Dalam syarat yang kedua juga diseru agar jangan melakukan kezaliman. Allah Ta'ala berfirman dalam Al-Qur'an surah Az-Zukhruf ayat 66 iaitu "maka berselisihlah golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim, yakni siksaan hari yang pedih".
Hazrat Jabir r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; hindari zalim kerana pada hari kiamat, zalim akan muncul di hadapan dalam bentuk kegelapan. hindari juga tamak, bakhil dan dengki kerana tamak, bakhil dan dengki telah menghancurkan orang-orang dahulu, mereka telah menumpahkan darah dan mereka telah menghina benda-benda yang patut dimuliakan. (Masnad Ahmad bin Hambal, Jilid 3, halaman 323)
Menahan hak orang lain juga termasuk dalam zalim. Hazrat Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan; saya telah berkata; Ya Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling besar? Rasulullah s.a.w menjawab; Kezaliman yang paling besar ialah seseorang yang menahan hak tanah saudaranya dengan satu tangan. Walaupun hanya sebutir batu di tanah tersebut diambil secara zalim, semua lapisan pada tanah tersebut akan menjadi belenggu dan dipakaikan di lehernya pada hari kiamat. Dan, kedalaman tanah tersebut tidak ada yang mengetahuinya kecuali Wujud yang telah menciptakannya.
Ada segelintir orang yang tidak menunaikan hak saudara atau jirannya, atau ada juga yang mengambil secara paksa harta saudaranya ketika ada perebutan harta, merampas tanah saudara. Mereka ini hendaklah berfikir kembali. Selepas menjadi Ahmadi, seiring dengan syarat bai'at bahawa tidak akan merampas hak orang lain, tidak akan berlaku zalim, hal ini hendaklah direnungkan kembali.
Ada satu hadis, Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu siapa yang dikatakan muflis? Kami menjawab: Orang yang tidak mempunyai duit dan harta. Rasulullah s.a.w bersabda: Umatku yang muflis adalah mereka yang dibangkitkan pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa, zakat dan sebagainya tetapi dia telah menghina sesiapa, membuat tuduhan, makan harta orang lain, atau telah membunuh tanpa hak, atau telah memukul sesiapa. Maka, orang-orang yang teraniaya itu akan diberikan kebaikan-kebaikan mereka sehingga apabila sebelum hak mereka disempurnakan, semua kebaikan telah habis, maka dosa orang teraniaya akan mereka tanggung. Demikianlah, sebagai ganti mendapat syurga, mereka dihumban ke neraka. Inilah orang-orang yang muflis. (Muslim, Kitabul Birri Was Sholaat, Baab Tahriimuz Zulum)
Sekarang fikirkan dan renungkan, setiap dari kita hendaklah berfikir. Sesiapapun yang ada melakukan hal seperti ini, mereka patut risau. Mudah-mudahan jangan sampai ada di antara kita yang berjumpa dengan Allah Ta'ala dalam keadaan muflis.
Hazrat Masih Mau'ud a.s berkata: "Semua anggota Jemaatku yang hadir di sini sekarang, atau mereka yang berada di tempat masing-masing, dengarlah wasiyat ini dengan penuh perhatian. Mereka yang masuk dalam jemaat ini dan berhasrat menjadi murid kepadaku, dengan tujuan mereka menjadi baik, berakhlak dan mendapat tingkat ketakwaan yang tinggi, dan jangan ada kerosakan, kejahatan, dan perbuatan buruk yang mendekati mereka. Wasiyat itu adalah teratur dalam menunaikan solat lima waktu, tidak berkata dusta, tidak menyakiti sesiapa dengan lidah, tidak terlibat melakukan kejahatan, dan jangan pernah timbul dalam hati fikiran kejahatan, zalim, kerosakan dan fitnah-fitnah. Berusaha menjauhi setiap maksiat dan dosa samada dengan perbuatan atau ucapan. Nafsu sendiri dan perbuatan yang buruk hendaklah dihindari, serta memperhambakan diri kepada Allah dengan hati yang bersih tanpa ada keburukan. Dan tidak ada makanan haram di sisinya.......
