PIDATO
HAZRAT KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
DALAM ACARA LAJNAH, JALSA
SALANA UK
23 JULAI 2011 DI HADIQATUL
MAHDI
-------------------<<>>-------------------
A
|
yat yang
ditilawatkan di dalam majlis ini adalah tiga ayat dari berbagai tempat yang
selalu dibacakan di dalam majlis-majlis pernikahan. Selalunya kaum lelaki yang
banyak hadir di dalam majlis pernikahan, mereka selalunya mengetahui tentang
ayat ini. Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bahawa ayat ini selalu dibacakan
di dalam majlis pernikahan. Tetapi saya tidak menyatakan bahawa mereka juga
mengetahui bagaimana cara mengamalkannya. Selalunya kaum wanita amat sedikit
yang hadir dalam majlis pernikahan yang selalu diadakan. Oleh itu, saya ingin
menerangkan secara ringkas tentang ayat ini kepada anda semua.
Ayat
ini adalah satu ikatan yang amat penting bagi pernikahan antara lelaki dan
wanita. Perkara yang paling utama yang perlu diberikan perhatian adalah
ketakwaan. Ayat pertama yang dibacakan adalah daripada surah An-Nisa, seperti
yang telah diberitahu sebelum ini. Ayat kedua dan ketiga adalah daripada surah
Al-Ahzab dan ayat keempat adalah daripada surah Al-Hasyar. Seperti yang telah
saya beritahu sebelum ini bahawa perkara
yang paling utama yang perlu diberikan perhatian adalah ketakwaan. Ayat
yang pertama dalam surah An-Nisa dua kali disebutkan tentang ketakwaan,
kemudian ayat yang berikutnya disebutkan satu kali tentang ketakwaan dan surah
yang keempat disebutkan sebanyak dua kali tentang ketakwaan. Jadi, di dalam
khutbah nikah, ayat tentang ketakwaan disebutkan sebanyak lima kali.
Dan
setiap kali apabila ketakwaan disebutkan, Allah berfirman bertakwalah, bertakwalah kepada Rabb-mu. Dan setelah itu Dia akan
memberikan hidayat yang baru. Oleh itu bertakwalah, kerana dengan bertakwa
seseorang itu dapat menjadikannya sebagai amalan dalam dirinya, supaya amalan
ini sentiasa berada sebaik-baiknya di dalam diri dan amalan ini perlu menjadi
ikatan dalam diri kamu.
Kemarin
saya telah menerangkan tentang ketakwaan, bahawa Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam ingin melihat kita memiliki ketakwaan yang tinggi. Dan Allah Ta’ala
berfirman kepada beliau bahawa inilah akar ketakwaan, jika seseorang insan
dapat berdiri teguh di dalamnya maka dia akan memperolehi semuanya. Semua benda
tidak ada ertinya samada kemuliaan duniawi maupun ilmu dunia.
Jika
seorang mukmin itu memahaminya maka dia akan mendahulukan agama daripada urusan
dunianya. Dia akan memahami janji yang diulanginya supaya suara hati dapat
mengamalkan asas daripada ketakwaan. Tanpa janji tersebut ia tidak akan
sempurna, seorang mukmin itu tidak akan dapat menegakkan keimanannya. Jika hal
ini dapat ditegakkan maka ia akan mendapatkan agama dan juga dunia.
Seorang
insan sama ada lelaki atau wanita, apabila mendakwakan keimanan maka dia akan
mempunyai keinginan yang tinggi dan seharusnya seperti itulah keinginannya,
supaya dia mendapatkan Tuhan yang boleh menghiasi agama dan dunianya. Oleh itu,
jika ingin mendapatkan Tuhan dan keredhaan-Nya maka adalah amat penting untuk
berjalan di atas ketakwaan.
Takwa
yang dimaksudkan adalah setiap keburukan yang sekecil-kecilnya, dia merasakan
keburukan itu suatu yang menjijikkan, dan dia berusaha untuk mendapatkan setiap
kebaikan. Bukanlah tugas seorang insan untuk memberikan pujian di atas
keburukan atau kebaikan yang dia lakukan. Tetapi ketakwaan itu adalah dia akan
mencari untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Dia akan mendapatkan kata-kata
dan sunnah daripada Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam. Hazrat Maseeh
Mau’ud alaihissalam telah diutus sebagai Imam zaman pada masa ini supaya
orang-orang dapat memahami dengan jelas tentang ajaran Islam hakiki.
Bacalah
sabda-sabdanya dan catatkan, usahakan agar dapat diamalkan. Perkara-perkara
buruk apa yang beliau larang kepada kita dan perkara-perkara baik apa pula yang
diperintahkan olehnya. Bukan di dalam ayat ini sahaja yang menerangkan tentang
ketakwaan. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, di dalam Al-Quran, sikap
disiplin yang ketat amat ditekankan selain ketakwaan, ini kerana ketakwaan itu
menjauhi setiap keburukan lalu memberikan kebaikan. Dan setiap yang baik itu
bergerak laju ke arah kebaikan. Rahsia di sebalik semua perkara ini, ketakwaan
menjadi azimat keselamatan bagi setiap insan, dan ia menjadi benteng dari segala
bentuk fitnah. Seorang insan yang muttaqi dapat menghindari perkara-perkara
yang buruk, di mana orang lain boleh menuju kepada kerosakan. Disebabkan
manusia mempunyai sifat keraguan menjadikan kaum berfirkah-firkah dan memberi
peluang kepada para penentang untuk mengkritiknya. [Aiyame Sulh, Rohani Khazain
Jilid 14 hal 342]
Kehalusan
takwa pula dihiasi dengan kecantikan dan kejuwitaannya. Apa yang jelas,
kebaikan itu diperluaskan dengan amalan dan janji keimanan kepada Allah Ta’ala,
dilakukan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dengan sekuat anggota badan.
