Sunday, December 9, 2012

DEFINISI ISLAM VERSI RASULULLAH SAW


Indahnya Islam

Ramai yang salah faham mengenai tindakan Nabi Besar Junjungan Muhammad saw memecahkan berhala ketika peristiwa Fatah Mekah. Rasulullah saw membinasakan 360 berhala di sekeliling dan di dalam Kaabah, pemusnahan ini adalah untuk mengembalikan fungsi Kaabah kepada tujuan asalnya sebagai tempat peribadatan sewaktu dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as. Tindakan ini bukan bermaksud Rasulullah saw mengizinkan orang Islam untuk membinasakan berhala-berhala di kuil-kuil peribadatan agama lain. Buktinya, kajilah sabda Rasulullah saw ini dengan sebaik-baiknya kerana ianya mengandungi nasihat menjernihkan kekaburan fahaman, “Aku sangat meminta kepada kamu supaya takut kepada Tuhan dan berlaku adillah terhadap orang-orang Muslim yang berangkat berserta kamu. Pergilah berperang atas nama Allah dan gempurlah musuh di Syria yang merupakan musuhmu dan musuh Allah. Jika kamu datang ke Syria, kamu akan berjumpa dengan mereka yang banyak mengadakan zikir Ilahi di dalam rumah-rumah peribadatan mereka, kamu hendaknya jangan berbantah dengan mereka dan jangan mengganggu mereka. Di negeri musuh itu, janganlah membunuh wanita dan kanak-kanak atau orang buta atau orang-orang yang sudah tua, jangan menumbangkan pohon dan merebahkan bangunan-bangunan”(Halbiyya, Jilid 3).

Berpandukan kepada nasihat Rasulullah saw, betapa cantik dan indahnya Islam kerana dalam keadaan peperangan sekalipun perkara tersebut di atas dititik-beratkan. Bentuk peperangan seperti inilah yang diberkati oleh Allah swt dan bukan seperti hari ini umat Islam melancarkan serangan dengan merempuh segala pesan suci Rasulullah saw. Kejahilan seperti ini mengakibatkan umat Islam sering kalah dalam peperangan kerana apa yang mereka lancarkan tidak menepati kehendak Allah swt. Perhatikan baik-baik perkara ini bahawa jika dalam keadaan perang sekalipun, umat Islam tidak dibenarkan merosakkan rumah peribadatan agama lain, apalagi dalam keadaan aman. Jadi, rumah peribadatan agama lain tidak boleh dirosakkan, lebih-lebih lagi jika ada umat Islam dari satu mazhab merosakkan rumah ibadah umat Islam dari mazhab lain. Tetapi inilah yang selalu terjadi, umpamanya di Pakistan, mazhab Sunni menyerang mazhab Shiah, di Indonesia mazhab Sunni berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan Jemaah Ahmadiyah dan begitulah seterusnya. Demikian jugalah dalam ideologi politik yang berbeza, umat Islam sanggup fitnah-memfitnah dan lebih parah lagi sanggup berbunuh-bunuhan sesama saudara Islam, lihat apa yang berlaku di Palestin, kumpulan Fatah dan Hamas saling berbunuh-bunuhan, di Libya penyokong kerajaan dan penyokong anti kerajaan bertempur sesama sendiri. Di dalam rumah ibadah sekalipun berlaku pembunuhan. Bagaimana dengan Negara Malaysia yang dicintai ini? Apakah ini yang diajarkan oleh Rasulullah saw?

