Khulasah
Khutbah Jumaat
HAZRAT
MIRZA MASROOR AHMAD
Hazrat
Khalifatul Maseeh al-Khamisatba
23-02-2018
(Masjid Baitul Futuh London)
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Setelah
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:-
Dalam
beberapa hari ini, jemaat-jemaat di pelbagai tempat menyambut acara Yaume
Muslih Mau’ud. Tarikh 20 Februari merupakan tarikh di mana Hazrat Maseeh Mau’udas
mendapat khabar daripada Allah Ta’ala berkenaan dengan kelahiran seorang putera
yang dijanjikan. Khabar ghaib itu dimuatkan dalam Isytihar 20 Februari 1886.
Sebenarnya
acara Yaume Muslih Mau’ud ini disambut adalah kerana penyempurnaan khabar ghaib
yang telah diterima oleh Hazrat Maseeh Mau’udas. Dan bukan kerana
hari kelahiran beliau. Kerana ramai anak-anak muda yang bertanya kenapa tidak
membuat sambutan kepada khalifah-khalifah yang lain.
(Kemudian
Huzur membacakan khabar ghaib Muslih Mau’ud yang diterima oleh Hazrat Maseeh
Mau’udas)
Hazrat
Maseeh Mau’udas berkata; “Ketika anak lelaki saya yang pertama
meninggal dunia, para maulvi yang bodoh dan sahabat-sahabat mereka dan
orang-orang Hindu juga meraikan kegembiraan. Walaupun dikatakan bahawa dalam
khabar ghaib itu ada dinyatakan akan ada yang meninggal dunia, namun mereka
tidak sedar, akhirnya Allah Ta’ala memberikan khabar yang lain bahawa Bashir
yang kedua akan dikurniakan yang nama lainnya adalah Mahmud. Walaupun anak itu
belum lahir, tetapi sesuai dengan janji Tuhan, anak itu akan lahir dalam masa
yang telah ditentukan”.
Pir
Manzoor Muhammad Sahib meriwayatkan; “Hari ini saya membaca isytihar Hazrat
Maseeh Mau’udas dan saya merasa bahawa Muslih Mau’ud adalah Hazrat
Mirza Bashiruddin Mahmood Ahmad”. Hazrat Khalifatul Maseeh Awal menjawab; “Kami
sudah tahu dari dulu lagi, adakah kamu tidak melihat bagaimana kami
memperlakukan beliau?”
Ghulam
Hussain Sahib Sialkot menulis selepas pengakuan Hazrat Mirza Bashiruddin
Mahmood Ahmad sebagai Muslih Mau’ud; “Kehadapan Hazrat Khalifatul Maseeh Sani,
Muslih Mau’ud, …….. saya bersyukur kepada Allah kerana menbenarkan rukya saya bahawa
ketika zaman Hazrat Khalifatul Maseeh Awal, saya telah memberikan pujian kepada
Huzur bahawa selepas Khalifatul Maseeh Awal, Huzur akan menjadi Khalifah, akan berjaya
dan akan menerima wahyu ……. Dan saya
juga telah perdengarkan rukya ini kepada Hazrat Khalifatul Maseeh Awal dan
beliau membenarkannya. …… Alhamdulillah, Huzur sendiri telah mengaku sebagai
Muslih Mau’ud. Saya sendiri sudah yakin dari zaman Khalifah Awal lagi bahawa
Huzur adalah Muslih Mau’ud dan akan menjadi khalifah.
Sufi
Mutiurrahman Sahib Benggali menulis selepas pengakuan Muslih Mau’ud; “Saya
hendak menceritakan mimpi saya 30 tahun dulu …. Saya melihat Hazrat Maseeh Mau’udas
sedang memberikan khutbah Eid. Setelah selesai khutbah, saya maju ke hadapan
untuk bersalaman, saya mendapati bukan Hazrat Maseeh Mau’udas tetapi
Huzur sendiri.
Sheikh
Muhammad Ismail Sahib menjelaskan bahawa kami banyak kali mendengar daripada
Hazrat Maseeh Mau’udas bahawa anak yang dikhabarkan dalam khabar
ghaib itu adalah Miyan Mahmood. …… dan saya secara khusus banyak berdoa
untuknya.
Selama
belum ada perintah dari Allah, Hazrat Khalifatul Maseeh Sanira tidak
mendakwakan diri sebagai Muslih Mau’ud. Hanya setelah ada perintah daripada Allah
Ta’ala untuk membuat pengumuman, barulah beliau memberitahu kepada semua.