Mereka juga hendaklah berperikemanusiaan kepada semua manusia, takut kepada Allah, menghindari hatinya dari setiap fikiran jahat dan cara-cara yang merosakkan serta khianat. Benar-benar teratur dalam mendirikan solat lima waktu, insaf dari kezaliman, perbuatan melampau, rasuah, merampas hak dan bersubahat. Jangan melakukan persahabatan yang buruk jika akhirnya nanti terbukti bahawa orang yang berhubungan dengannya adalah orang yang tidak mengikut perintah Tuhan, ....... atau tidak menunaikan hak-hak hamba, atau zalim, jahat dan berperilaku buruk, atau orang yang kamu hubungi itu, dengan harapan mereka akan bai'at, sedangkan mereka itu berlidah kotor, penipu, suka membuat tuduhan palsu, berdusta dan mempunyai adat menipu hamba-hamba Allah, jadi, jika ada yang seperti itu, kamu wajib menjauhi orang seperti itu, dan hindari mereka yang berbahaya itu. Jangan pernah menyimpan niat untuk merugikan mana-mana pengikut suatu mazhab, suatu kaum atau suatu kelompok. Jadilah kamu sebagai penasihat bagi yang lain. Jangan biarkan orang-orang yang jahat, perosak, dan yang berperangai buruk berada dalam majlis-majlis kamu, dan jangan juga biarkan mereka tinggal di rumah kamu, kerana dikhuatiri mereka boleh mencelakakan kamu di kemudian hari.
Kemudian berkata lagi:-
"Inilah perkara dan syarat-syarat yang telah saya nyatakan sejak dari awal lagi. Setiap anggota dari Jemaatku wajib melaksanakan semua wasiat-wasiat ini, dan seharusnya dalam majlis-majlis kamu tidak wujud ketidaksucian, penghinaan, dan ejekan, dan berjalanlah di muka bumi dengan hati yang bersih, fitrat yang suci dan fikiran yang baik. Dan ingatlah bahawa tidak ada seseorang yang mampu melawan kejahatan, sebab itu amat perlu untuk banyak memberi maaf, banyak bersabar dan berlemah-lembut. Jangan ada sesiapa yang menyerang orang lain dengan cara yang tidak betul. Kawal emosi kamu, dan jika ada perdebatan agama, gunakanlah tutur kata yang baik. Jika ada yang cuba berkasar atau dengan cara yang jahil, beri salam dan bangkit segera dari majlis mereka. Jika kamu dihina, dimaki hamun, dan digunakan kata-kata kesat menyerang kamu, kawal perasaan kamu dan berhati-hatilah, sebab jika kamu bangkit dan bertindak seperti mereka, maka keadaan kamu sama seperti mereka juga. Tuhan berkehendak agar kamu menjadi Jemaat contoh dalam kebaikan. Jadi, keluarkanlah orang-orang yang jahat, yang berkelakuan buruk dan menimbulkan banyak fitnah-fitnah dari kelompok kamu. Orang yang tidak dapat hidup dalam Jemaat kita bersama dengan mereka yang miskin, yang baik, yang bertakwa, yang lemah lembut, ucapan yang sederhana, beradat baik, dan dengan orang yang berkelakuan baik, maka orang berkenaan akan terpisah daripada kita dengan segera kerana Tuhan tidak mahu orang seperti itu berada di kalangan kita. Orang-orang seperti itu akan mati dalam keadaan malang kerana mereka tidak memilih jalan yang baik. Jadi, berhati-hatilah, berusahalah menjadi orang yang berhati bersih, sederhana dan penuh dengan ketakwaan. Kamu akan dikenali melalui akhlak dan solat lima waktu kamu, dan mereka yang ada benih kejahatan, mereka tidak akan kekal atas nasihat ini." (Isytihar, 29 Mei 1898, Tabligh Risalat, Jilid 6, halaman 42-43)

No comments:
Post a Comment