Di daerah Sialkot
ada seorang yang terkenal. Selepas bai’at, dia bertanya bahawa “Huzur,
beritahulah suatu wirid dari perkataan tuan sendiri.”
Beliau berkata:-
“Dirikan solat dengan
penuh perhatian kerana ia adalah kunci segala kesulitan dan di dalamnya mengandungi
segala kelazatan dan khazanah. Jalankan ibadat puasa dengan hati yang suci,
berikan sedekah, banyakkan membaca salawat dan istighfar. Berlaku baiklah
kepada keluarga kamu. Berlaku baik dengan jiran tetangga. Bersikap belas kasihan
terhadap manusia dan haiwan, dan jangan sampai berlaku zalim atas mereka.
Mohonlah sentiasa perlindungan setiap waktu dari Tuhan kerana kekotoran dan yang
tidak bermanfaat akan menjadikan hati yang tidak rebah di istana Ilahi setiap
masa akan semakin ketinggalan. Cuba bayangkan jika Tuhan tidak memberi
perlindungan, maka insan tidak boleh hidup walau sesaat. Dari bawah bumi dan
sehinggalah atas langit, setiap benda mempunyai lawannya masing-masing. Jika
perlindungan Tuhan tidak bersama-sama, maka apa yang akan terjadi? Banyakkan
berdoa dan teguhkan langkah atas hidayat Allah Ta’ala kerana hanya ada dua
iradah-Nya, menyesatkan atau memberi hidayat sebagaimana yang difirmankan YUDHILLU BIHII KATSIIRAU WA YAHDII
BIHII KATSIIRA. Jadi, jika iradah-Nya juga atas
kesesatan, maka seharusnya setiap waktu hendaklah banyak berdoa untuk
diselamatkan dari kesesatan dan diberi hidayat. Jadilah seorang yang lemah-lembut
kerana orang yang bersifat lemah-lembut akan diperlakukan oleh Allah dengan
kelembutan. Sebenarnya, insan yang baik ialah mereka yang melangkah di atas
muka bumi ini dengan penuh berhati-hati jangan sampai ada serangga yang akan mendapat
kesusahan. Ringkasnya, jangan pernah menyakiti sesiapa sama ada dengan tangan,
kaki, mata dan anggota badan yang lain dan banyakkanlah berdoa.
(Malfoozaat Jilid
3, halaman 105-107)
No comments:
Post a Comment