Dalam
Jalsah Hosyarpur, ketika sudah ada izin daripada Allah untuk membuat
pengumuman, beliau berkata; “Atas perintah Tuhan, saya bersumpah dan
mengumumkan bahawa saya adalah putera yang dijanjikan dalam khabar ghaib Hazrat
Maseeh Mau’udas, yang akan menyampaikan nama beliau ke penjuru dunia.
Kemudian
dalam Jalsah Lahore beliau berkata; “Saya bersumpah atas nama Tuhan yang Wahid
dan Kahhar mengatakan bahawa …. Saya adalah Muslih Mau’ud yang membenarkan
khabar ghaib itu yang akan menyebarkan Islam ke seluruh penjuru dunia dan
menegakkan tauhid.
Syed
Abul Faris Al Husni mengatakan: “Dengan berita kewafatan Hazrat Amirul
Mukminin, kami sangat bersedih. Jemaat kami sangat merasa kehilangan kerana
jemaat kami adalah hasil daripada usaha beliau. Benarlah bahawa kaum akan
mengambil berkat daripada beliau. Setiap kali menulis untuk suatu doa, saya
merasakan pengabulan atas doa-doa tersebut.
Mohammad
Mohail Sahib menceritakan mimpi seorang keluarganya yang bukan Ahmadi; “Pada
tahun 1936, sehari sebelum datang ke Nawab Shah, saya telah melihat ada
seseorang datang menunggang singa, apabila dekat saya melihat badannya ada
tulisan Al-Quran, saya bertanya kepada orang ramai, siapa itu? Mereka menjawab;
Hazrat Mirza Mahmood Ahmad Qadiani. Bertanya lagi; dia bagaimana? Dijawab; dia
wali Allah yang paling besar di dunia”.
Maulvi
Samiullah Sahib (ghair Ahmadi) menulis dengan merujuk kepada khabar ghaib
Muslih Mau’ud, beliau mengakui bahawa sejak Hazrat Muslih Mau’ud terpilih
menjadi khalifah, maka kemajuan telah dicapai dari segi jumlah anggota,
walaupun begitu banyak penentangan, namun kemajuan begitu pesat sehingga ke
pelbagai belahan dunia. Jadi, khabar ghaib yang menyatakan dari zuriat Hazrat
Maseeh Mau’udas akan ada seorang yang akan memajukan jemaat ini,
dengan itu apa yang dikhabarkan telah menjadi kenyataan.
Seorang
bukan Islam Sikh di India, Argen Singh, Editor Rangeen Amritsar; “Pada tahun
1901, Mirza Bashiruddin Mahmood tidak menunjukkan apa-apa. Jadi, apa yang
dikhabarkan adalah tidak tepat. Dari keturunan Maseeh Mau’udas akan ada
yang mengembangkan agama Islam. Tetapi setelah Mirza Mahmood Sahib menjadi
khalifah, dengan pertolongan Allah Ta’ala, satu perubahan yang begitu luar
biasa telah terjadi.
Walaupun
dalam keadaan yang kurang kemudahan berbanding hari ini, namun pada waktu
beliau jemaat tersebar lebih daripada 50 buah Negara.
Muslim
Leader yang terkenal mengatakan kepada orang-orangnya Maulvi Zafar Ali Khan
Sahib: “dengarkan baik-baik! Kamu tidak akan dapat menandingi Mirza Mahmood hingga
kiamat. Mirza Mahmood ada Quran dan ilmu Quran. Kamu apa yang ada, dalam mimpi
pun kamu belum tentu baca Quran. Mirza Mahmood anggota jemaat yang sentiasa
taat, ada muballigh yang berilmu”.
Sufi
Khawaja Hassan Delhi menulis tentang Hazrat Muslih Mau’ud: “Beliau selalu
sakit, tetapi beliau tidak jadikan penghalang. Dalam taufan penentangan, beliau
telah membuktikan kehebatan beliau sebagai orang Moghul. Dalam politik pun dan
agama pun ada kemahiran, dalam peperangan pun pakar”.
Dalam
memperjuangkan Kashmir juga beliau terlibat dengan penuh tanggungjawab. Walaupun
perbezaan aliran, namun beliau dipilih sebagai pengerusi oleh kebanyakan umat
Islam. Banyak yang menuji perjuangan beliau kerana tekanan orang-orang Kahsmir
telah berkurangan hasil usaha yang dibuat oleh beliau tanpa mempedulikan
perbezaan akidah. Malah ada yang mengatakan bahawa pemilihan beliau sebagai
pengerusi adalah satu tindakan yang sangat tepat sekali.