Besarlah kemurkaan Allah swt apabila ada segelintir orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Islam sanggup merosakkan masjid atau rumah Allah swt yang memiliki kalimat, "Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasuulullaah”. Allah swt telah memberi peringatan yang sangat keras kepada golongan yang mahu menghalangi orang Islam lain daripada menyebut nama Allah swt di dalam rumahNya sepertimana firmanNya, “Dan siapakah yang lebih aniaya dari orang yang menghalangi menyebut namaNya di dalam masjid-masjid Allah dan berusaha untuk merosakkannya? Mereka tidak layak masuk ke dalamnya kecuali dengan rasa takut. Bagi mereka di dunia ada kehinaan dan bagi mereka di akhirat tersedia azab yang besar” (Al Baqarah : 115). Berdasarkan kepada ayat Al Quran ini, rumah Allah swt adalah tempat di mana nama Allah swt dipuji dan diagungkan. Oleh itu, mana-mana tempat atau bangunan yang digunakan secara tetap untuk menyembah Allah swt, itu adalah masjid. Oleh itu sesiapa yang menghalangi seseorang untuk menyebut dan menyembah Allah swt di dalam rumahNya maka Allah swt akan memberi kehinaan dan mendatangkan azab yang sangat pedih kepada mereka. Malah Allah swt memberikan keizinan kepada mereka yang dianiaya dan diusir tanpa sebab yang benar untuk mengangkat senjata melawan golongan yang melakukan penganiayaan dan pengusiran, semata-mata kerana mereka berkata Tuhan kami ialah Allah. Maka Allah swt berjanji untuk memberi kemenangan, sepertimana firmanNya,  “Telah diperkenankan untuk mengangkat senjata bagi mereka yang telah diperangi, disebabkan mereka telah diperlakukan dengan aniaya dan sesungguhnya Allah berkuasa menolong mereka. Orang-orang yang telah diusir dari rumah mereka tanpa sebab yang benar, hanya kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” ..... (Al Hajj :40-41).

Definisi Islam Versi Rasulullah saw 

Jika ditelusuri, semua masalah ini berpunca apabila ada pihak yang menokok tambah dan membuat definisi sendiri tentang status seseorang itu Islam, atau tanpa merujuk kepada Al Quran dan sabda Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw. Dalam hadis Shahih Muslim, Kitabul Iman, Jibril telah datang kepada Rasulullah saw dalam jelmaan seorang manusia dan bertanya kepada Baginda saw: “Hai Muhammad! Beritahukanlah kepadaku tentang Islam.” Rasulullah saw bersabda : “Islam, ialah hendaknya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan beribadah haji ke Baitullah jika engkau mampu menempuh di jalannya. Orang itu (Jibril) berkata “Engkau benar!”. Difinisi Islam versi Rasulullah saw amatlah mudah dan sederhana. Kesimpulannya, sesiapa pun dari kalangan umat Islam boleh saja berbeza pendapat tetapi tidak bermakna dibenarkan saling tuduh menuduh atau saling kafir mengkafirkan serta serang menyerang sehingga membawa kepada kerosakan serta kemusnahan harta benda dan nyawa.

Pelajarilah kisah ini, Rasulullah saw pernah kecewa dan sangat kesal kepada Usamah bin Zaid apabila Rasulullah saw diberitahu bahawa Usamah membunuh seorang kafir yang mengucapkan Kalimah Syahadah di dalam satu peperangan. Usamah bin Zaid membela dirinya dengan mengatakan bahawa beliau berbuat demikian kerana beranggapan bahawa orang kafir itu hanya mengucapkan Kalimah Syahadah disebabkan takut kepada pedang yang dihayunkan olehnya dan bukan atas dasar keimanan yang sejati. Rasulullah saw sangat marah dengan alasan yang diberikan sambil bersabda, “Apakah engkau sudah membelah hatinya untuk membuktikan kenyataan itu?(Shahih Bukhari, Kitabul Maghazi, bab ba’tsi  an-Nabi Usmata ibna Zaid ila al-huruqat min juhainah, halaman 612). Berdasarkan hadis sahih ini, ucapan Kalimah Syahadah seseorang yang dilafazkan di mulut adalah memadai untuk mengiktiraf seseorang itu sebagai Islam. Apapun yang terdapat dalam hati orang tersebut, itu hanyalah Allah swt yang memberi pengiktirafan kepadanya. Tidak boleh menuduh seseorang mengucapkan Kalimah Syahadah hanya berpura-pura atau menuduh mereka mengucapkan di mulut lain tetapi di hatinya lain. Tuduhan tersebut tidak boleh dilakukan kerana perkara ini bukan urusan manusia tetapi adalah hak mutlak Allah swt. Justeru itu, tiada pihak atau mana-mana ulama yang boleh menokok tambah kepada definisi Islam yang ditetapkan oleh Rasulullah saw. Dengan kata lain, selagi golongan tersebut mengamalkan Rukun Islam yang disabdakan oleh Nabi Besar Muhammad saw, mereka adalah ISLAM dan tiada sesiapa pun yang boleh melucutkan status tersebut. Oleh itu sama ada seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah hanya di mulut sahaja atau sebaliknya, itu adalah urusan Allah swt dengan orang tersebut. Para ulama atau sesiapa sahaja tidak ada hak menentukan seseorang itu benar atau salah, seseorang itu Islam atau kafir, lebih-lebih lagi jika diikuti dengan serangan fizikal di mana Rasulullah saw amat kesal dengan tindakan Usamah bin Zaid menyerang dan membunuh orang yang sedang mengucapkan Kalimah Syahadah. Demikianlah indahnya ajaran Islam yang diajarkan oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun dahulu. Apakah ajaran tersebut tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada hari ini sehingga begitu mudahnya seseorang menghukum dan mengkafirkan saudara seagamanya sendiri?