Secara zahir mata, telinga, tangan, kaki dan anggota badan yang lain, dan
kekuatan batin pula ialah hati dan akhlak, sekuat yang termampu dipergunakan
dengan sebaik-baiknya dan menghindari perbuatan yang tidak pada tempatnya, dan
akan berwaspada terhadap musuh-musuh yang tersembunyi. Dan untuk mengatasinya
adalah dengan melakukan Huquuqul Ibad yang membuatkan seluruh kecantikan
seorang insan mempunyai hubungan dengan kecantikan rohaninya.
Allah
Ta’ala memberikan ciri-ciri dalam Al-Quran dengan nama Libasut Takwa, isyarat ini diarahkan kepada kecantikan rohani dan
melalui perhiasan takwa. Takwa itu ialah seorang insan akan meluaskan amanah
dan janji keimanan kepada Allah Ta’ala dan makhluk seperti inilah yang akan
meluaskan seluruh kebaikan-kebaikan tersebut. Yakni, secara perlahan-lahan
melangkah ke hadapan dengan penuh kekuatan. [Barahin Ahmadiyyah bhg 5 Rohani
Khazain Jil no 21 hal 209-210]
Inilah
suatu pencapaian yang jika berhasil memperolehinya maka banyak masalah yang
dihadapi akan dapat diselesaikan. Inilah pencapaian yang harus ada dalam diri
kita, supaya dunia kita juga menjadi dunia agama. Apa sahaja keinginan kita
akan menjadi keredhaan Allah Ta’ala. Dan untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala
bukan hanya tertumpu kepada hal-hal duniawi sahaja. Jika ketakwaan berjaya
diperolehi maka asas setiap persekitaran sama ada lelaki atau wanita yang
datang dari pelbagai macam golongan akan menjadi bahagian daripadanya.
Setelah
suami isteri bersatu ia menjadi satu unit, dari ikatan ini berlakulah satu
keturunan. Jika unit ini tidak ada ketakwaan, pasangan ini tidak memiliki
ketakwaan maka keturunan yang akan datang tidak ada jaminan untuk memiliki
ketakwaan dan persekitaran akhlak yang tinggi, dan kedudukan takwa tidak akan
terjamin. Kerana dari satu akan menjadi dua, dari dua akan menjadi empat. Oleh
itu, seorang mukmin yang bertakwa dia tidak mahu dirinya sahaja yang bertakwa
tetapi dia ingin melihat keturunannya yang lain pun ikut bertakwa.
Jika
asas ketakwaan itu ada maka keturunannya pun akan terjamin dan persekitaran
akhlak yang tinggi pun akan kelihatan oleh kita. Seperti Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam bersabda, takwa adalah azimat bagi keselamatan, maka jika anda
menginginkan yang baik walau apapun agamanya, setiap orang menginginkan
keselamatan sebagai bentengnya, yang penting mereka dapat sampai menuju kepada
keselamatan. Seseorang yang buruk kehidupannya atau seorang pencuri atau
seorang perompak sungguhpun mereka ini memberikan kesusahan kepada orang lain,
mereka pun menginginkan yang mereka terpelihara daripada segala bentuk
kerugian.
Oleh
itu, jika setiap orang menginginkan keselamatan dan jangan ada kerugian yang
menimpa mereka, dan siang-malam yang mereka lalui dalam keadaan sejahtera,
terpelihara daripada setiap musuh, terhindar daripada pelbagai kesulitan, jika
seorang mukmin itu menginginkan hal ini maka inilah jalannya iaitu bertakwalah.
Hazrat
Maseeh Mau’ud alaihissalam telah menjelaskan kepada kita jika anda menginginkan
keselamatan maka bertakwalah. Takwalah satu-satunya azimat keselamatan yang
akan memberi jaminan keselamatan kepada anda. Dengan ketakwaanlah anda akan
terlindung di bawah jagaan Allah Ta’ala. Di lain tempat Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam bersabda, jika anda menjadi milik Tuhan maka yakinlah bahawa Tuhan
pun akan menjadi milikmu. [Bahtera Nuh, Rohani Khazain Jil 19 hal 22].
Maka
jika Tuhan menjadi pengawas untuknya dan dari setiap keburukan Dia yang akan
memeliharanya, dan Dia akan menjadi benteng keselamatan bagi dirinya yang mana
tidak ada kekuatan dunia dapat mematahkannya. Tetapi seperti yang telah Allah
Ta’ala firmankan dalam Al-Qur’an, dan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam telah
menjelaskannya bahawa syarat keselamatan itu adalah takwa. Perasaan takut
kepada Allah hendaklah wujud di dalam diri dan perlu menghindari segala
perbuatan buruk dan berikhtiar untuk melakukan kebaikan. Apabila warna hakiki
perasaan takut kepada Tuhan telah timbul maka insan akan menghindari daripada
perbuatan buruknya.
Oleh
kerana itulah Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, takwa memberikan
kekuatan untuk menghindari daripada setiap keburukan dan apabila kekuatan ini
berhasil diperolehi maka manusia akan mendapatkan azimatnya, yang azimat itu
akan memberikan jaminan keselamatan. Insan akan menjadi satu benteng yang kukuh
dikelilingi oleh Allah Ta’ala yang tidak dapat dicapai oleh askar-askar
syaitan. Khayalan syaitan akan datang apabila insan lupa kepada Allah Ta’ala,
apabila insan tidak memiliki perasaan takut kepada-Nya.
Oleh
itu, jika seseorang itu ada perasaan takut kepada-Nya maka dia tidak akan
melakukan harkat (gerakan) yang tidak diingini yang boleh membuatkan Allah Ta’ala
marah kepadanya, yang boleh menjahanamkan keselamatan di dunia, persekitaran
dan keamanan di dalam rumah. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, datanglah
ke tembok ini yang dapat menghindari segala macam fitnah, yang dapat memelihara
segala bentuk perbuatan yang sia-sia dan perselisihan.