Seorang
Paderi Amerika datang ke Qadian. Dia mahu berjumpa dengan khalifah untuk
bertanya beberapa soalan. Maulvi Umar Din berfikir bahawa soalan itu sangat
sulit sekali. Bagaimana Hazrat Sahib hendak menjawabnya, beliau masih muda,
belum ada pengalaman, nanti akan memberi kesan buruk kalau tidak terjawab. Amerika
Paderi akan balik dan memberitahu kepada dunia bahawa khalifah Ahmadiyah tidak
tahu apa-apa. Jadi beliau berusaha agar Paderi itu jangan sampai bertemu
khalifah. Namun, Paderi itu berkeras juga. Beliau datang kepada Huzur dan
memberitahu bahawa ada Paderi dari Amerika hendak berjumpa Huzur dan hendak
bertanyakan beberapa soalan. Huzur tanpa teragak-agak mempersilakan datang. Saya
juga adalah penterjemah. Apabila saya sampaikan soalan itu, Hazrat Sahib
menjawab dengan penuh ketenangan dan saya kehairanan mendengar jawapan itu. Paderi
itupun kehairanan mendengar jawapan tersebut. Akhirnya Paderi itu mengakui
bahawa “khalifah kamu memang seorang ulama yang hebat’.
Pada
tahun 1945, Hazrat Muslih Mau’ud memberikan ceramah di Ahmadiyya Hostel Lahore.
Selepas ceramah, pengerusi (bukan Islam) menyampaikan ceramah pendek “saya
sangat beruntung kerana dapat mendengar ceramah seperti ini. … faedah ceramah
ini bukan hanya untuk Islam, tetapi juga untuk bukan Islam.”
Berkenaan
dengan tafsir beliau, seorang ulama begitu terpesona dan memberitahu bahawa
tidak pernah membaca tafsir seperti itu dalam mana-mana bahasa sebelum ini.
Dalam
satu majlis soal jawab, ada seorang yang sangat kuat menentang namun, bila
melihat cara Huzur menjawab, dia hanya mendiamkan diri dari awal sehingga akhir.
Seorang
Editor akhbar mingguan, beliau datang ke Qadian dan begitu terpengaruh dengan
Huzur. Beliau menulis: “Kami menyangka Sir Zafrullah Khan seorang yang besar. Tetapi,
di hadapan Mirza Bashiruddin Mahmood Ahmad beliau begitu kecil dan memberikan
keutamaan kepada beliau dalam setiap sudut ilmu.
Ada
seorang yang datang ke Jalsah Qadian. Beliau memuji bahawa semua jabatan
bergerak mengikut telunjuk khalifah. Khalifah seorang yang pakar menulis, pakar
dalam berceramah dan gabenor yang hebat dalam persatuan.
Niaz
Fatah Puri Sahib menulis; “Tafsir Kabir Jilid 3 ada di hadapan saya dan sedang
melihatnya. Memang bukan satu keraguan bahawa beliau telah melahirkan satu cara
berfikir dalam membuat mutalaah terhadap Al-Quran. Dan Tafsir ini pertama kali
dari sudut akli dan nakli yang dibuat begitu baik sekali. Setiap lafaz yang
disampaikan sangat luar biasa sekali. Saya sangat menyesal sekali kenapa saya
tidak tahu sebelum ini. Alangkah baiknya kalau saya dapat membaca semua jilid. Semalam
membaca Tafsir surah Hud berkenaan dengan Hazrat Luth, saya terus terdorong
untuk menulis surat ini. Apa yang beliau tulis dengan perbahasan para
mufassirin, saya tidak layak mengeluarkan pujian. Semoga Allah memberi
keselamatan berpanjangan untuk tuan.
Jadi,
semua pandangan-pandangan dari anggota sendiri dan juga dari orang ghair
menggambarkan kepada kita keperibadian beliau. Semua ini adalah penzahiran
kebenaran daripada khabar ghaib itu. Dengan mendengar khabar ghaib ini, selama
mana kita berdoa untuk ketinggian darjat beliau kita juga harus merenungkan
keadaan diri masing-masing demi kemajuan jemaat pada masa akan datang.
Semoga
Allah memberi kita taufik ke arah itu. Amin.
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Disediakan oleh:
Salahuddin
bin Syed Ali
Jamia
Ahmadiyya International Ghana
23-02-2018