Apakah jika seseorang Islam meminum arak, berzina, mencuri, tidak solat lima waktu, tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh orang lain boleh dilabel sebagai orang terkeluar dari agama Islam, murtad dan kafir? Oleh itu, janganlah terikut-ikut mengkafirkan pihak lain, pendapat yang berbeza ataupun tindak-tanduk seseorang Islam tidak menepati cita rasa orang Islam yang lain atau ajaran Islam, tidak bermakna orang tersebut boleh difatwakan murtad dan kafir. Hal seperti ini hanya memberi gambaran kepada tahap kesempurnaan keimanan dan ilmu yang dimiliki orang berkenaan. Cukuplah Kalimah Syahadah dan Rukun Islam sebagai panduan untuk menentukan seseorang itu Islam atau tidak.  Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa mengatakan orang lain kafir dan murtad. Perkara seperti ini nampaknya sudah menjadi lumrah di kalangan umat Islam hari ini. Sebahagian besar umat Islam dengan mudah mempercayai sesuatu yang dikatakan oleh orang lain, lebih-lebih lagi yang dikatakan itu keluar dari mulut seesorang yang bergelar ustaz atau ulama tanpa menyelidiki mungkin yang dikatakan itu adalah fitnah belaka. Sabda suci Rasulullah saw juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan diazab dengan kehinaan oleh Allah swt. Berhati-hatilah, kesilapan dan kelalaian seperti ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah. Allah swt amat mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang bakal terjadi di dalam umat Islam, maka Dia  memberi petunjuk yang terbaik untuk menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut. Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu “Engkau bukan mukmin”,  Kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah banyak kekayaan” (An Nisaa’ : 95).

Apa yang perlu diberi perhatian ialah berdasarkan kepada ayat Al Quran tersebut di atas, hanya perkataan salam sahaja telah menyebabkan Allah swt memerintahkan jihad itu harus dihentikan. Jika perkataan salam sahaja sudah memadai, apalagi jika seseorang itu atau satu kumpulan atau lebih tepat lagi sebuah jemaah mengakui diri mereka sebagai Islam dan terpampang Kalimah Syahadah di masjid mereka. Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati apabila mendengar sesuatu kelompok Islam dikatakan kafir atau murtad, jadikanlah peringatan Allah swt di atas sebagai panduan. Kalau perintah ini diabaikan juga pasti Allah swt menurunkan azabnya.

Wujud Paling Buruk?

Persoalan yang timbul di kalangan umat Islam, siapakah yang bertanggungjawab mencemari kesucian agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam sehingga berlaku kepada pembunuhan dan kerosakan? Dalam hal ini bukan niat untuk memburuk-burukkan ulama tetapi ingin mengingatkan pesan suci Nabi Muhammad saw. Baginda saw telah memberikan gambaran yang paling tepat mengenai sebahagian ulama Islam di zaman ini yang dianggap sebagai wujud yang paling buruk di bawah kolong langit dan seperti kera serta khinzir. Mengapa perumpamaan yang keras seperti ini disabdakan oleh Rasulullah saw?

“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi”( HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. ULAMAnya akan menjadi wujud PALING BURUK di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

Berdasarkan kepada hadis di atas, sememangnya wujud golongan dalam masyarakat Islam sepertimana  disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka dan para ulama ini pula adalah wujud yang paling buruk di bawah kolong langit. Salah satu bukti yang menggambarkan sifat ulama ini dan menyempurnakan sabda suci Rasulullah saw ialah dengan mudahnya mereka mengeluarkan fatwa mengkafirkan kumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang kedudukan perkara sebenar.

Sifat babi atau khinzir yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran, najisnya pun dimakannya dan ini melambangkan sifat tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras. Ini adalah kerana Rasulullah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan, “...Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (Al Qashash : 78).

