MALFOOZAAT
HAZRAT MASEEH MAU’UD A.S
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
1896
Berkata: Lafaz untuk kedatangan Hazrat Maseeh a.s yang digunakan ialah NUZUL dan bukan RUJU’. Pertama, lafaz yang digunakan sebagai datang kembali adalah RUJU’ dan perkataan RUJU’ tidak pernah digunakan terhadap Hazrat Isa a.s. Kedua, perkataan NUZUL tidak bermaksud datang dari langit. Musafir dikatakan sebagai NAZIIL.
BERDOA DALAM MENGHADAPI PENENTANG
Bekata: Kita di beberapa tempat menghadapi penentang dengan agak keras, tujuannya adalah untuk menjauhi ketakburan mereka. Kita menulis seperti itu bukanlah kerana berkeras dengan mereka, tetapi itu adalah sebagai ubat pahit bagi menyembuhkan penyakit. ALHAQQU MURRUN. Tetapi, adalah tidak munasabah jika digunakan kata-kata keras dalam tulisan untuk semua orang. Jemaat hendaklah berhati-hati. Setiap orang hendaklah menimbang hati masing-masing, adakah saya menulis kata-kata ini kerana berkeras dan bermusuhan dengan mereka, atau berdasarkan suatu niat yang baik.
Berkata: Kita tidak harus menghadapi penentang dengan rasa permusuhan, tetapi banyakkan berdoa dan gunakan berbagai sarana untuk itu.
1897
Hazrat Maseeh Mau’ud a.s berkata:
“Saya sama sekali tidak mengatakan diri saya seorang maulvi, dan saya juga tidak suka jika ada orang memanggil saya maulvi. Malah saya amat sedih mendengar perkataan ini seolah-olah ada orang sedang mencaci.”
Berkata: Orang akan menyusahkan kamu, dan akan memberikan pelbagai kesulitan untuk kamu, tetapi anggota jemaat kita jangan memperlihatkan emosi. Jangan gunakan kata-kata yang menyakitkan hati dengan penuh kemarahan. Tuhan tidak suka orang-orang seperti itu. Tuhan hendak menjadikan jemaat kita sebagai teladan.”
Berkata: Ini adalah pekerjaan langit dan pekerjaan langit itu tidak dapat dihalang. Dalam hal ini, sedikitpun tidak ada campurtangan daripada kita.
Berkata: Jangan menunjukkan emosi jika mendengar penghinaan orang.
Berkata: Orang kaya ada perasaan sombong, tetapi ulama pada hari ini lebih teruk dari mereka. Kesombongan mereka ibarat tembok yang menjadi penghalang dalam jalan mereka. Saya hendak meruntuhkan tembok itu. Apabila tembok itu runtuh, mereka akan datang dengan merendah diri.”
Berkata: Allah Ta’ala suka kepada orang-orang Muttaqi. Ingatlah keagungan Allah dengan ketakutan, dan ingatlah bahawa semua orang adalah hamba Allah. Jangan menzalimi sesiapa, jangan menyakiti, dan jangan memandang hina atas sesiapa pun. Jika ada orang yang kotor dalam jemaat, ia akan mengotorkan jemaat semuanya. Jika tabiat kamu cenderung ke arah kemarahan, maka ukurlah kembali bahawa darimana timbulnya kemarahan tersebut. Keadaan ini sangat halus.”
DISEMBER 1897
Ada berita dari Qadian Darul Aman melalui poskad bahawa jemaat kita di setiap rakaat terakhir solat, selepas ruku’ akan banyak membaca doa berikut:
ROBBANAA AATINAA FID DUNYAA HASANATAU WA FIL AAKHIRATI HASANATAU WAQINAA AZAABAN NAAR (Al-Baqarah:202)
(Malfoozaat Jilid 1, halaman 5-6)
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
Diterjemahkan oleh
Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(19.06.2011)
No comments:
Post a Comment