ZAKAT
Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 103 yang terjemahannya:
“Ambillah
sedekah dari harta mereka agar engkau dapat membersihkan mereka dan mensucikan mereka
dengannya. Dan berdoalah untuk mereka; sesungguhnya doa engkau adalah sumber
ketenteraman bagi mereka. Dan, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui”.
Rasulullahsaw
bersabda:-
“Orang
yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala harta kemudian tidak membayar Zakat,
maka pada hari kiamat hartanya akan membentuk ular yang sangat berbisa yang
akan menjadi belenggu pada lehernya. Kemudian ular itu akan menangkapnya dengan
taring dan berkata: akulah hartamu, akulah simpananmu”. (Bukhari Kitabuz Zakat)
Hazrat
Imam Mahdi, Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:-
“Zakat
itu muncul dari kata tazkiyah. Sucikan harta kamu dan daripadanya berikan Zakat.
Mereka yang mengeluarkan zakatnya, bererti mereka kekal atas kebenaran, tetapi
orang yang tidak membuat perbezaan antara halal dan haram, maka mereka jauh
daripada mafhum yang sebenarnya”.
Berkata
lagi:-
“Harta
yang sentiasa bergerak, Zakat tidak wajib atasnya selagi harta itu tidak pada
genggamannya. Tetapi, untuk para peniaga, jangan mencari-cari alasan untuk melepaskan
diri daripada membayar Zakat. Pada akhirnya juga nanti dengan harta itu juga
kamu akan menanggung segala perbelanjaan. Berusahalah untuk sentiasa
memperhatikan kedudukan harta semasa dan yang bergerak, dan berikanlah Zakat
untuk menggembirakan Allah Ta’ala. Beberapa orang suka mencari-cari alasan
dengan Allah Ta’ala, ini cara yang tidak betul”.
Berkata
lagi:-
“Apa
itu Zakat? … ia adalah harta yang datangnya daripada golongan orang kaya dan
diberikan kepada orang miskin. Di situ diajarkan konsep perikemanusiaan yang
sangat tinggi. … ini adalah wajib untuk orang kaya. Tetapi jika ia tidak wajib
pun, namun atas tuntunan perikemanusiaan terhadap manusia, pertolongan itu
diberikan kepada golongan yang miskin.”
Hazrat
Khalifatul Maseeh Sanira:-
“Maksud
sedeqah di tempat ini ialah Zakat yang diwajibkan. … dalam ayat ini dinyatakan bahawa tanpa
memberikan Zakat seperti ini, harta seseorang tidak boleh menjadi suci. Ini
kerana selagi hak orang lain tidak ditunaikan, maka harta tidak boleh menjadi
suci, dan ketakwaan orang kaya tidak boleh sempurna. Zakat ini diambil oleh
kerajaan dan melalui kerajaan ia dibelanjakan. Jika tidak ada kerajaan, maka
pengurusan agama bertanggungjawab mengambil dan membelanjakannya, ini jelas
dengan perkataan ‘KHUZ’ yang maksudnya ‘ambillah’.”
Berkata
lagi:-
“Zakat
yang diletakkan dalam sifatnya seperti ini mengandungi suatu hikmah, jika
sedekah diperintahkan hanya sebegitu rupa tanpa menetapkan jumlah dan masa,
maka ramai orang yang tidak akan menunaikannya. Sebab itu syariat telah meletakkan
suatu jumlah walaupun kecil, yakni keluarkan sedikit daripada harta kamu. Orang
yang memberikan lebih daripada itu mereka akan layak mendapat ganjaran, dan
jika ada yang memberi kurang daripada itu, mereka tidak dianggap pesalah. Sebab
itu sempurnakan batasan itu. Faedah yang seterusnya dengan menentukan kadarnya
ialah kadang-kadang apabila beberapa orang memerlukan sesuatu dan secara
perorangan tidak dapat disempurnakan. Misalnya ada seorang miskin, tiba-tiba
dia memerlukan wang sebanyak 100 Ribu Rupee. Orang akan mengkritik bahawa ‘apa
tujuannya orang muskin dengan ratusan ribu Rupee’. Tetapi memang orang itu sangat
memerlukan. Sebagai contoh lain seorang peniaga, dalam suatu urusan
pernigaannya telah mengalami kerugian, untuk memulihkannya dia memerlukan wang.
Orang seperti itu pun boleh dibantu melalui wang Zakat. Ringkasnya, orang
miskin dibantu melalui Zakat supaya keperluannya dapat dipenuhi, dan seorang
peniaga juga boleh dibantu untuk menjalankan kembali perniagaannya melalui wang
Zakat. Melalui canda anggota, pekerjaannya tidak dapat dilaksanakan. Kemudian
ada juga beberapa orang yang tidak suka menanggung simpati orang lain. Mereka
sanggup berlapar, namun kalau namanya untuk pergi menarik simpati orang dan
mengambil sesuatu daripadanya adalah tidak mungkin baginya. Orang seperti itu
memang wujud dan mereka pun hendaklah diberi perhatian. Sebab itulah syariat
telah menetapkan bahawa pemerintah mengambil dari orang-orang kaya dan berikan
kepada orang-orang seperti ini supaya orang-orang yang tidak suka makan budi,
mereka juga dapat dibantu”.