Perbuatan memfitnah dan menggunakan kekerasan adalah bukti bahawa umat Islam hanya pada nama sahaja, Islam dan Al Quran hanya tinggal tulisan sahaja kerana majoriti umat Islam telah membelakangkan ajaran Al Quran sehingga sanggup menyerang masjid dan membunuh orang Islam yang difitnah. Masjid-masjid golongan para ulama yang dimaksudkan besar-besar dan indah-indah belaka tetapi kosong dari petunjuk kerana masjid mereka menjadi medan menabur fitnah-fitnah kepada orang lain agar masyarakat membenci dan menjauhi kelompok yang dianggap tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Namun begitu berdasarkan kepada hadis yang sama juga memperlihatkan bahawa Allah swt akan memberi petunjuk dan membongkar pembohongan mereka dan masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah itu akan kembali kepada golongan ulama berkenaan. Masyarakat akan melihat sendiri dan sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci  Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw. Oleh itu sempurnalah firman Allah swt, “Dan Rasul itu akan berkata, ‘Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku telah memperlakukan Al Quran ini sebagai sesuatu yang telah ditinggalkan” (Al Furqaan : 31). Amat jelas bahawa rasul yang dimaksudkan itu mengadu kepada Allah swt dalam keadaan kesal dan sedih. Inilah yang terjadi dan sedang berlaku dalam umat Islam, ramai yang membaca Al Quran, masjid-masjid ramai pengunjung namun apa yang dikesalkan adalah amalan yang dituntut oleh Al Quran adalah sesuatu yang telah ditinggalkan.
    
Murtad Dihukum Bunuh?

Dari mana sumber hukum ini, Al Quran, hadis, sunnah Rasul saw atau ulama berfikiran sempit? Rasulullah saw tidak pernah mengeluarkan perintah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad. Allah swt lebih murka apabila ada golongan yang cuba merampas hakNya dan melakukan kekerasan dengan menggunakan nama Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Faktor ini juga antara penyebab utama yang menghambat proses kebangkitan Islam. Golongan tersebut mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan perintah sebenar Allah swt. Sebagai contoh, mereka salah faham mengenai gerakan Ar Riddah yang berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq. Khalifah Abu Bakar ra memerangi golongan tersebut bukan kerana masalah kemurtadan mereka tetapi disebabkan mereka melancarkan peperangan dan menghasut pihak lain untuk melakukan pemberontakan terhadap umat Islam. Ingatlah pesanan Allah swt memerintahkan umat Islam untuk menggunakan AKAL. Sebenarnya dua isu yang berbeza, pertama ialah isu murtad dan isu ini adalah berkaitan dengan keimanan yang merupakan hak Allah swt manakala yang kedua ialah isu pemberontakan. Dalam soal pemberontakan ini adalah satu pengkhianatan kepada negara yang perlu dijatuhkan hukuman oleh pemerintah atau kerajaan. Bertukar agama bukan satu pengkhianatan kepada negara jika golongan tersebut tetap menjadi warganegara yang baik. Sekali lagi diseru agar umat Islam menggunakan akal sepertimana disarankan oleh Al Quran Karim. Sebagai contoh, jika ada orang Islam telah memeluk agama Kristian dan tetap menjadi warganegara yang baik, apakah individu tersebut layak dibunuh? Jika umat Islam ingin membenarkan hal ini, bagaimana jikalau tokoh agama Kristian membuat undang-undang yang sama iaitu sekiranya penganut agama Kristian memeluk agama Islam maka mereka akan dibunuh! Apa perasaan umat Islam apabila melihat perkara ini? Samalah dengan orang Kristian, mereka juga akan marah jika saudara barunya dibunuh oleh orang Islam. Tidakkah ini akan membawa kepada pergaduhan, pembunuhan dan kerosakan? Lebih serius lagi apabila ramai yang bertukar agama maka akan ramailah yang dijatuhkan hukuman bunuh, tidakkah ini akan menimbulkan perasaan benci dan permusuhan, akhirnya perang agama bakal tercetus?

