بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Khulasah
Khutbah Jumaat
HAZRAT
MIRZA MASROOR AHMAD
Hazrat
Khalifatul Maseeh al-Khamisatba
16-02-2018
(Masjid Baitul Futuh London)
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Setelah
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:-
Seorang
mukmin yang mendakwakan diri beriman kepada Allah hendaklah sentiasa merenungkan
bahawa Allah Ta’ala memerintakan manusia untuk beribadat sebagaimana firman-Nya
Wamaa Kholaqtal Jinna Wal Insa Illaa Liya’buduun, yakni Kami telah menjadikan
jin dan manusia untuk beribadat. Kemudian Allah Ta’ala juga mengajarkan
bagaimana cara beribadat yang mana di dalamnya ada penzahiran gerakan-gerakan
dan juga bacaan doa-doa (zikir). Dalam solat, kedua-dua perkara ini ada.
Namun,
hendaklah ingat bahawa selain daripada solat, mengingati Allah dalam kesempatan
yang lain juga adalah tanggungjawab seorang mukmin. Al-Quran banyak mengajarkan
doa-doa yang merujuk kepada nabi-nabi yang mana kita boleh baca dalam solat dan
ketika sedang berjalan.
Hari
ini saya akan jelaskan tentang satu doa yang juga merupakan satu sunnah
daripada Rasulullahsaw. Dan bukan hanya bagindasaw
sendiri mengamalkannya, malah mengajak para sahabat agar turut mengamalkannya.
Dalam
satu riwayat ada dinyatakan bahawa Rasulullahsaw setiap kali hendak
tidur, bagindasaw akan membaca ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, surah
Al-Falaq dan surah An-Naas sebanyak tiga kali dan meniupkan pada tangannya lalu
tangan disapukan ke bahagian kepada dan tubuh badan yang lain yang dapat
dijangkau oleh tangannya. Setiap muslim hendaklah mengamalkan sunnah ini, dan
sebagai Ahmadi khasnya hendaklah lebih cenderung ke arah amalan ini.
Berkenaan
dengan ayat Kursi, saya telah jelaskan dalam dua khutbah sebelum ini. Hari ini
saya hanya akan huraikan berkenaan dengan kelebihan membaca ketiga-tiga surah
terakhir Al-Quran ini.
Hazrat
Aishahra meriwayatkan bahawa setiap kali Rasulullahsaw
hendak tidur pada waktu malam, bagindasaw akan membaca Qul Huwal
Laahu Ahad, Qul A’uzu Birabbil Falaq dan Qul A’uzu Birabbin Naas lalu
menghembuskan pada tangan dan menyapukan tangannya pada muka dan pada tubuh
badan yang dapat dijangkau ketika berbaring. Bagindasaw melakukannya
sebanyak tiga kali. Amalan itu dilakukan setiap malam dan ketika bagindasaw
dalam keadaan sakit pun amalan itu tidak pernah ditinggalkan. Dan Hazrat Aishahra
sangat memahami akan berkat daripada amalan tersebut.
Hazrat
Uqbah bin Amir berkata; saya bertemu Rasulullahsaw, bagindasaw
maju dan memegang tangan saya dan bersabda; Hai Uqbah! Tidakkah kamu mahu aku beritahukan
kepadamu tentang tiga surah terbaik yang telah diturunkan di dalam Taurat,
Zabur, Injil dan Quran? Uqbah berkata; kenapa tidak ya Rasulullahsaw.
Kemudian bagindasaw membaca Qul Huwal Laahu Ahad, Qul A’uzu Birabbil
Falaq dan Qul A’uzu Birabbin Naas lalu bersabda bahawa wahai Uqbah! Jangan
sekali-kali lupa, jangan ada malam berlalu di mana kamu tidak membaca
surah-surah ini. Uqbah berkata: sejak Rasulullahsaw bersabda seperti
itu, saya tidak pernah meninggalkan amalan ini.
