatlah bernasib malang dan masuk dalam perangkap syaitan, seharusnya mereka itu banyak beristighfar. Mengingkari kewujudan Tuhan tidak berdasarkan dalil dan rukya, malah mengingkari kewujudan Tuhan, walaupun menyaksikan kekuasaan-Nya, keajaiban makhluk-makhluk dan ciptaan-Nya yang memenuhi permukaan bumi dan langit, adalah satu kebutaan yang sangat teruk.
Kebutaan ada dua jenis, satu buta penglihatan dan yang kedua buta hati. Buta mata tidak memberi pengaruh kepada iman, tetapi buta hati itu sangat memberi kesan ke atas keimanan. Sebab itu sangat perlu setiap orang untuk berdoa setiap masa kepada Allah dengan penuh kerendahan hati memohon agar dikurniakan makrifat yang sebenar dan penglihatan yang sebenar, serta dihindari dari serangan waswas syaitan.
IMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Waswas syaitan itu sangat banyak dan yang paling berbahaya yang boleh lahir dalam hati manusia akan menyebabkan insan kerugian di dunia dan juga di akhirat. Berkenaan dengan akhirat, oleh kerana sarana semua kebaikan dan ketakwaan yang berat selain daripada wasilah-wasilah dan sarana-sarana akhirat yang lain juga merupakan keimanan, dan apabila insan menganggap akhirat dan segala perkara yang berkenaan dengannya sebagai kisah-kisah atau hikayat semata-mata, maka fahamilah bahawa orang itu telah tertolak dan telah terlepas dari kedua-dua alam. Sebab itu takut kepada akhirat juga boleh menjadikan insan berhati-hati sehingga terdorong untuk mendapat makrifat sejati, dan makrifat sejati tidak akan dapat diperolehi tanpa ada ketakutan yang sejati kepada Tuhan. Jadi, ingatlah bahawa berkenaan dengan akhirat, munculnya waswas boleh meletakkan iman dalam bahaya dan dikhuatiri terjadi kesudahan yang tidak baik.
CARA HIDUP ORANG ABRAR
Sejauh mana berkenaan dengan orang abrar, akhyar dan insan yang bertakwa yang telah berlalu dari dunia ini, yang bangun malam untuk berdiri dan sujud sehingga Subuh, adakah kamu dapat menyangka mereka itu kuat dari segi jasmani mereka? Atau adakah kamu menyangka mereka itu seorang pemuda yang kuat atau pahlawan yang terkenal? Tidak sama sekali. Ingatlah dan ingat dengan sebaik-baiknya bahawa kekuatan dan kehebatan jasmani belum menjamin dapat melakukan pekerjaan itu sebagaimana seseorang yang mempunyai kekuatan rohani. Mungkin banyak sudah manusia yang kamu lihat, yang makan sehingga tiga atau empat kali dalam sehari, dan hidangannya daging yang lazat atau yang berkhasiat, tetapi apa yang terjadi? Mereka diselimuti dengan mengantuk sehingga Subuh, dan mereka begitu dikuasai perasaan mengantuk dan malas, malah solat Isyak pun begitu sukar untuk menunaikannya, apalagi untuk bangun Tahajjud.
Cuba lihat! Para sahabat Rasulullah sallalaahu alaihi wasallam yang diredhai Allah atas mereka semua, adakah mereka yang unggul di atas orang-orang kuffar itu suka atau cenderung terhadap makan minum? Tidak sama sekali. Dalam kitab-kitab terdahulu juga ada menyentuh tentang mereka bahawa mereka mendirikan malam dan berpuasa pada siang hari. Mereka melalui malam dengan zikir dan berfikir, dan bagaimana mereka menjalani kehidupan harian? Ayat-ayat Al-Qur’an berikut menerangkan serba sedikit kehidupan mereka. WA MIR RIBAATHIL KHOILI TURHIBUUNA BIHII ‘ADUW WALLAAHI WA ‘ADUWWAKUM (Al-Anfal:61) dan YAA AIYUHAL LAZIINA AAMANUS BIRUU WA SHOOBIRUU WA ROOBITHU (Ali Imran:201) yakni dan kuda-kuda yang diikat di garis depan untuk berperang; dengan itu kamu dapat menggentarkan musuh Allah dan musuhmu. Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah dan tingkatlah kesabaran dan berjaga-jagalah di perbatasan.