Allah swt tidak suka kepada kerosakan dan jangan salah faham mengenai peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Baginda saw terpaksa berperang hanya untuk mempertahankan diri dari kekejaman dan penganiayaan orang-orang Mekah Musyrikin dan musuh-musuh Islam yang lain. Islam adalah agama yang dipelihara oleh Allah swt, jika agama lain dikatakan telah banyak campurtangan manusia masih boleh memperlihatkan sifat kasih dan sayang, apakah Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang memerlukan undang-undang bersifat zalim terkandung dalam Al Quran Karim? Di sini, bukan untuk menyokong atau menggalakkan orang Islam menjadi murtad tetapi perlu disedari bahawa soal keimanan adalah HAK ALLAH SWT,  jika umat Islam cuba mengganggu hak Allah swt, pasti Dia akan memperlihatkan kemurkaanNya. Ayat ini cukup jelas dan mudah difahami, “Tiada paksaan dalam agama, telah nyata perbezaan antara kebenaran dan kepalsuan” (Al Baqarah : 257), “Katakanlah! Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang mendapat petunjuk, hanya ia dapat petunjuk untuk dirinya. Barangsiapa yang sesat, hanya ia sesat untuk dirinya dan aku bukanlah penjaga atas dirimu” (Yunus : 109).  Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan Rasulullah saw untuk memberitahu umat manusia KEBENARAN sebenarnya terdapat dalam Al Quran yang dikenali sebagai ajaran Islam. Rasulullah saw hanya bertanggungjawab untuk menyampaikannya, tanpa ada unsur paksaan. Sesiapa yang menerimanya maka itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Sesiapa yang menolaknya maka itu adalah untuk kerugian bagi dirinya sendiri. Rasulullah saw diperintahkan agar memberitahu umat manusia bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan, setiap jiwa bertanggungjawab atas dirinya sendiri dan Rasulullah saw tidak boleh memaksa sesiapa untuk menerima ajaran yang dibawanya. Al Quran menunjukkan jalan yang wajib dilalui untuk sampai ke dalam taman keredhaan Allah swt, sesiapa sahaja bebas memilihnya atau sebaliknya tanpa mengira masa dan tempat.

Selanjutnya Allah swt berfirman,Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Al Kahfi : 30). Di dalam ayat ini juga Allah swt menjelaskan sesiapapun bebas menerima atau menolak kebenaran. Namun pada masa yang sama terdapat amaran yang amat pedih kepada sesiapa yang membelakangkan kehendak Allah swt. Ini bermakna tidak ada sesiapapun yang berhak menjatuhkan hukuman ke atas orang yang benar-benar keluar dari agama Islam. Allah swt memberi kebebasan mutlak kepada sesiapa sahaja samada mahu beriman atau ingkar. Sesiapapun bebas memilih untuk menerima Islam tanpa sebarang paksaan, bebas memasuki pintu-pintu yang sedang terbuka luas. Tidak ada kuasa yang boleh memaksa seseorang untuk menerima Islam atau untuk menghalang seseorang daripada menerima Islam, Allah swt tidak mengizinkannya. Inilah ajaran Islam sebenar yang diajarkan oleh Al Quran, tidak ada sesiapa yang diberikan kuasa memaksa orang lain menerima Islam atau menolak Islam. Malaikat diciptakan untuk menurut dan melaksanakan perintah Allah swt, para malaikat tidak diberi kuasa untuk mempersoalkan perintah. Oleh itu jika Allah swt tidak memberikan manusia kebebasan untuk memilih melakukan sesuatu bermakna penciptaan di antara malaikat dan manusia sama sahaja dan matlamat Allah swt untuk mencipta alam dan isinya tidak akan tercapai.

Tidak memadai dengan ayat di atas, Allah swt selanjutnya berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula) kemudian kafir lagi, kemudian bertambah tambah kekafirannya, Allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak menunjuki mereka kepada jalan yang lurus” (An Nisaa’ : 138). Allah swt berfirman lagi, “Hai orang-orang beriman, barangsiapa di antara kamu  yang murtad dari agamanya kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya” (Al Maa’idah : 55). Allah swt berfirman lagi, “Sesungguhnya orang-orang yang ingkar sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah dalam keingkarannya, sekali-kali tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang sesat. Sesungguhnya orang-orang yang ingkar, dan mereka mati dalam keadaan masih ingkar, maka sekali-kali tidak akan diterima dari seorang pun di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun ia hendak menebus dirinya dengan itu. Bagi mereka ini siksaan yang pedih dan tiada bagi mereka seorang penolong pun.” (Ali ‘Imran : 91-92).

