Allah
Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran:-
WA
AQIIMUS SHOLAATA (An-Nuur:57)
“Dan
dirikanlah solat”.
Rasulullahsaw
bersabda bahawa “solat itu adalah inti daripada ibadah”. (Sunan Tarmizi,
Kitabud Da’wat)
Hazrat
Maseeh Mau’udas berkata:-
“Salah
satu ciri agung seorang muttaqi ialah WA YUQIIMUUNAS SHOLAATA (Al-Baqarah:4)
yakni ‘dan mereka mendirikan solat’. Di dalam ayat ini digunakan perkataan
‘mendirikan’. Dan ini juga mengisyaratkan kepada kesulitan yang menjadi tanda
agung seorang mukmin, yakni apabila dia mula mendirikan solat maka banyak
gangguan yang dihadapinya yang menjadi dasar kejatuhan solat yang dia dirikan.
Apabila dia mengucapkan Allaahu Akbar, maka akan muncul gangguan dalam hatinya.
Gangguan itu membawanya ke mana-mana sehingga menjadi punca kerisauan. Setiap
saat dia berusaha menjadikan hatinya hadir tetapi solatnya selalu jatuh, dengan
begitu susah payah dia dirikan kembali. Berkali-kali melaungkan IYYAA KANA’BUDU
WA IYAA KANASTA’IIN iaitu berdoa supaya dapat mendirikan solatnya. Demikian
juga dia menginginkan SHIROOTAL MUSTAQIIM yang mana dengan itu solatnya dapat
didirikan. Dalam berhadapan dengan situasi ini, dia laksana seorang anak kecil
yang merintih di hadapan Tuhan, menangis dan berkata aku AKHLADA ILAL ARDHI
(Al-A’raaf:177) ‘cenderung kepada dunia’. Jadi, inilah peperangan yang dihadapi
oleh seorang muttaqi dan dia akan sentiasa mendapat ganjaran dalam perjuangan
itu.”
Berkata
lagi:-
“Saya
melihat keadaan seorang pemabuk dan penagih, selagi dia tidak mendapat
kelazatan maka dia akan terus minum tanpa henti sehinggalah dia benar-benar
mabuk. Orang yang berakal boleh mendapat pelajaran daripada pengalaman itu,
maknanya harus dawam dalam mendirikan solat dan terus menerus melakukannya
sehingga benar-benar mendapat kelazatan sebagaimana kelazatan yang dicapai oleh
seorang pemabuk, yang mana keadaan itulah yang diinginkan olehnya. Dengan cara
itu maka pemikiran dan segala kekuatan dalam solat akan cenderung untuk
mendapatkan kegembiraan itu. Kemudian dengan keikhlasan dan semangat
sekurang-kurangnya menyamai keadaan pemabuk itu di mana dia cenderung untuk
berdoa untuk mendapatkan kelazatan yang dia harapkan. Saya katakan dengan
sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya kelazatan itu pasti akan diperolehi”.
Berkata
lagi:-
“Solat
itu satu azimat bagi manusia. Dia mendapat peluang berdoa sebanyak lima kali.
Mahu tidak mahu pasti ada doa yang akan dikabulkan. Sebab itu dirikan solat
dengan sempurna dan inilah yang sangat saya sukai”.
Berkata
lagi:-
“Akar
keimanan juga adalah solat. Beberapa orang bodoh mengatakan bahawa untuk apa
Tuhan memerlukan solat kita? Wahai orang-orang bodoh! Tuhan tidak perlukan
tetapi kamu yang memerlukannya supaya Tuhan beri perhatian terhadap kamu.
Dengan adanya perhatian Tuhan kepada kamu maka segala pekerjaan yang tidak
betul akan menjadi lurus. Solat boleh menghapuskan banyak kesalahan-kesalahan
dan ia menjadi sarana qurub (dekat) terhadap Ilahi”.
Hazrat
Khalifatul Maseeh Tsanira berkata:-
“Faedah
daripada ibadat itu bukanlah bertujuan supaya keagungan Allah Ta’ala itu
semakin bertambah malah tujuan beribadat itu ialah mewujudkan ikatan di antara
Allah Ta’ala dan hamba-Nya, hakikat itu tidak dapat diingkari di mana hamba
mengambil nur daripada Allah Ta’ala. Cuma yang dirisaukan ialah semangat itu
tidak dapat dilahirkan dalam diri insan yang menuntut kita untuk berusaha meleburkan
diri dalam zat Allah Ta’ala. Semangat seperti itu hanya boleh lahir dengan
kecintaan yang sempurna, dan kecintaan yang hakiki boleh lahir melalui penemuan
sempurna ihsan-ihsan dari wujud muhsin. Inilah tujuannya solat kerana dalam
solat, keagungan Allah Ta’ala yang hakiki akan dipersembahkan di hadapan. Ringkasnya,
kalau seandainya ada manusia yang mahu melahirkan kecintaan kepada Allah Ta’ala,
lalu dia sendirilah yang akan mengeluarkan masa untuk itu, maka untuk apa lagi
ditentukan solat lima waktu kepadanya? Jawapannya ialah kritikan ini muncul
secara spontan dari hati, begitulah tabiat seorang manusia, jika dia tidak
diperingatkan secara teratur maka dia menjadi malas. Sebab itu Allah Ta’ala
telah menetapkan solat berjemaah yang mengumpulkan orang lemah dan yang kuat
supaya orang yang lemah bersama dengan orang yang kuat mendapat peluang
mensucikan hati mereka. Dan pengaruh-pengaruh tersembunyi yang ada dalam hati
orang yang kuat keimanan dalam suatu kaum dapat dikeluarkan untuk diserap agar
penyucian hati dapat dilaksanakan.