Hari
ini diperlukan persekitaran yang dapat menghindari kita daripada segala
perbuatan sia-sia dan yang jahil. Ciptakalah kehidupan yang aman dan tenteram
dalam diri kita. Allah Ta’ala telah mengajarkan pelbagai cara untuk menjauhi
segala bentuk fitnah dan perselisihan. Tetapi alangkah malangnya manusia tidak
memberikan perhatian terhadap perkara ini, malah membuat diri mereka menuju
kepada kehancuran. Mereka telah mahrum (lupus) daripada keindahan yang telah
diajarkan, yang telah disediakan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang mukmin
baik lelaki maupun wanita.
Seharusnya
menjadi lambang kecantikan bagi seorang mukmin lelaki maupun mukmin perempuan.
Pakaian yang zahir tidak menunjukkan apa-apa kecantikan. Seorang wanita akan
memperhatikan tentang kecantikan dan hiasannya yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala
kepadanya. Tetapi banyak yang tidak memperhatikan perhiasan yang hakiki.
Perhiasan bukan daripada solekan, pakaian atau hiasan yang dipakai. Asal hiasan
yang sebenar yang telah Allah Ta’ala beritahukan kepada kita, kecantikan inilah
yang telah dilupakan, yang kecantikan ini berlipat kali ganda cantiknya, yang
tidak akan diperolehi di mana-mana.
Kecantikan
itu bukan dengan cara hidup yang bebas, bukan dengan kehidupan yang jahil,
bukan dengan menanggalkan tudung di kepala, bukan dengan keinginan meterial
dunia yang diinginkan daripada suami atau bukan dari seorang lelaki yang
inginkan cara berfesyen seorang wanita tetapi ianya diperolehi atas
ketakwaannya. Pada hari ini pengaruh Barat telah menyerap masuk ke dalam diri
wanita-wanita kita dan mereka menyangka inilah perhiasan yang sebenar.
Ingatlah,
hanya perhiasan takwalah yang boleh kita perolehi. Labasut Takwa akan diperolehi apabila janji keimanan dan amanah
dapat disempurnakan dengan kebaikan-kebaikan samada dari pihak lelaki maupun
wanita. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, amanat yang telah diberikan
kepada seluruh anggota badan, penuhilah haknya, tugas bagi lelaki dan wanita
adalah setiap telinga, mata, lidah dan setiap anggota badan dapat dipergunakan
menurut keredhaan Allah Ta’ala.
Pada
masa ini krisis rumahtangga yang memainkan peranan besar ialah lidah, telinga
dan mata. Kaum lelaki tidak mempergunakan dengan cara yang betul, begitu juga
kaum wanitanya. Sebelumnya juga saya telah memberitahu bahawa kebanyakkan
daripada pasangan tersebut telah saya nasihatkan, supaya menggunakan lidah,
telinga dan mata dengan cara yang betul, maka tidak akan timbul masalah. Jika
lidah digunakan dengan cara yang lembut dengan kasih sayang, tidak akan timbul
masalah.
Tetapi
apa yang kelihatan, ketika lelaki dan wanita datang kepengadilan terjadi
perselisihan dan lidah pihak lelaki atau wanitalah yang menimbulkan
perselisihan yang berpanjangan dan apabila keputusan dibuat maka mereka tidak
dibenarkan untuk tinggal bersama. Dengan itu kedua-dua perhubungan telah
terpisah. Dan ketika perbicaraan diperdengarkan sungguhpun ada perasaan sedih
tetapi hendaklah menutup telinga dengan mendengarnya. Kadang-kadang jika
seorang atau suatu kumpulan melakukan kesalahan maka pihak yang satu lagi
balaslah sesuai dengan perbuatannya, dan jangan lebih daripada itu.
Jika
perselisihan itu dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat dengan menutup
telinga maka banyak masalah dapat diselesaikan. Melainkan pihak lelaki atau
wanita yang sudah menjadi adat yang suka bertengkar, selain itu tidak akan
timbul perselisihan. Oleh itu tutuplah telinga maka jalan keamanan akan
diperolehi.
Pernah
saya sebutkan sebelum ini, ada sebuah kisah yang benar, iaitu ada satu pasangan
suami isteri bergaduh, di situ seorang anak kecil sedang memperhatikan mereka
berdua dengan rasa kehairanan. Setelah beberapa waktu kemudian kedua-dua
pasangan ini menyedari akan kesilapan mereka, untuk menutupi perasaan malu
kedua pasangan tersebut lalu bertanya kepada anak itu. Apakah ibu bapa anda
pernah bertengkar? Apakah mereka menggunakan bahasa yang kasar ketika
bertengkar? Apakah mereka menunjukkan rasa marah? Anak kecil itu lalu berkata:
Ya, jika bapa saya marah maka ibu saya akan berdiam dan jika ibu pula yang
marah, maka bapa saya akan berdiam lalu mereka tidak timbulkan pertengkaran selanjutnya.
Pengaruh
yang baik ini pun berkesan kepada anak-anak juga. Jika ada keburukan di antara
suami isteri cubalah pejamkan mata dan jika terdapat kebaikan maka bukalah
mata, pada akhirnya setiap seseorang itu
menginginkan kebaikan, baik dari pihak lelaki maupun wanita, sungguhpun ada
keburukan. Apa yang selalu saya perhatikan umumnya lelaki yang memulakan
perselisihan dengan melihat keburukan-keburukan pihak wanita dan apabila wanita
pula mulai mencari keburukan dari pihak lelaki, dia akan pergi lebih jauh
sehingga untuk kembali lagi agak sulit.
Oleh
itu, jangan sekali-kali melihat sesuatu yang tidak baik yang boleh membuatkan
ketakwaan berubah. Jika masalah rumahtangga diselesaikan dengan penuh
kepercayaan, jika mata melihat dengan penuh kesucian maka tidak akan timbul
perselisihan dan masalah itu akan dapat diselesaikan. Kemudian jangan benarkan
hati mengucapkan kata-kata yang tidak membawa apa-apa faedah. Letakkan perasaan
takut kepada Allah dalam hati, maka masalah perselisihan tidak akan timbul.
