Huzur berkata: Nasihat yang saya rasa perlu untuk anggota jemaatku ialah tentang ketakwaan. Ini kerana, menurut orang-orang yang berakal, Tuhan tidak suka kepada benda-benda selain ketakwaan. Allah Ta’ala berfirman: INNAL LAAHA MA’AL LAZIINAT TAQAU WAL LAZIINA HUM MUHSINUUN (An-Nahal:129).
Jemaat kita benar-benar memerlukan ketakwaan, terutama sekali dengan fikiran bahawa dia harus berhubungan dengan orang yang mendakwakan diri sebagai utusan dan bai’at dalam jemaatnya, supaya orang-orang yang menderita penyakit benci, dengki, dan syirik, atau terlalu cenderung ke arah dunia, semuanya mendapat keselamatan dari musibah ini.
Tuan semua tahu bahawa jika ada yang jatuh sakit, sama ada penyakit ringan atau berat, jika penyakit itu tidak dirawat, atau tidak bersusah payah dalam mengubatinya, penyakit itu tidak akan sembuh. Satu bintik hitam yang muncul di muka melahirkan kerisauan yang begitu besar, jangan-jangan bintik hitam ini akan merebak dan menghitamkan seluruh wajah. Begitu juga dengan maksiat, ia adalah bintik hitam di atas hati. Saghair akan menjadi kabair melalui kemalasan. Saghair adalah bintik hitam yang kecil yang boleh berkembang sehingga menghitamkan seluruh wajah.
(Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 7)
No comments:
Post a Comment