Thursday, February 22, 2018

Khulasah Khutbah Jumaat 09-02-2018



Khulasah Khutbah Jumaat
HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba
09-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London)

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>> 

Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:-

Riwayat daripada Hazrat Aisyahra bahawa apabila jenazah seorang mukmin disolatkan oleh 100 orang mukmin dan memohon keampunan ke atasnya, maka dia akan diampunkan. Hari ini saya akan memimpin dua solat jenazah. Pada dasarnya saya hendak menyampaikan dari sudut Fiqah perihal jenazah, tetapi untuk menyampaikannya dari hadis-hadis adalah tidak mungkin pada hari ini kerana kisah-kisah berkenaan dengan pengkhidmat jemaat ini sangat banyak yang datangnya dari keturunan Hazrat Maseeh Mau’udas, Wakfe Zindegi dan beberapa anggota jemaat yang dipercayai.

Sebagaimana semua tahu bahawa Sahibzada Mirza Ghulam Ahmad Sahib telah wafat pada usia 78 tahun. Beliau adalah cicit kepada Hazrat Maseeh Mau’udas, cucu kepada Hazrat Mirza Sultan Ahmad Sahib, dan anak kepada Hazrat Mirza Aziz Sahib. Perkara yang mendorong untuk memperdengarkan kisah beliau ini ialah beliau seorang pengkhidmat agama, seorang wakaf zindegi, dan walaupun dalam keadaan yang lemah, selepas dilantik sebagai Nazir A’laa, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Sehari sebelum kewafatannya beliau mengikuti program di Madrasah Hafiz dan terlibat dengan acara khuddam. Beliau mula wakaf pada tahun 1962.

Beliau telah mengikuti ujian CCS dan mendapat markah yang baik walaupun ramai orang mengatakan itu adalah ujian yang sangat susah. Beliau telah dilantik sebagai Managing Editor Review Of Religion. Beliau mendapat pendidikan agama melalui Mir Daud Ahmad Sahib. Pada awalnya, nama beliau ialah Mirza Saeed Ahmad Sahib, kemudian ibunya telah menukar nama beliau menjadi Mirza Ghulam Ahmad. Hazrat Muslih Mau’udra mengatakan bahawa kita akan memanggilnya sebagai Ahmad kerana beliau tidak selesa menyebut Ghulam Ahmad terhadapnya.

Beliau bernikah dengan saudara perempuan saya. Dua orang anak lelaki beliau adalah orang waqaf. Beliau juga ada dua orang anak perempuan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Nazir Ta’lim, Nazir Diwan, Sadar Majlis Karpardaz (1996-2018), selepas Mirza Khursheed Sahib wafat, beliau dilantik sebagai Nazir A’laa. Dalam zaman Khalifah Keempat, beliau beberapa kali menjadi pemangku Nazir A’laa. Beliau pernah menjadi Sadar Ansarullah, Sadar Khuddamul Ahmadiyah, Private Secretary Hazrat Khalifatul Maseeh Salis, Selama di Rabwah ada jalsah, beliau juga turut berkhidmat dalam jalsah salanah. Beliau juga banyak memegang keahlian dalam pelbagai komiti. Dalam tahun 1989, beliau dan Mirza Khursheed Sahib pernah menjadi tahanan pada jalan Allah.

Dalam kejadian 28 Mei 2010, beliau salah seorang yang dihantar ke Lahore dan berkhidmat di sana selama dua minggu, melawat keluarga-keluarga yang disyahidkan dan memimpin solat Maghrib dan Isyak untuk memberitahu bahawa solat tetap didirikan. Ketika ditemuramah, beliau dengan berani menegaskan bahawa ‘KAMI ORANG ISLAM, TIDAK ADA SESIAPA YANG BOLEH MERAMPAS KEISLAMAN KAMI’.

Isteri beliau berkata: Ketika Hazrat Khalifatul Maseeh Sani jatuh sakit, beliau datang setiap hari. Khilafat Salisa sangat percaya kepada beliau. Ketika beliau menjadi Sadar Khuddam, beliau keluar dari rumah sebelah pagi dan balik waktu malam. Dalam satu Ijtima, beliau memohon supaya Huzur membaca janji Khuddam, namun Huzur memerintakan beliau untuk memimpin bacaan janji Khuddam.

Isteri beliau juga memberitahu bahawa rumah mereka sentiasa hidup dengan nawafil. Sentiasa membaca surah Fatihah berulang kali. Kalau ada tugas yang dipertanggungjawabkan, beliau tidak dapat duduk dengan tenang selagi tidak selesai.

Anak perempuannya memberitahu bahawa ‘ayah selalu meminta supaya mendoakan khilafat dengan penuh perhatian. Ketika hijrah Khalifatul Maseeh Rabi, waktu itu kesihatan ibu beliau sangat kritikal, namun beliau tidak berkesempatan menemui ibunya kerana kesibukan melakukan tugasan jemaat.

Ketika berkunjung ke Qadian, beliau melawat rumah-rumah orang darwish. Beliau akan mendirikan solat nafal di mana-mana tempat Hazrat Maseeh Mau’udas berdoa.

Ataul Mujeeb Rashid Sahib berkata bahawa ketika beliau dilantik sebagai Sadar Khuddam dan Mirza Ghulam Ahmad Sahib sebagai Naib Sadar, beliau tidak pernah memperlihatkan bahawa beliau lebih senior walaupun dari segi pengalaman dan ilmu sangat banyak dalam apa sahaja bidang.

Syahid Abbas Sahib dari Malaysia menulis bahawa satu kali Mirza Sahib datang ke pejabat dan saya berjumpa beliau dan berkata, saya dari firqah Syiah dan masuk ke dalam Jemaat, tolong doakan saya. Beliau terus berkata, kamu juga harus menulis surat kepada wujud yang saya sendiri pun menulis surat kepadanya iaitu Khalifatul Maseeh.

Di pejabat, beliau bersikap lemah lembut dan kasih sayang dalam memperlakukan pekerja-pekerja.

Banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan beliau. Semoga Allah Ta’ala meninggikan darjat beliau. Dan semoga semua waqifeen zindegi dan petugas dapat beramal seperti kebaikan yang beliau lakukan.

Jenazah kedua ialah seorang Lajnah yang sejak menerima Ahmadiyah, beliau begitu teratur dalam solat. Seorang yang sangat mukhlis. Ketika Amir Sahib berkunjung ke rumahnya, beliau menzahirkan hasratnya supaya semua ahli keluarga menjadi Ahmadi.

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>> 

Disediakan oleh:

Salahuddin bin Syed Ali
Jamia Ahmadiyya International Ghana
09-02-2018


No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...