Syaitan
tidak akan mencuri masuk di pintu hati dengan membinasakan rumah-rumah orang-orang
mukmin. Syaitan tidak memiliki apa-apa kedudukan, tetapi ia mengetahui
bagaimana cara untuk menembusinya. Segala bentuk yang berhubungan dengan
keburukan, segala bentuk yang berusaha untuk memusnahkan rumahtangga,
pertengkaran dengan suami, dengan ipar lelaki maupun ipar perempuan, suami
isteri, mertua atau perkara-perkara kecil yang menimbulkan kekecewaan dalam
hati semua itu adalah pekerjaan syaitan.
Syaitan-syaitan
inilah yang harus diperhatikan oleh setiap orang mukmin. Dan jika kepercayaan
dapat ditegakkan maka ikatan yang asas ini akan menjadi kukuh. Tetapi jika
kepercayaan sudah tidak wujud lagi maka istana kecintaan dan kebahagian yang
sudah lama didirikan akan berkecai ke bumi malah akan terhapus.
Oleh
itu, jika seorang mukmin telah menyempurnakan janjinya kepada Allah Ta’ala maka
hendaklah ia berusaha menyempurnakan janjinya terhadap makhluk-Nya yang lain.
Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa tanpa menyempurnakan Huquuqul
Ibad maka ia tidak akan mencapai kepada Huquuqullah, dengan itu ia akan menjadi
retak. Apabila sekali sahaja perkakas dapur retak maka secara perlahan-lahan retaknya
akan menjadi bertambah besar.
Oleh
itu, Huquuqul Ibad juga amat penting. Dengan melakukan Huquuqul Ibad suami
isteri akan meletakkan hak-hak ke suatu tempat yang penting, keturunan yang
akan datang akan dianggap suatu yang lebih penting. Oleh kerana itu seorang mukmin
yang hakiki sangat bertanggungjawab terhadap hal ini. Kerana itu Allah Ta’ala
memberikan tawajjuh (perhatian) terhadap hak-hak antara suami isteri dan kerana
itu Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam meletakkan ayat ini ketika dalam
upacara pernikahan bahawa dengan adanya ketakwaan dapat memberikan hak-hak
antara satu sama lain, supaya anda dapat menyempurnakan janji yang berupa
amanat-amanat dan janji keimanan dengan cara yang betul.
Oleh
itu, bagi orang-orang mukmin dakwaan itu baru akan tercapai apabila
disempurnakan janjinya. Apabila asas dalam setiap hubungan antara suami isteri
dapat memenuhi hak masing-masing dengan Ikatan perkhawinan yang suci, Allah Ta’ala-lah
yang akan memberikan ketenangan di dalamnya. Melalui perkhawinan juga akan
menghasilkan keturunan dan dari keturunan itu akan lahir satu silsilah. Dari
tarbiyatnya yang baik persekitaran yang aman pun akan terjamin. Bukan sahaja
ketenangan jasmani dan mendapatkan keturunan, kerana di alam binatang pun
terdapat hal seperti itu.
Allah
Taala menjadikan insan sebagai Asraful Makhlukat (makhluk terbaik), maka itu
insan mempunyai kelebihan dalam keperluan hidup. Insan diberikan ketenangan
dalam fikiran, oleh itu hubungan perkahwinan yang Nabi Muhammad sallaallaahu
alaihi wasallam sabdakan hendaklah sekufu dan dengan sekufu banyak yang akan
diperolehi termasuklah kekeluargaan dan pelajaran.
Tetapi
janganlah memberi sebarang alasan yang boleh menyebabkan hubungan itu terputus.
Berikan keputusan yang sahih yang dengan itu akan memperoleh ketenangan dalam
ikatan perkhawinan itu. Ketenangan rohani juga akan diperolehi melalui
perkhawinan. Jika lelaki dan wanita memiliki keharmonian maka keturunan di masa
akan datang baik dari segi pemikiran, rohani dan ilmu, tarbiyyat akan banyak
mendapat faedahnya. Oleh itu, apabila lelaki dan wanita telah meletakkan asas
keluarga yang kukuh maka ia telah membuat suatu masyarakat yang baik. Jika
suatu kaum meletakkan asas sama ada baik atau buruk maka di situ harus
direnungi sedalam-dalamnya.
Oleh
kerana itulah Allah Ta’ala meletakkan di lima tempat perkataan takwa di dalam
upacara pernikahan supaya kita memberikan tawajjuh (perhatian) terhadap hal
ini. Tujuannya supaya setiap perbuatan, perkataan dan amalan kita tidak hanya
tertumpu kepada zat kita sahaja, tetapi asas ketakwaan itu adalah dengan adanya
perasaan takut kepada Allah Ta’ala, memberikan hak-hak kepada Allah Ta’ala dan
juga hak-hak kepada yang lain. Apabila perkara ini telah dilakukan, maka
keturunan pun akan lahir yang akan didoakan oleh ibu bapa, seperti yang
terdapat di dalam Al-Quran hasil tarbiyyat yang baik antara ibu bapa terhadap
anak-anaknya, ia akan berdoa RABBIR
HAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANI SAGHIIRA iaitu Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah
memeliharaku semasa aku kecil. [Bani Israil:25] yakni, bukan sahaja memelihara, pelajaran dan tarbiyyat, diriku juga diberikan
perhatian. Begitu juga kerohanian dan akhlakku juga diberikan perhatian,
tentang pelajaran duniawiku juga diberikan tawajjuh (perhatian) supaya diriku
akan menjadi sebahagian dalam masyarakat.
Tetapi
di rumah-rumah yang wanita-wanita dan lelakinya yang suka bertengkar, yang apabila
berbicara suka meninggi diri, maka orang-orang ini seperti tidak dilahirkan. Illa Masya Allah (kecuali dikehendaki
Allah). Kecuali disebahagian rumah, anak-anaknya akan menunjukkan reaksi dan
anak-anak itu akan melawan perbuatan ibu bapanya yang sudah melampaui batas
atau mereka akan lari daripada rumah dan menjalani kehidupan sendiri, tetapi
perkara seperti ini amat jarang berlaku.
