Thursday, September 10, 2009

Nabi Isa- Siapa yang keliru?




Cukup menghairankan, tiga buah agama besar dunia iaitu Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai pendapat yang berlainan antara satu sama lain berkenaan dengan dua perkara iaitu kelahiran dan kematian Nabi Isa a.s (Yesus), yang lahir di kalangan Yahudi. Yahudi mengisytiharkan bahawa kelahirannya adalah secara haram dan mereka tersalah anggap dengan membuat tuduhan yang menyedihkan terhadap Maryam, ibunda Nabi Isa. Mereka mendakwa dia tidak layak untuk ‘masuk dalam jemaah Tuhan’ kerana kelahirannya yang secara haram, larangan Tuhan.



Dari segi yang lain pula, Kristian percaya bahawa Nabi Isa lahir adalah tanpa campuran daripada ‘ayah dunia’ dan dia adalah anak Tuhan sendiri. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua agama Yahudi dan Kristian mempunyai perbezaan pendapat yang ketara berkenaan dengan kelahiran Nabi Isa.



Manakala orang Islam pula percaya bahawa Nabi Isa memang tidak dilahirkan dengan paduan ‘ayah dunia’ tetapi tidak mengatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan. Kelahiran tanpa ayah memang agak aneh tetapi ia bukanlah satu perkara di luar kejadian semulajadi. Terdapat beberapa kes dalam sejarah perubatan yang mengatakan bahawa anak dara yang tidak bersalah telah melahirkan anak.



Nabi Adam a.s yang merupakan nenek moyang bangsa manusia sepakat dipercayai oleh tiga agama besar dunia bahawa dia lahir tanpa ayah dan ibu. Islam mempercayai Nabi Isa adalah seorang nabi yang benar dari Tuhan. Kelahirannya tanpa campuran lelaki tidak membawa apa-apa kesan terhadap murid-muridnya dan takdirnya. Dia manusia biasa, suci dan sederhana. Nabi Isa seringkali menyatakan dirinya dalam Perjanjian Baru sebagai ‘anak Manusia’.



Berkenaan dengan kematian Nabi Isa pun juga menjadi isu pertentangan di antara Yahudi, Kristian dan Islam. Yahudi percaya bahawa Yesus mati di atas salib kerana dia adalah nabi palsu. Berkaitan dengan ini mereka mengambil petikan Bible.



“Apabila seseorang berbuat dosa yang sepadan dengan hukuman mati, lalu ia dihukum mati, kemudian kau gantung dia pada sebuah tiang. …sebab seorang yang digantung terkutuk oleh Allah, …” (Ulangan 21:22-23)



Menurut mereka, Nabi Isa adalah nabi palsu, oleh itu dia mati di atas salib dengan kematian yang dikutuk oleh Allah.



Kristian juga mempercayai bahawa Nabi Isa digantung di atas salib hingga mati dengan kematian yang terkutuk. Paul mengatakan; Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk kerana kita, sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!” (Galatia 3:13)



Tetapi Al-Qur’an mendakwa bahawa Nabi Isa tidak mati di atas salib. Tuhan telah menyelamatkan dia dari kematian disalib dan ini bererti bahawa Tuhan telah menghindari orang kesayangan-Nya dari penyeksaan. Tidakkah nabi Yunus a.s. keluar dari perut ikan dalam keadaan hidup?



Kejadian yang sebenarnya ialah Nabi Isa hanya jatuh pengsan di atas tiang salib, kemudian apabila diturunkan dia kembali pulih. Dia meninggal dunia dengan kematian secara biasa pada umur 120 tahun.



Berdasarkan keyakinan bahawa Nabi Isa adalah nabi palsu, Yahudi terutamanya golongan Farisi pada masanya membawa tuduhan politik yang serius untuk menentangnya. Mereka menuduh Nabi Isa tidak setia dengan Maharaja Rom dan mendakwakan dirinya sebagai Raja bagi orang Yahudi. Gabenor iaitu Pilatus tidak yakin dengan kesalahan itu namun kerana terpengaruh dengan kebisingan orang ramai, dia mengarahkan supaya Nabi Isa di salib. Mereka meletakkannya di tiang salib di mana dia tergantung hanya lebih kurang tiga atau empat jam, kemudian diturunkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diletakkan di sebuah makam dalam kebun yang berdekatan.



Pada masa itu, pesalah akan mengambil masa beberapa hari untuk mati di atas salib. Mereka menderita akibat kelaparan dan kehausan dan dalam kebanyakan kes kaki mereka dipatah-patahkan. Mereka mati secara perlahan-lahan berterusan sehingga beberapa hari.



Walaubagaimanapun, kejadian seumpama itu tidak berlaku pada diri Yesus Kristus. Dia diletakkan di tiang salib pada waktu petang hari Jumaat. Hari berikutnya adalah hari Sabbath, adat hari agama bagi Yahudi, dan tidak harus ada orang yang tinggal di tiang salib pada hari Suci tersebut., jadi dia terpaksa diturunkan tiga atau empat jam sahaja selepas digantung.