Jika Allah swt merestui hukuman bunuh ke atas orang murtad maka tidak perlu Allah swt mengulang-ulang masalah kekafiran seseorang. Berdasarkan kepada pengulangan ini memperlihatkan seseorang itu boleh masuk dan keluar daripada agama Islam dengan sesuka hati dan hukumannya adalah daripada Allah swt. Allah swt tidak memerlukan golongan tersebut kerana Dia akan menggantikannya dengan golongan lain yang lebih setia kepada Islam. Jika Allah swt tidak mahu kepada golongan murtad yang dimaksudkan, mengapa ada pihak mahu memaksa Allah swt untuk terus menerima mereka? Seseorang hanya boleh memberi nasihat dan bukan menggunakan paksaan dan ugutan kerana Allah swt berfirman, “Dan sekiranya Allah engkau memaksakan kehendakNya, nescaya semua orang yang ada di bumi akan serentak beriman. Apakah engkau akan memaksa manusia hingga menjadi orang beriman? Dan tidak seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah. Dan Dia menyebabkan siksaanNya kepada orang yang tidak mahu mempergunakan akal” (Yunus : 100-101). Tidak ada dalam ajaran Islam memaksa seseorang untuk beriman, lebih-lebih lagi melaksanakan hukuman bunuh kononnya untuk menakutkan orang Islam yang lain agar tidak terikut untuk menjadi murtad. Apakah ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw bertujuan untuk menakutkan dan memaksa umat manusia? Sedangkan Allah swt berfirman: “Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (Al Anbiyaa’ : 108).

Berbalik kepada masaalah murtad tadi, jika seseorang dihalang untuk keluar daripada Islam sedangkan mereka sama sekali sudah tidak ada kecintaan terhadap agama Islam, tindakan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi munafik. Al Quran menerangkan golongan munafik akan dicampakkan ke dalam neraka yang paling bawah dan terpanas. Persoalannya, apakah  umat Islam mahu memiliki “saham” terhadap kemunafikan tersebut dan mahu memaksa Allah swt menerima golongan murtad ini? Jadikan teladan atas apa yang terjadi kepada umat Islam setelah beberapa tahun kewafatan Rasulullah saw. Perpecahan awal di kalangan umat Islam adalah disebabkan oleh ramainya golongan munafik sehingga Khulafa Rasyidin tidak mampu untuk membendungnya, sehingga khalifah Allah swt sendiri ada yang wafat disyahidkan. Lebih menghairankan ada pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Pembela Islam sanggup bermati-matian mendesak pihak berkuasa membatalkan permohonan seseorang yang ingin keluar dari Islam. Malangnya mereka tidak pula berjuang habis-habisan untuk mempertahankan keislaman seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam tetapi dituduh murtad atau terkeluar dari Islam oleh pihak lain. Sedangkan pihak yang dituduh murtad tersebut mendakwa diri mereka tetap beragama Islam dan melafazkan Kalimah Syahadah "Laa ilaha illallah, Muhammadur-Rasulullah”. Manakala golongan yang ingin dipertahankan oleh Pembela Islam ini secara terang-terangan telah menggugurkan Kalimah Syahadah di hati mereka. Mengapa golongan yang mahu keluar dari Islam dikekalkan dan golongan yang mengatakan diri mereka sebagai Islam ingin dikeluarkan? Lihatlah betapa kacaunya jika sesuatu tindakan tidak berlandaskan kepada kehendak dan penafsiran yang benar selari dengan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah diterangkan di atas, jelas memperlihatkan umat Islam di negara ini juga diambang kemurkaan Allah swt kerana telah mula melakukan pelbagai perlanggaran dan kelalaian. Allah swt tidak mahu namaNya Yang Maha Suci, Pengasih dan Penyayang digunakan di dalam melakukan penganiayaan, ketidakadilan, kezaliman, kekerasan dan penaburan fitnah. Allah swt sedang memberi hukuman yang bersifat pengajaran kerana Dia masih memberi kesempatan kepada umat Islam di negara ini dan mahu mengingatkan mereka agar kembali menyemak dan mengamalkan segala perintah-perintahNya. Namun begitu, jika umat Islam di negara ini terus melakukan penganiayaan dan kezaliman tersebut maka mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti negara-negara Islam lain yang sedang menerima ujian-ujian besar daripada Allah swt. Justeru itu, syukurilah keamaman dan kemakmuran yang dikecapi ini dengan cara yang disenangi oleh Allah swt.