Maka
itu untuk menyelamatkan keturunan adalah amat perlu bukan hanya berputar di
satu tempat sahaja, tetapi haruslah menjadikan semangat dalam berkorban,
barulah akan lahir suatu masyarakat yang indah. Doa yang dipanjatkan oleh
anak-anak orang mukmin pun boleh terjadi. Hanya orang-orang yang memilki fitrat
yang semacam itu sahaja yang memahami tentang ketakwaan. Dan mereka inilah yang
mengetahui bahawa; dengan bertakwalah aku
merasa bersyukur atas kebaikan ibu bapaku, melalui itu juga aku meminta
pertolongan dan doa daripada Allah untuk mereka dan mendoakan untuk kebaikan
mereka.
Tidak
terkira banyaknya Allah Ta’ala menyebarkan lelaki dan wanita dan melalui
orang-orang kafir juga disebarkan di muka bumi. Allah Ta’ala berfirman: Wahai
manusia, telah Aku sebarkan lelaki dan wanita supaya dirimu bertakwa. Yakni, mereka
dikhaskan yang condong kepada agama, jika anda ingin Tuhan meredhai dirimu,
jika anda inginkan agama maka carilah ketakwaan yang boleh membuat dirimu
sampai kepada Allah Ta’ala. Carilah kedudukan dan perasaan takut ini yang demi
Allah Ta’ala anda dapat menjauhkan keburukan, dan dianugerahkan taufik untuk
melakukan kebaikan.
Jika
kita perhatikan orang-orang kafir lebih banyak dibandingkan dengan orang-orang
mukmin. Tetapi apa yang harus diperhatiakn bahawa haruslah yang banyak itu
adalah orang-orang yang berjalan di atas ketakwaan kerana keputusan akhir,
orang-orang menginginkan keamanan dan ketenangan. Oleh kerana itu anda jangan
mudah terpengaruh dengan orang-orang duniawi, jangan melihat keindahan mereka
itu lalu anda ikut terpengaruh. Tetapi berjalanlah dengan ketakwaan maka anda
akan menjadi pewaris nikmat daripada Allah Ta’ala. Anak-anak anda juga akan
mendoakan dirimu dan anda akan mendapat darjat yang tertinggi.
Masalah
perkahwinan yang dihadapi oleh kita kadang-kadang isu ini datangnya dari pihak
wanita dan kadang-kadang dari pihak lelaki. Mereka kadang-kadang
memburuk-burukkan ibu bapa, kakak dan abang kami. Lelaki menuduh pihak wanita
dan pihak wanita menuduh pihak lelaki. Pihak lelaki berkata bahawa pihak wanita
memburuk-burukkan ibu bapanya. Ia berkata ini dan itu, mereka saling
mencaci-maki.
Inilah
yang membuatkan seseorang itu jauh daripada ketakwaan. Perkara seperti inilah
yang dapat merosakkan sebuah rumahtangga. Bukan itu sahaja, kadang-kadang
tuduhan yang benar pun berlaku, bahawa anak-anak kadang-kadang melawan dengan
datuk, nenek atau saudara sebelah ibu atau saudara sebelah bapa. Kadang-kadang
mereka menggunakan bahasa yang kesat yang tidak sesuai diucapkan kepada saudara
terdekat, yang membuatkan anak-anak itu berusaha melawan mereka. Allah Ta’ala
berfirman kepada orang-orang seperti ini bahawa mereka itu jauh daripada
ketakwaan, mereka tidak memiliki ketakwaan. Anda telah pergi jauh daripada
ketakwaan.
Oleh
itu perhatikanlah, berbelas kasihanlah sesamamu. Pada ayat pertama lagi telah
memberikan tawajjuh (perhatian) agar berbelas kasihan terhadap kaum kerabat.
Ibu bapa jangan hanya memikirkan tentang diri sendiri, ajarkan juga untuk
menghormati kesucian dengan kaum kerabat yang lain, yang dengan itu barulah
dapat menegakkan suatu persekitaran yang suci. Dan di dalam diri sendiri juga
tanamkan sifat untuk memperhatikan orang lain kerana contoh ibu bapa akan
dipengaruhi dan diikuti oleh anak-anak.
Nabi
Muhammad sallallaahu alaihi wasallam adalah di antara insan yang banyak
memahami fitrat seorang insan. Bagindalah yang memilih ayat khutbah pernikahan
untuk dibacakan dalam upacara pernikahan untuk pasangan lelaki dan wanita
supaya pasangan ini sentiasa ingat akan perintah Allah Ta’ala, di mana pasangan
suami isteri ini dapat mengikat tali persaudaraan dan kasih sayang antara kaum
kerabat dengan harapan dapat menunjukkan rasa hormat di antara mereka.
Jika
anda seorang mukmin, perkara ini sangat perlu berada di dalam diri anda. Jika
anda seorang mukmin yang hakiki maka seluruh anggota yang zahir dan hati harus
dipergunakan dengan sebaik-baiknya melalui cara kasih sayang dengan
saudara-saudara. Jika anda tidak dapat melaksanakan hal ini, maka ingatlah
bahawa Allah Ta’ala Maha Penjaga. Dia melihat amalan dan keadaan dirimu. Dan
apabila Allah Ta’ala berfirman Aku adalah Penjaga dan jika anda sama ada lelaki
dan wanita yang tidak memenuhi hak terhadap saudara-saudaramu maka Dia akan
mencengkam dirimu.