Berkenaan
dengan kepentingan membaca surah Al-Ikhlas, di dalam satu hadis diriwayatkan
oleh Hazrat Abu Saeed Khudri bahawa ada seseorang yang berkali-kali membaca Qul
Huwal Laahu Ahad. Apabila waktu pagi, beliau pergi membuat aduan kepada
Rasulullahsaw berkenaan dengan perbuatan orang tersebut. Rasulullahsaw
bersabda: Demi Tuhan yang nyawaku dalam genggaman-Nya, surah ini menyamai satu
pertiga Al-Quran.
Hazrat
Abu Saeed Khudri menjelaskan bahawa Rasulullahsaw pernah bersabda;
adakah di antara kamu yang mampu membaca satu pertiga Al-Quran dalam satu
malam? Para sahabat terkejut dan menjawab; Ya Rasulullahsaw!
Bagaimana mungkin kami dalam melakukannya? Bagindasaw bersabda lagi
bahawa surah Al-Ikhlas itu menyamai satu pertiga daripada Al-Quran.
Berkenaan
dengan surah Al-Ikhlas yang menyamai satu pertiga Al-Quran, terdapat satu
riwayat Sahih Muslim, Hazrat Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullahsaw
bersabda; berkumpullah kamu, aku akan perdengarkan bacaan satu pertiga daripada
Al-Quran. Apabila semua berkumpul, Rasulullahsaw keluar dan
menilawatkan Qul Huwal Laahu Ahad, selepas itu bagindasaw masuk ke
dalam rumah kembali. Ada yang berfikir mungkin ada wahyu yang turun, sebab itu
Rasulullahsaw masuk ke dalam rumah. Tidak lama selepas itu
Rasulullahsaw keluar dan bersabda: Saya sudah katakan bahawa saya
akan bacakan satu pertiga daripada Al-Quran. Jadi, dengarkan dengan
sebaik-baiknya bahawa surah Al-Ikhlas menyamai satu pertiga bahagian Al-Quran.
Kenapa
Rasulullahsaw menyatakan bahawa ia menyamai satu pertiga bahagian
Al-Quran? Sebabnya ialah dalam surah itu mengajarkan dengan begitu terang dan
jelas tentang ketauhidan dan seruan untuk menegakkan ajaran tersebut. Hanya
dengan merenungkan ajaran dalam surah tersebut barulah seorang insan dapat
menegakkan ajaran tauhid. Dan orang itu akan mendapat petunjuk untuk
mengamalkan setiap perintah yang terdapat di dalam Al-Quran. Jadi, jangan
membayangkan bahawa sudah membaca surah Al-Ikhlas lalu membuat kesimpulan telah
membaca satu pertiga daripada Al-Quran. Pengajarannya ialah baca surah itu dan
renungkan, selanjutnya beramal atas perintah Allah. Walaupun dalam berbagai
riwayat memang dijelaskan seperti itu, yang mana seolah-olah menunjukkan bahawa
dengan membaca beberapa ayat sahaja, maka disimpulkan telah membaca keseluruhan
Al-Quran.
Sedangkan
tujuan Rasulullahsaw menjelaskan hal seperti itu ialah supaya
manusia merenungkan ajaran dalam ayat tersebut dan cenderung untuk beramal dan
menegakkanya. Al-Quran itu sendiri sebenarnya mengajarkan tentang ketauhidan.
Sebab itu setiap insan hendaklah berusaha dan berdoa.
Hazrat
Aishahra meriwayatkan bahawa Rasulullahsaw menghantar
seseorang mengikuti suatu peperangan yang mana orang tersebut memimpin solat di
kalangan mereka. Namun, dalam setiap bacaan, beliau mengakhirinya dengan Qul
Huwal Laahu Ahad. Apabila telah kembali, maka hal itu disampaikan kepada
Rasulullahsaw. Rasulullahsaw meminta sahabat tanyakan
kenapa berbuat seperti itu? Lalu dijawab bahawa di situ ada sifat Rahman Allah
Ta’ala, sebab itu saya suka membacanya. Maka mendengarkan hal itu Rasulullahsaw
berkata; beritahukan kepadanya bahawa Allah Ta’ala juga suka kepadanya.
