Sunday, June 6, 2010

Nasihat Untuk Wanita

Nasihat Khas Untuk Para Wanita

Ghibat
Berkenaan dengan orang yang melakukan ghibat ada dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Ia diumpamakan memakan bangkai saudaranya yang sudah mati. Penyakit ini terdapat banyak di kalangan wanita. Mereka duduk sehingga tengah malam semata-mata melakukan ghibat. Dan apabila bangun pagi, itu juga pekerjaan yang mereka lakukan.
     Jadi, perbuatan seperti ini hendaklah dihindari. Di dalam Al-Qur'an ada surah yang khas untuk wanita. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa "aku melihat di dalam syurga itu ramai orang miskin dan di dalam neraka itu ramai wanita-wanita.

Sombong
Di kalangan wanita terdapat beberapa perbuatan yang memalukan. Ada yang merasa bangga dengan mengatakan "kami ini begini dan begini". Kemudian mencemuh orang lain juga mereka lakukan. Jika ada wanita miskin yang duduk di kalangan mereka, maka mereka mula memperlihatkan rasa benci dan memberi isyarat dengan pernyataan "mereka ini memakai pakaian kotor, cuba lihat tidak ada langsung perhiasaan pada diri mereka".


Taat Pada Suami
Seorang wanita wajib mentaati suaminya. Apapun yang diperintahkan oleh suami, hendaklah dilakukan tanpa ada sebarang rungutan.

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...