Kehilangan banyak darah dari lukanya menyebabkan dia jatuh pengsan. Dia dibawa sebagai orang ‘mati’. Tubuhnya diletakkan di sebuah makam dalam kebun oleh Yusuf Arimathea, muridnya sendiri. Yesus kemudian hidup kembali di dalam sebuah makam, kemudian berangkat pada hari ketiga dengan menyamar dan berjumpa dengan murid-muridnya di Galilea serta makan bersama-sama mereka. Lukanya sembuh selepas disapu dengan salap yang khas disediakan oleh murid-muridnya untuk tujuan itu.



Inilah cerita sebenar berkenaan dengan penyaliban Nabi Isa. Fahaman Kristian mengenai kematiannya bukan sahaja tidak tepat tetapi juga bertentangan dengan bukti sejarah dan akal yang logik. Mereka percaya bahawa Yesus benar-benar mati di atas salib, kemudian selepas hari ketiga dia bangkit dan naik ke langit. Sungguh aneh! Kristian moden bersandarkan kepercayaan bahawa Yesus mati di atas salib. Walaupun begitu, jika terbukti bahawa Yesus tidak mati di salib dan tidak juga bangkit dari kematian, maka seluruh asas Kristian akan jatuh. Paul, pengasas sebenar ajaran Kristian moden sendiri ada mengatakan: “Tetapi andaikata Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah pemberitaan kami dan sia-sialah juga kepercayaan kamu.” (1 Korintus 15:14)

9 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim,
    Quote di atas:

    "Kejadian yang sebenarnya ialah Nabi Isa hanya jatuh pengsan di atas tiang salib, kemudian apabila diturunkan dia kembali pulih. Dia meninggal dunia dengan kematian secara biasa pada umur 120 tahun."


    Terjemahan Al-Quran
    Surah An-Nisaa’ : 157 & 158
    [157]
    Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
    [158]
    Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    Ternyata kepercayaan anda (mungkin golongan ahmadiyah) tentang Nabi Isa a.s. amat bertentangan dengan Al-Quran. Nabi Isa a.s. "TIDAK PERNAH DISALIB" malah digantikan oleh Allah S.W.T dengan orang yang diserupakan seperti Nabi Isa.

    Rukun Iman ada 6. Dengan kenyataan anda di atas pada pendapat saya, anda telah menolak salah satu daripada rukun Iman iaitu "Beriman Kepada Al-Quran".

    Semoga komen saya ini menyedarkan anda.
    akikage.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan tulisan akikage....al-Quran telah jelas mencatatkan tentang naiknya nabi Isa sebelum cubaan menyalib baginda dan akhirnya Allah menyerupakan wajah yang mirip nabi Isa...kenapa perlu ada cerita lain? Harap penulis boleh menerima ilmu ini yang bagi saya wajib kerana melibatkan akidah. Tak perlu mengikut logik akal seperti golongan Muktazillah. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. cikgu mus & akikage
    maaf kerana terlepas pandang komen daripada akikage sebelum ni.

    untuk akikage, soalan saya, adakah akikage beriman hanya kepada Al-Qur'an tanpa melihat kitab-kitab samawi yang lain? rujukan yang saya ambil itu adalah daripada kitab Bible.

    kepada cikgu Mus, terima kasih kerana mengingatkan tentang akidah. untuk pengetahuan cikgu mus, dulu saya pun sependapat dengan cikgu mus, tetapi hasil kajian dan analisis terhadap lebih 30 ayat Al-Qur'an, di samping bantuan guru-guru saya, jelas memberitahu kepada saya bahawa nabi Isa tidak mati di salib. soal ayat di atas menceritakan tentang DISERUPAKAN, DISAMARKAN, jika dibuat kajian mendalam, bukan orang lain yang diserupakan dengan wajah nabi Isa, tetapi keadaan yang diserupakan seolah-olah nabi Isa mati di salib.

    kita boleh berbincang tentang hal ini, cuma saya tidak tahu dari sudut mana harus saya mulakan,

    sesiapa yang berminat untuk berbindang lebih lanjut, boleh pertanyakan lebih lanjut di sini atau emailkan kepada saya >barahin.ahmadi@gmail.com<

    ReplyDelete
  4. akikage, Cikgu Mus:

    Kebanyakan kita yang mengetahui kisah Nabi Isa a.s. hanya daripada penceritaan ustaz-ustaz ataupun tok guru. Jarang sekali kita membaca buku-buku yang mengupas kejadian sebenar melalui analisis tafsir-tafsir al-Quran dan kitab-kitab samawi yang lain.

    Berbeza pula bagi kami golongan ahmadi, kami didedahkan mengenai kisah Nabi Isa a.s. semenjak kecil. Bahkan kami diberi perbandingan mengenai kisah daripada Islam majoriti, Kristian, dan pendapat Ahmadiyah sendiri. Ini membuka minda untuk betul-betul melihat TANPA berat sebelah. Contohnya, untuk mengetahui kebenaran kisah sebenar, janganlah kita mempunyai rasa berat sebelah sebelum betul-betul mengkaji, dan memohon hidayah daripada Allah s.w.t.

