Dalam waktu itu
juga timbul persoalan mengenai arak. Ada yang berkata: “Huzur! Sekarang ini
sudah dicipta biskut daripada arak”.
Beliau berkata:-
“Arak adalah musuh
ketat bagi malu, iffat dan ketakwaan. Kemuliaan seorang insan boleh hilang
sebagaimana anjing, kucing dan keldai yakni dengan meminumnya, keadaan hampir
sama. Sekarang, jika musibah biskut ini tersebar ke seluruh dunia, maka ribuan
orang yang tidak berdosa juga terlibat di dalamnya. Mula-mula sekali, beberapa
orang akan menjauhi perbuatan yang memalukan, tetapi sekarang mereka mengambil
biskut dan memasukkan ke dalam poket. Sebenarnya, dajjal tidak pernah
mengurangkan usahanya untuk menyebarkan kefasikan dan keburukan di dunia,
tetapi yang akan berlaku adalah di tangan Tuhan. Siapa yang mahu, silakan buat.
Berkenaan dengan keagungan Islam ada dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang
telah mengkritik Islam, daripadanya keluar bau busuk minuman keras. Dia
diperintahkan untuk dipukul kerana mengkritik Islam sedangkan dalam keadaan
mabuk. Tetapi, sekarang ini tidak ada lagi had dan perkiraan. Mereka minum
arak, berzina, ringkasnya tidak ada keburukan yang tidak mereka lakukan, tetapi
dalam masa yang sama mereka juga tetap sedia mengkritik Islam. (Al-Hakam Jilid
7, nombor 8, halaman 14-15, tarikh 28 Februari 1903)
No comments:
Post a Comment