Oleh
itu pada hari pertama perkahwinan lagi hendaknya mereka memikirkan akan perkara
ini. Bukan sahaja dengan saudara-saudara berkelakuan seperti itu malah kepada
semua orang termasuk suami isteri dan kepada kaum kerabat terdekat. Dengan cara
pemikiran seperti ini maka pihak wanita harus mengunjungi rumah pihak suami dan
pihak wanita pula dapat mengunjungi rumah pihak lelaki untuk meluaskan hubungan
dengan saudara-saudara yang lain. Jika kita semua dapat memahami perkara ini
dengan betul maka persekitaran yang boleh menimbulkan perselisihan sehingga
membawa kepada kes khula dan talak dapat dikurangi.
Kemudian,
beliau alaihissalam bersabda kejujuran adalah akar dari segala kebaikan. Oleh
kerana itu Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam berkata kepada seseorang
lalu orang itu berkata, aku hanya boleh melepaskan satu keburukan sahaja, tuan
beritahukan kepadaku apakah aku boleh melepaskan semua keburukanku? Baginda
lalu menjawab, tinggalkan berkata dusta dan sentiasalah berkata benar. Dan
orang itu bila sahaja dia berkeinginan untuk melakukan keburukan maka satu
persatu keburukannya terpisah daripadanya. [Tafsir Kabir dari Imam Razi Jil No
16 Surah Al Taubah ayat Ya haihuhal lazi naamanu taquwallha Hal 176 Darul Kitab
Al Ilmiah Beirut 2004]
Kerana
itulah Allah Ta’ala menyuruh berkata benar. Ayat kedua yang dibaca dalam
upacara pernikahan dan Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bersabda takwa
itu ialah berkata benar dan jujur serta berkata lurus. Kadang-kadang ada yang
berkata benar tetapi timbul pula maksudnya yang lain. Hal seperti ini boleh
berlaku dengan hak dan boleh terjadi pula yang berlawanan. Sebahagian orang
dengan licik menyatakan maksud saya seperti ini. Tetapi apa yang dilihat oleh
orang-orang adalah sebaliknya.
Oleh
itu Allah Ta’ala memerintahkan untuk berkata dengan jujur dan lurus dan maksud
berkata lurus adalah suatu perbuatan yang sangat luar biasa. Sebahagian orang
sama ada wanita atau lelaki mereka sangat licik seperti yang telah saya
sebutkan apabila berhadapan dengan kes, apabila sudah memeterai satu ikatan
semua perkara diperjelaskan. Rombongan wanita pun datang maka semua maklumat
tentang wanita itu diberitahu seperti kesihatan, umur dan paras tingginya. Dan
semua itu hendaklah diberitahu dengan jelas.
Semua
maklumat pihak lelaki yang harus sediakan, tetapi menjadi kewajipan bagi pihak
lelaki apabila sudah disediakan maklumat tersebut maka jangan terlebih dahulu
melihat pihak wanitanya tetapi apabila maklumat sudah lengkap maka berdoalah
lalu pergi dengan niat bahawa kami telah mengadakan ikatan. Jika pergi dengan
niat seperti ini maka lahirlah satu persekitaran yang suci, apabila mencari
jodoh dengan ketakwaan antara dua belah pihak, pihak wanita pada mulanya akan
merasa kegelisahan lalu kegelisahan itu mulai menghilang, begitu juga pihak
lelaki hendaklah menjelaskan
kedudukannya baik dari segi pelajaran, kesihatan dan lain-lain. Sebab
ada suatu kes, apabila diselidiki dengan benar ternyata matrik pun tidak lulus.
Jika
terdapat keburukan hendaklah diberitahu dengan jelas, kerana sebelum memeterai
ikatan hendaklah dinyatakan dengan berterus terang. Jika perkara ini
diperjelaskan dengan cara yang baik maka tidak akan timbul apa-apa persoalan yang
boleh menimbulkan perselisihan. Sebahagian perjodohan ini datangnya dari
Pakistan, India dan dari negara-negara yang lain. Dan kadang-kadang mereka
tidak memberitahu perkara yang sebenar. Mereka cuba melakukan penipuan yang
membuatkan dalam beberapa waktu sahaja terjadi penceraian, di mana pada
pandangan Allah Ta’ala perceraian itu suatu yang dibenci sungguhpun hal itu
bukan suatu perkara yang diharamkan tetapi sangat dibenci, oleh itu hendaklah
dihindari perkara tersebut.
Jika pada awalnya
maklumat diberitahu terlebih dahulu, maka banyak kes penceraian yang berlaku
seperti yang saya sebutkan dapat dielakkan. Sebahagian lelaki dan wanita ada
yang mahu dijodohkan, tetapi ibu bapa turut masuk campur yang membuatkan
anak-anak mereka terpaksa mendengar kata-kata ibu bapanya, maka dalam beberapa
waktu sahaja perjodohan itu terputus. Ibu bapa juga memainkan peranan untuk
berkata jujur di mana perjodohan sedang dijalankan hendaknya diberitahu kepada
pihak yang bersangkutan, bahawa anak lelaki saya seperti ini atau anak
perempuan saya seperti ini. Kami mahu jodohkan mereka dan supaya yang
dijodohkan akan berfikir untuk membuat keputusan. Kemudian setelah berkahwin
apabila kedua-dua belah pihak saling memahami maka semua itu dasarnya hendaklah
berkata dengan jujur, hendaknya mengucapkan perkataan yang lurus dan jujur.
Allah
Ta’ala mengetahui fitrat manusia, untuk melihat persekitaran yang aman inilah
nasihat yang harus diikuti iaitu hendaklah berkata dengan jujur, supaya
perhubungan antara dirimu memperoleh kesempurnaan dan dapat tinggal dengan aman
dan selamat. Perkara kejujuran ini jangan dibuat dengan berbagai macam
kerumitan. Jika perjanjian ini telah dipegang dengan sentiasa berkata benar dan
suci lalu tidak akan mendekatkan diri dengan perkara dusta, maka Allah Ta’ala
yang akan mengampuni dosa-dosamu, Dia akan memperbaiki amalanmu. Yang jelas,
apabila amalan telah diperbaiki dan Allah Ta’ala akan meredhai setiap pekerjaan
yang dibuat oleh seorang insan itu lalu Allah Ta’ala akan menyayangi orang
seperti itu. Seperti contoh dari sebuah hadis bahawa Nabi Muhammad sallallaahu
alaihi wasallam bersabda, tinggalkan perkataan dusta maka setiap keburukanmu
akan terpisah. Inilah yang harus dimiliki oleh setiap di antara kita.