Pernah
juga terjadi perbahasan di kalangan para sahabat bahawa semua benda telah
diciptakan oleh Allah Ta’ala, tetapi siapa yang menciptakan Allah Ta’ala?
Bagindasaw bersabda bahawa apabila kamu mendapati ada orang seperti
itu maka bacalah Qul Huwal Laahu Ahad sehingga habis. Kamu akan tahu bahawa
tidak ada yang menciptakan Allah Ta’ala.
Ada
seseorang mengadu kepada Rasulullahsaw hidupnya sangat miskin.
Rasulullahsaw mengajarkan bahawa setiap kali kamu masuk ke dalam
rumah, ucapkanlah salam walaupun tidak ada orang di rumah dan baca sekali Qul
Huwal Laahu Ahad. Selepas itu orang berkenaan telah mengamalkan apa yang
Rasulullahsaw beritahu dan berkat ajaran itu, Allah Ta’ala telah
memberikan sarana kepadanya sehingga dia telah menjadi orang yang senang dan
dapat membantu orang disekelilingnya. Dari kisah ini mengajarkan kepada kita
bahawa orang yang menegakkan ajaran tauhid, mereka akan diberikan petunjuk oleh
Allah dalam kehidupan mereka.
Di
dalam hadis juga diriwayatkan bahawa orang yang membaca Qul Huwal Laahu Ahad
sebanyak 50 kali atau 100 kali, maka Allah Ta’ala akan memberikan ganjaran
syurga kepada mereka dan mengharamkan api.
Inilah
Tuhan kita yang Maha Berkuasa. Bukan anak kepada sesiapa dan tidak menjadi bapa
kepada sesiapa.
Ada
hadis yang meriwayatkan tentang manfaat membaca ketiga-tiga ayat ini. Hazrat
Uqbah meriwayatkan ketika bersama Rasulullahsaw dalam satu
perjalanan perang, Rasulullahsaw bersabda; Hai Uqbah! Bacalah.
Setelah tiga berkata demikian, maka Rasulullahsaw membaca
ketiga-tiga surah sehingga akhir ayat dan berkata; barangsiapa yang membaca
ketiga-tiga surah ini, mereka akan berada dalam perlindungan Allah Ta’ala.
Berkenaan
dengan Surah Qul A’uzu Birabbil Falaq dan Qul A’uzu Birabbin Naas, banyak
riwayat menerangkan bahawa surah ini boleh mengundang perlindungan Allah
Ta’ala. Rasulullahsaw juga menasihatkan agar membacanya setiap kali
hendak tidur dan setelah bangun tidur.
Sekarang
ini para ulama semakin parah dalam mengapi-apikan orang Islam untuk terus
menentang Jamaat. Begitu juga sekarang ini golongan yang tidak bertuhan, mereka
juga semakin aktif bersuara. Jadi, kita hendaklah mengamalkan amalan Rasulullahsaw
ini untuk memohon perlindungan dari fitnah-fitnah yang semakin berleluasa.
Orang
Islam semakin lupa amalan Rasulullahsaw ini sehingga mereka tidak
selamat dari fitnah-fitnah. Jadi, kita hendaklah semakin cenderung membaca doa
ini. Memohon perlindungan dari was-was syaitan. Jangan hanya lakukan untuk diri
sendiri tetapi libatkan juga anak-anak supaya mereka sentiasa terpelihara.
Berdoalah
sentiasa agar kita tetap kekal atas cahaya yang telah kita dapatkan dalam jamaat
ini. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah sebagai Rab kita yang
hakiki. Kita juga hendaklah sentiasa membersihkan dalaman kita dari segala
kotoran.
Jangan
lupa untuk mengamalkan apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullahsaw
ini. Semoga kita semua mendapat taufik untuk beramal padanya.
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Disediakan oleh:
Salahuddin
bin Syed Ali
Jamia
Ahmadiyya International Ghana
16-02-2018
No comments:
Post a Comment