MAKNA RIBATH
Ribath bermaksud kuda-kuda yang diikat di garis depan musuh. Allah Ta’ala memerintahkan para sahabat agar sentiasa bersedia menghadapi musuh dan dari perkataan Ribath ini mereka diseru ke arah persediaan yang sempurna dan benar. Di atas mereka ada dua pekerjaan. Satu ialah memerangi musuh yang zahir dan kedua ialah peperangan rohani, dan Ribath dari segi loghat bermaksud jiwa dan hati manusia, dan perkara ini sangat halus bahawa kuda yang melakukan pekerjaan harus sudah diluruskan dan diajar. Sekarang ini pendidikan dan pengajaran terhadap kuda-kuda berdasarkan perkara ini, dan kuda-kuda itu diluruskan dan diajarkan sebagaimana anak-anak diberikan pendidikan yang sempurna di sekolah. Jika mereka tidak diberi tunjuk ajar dan tidak diluruskan, maka ia sangatlah tidak berguna, dan ia bukannya memberikan manfaat sebaliknya mendatangkan bahaya.
Isyarat ini juga mengarah ke arah ini bahawa jiwa manusia yakni Ribath juga hendaklah mendapat pendidikan, dan kekuatan mereka seharusnya berjalan di bawah batasan yang telah ditentukan oleh Allah, sebabnya jika tidak demikian, ia tidak memberi apa-apa manfaat dalam perjuangan dan peperangan yang sentiasa berlaku antara insan dan musuh utamanya yakni syaitan. Sebagaimana yang berlaku dalam medan peperangan bahawa selain kekuatan badan, ilmu pengetahuan juga perlu, demikian juga untuk perang dan jihad dalaman, jiwa insan yang mendapat tarbiyat dan ilmu yang berkaitan sangatlah dituntut. Jika tidak demikian, maka akibatnya syaitan akan unggul di atasnya dan dia tewas dengan kehinaan. Misalnya, seseorang mempunyai peralatan perang yang sangat bagus, tetapi tidak mempunyai pengetahuan bagaimana hendak menggunakannya, maka dia tidak akan pernah mendapat apa-apa kemenangan semasa memerangi musuh. Demikian juga ada orang yang mempunyai kelengkapan senjata yang bagus dan juga mempunyai kepakaran dalam menggunakannya, namun dia tidak mempunyai kekuatan bahu untuk mengangkat senjata, itu juga akan kalah dalam medan peperangan. Dari situ dapat dilihat bahawa mengetahui cara penggunaannya juga belum dapat memberi manfaat selagi belum mempunyai latihan untuk memperolehi kekuatan tubuh. Sekarang, jika seseorang mempunyai kemahiran untuk menggunakan pedang, tetapi tidak ada pengalaman dan latihan, di medan pertarungan dia hanya akan dapat melibaskan pedangnya beberapa kali sebelum tumbang di tangan musuh.
MUJAHIDAH DAN RIYAZAT (KERJA KERAS)
Jadi, fahamilah dan fahamilah dengan sebenar-sebenarnya bahawa hanya dengan kemahiran ilmu dan sekadar pengetahuan sahaja belum boleh memberi apa-apa selagi tidak ada amalan, mujahidah dan kerja keras. Cuba lihat, pegawai juga tidak mahu membiarkan tenteranya hanya setakat itu sahaja. Walaupun keadaan sekeliling dalam keadaan aman dan tenteram, askar-askar tetap tidak dibiarkan duduk diam sahaja malah mereka dilatih tentang kemahiran berperang setiap hari dengan pelbagai aktiviti harian terutama sekali dalam menggunakan senjata dan sebagainya.
Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, untuk berjaya dalam medan peperangan, walaupun dari satu segi perlu meempunyai ilmu pengetahuan dalam cara menggunakan sesuatu senjata, namun di segi yang lain sangat perlu untuk melakukan latihan fizikal, dan juga perlu mempunyai kuda-kuda yang terlatih untuk berperang. Yakni, kuda-kuda yang tidak takut mendengar bunyi meriam dan senapang, dan tidak berundur walaupun dalam keadaan yang berdebu dan kotor, malah akan terus mara ke hadapan. Demikian juga jiwa manusia, tanpa ada latihan yang sempurna dan kerja keras serta pengetahuan yang sebenar, mereka tidak akan berjaya mengalahkan musuh Allah dalam medan pertempuran.
(Malfoozaat Jilid 1, halaman 33-36)
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
Diterjemahkan oleh
Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(22.02.2012)
No comments:
Post a Comment