Kemudian
hendaklah setiap insan itu mengekalkan perintah dan ketaatan kepada Allah dan
Rasul-Nya. Jika seseorang itu mendakwa dirinya sebagai seorang mukmin maka
hendaklah mereka itaat, dengan ketaatan kita akan memperoleh kejayaan. Di dunia
ini pun Allah Ta’ala akan mengurniakannya dan kehidupan ukhrawi juga anda akan
menjadi pewaris nikmat-nikmat-Nya. Kemudian di ayat yang terakhir pun masih
diberikan perhatian terhadap ketakwaan. Jangan menyangka di dunia ini adalah
bekalan untuk dirimu, jangan sangka semuanya ada di dunia ini.
Tetapi
lihat dan renungilah perkara ini, ia bukan suatu yang biasa, tetapi apa yang
harus direnungi, iaitu apa yang akan dipersembahkan untuk hari esok? Apa
kebaikan yang telah dibuat? Ketakwaan yang macam mana yang telah dilakukan?
Apakah anda telah memelihara solat dengan sempurna? Apakah anda telah melakukan
yang hak (sepatutnya) kepada suami? Apakah anda telah berlaku baik terhadap
isteri? Begitu juga dengan anak-anak, apakah anda telah memelihara perjanjian
dan ikatan persaudaraan? Semua ini akan dihitung oleh Allah Ta’ala.
Oleh
itu renungilah, apa yang anda akan persembahkan untuk hari esok? Kerana nikmat
yang asal yang tidak akan habis adalah nikmat kehidupan ukhrawi. Ingatlah,
segala amalan yang dikerjakan di dunia ini tidak tersembunyi dari pandangan
Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman seluruh pekerjaan dan harkatmu (gerakanmu)
Allah Ta’ala mengetahuinya. Oleh itu ayat ini mengingatkan kembali bahawa
setiap akar keburukan itu jangan berjalan seiring dengan ketakwaan dan jangan
sekali-kali memberikan tawajjuh (perhatian) terhadap keburukan.
Oleh
itu jika anda menginginkan kemajuan yang hakiki dalam akhlak dan rohani maka
ingatlah bahawa tanpa mengamalkan keimanan kepada Allah Ta’ala dan dengan
ikhlas dalam mengikuti perintah-Nya, anda tidak akan memperolehi apa-apa. Oleh
itu berkenaan dengan perjodohan dan perkahwinan ini nampak secara zahir adalah
urusan duniawi, tetapi bagi orang-orang mukmin dunianya pun dianggap sebagai
agamanya. Seorang Ahmadi sama ada lelaki atau wanita akan menjalani kehidupan
ini supaya mereka dapat menyempurnakan janjinya, iaitu janji bai’at dengan Imam
Zaman dan Jemaatnya Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam.
Bagi
orang-orang kita baik lelaki maupun wanita, sematkan dalam hati bahawa kewajipan
pertama aku adalah berjalan di atas ketakwaan dan mendapat keredhaan Allah Ta’ala
dan memperolehi keturunan yang baik, kerana itu Nabi Muhammad sallallaahu
alaihi wasallam menyuruh mencari jodoh dengan memberikan perhatian terhadap
kebaikannya. Samada kebaikan itu terdapat di pihak lelaki maupun wanita. Ada
terdapat dalam sebuah hadis Hazrat Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa
Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bersabda, di dunia ada pembekalan
hidup dan tiada pembekalan hidup yang baik melainkan mempunyai seorang wanita
yang baik. [Sanad Ibnu Majah, Kitab Nikah bab Afzal Nisa hadis No 1855]
Untuk
menjalani kehidupan di dunia dengan pembekalan yang ada, antara pembekalan yang
terbaik adalah seorang wanita yang baik. Begitu juga ada sebuah hadis bahawa
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallaahu alaihi
wasallam bersabda, terdapat empat perkara seseorang yang ingin bernikah dengan
seorang wanita. Pertama, kerana hartanya kedua, kerana kaum kerabatnya, ketiga
kerana kecantikannya dan keempat kerana agamanya. Tetapi adalah lebih baik
memilih agamanya. Allah akan menyayangimu dan anda akan berhasil mendapatkan
wanita yang beragama. [Bukhari Kitab Nikah bab Al kifa fidin hadis 5090]
Jika
kaum lelaki berjalan di atas ketakwaan dan melihat akan kebaikan-kebaikan maka
setiap wanita akan berjalan ke arah kebaikan lebih daripada itu. Dengan kurnia
Allah umumnya anak-anak perempuan kita berjalan ke arah kebaikan tetapi
disebabkan terpengaruh dengan persekitaran, hendaknya mereka juga dapat
mencapai untuk meninggikan kebaikan tersebut. Jika kebaikan itu dapat
ditinggikan maka perjodohan kita pun akan memperoleh kebaikan. Pihak wanita
juga berusaha ke arah itu, begitu juga pihak lelaki kerana apabila sudah sekufu
kedua-duanya sama-sama memiliki kebaikan dan ketakwaan. Tidaklah mungkin
seseorang yang berkelakuan buruk atau perompak dan dia menyatakan bahawa aku
ingin mendapatkan seorang isteri yang suci yang berjalan di atas ketakwaan.
Jangan
pula beranggapan bahawa Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bukan
bermaksud semua lelaki mempunyai kebaikan lalu tinggalkan kebaikan, kerana itu
carilah wanita yang baik. Orang yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu
alaihi wasallam, mereka itu telah diberikan doa, dia telah mengetahui akan
kebaikan tersebut. Tetapi ada satu perkara yang ingin diberitahu bahawa pihak
lelaki pun Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam ada bersabda; jadilah
seorang yang baik jika anda berbuat baik maka anda pun akan mendapat jodoh yang
baik juga. Jika anda tidak memiliki kebaikan, bergelumang dalam keburukan maka
bagaimana anda dapat mencari isteri yang baik? Hanya lelaki yang baik sahaja
akan mencari isteri yang baik.