Hazrat
Khalifatul Maseeh Al-Khamisatba berkata:-
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda bahawa dirikanlah solat dengan penuh
perhatian. Solat adalah akar segala kemajuan dan kecantikan. Sebab itu
dikatakan bahawa solat itu tangga bagi orang mukmin. Dalam agama ini ratusan
ribu wali Allah, orang suci, Qutub dan Abdal yang telah berlalu. Bagaimana
mereka memperolehi darjat itu. Semuanya melalui solat ini. Rasulullahsaw
sendiri menyatakan bahawa QURRATU ‘AINII FIS SHOLAATI yakni penyejuk mataku
ialah solat. Jadi, hakikatnya apabila manusia sudah sampai ke tingkatan ini,
maka mereka mendapat kelazatan sempurna dalam solat, dan inilah yang
dimaksudkan oleh Rasulullahsaw. Segala kerisauan dan kesulitan di
dunia ini boleh dielakkan melalui solat.
Kehidupan
manusian itu sentiasa berputar di sekitar musibat dan malapetaka dan syaitan
juga setiap masa bersedia untuk menyerang. Sebab itu kehidupan manusia ada
berbagai keadaan. Jadi, untuk terhindar dari musibat dan malapetaka, dan agar
terhindar dari serangan syaitan, Allah Ta’ala telah mewajibkan agar manusia
berjumpa dengan sebanyak lima kali dalam sehari. Jadi, apabila manusia
terpelihara disebabkan solat, maka seiring dengan itu kerohanian pun akan
meningkat. Jadi, setiap Ahmadi hendaklah teratur dalam mendirikan solat dan
berikan perhatian.
Kita
hendaklah sentiasa ingat bahawa Allah Ta’ala berfirman solat itu boleh mencegah
perbuatan keji dan mungkar, dan hal ini memang benar. Kalam Allah Ta’ala tidak
dusta. Orang yang mendirikan solat namun tetap saja melakukan keburukan, maka
secara zahir solatnya itu hanyalah luaran sahaja, tidak disertai dengan ruh.
Jadi, ini satu hal yang perlu dirisaukan, dan setiap kita hendaklah membuat muhasabah
diri masing-masing. Jika kita mendapat kelazatan ataupun ada iradah yang kuat
untuk melahirkan kelazatan dan kemanisan, bagaimana untuk mencapainya. Di
kalangan kita mungkin ada yang tidak teratur dalam mendirikan solat, mungkin
juga ada orang yang mempunyai pengalaman mendapat kelazatan dan kemanisan
ketika mendirikan solat, kita dapat melihat dalam keadaan susah atau musibah,
orang banyak menangis ketika mendirikan solat. Sambil berjalan pun berdoa
kepada Allah. Tumpuan kepada Allah Ta’ala sangat banyak dan disebabkan itu juga
perhatian terhadap ibadat semakin meningkat. Pasti ada sesuatu dalam hati yang
menjadikan mereka begitu tenggelam dalam berdoa. Tetapi, apabila keinginannya
telah dapat dipenuhi, apabila telah keluar dari musibat, maka ramai yang
menjadi malas dalam beribadat dan lalai berdoa. Jadi, sebagaimana yang Hazrat
Maseeh Mau’udas katakan bahawa kita harus memasang target di hadapan
kita, dan setiap keadaan samada baik atau buruk, sempit atau selesa,
berusahalah untuk mendapatkan kelazatan dan kemanisan itu sebagaimana keadaan
pemabuk tadi. Dan bukan hanya untuk peribadi sahaja, tetapi untuk masyarakat
persekitaran, jika ada perasaan terhadap ini maka doa pun akan muncul dari
lubuk hati.
Allah
Ta’ala memerlukan dari setiap kita iaitu dalam memastikan zaman kebangkitan
Islam kali kedua tercapai, kita hendaklah memperbaiki amalan kita menuju tingkatan
yang terbaik. Disiplin dalam solat sebagaimana yang telah diperintahkan oleh
Allah. Jadi, berusahalah melahirkan ruh solat ketika kamu mendirikan solat.
Semoga
Allah memberikan kita semua taufik ke arah itu. Amin.
No comments:
Post a Comment