Hazrat
Khalifatul Maseeh al-Khamisatba berkata:-
“Ada
di kalangan anggota jemaat mengatakan bahawa di dalam Jemaat tidak ada Zakat
dan kita tidak memberikan perhatian terhadap perkara ini. Di dalam Jemaat ada
Nizam Zakat. Mereka yang sudah wajib membayar Zakat mesti menunaikannya.
Kepentingan dan kewajipan Zakat tidak boleh diingkari oleh sesiapa. Sebab itu,
atas siapa diwajibkan Zakat, saya nyatakan kepada mereka bahawa membayar Zakat
adalah perlu dan wajib ditunaikan.”
Berkata
lagi:-
“Zakat
juga ada peraturannya dan nisabnya. Umumnya perhatian terhadap perkara ini
sangat kurang. Petani yang tidak membayar sebarang cukai, wajib mengeluarkan Zakat.
Demikian juga mereka yang menggembala lembu, kambing, kerbau dan sebagainya,
atas mereka juga Zakat adalah wajib sekiranya sudah sampai suatu kiraan atau
melebihi kadar yang telah ditentukan. Kemudian wang yang ada di dalam bank,
jika sudah melebihi setahun, untuk jumlah itu juga harus dikeluarkan Zakat.
Kemudian, wanita-wanita yang ada barang kemas pun harus mengeluarkan Zakat. Sekarang
ini mana-mana wanita sudah tentu mempunyai sekecil-kecil barang kemas. Dan
ramai wanita yang menjadi suri rumah, yang tidak ada pendapatan, yang tidak
memberikan canda lazim, mereka mengambil bahagian dalam perjanjian-perjanjian
canda yang lain. Tetapi, jika mereka ada barang kemas, tentang nisabnya banyak
diperbincangkan oleh para fuqaha. Namun, jika ada barang kemas yang jumlahnya
sama atau melebihi 52.5 tola perak, atau ada emas yang nilainya sama dengan
itu, maka wajib atasnya Zakat. Dan 2.5% daripadanya hendaklah dikeluarkan untuk
Zakat. Sebab itu, wanita hendaklah diberikan perhatian dalam perkara ini agar
mereka memberikan perhatian dan cenderung untuk membayar Zakat. … hendaklah
ingat bahawa Zakat itu juga wajib dan mesti cenderung ke arahnya. Dan berikan Zakat
sesuai dengan kadar yang telah ditentukan.”
Dalam
memberi persetujuan atas nisab Zakat yang baru, Hazrat Khalifatul Maseeh
al-Khamisatba berkata:-
“Untuk
Perak adalah nisab Perak dan untuk Emas adalah nisab Emas, seperti yang telah
diasaskan oleh Rasulullahsaw pada zaman baginda. Tetapi, berkenaan
dengan jumlah amaun wang untuk nisab Zakat, waktu ini perhatian dunia kebanyakan
tertuju kepada Emas sebagai benda bernilai. Sebab itu, amaun wang diwajibkan
Zakat adalah mengikut ukuran Emas. Namun, jika pada masa akan datang benda bernilai
akan berubah di dunia, dan orang akan meninggalkan emas dan menuju kepada benda
bernilai yang lain maka pada waktu itu jumlah wang untuk dizakatkan boleh
diperhatikan semula”. (surat Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba,
21 Mei 2014, atas nama Sadr Sahib Majlis Ifta)
Sebab
itu, pada masa akan datang, kadar Zakat adalah seperti berikut:-
1. Perak
= 52.5 tola (614.25 gram)
2. Emas
= 7.5 tola (87.75 gram)
3. Wang
tunai yang sama nilai dengan 87.75 gram emas sekarang ini (Pakistan) 375,000.00
Pakistani Rupee bersamaan dengan RM15,012.00
Berkenaan
dengan pembayaran Zakat, perhatikan perkara-perkara di bawah:-
1. Canda-canda
dalam Jemaat bukanlah pengganti atas Zakat.
2. Wang
Zakat tidak boleh diagihkan sendiri. Ia perlu dimasukkan ke dalam simpanan
jemaat.
3. Jumlah
wang sama ada di dalam bank atau di rumah, jika tempohnya sudah sampai setahun
maka 2.5% wajib dikeluarkan sebagai Zakat.
Berkenaan
dengan Zakat barang kemas, Hazrat Imam Mahdi, Hazrat Maseeh Mau’udas
berkata:-
“Barang
kemas yang dipakai dan kadang-kadang diberi pinjam kepada orang miskin,
beberapa orang membuat fatwa bahawa tidak wajib atasnya Zakat. Dan barang kemas
yang dipakai kemudian tidak dipinjamkan kepada orang lain untuk dipakai, maka
Zakat ke atasnya adalah lebih baik jika hanya untuk kegunaan sendiri. Inilah
yang diamalkan oleh keluarga kami, dan setiap selepas setahun, mereka keluarkan
Zakat daripada barang kemas itu. Dan barang kemas yang disimpan seperti wang
simpanan, kewajipan Zakat atasnya tidak ada pertentangan.
Semoga
kita diberikan taufik untuk membayar Zakat demi menguatkan keimanan dan
kebersihan harta kita. Amin.