Lelaki
dan wanita yang berjalan di atas ketakwaan akan berdiri teguh dengan perjodohan
dan akan memberi tumpuan kepada keturunannya dan apabila kedua-dua pihak
memberi tawajjuh (perhatian) terhadap hal ini maka akan terbina suatu
masyarakat yang bertakwa.
Di
dunia pada hari ini, orang-orang tidak sabar dan tumpuannya hanya pada dunia
dan jauh daripada ketakwaan. Mereka menjadikan perjodohan yang suci itu retak,
bagi mereka perintah di dalam Al-Quran hendaklah diamalkan. Saya amat sedih
untuk menyatakan bahawa pada masa ini anak-anak perempuan dan wanita-wanita dan
lelaki kita mulai terpengaruh dengan cara orang-orang duniawi. Hazrat Maseeh
Mau’ud alaihissalam bersabda: Jangan meniru kaum yang lain yang boleh
menyebabkan anda akan jatuh. [Bahtera Nuh, Rohani Khazain Jil No 19 hal 22]
Anda
jangan mengikuti orang-orang duniawi, di dunia buat masa ini terutama di negara
ini kadar penceraian amat tinggi. Orang-orang duniawi apabila mereka berkahwin
hanya bertahan dalam beberapa waktu sahaja lalu berpisah. Ini semua akibat
pengaruh persekitaran dan orang-orang Ahmadi juga turut terpengaruh, bukan sahaja
di sini malah di Pakistan, India dan di tempat-tempat lain. Oleh itu kita
hendaklah memberikan tawajjuh terhadap hal ini.
Apabila
melihat keadaan seperti ini kita jangan ikut terjerumus dalam kegelapan yang
kehancurannya menjadi tanggungjawab kita, dan memberikan tawajjuh (perhatian) dalam
memperbaiki diri. Dari pelbagai negara laporan yang datang ini kadar
orang-orang Jemaat yang bercerai mulai meningkat. Semua ini adalah disebabkan
kurangnya bersabar, kurangnya melakukan kebaikan-kebaikan dan jauh daripada
ketakwaan. Dalam masa tiga tahun ini di United Kingdom saya agak terperanjat
kira-kira tiga peratus kadar penceraian telah berlaku dalam masa tiga tahun
kebelakangan ini dan dua puluh peratus dalam proses penceraian.
Seberapa
banyak perjodohan yang telah diselenggarakan di antara mereka sebanyak dua
puluh peratus telah bercerai. Ini suatu yang harus difikirkan. Kita harus
memberikan tawajjuh terhadap hal ini. Jika mengetahui sebabnya seperti yang telah
saya sebutkan sebelum ini, bahawa suami isteri selalu menggunakan perkataan
yang kotor, berkelakuan buruk, kurang bersabar, ibu bapa, kakak, abang dan
saudara-mara suka ikut campur dalam urusan rumahtangga. Samada ibu bapa, abang,
kakak dari pihak lelaki atau dari pihak wanita. Apabila berlaku hal seperti ini
maka keadaan akan menjadi bertambah buruk.
Sedangkan
perintah tentang masalah rumahtangga bukan sahaja kepada pasangan suami isteri
tetapi kepada ibu bapa, abang dan kakak juga ada diperintahkan, supaya anda
jangan timbulkan kerosakan. Biarkanlah suami isteri hidup dalam keharmonian dan
ketenangan. Jika hal ini dapat dikekalkan maka penceraian tidak akan berlaku
begitu pantas. Disebabkan tidak jujur dalam perbincangan untuk mencari jodoh,
ada lelaki yang berkahwin di luar dan datang ke sini. Di sini pula
wanita-wanitanya berpelajaran dan dia memberitahu bahawa dia lepasan ijazah dan
menjadi retak.
Oleh
itu hendaklah sentiasa berkata jujur dan benar. Bukan itu sahaja sekarang saya
ingin menyatakan kepada wanita-wanita yang sudah berumur ada aduan bahawa ibu
mertua dan bapa mertua memukul menantunya, yang seharusnya mereka tidak boleh
melakukan demikian. Kemudian lelaki seperti ini datang ke sini dan melakukan
kerja yang tidak baik lalu menyuruh isterinya jangan tinggal bersamanya. Dan
jika dia datang dari Pakistan dia akan cuba memberi berbagai alasan di mana dia
meninggalkan negaranya. Mereka sama sekali tidak memberikan hak antara satu
sama lain. Dan apabila Jemaat cuba untuk memperbaikinya, mereka tidak
memberikan kerja sama terhadap Jemaat dengan berbagai alasan yang pada dasarnya
mereka ini kurang ketakwaan, kerana itu perjodohan mereka menjadi retak dan
jumlah itu semakin meningkat.
Semoga
Allah Ta’ala memberikan akal dan ketakwaan kepada orang-orang seperti ini dan
berusaha untuk mengekalkan hubungan perkhawinan mereka. Oleh itu, hendaklah
memberikan tawajjuh terhadap perkara ini. Apa yang telah Jemaat lakukan ia
adalah suatu ihsan. Kita hendaklah menganggap hal itu suatu perkara yang
penting. Semoga di pandangan Allah Ta’ala mendapat keredhaan, kita hendaklah
melihat apa yang dapat kita persembahkan untuk hari esok? Apa yang telah kita
perolehi di dunia ini. Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan taufik kepada
seluruh sama ada kaum lelaki atau wanita.
-------------------<<>>-------------------
Diterjemahkan oleh:
Mln Abdul Latief
Ahmad
Kota Kinabalu,
Sabah
29.05.2012
No comments:
Post a Comment