Berkenaan dengan perbuatan khianat, Allah Ta’ala menjelaskan di dalam Al-Qur’an surah An-Nisa ayat 108 yakni “Janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dengan dosa.
Dalam satu hadis ada dinyatakan bahawa Hazrat Abu Hurairan meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: jika ada sesuatu pada kamu yang diletakkan sebagai amanat, kembalikanlah amanat itu. Dan janganlah kamu berlaku khianat, walaupun terhadap orang yang telah berlaku khianat kepada kamu sebelumnya. (Abu Daud, Kitabul Buyu’, bab Fir Rijli Ya’khuzu Haqqahu)
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata: “Segi yang lain dalam meninggalkan kejahatan adalah amanah dan kejujuran. Yakni, dia tidak mahu memberikan kesusahan kepada orang lain dengan merampas harta harta orang lain secara jahat dan niat buruk. Jadi, jelas bahawa kejujuran dan amanah adalah keadaan tabi’i manusia. Seorang bayi yang minum susu ibu, disebabkan dia masih kecil, tabiatnya masih sederhana, dan juga walaupun umur yang masih mentah, dia tidak biasa dengan adat buruk, iaitu tidak suka dengan barang kepunyaan orang lain, yakni susu dari wanita yang lain sukar sekali untuk diminum olehnya”. (Islam Usul Ki Filosofi, Rohani Khazain jilid 10 halaman 344)
No comments:
Post a Comment