Tuesday, June 15, 2010

Ahmadiyah Diarah Roboh Bangunan

Ahmadiah diarah robohkan bangunan
Jun 2, 10 4:37pm
Nasib yang menimpa 'kumpulan ajaran sesat' Ahmadiah kini boleh disifatkan sebagai 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila diarahkan merobohkan bangunan sendiri dalam masa 30 hari.

Kumpulan itu mendapat notis daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya merobohkan bangunan pusat pengajian mereka di Gombak pada Khamis lalu.

Dalam surat daripada Jabatan Bangunan majlis perbandaran itu, Ahmadiah diberikan notis perintah itu kerana "tidak mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS 1984)".

Jemaat Ahmadiyah mosque selayangButiran lanjut kesalahan itu tidak dinyatakan dalam surat yang ditandatangai oleh seorang jurutera bangunan daripada bahagian penguatkuasaan dan pemantaun MPS itu.

"Kegagalan tuan mematuhi arahan ini setelah tempoh yang diberikan tamat, Majlis Perbandaran Selayang melalui penjawat-penjawatnya akan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang notis lagi," surat satu halaman itu dipetik.

Menurutnya lagi, kegagalam mematuhi notis itu, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM250 bagi tiap-tiap hari kesalahan.

Jurucakap Ahmadiah Ainul Yakin Mohd Zain bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas berhubung arahan terbaru MPS itu.

Sejak Mei tahun lalu, Ahmadiah - dikenali juga sebagai Qadiani - yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad di India, bergelut dengan pelbagai kontroversi, antaranya apabila dipantau ketat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sejak 24 April tahun lalu, jabatan itu melarang pengikut Ahmadiah mengadakan solat Jumaat di premis berkenaan.

Pusat pengajian yang diasaskan sejak 1950-an lagi itu juga dilaporkan pernah ditampal dengan surat larangan daripada badan agama negeri dan papan tanda bertulis "Qadiani bukan agama Islam"


Sumber
http://www.malaysiakini.com/news/133433

2 comments:

  1. Tetap sahaja melebel dengan "kumpulan ajaran sesat". Penulis berita ni pun sudah terikut-ikut memperkatakan sesuatu yang dia sendiri belum tahu mendalam tentangnya.

    Cubalah bagi peluang kepada Jemaat Ahmadiyah untuk menyampaikan apa yang terkandung dalam Jemaat yang anda semua anggap sesat. barulah wujud semangat 1MALAYSIA kat sini, janganlah
    asyik nak lebel, bagi peluang lagi baik kan?

    ReplyDelete
  2. penentang dah ketandusan idea dan dalil utk menghadapi jemaat. cara paling mudah lontarkan fitnah, kerana ini memang senjata mereka. jemaat difitnah tidak melakukan solat tetapi pada masa yg sama diberi notis agar jangan melakukan solat. difitnah tidak tunaikan Haji ke Mekah, pada masa yang sama ada larangan agar jangan naik haji ke Mekah. Kepada pembaca, AlQuran berpesan bhw tidak sama perkara yang kita dengar dengan perkara yang kita nampak sendiri. Jadi, Selidik itu amat dituntut dalam agama..Ulama adalah pewaris nabi, tetapi ulama jenis mcmana? jangan lupa Baginda saw juga ada berpesan bahawa ada ulama merupakan sejahat-jahat manusia di bawah kolong langit. renungkan lah..

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...