    Maka, nasihat saya di sini, janganlah menilai sesuatu pendapat yang bertentangan daripada pendapat kita itu sebagai 'SALAH' ataupun 'bertentangan dengan al-Quran' selagi kita tidak mengkaji sedalam-dalamnya seperti golongan yang memberi pendapat itu.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Saudara Akikage, selamat datang kembali ke ruangan ini. Kali ini saya akan reply kepada saudara berkenaan tafsir terjemahan ayat “Rafi’uka Ilayya” (Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya). Apakah benar Allah SWT ‘mengangkat’ Nabi Isa itu dengan tubuh kasarnya? Perhatikan keterangan berikut yang membahas contoh kata Rafa’ .
    1. Di dalam lughat Arab dijelaskan “di antara nama-nama Allah itu, ada pula satu nama-Nya “Ar-Rafi’ ”, yang mengangkat, maksudnya Yang Mengangkat orang-orang mukmin dengan memberi berkat dan mengangkat wali-wali-Nya dengan meninggikan darjat (An-Nihayah Ibnu Atsir dan Lisanul Arab). Jadi bukan tubuh badan mereka yang diangkat
    2. Hadis Nabi SAW “Apabila seorang hamba merendahkan dirinya, maka Allah akan mengangkatnya sampai di langit yang ketujuh” (Al-Kharaithy dalam Makarimal-Akhlaq dari Ibnu Abas ra dan Khanzul Ummal Juz III/5720). Benarkah orang itu diangkat dengan tubuh kasarnya?
    3. Dalam Kitab Tafsir dijelaskan “ Sehingga tatkala Allah memanggil nabi-Nya (Muhammad) dan mengangkatnya kepada-Nya…” (Maa Tsubita Bis- Sunnati dan Tafsir Shafi hal 143.)
    4. Dalam Al-Quran, berkenaan Firman Allah Taala kepada Nabi Idris as “Kami telah mengangkat dia (Idris) ke tempat yang tinggi” (Surah Maryam, 19:57). Apakah saudara ada bukti bahawa Nabi Idris as telah diangkat dengan tubuh kasarnya?
    5. Hadis Nabi SAW “Orang yang telah mati itu terangkat kerana doa anaknya. Kemana? Baginda SAW menunjuk tangannya ke langit. Apakah benar tubuh sorang itu telah diangkat ke langit? (Al-Muwaththa Imam Malik, Bab Jami’ud Dua)
    6. Dalam Al-Quran, Nabi Ibrahim as berkata “Saya hendak berpindah kepada Tuhan saya” (Surah Al-Ankabut, 29:26)..Apakah benar Nabi Ibrahim naik ke langit?
    7. Bacaan duduk antara dua sujud. Antaranya “..warhamni-Kasihanilah aku, wajburni-cukupkan kekuranganku, warfa’ni-angkatlah aku..) Apakah Warfa’ni itu bermaksud tubuh kita yang diangkat??? Tentu tidak bukan. Tafsiran sebenar ialah ‘angkatlah darjatku’
    Saya harap saudara boleh kemukakan dalil berdasarkan Quran, Hadis dan tafsir untuk membalas hujah di atas…semoga keterangan sederhana ini amat berkesan untuk ‘mencuci’ akidah anda tentang Nabi Isa as.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. saudara Ryzal

    jika hendak komen anda di publish, sila gunakan kata-kata yang sopan, bantahlah dalil dengan ucapan yang baik.

    saya cek blog anda, macam baru buat.

    sekali lagi, jangan serang peribadi pendiri Jemaat Ahmadiyah jika tidak setuju, cukuplah bantah dengan keterangan sahaja.

    ReplyDelete
  8. Saya ada syair untuk Nabi Muhammad saw,
    DIALAH PENGHULU KAMI,
    DARINYA TERBIT SEGALA CAHAYA
    NAMANYA ADALAH MUHAMMAD(SAW),
    DIALAH SAHABAT SEJATIKU
    KAMI TELAH PENAT BERLARI,
    KE SANA KEMARI KAMI BERLARI.
    NAMUN TIDAK PERNAH KAMI TEMUI AGAMA SELAIN AGAMANYA MUHAMMAD SAW.
    TIDAK ADA AGAMA SELAIN AGAMANYA MUHAMMAD,
    YANG MAMPU MEMPERLIHATKAN,
    SEGALA TANDA2 KEBESARAN TUHAN.
    KAMI TELAH MENIKMATI BETAPA LAZATNYA BUAH BUAHAN DARI KEBUNNYA MUHAMMAD SAW.HAZRAT SAYYID, KELAHIRAN ADAM A.S. SALLALLAHUALAIHIWASALLAM
    DIA AWAL DAN DIA AKHIR. SALLALLAHUALAIHIWASALLAM
    ARAH BARAT, TIMUR, SELATAN DAN UTARA.. BERKUMANDANGNYA
    SALLALLAHUALAIHIWASALLAM

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...