Tokoh-tokoh Suci Difatwakan Murtad

Kebiadaban merosak dan membakar masjid telah menimbulkan kemurkaan Allah swt dan Dia telah mendatangkan azab yang sangat pedih kepada beberapa kumpulan atau Jemaah Islam dan bahang azab itu juga turut dirasai oleh penduduk negara berkenaan. Hal ini terjadi di Pakistan, Bangladesh dan Indonesia apabila ada segelintir pihak pelampau agama Islam dari sesebuah Jemaah mengkafirkan kelompok Islam yang lain lalu menyerang dan membakar masjid mereka. Lebih memilukan lagi mereka melaungkan nama Allah Yang Maha Besar sewaktu melakukan kerosakan tersebut. Perbuatan terkutuk ini tidak kurang hebatnya untuk mengundang kemurkaan Allah swt kerana pada pandanganNya selagi seseorang mengaku sebagai Islam dengan mengucapkan Kalimah Syahadah, individu atau kelompok tersebut adalah Islam. Perhatikan mana-mana negara Islam di mana perkara ini berlaku, negara tersebut tidak akan menikmati kemakmuran kerana Allah swt melaknat mereka. Allah swt juga murka terhadap umat Islam yang tidak mencegah penganiayaan tersebut dengan membiarkan saudara Islamnya melakukan kezaliman sehingga berlakunya penganiayaan dan pembunuhan. Allah swt berfirman, “Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam: ia akan menetap di dalamnya. Dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan menyediakan baginya azab yang sangat besar.”  (An Nisaa’ : 94).

Pembunuhan sesama Islam adalah merupakan di antara dosa besar yang sering dilakukan oleh sebilangan umat Islam. Oleh itu janganlah merasa hairan melihat kekacauan dan kemunduran kebanyakan negara Islam pada hari ini kerana semua ini ada kaitan dengan dosa yang pernah dan sedang mereka lakukan. Perkara ini juga telah menimpa beberapa tokoh suci Islam yang disanjungi seperti cucu kesayangan Rasulullah saw iaitu putera kepada Hazrat Khalifah Ali ra (khaatam-ul-auliya) yakni Imam Hussein, terpisah badan dan kepalanya akibat fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulama. Begitu juga Imam Shafie (juga digelar sebagai khaatam-ul-auliya), Imam al Bukhari, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ghazali dan beberapa tokoh ulama Islam yang lain. Mereka dikafirkan dan dituduh sesat kerana pandangan mereka yang bersifat progresif bertentangan dengan sekumpulan para ulama berfikiran sempit pada waktu itu. Perbezaan pendapat ini menyebabkan para ulama tersebut tersinggung dan mereka cipta pelbagai fitnah dan mengeluarkan fatwa untuk menuduh tokoh-tokoh suci Islam tersebut sebagai murtad, kafir dan sesat sehingga kerajaan dan masyarakat terikut-ikut melakukan penganiayaan dan kezaliman ke atas mereka. Umat Islam wajib berhati-hati dengan permainan kotor ini kerana jika tokoh-tokoh suci tersebut mudah dikafirkan dan dimurtadkan oleh para ulama, sudah tentu di zaman ini pasti para ulama yang kotor hatinya mudah memerangkap masyarakat Islam untuk mempercayai sesebuah kumpulan Islam atau seseorang dikatakan sesat dan kafir. Oleh itu umat Islam perlu berwaspada apabila berdepan dengan perkara ini kerana janganlah mengulangi dosa-dosa umat Islam terdahulu yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt.

Thursday, December 6, 2012

KHULASA KHUTBAH 30.11.2012

Huzur menerangkan tentang rufaqa (sahabat-sahabat) Hazrat Maseeh Mau’ud (as) mengenai keyakinan mereka terhadap Hazrat Maseeh Mau’ud (as), pengaruh kitab-kitab beliau atas mereka, iaitu dengan membacanya, hati para sahabat-sahabat beliau terpancar sumber kebenaran dan dengan itu dapat diketahui bahawa Allah Ta’ala memberi mereka petunjuk melalui mimpi-mimpi.
Hazrat Syeikh Zainal Abidin Sahib meriwayatkan: Kakak ipar saya sakit kuat, Hazrat Maseeh Mau’ud (as) mengarahkan agar saya mengambil ubat daripada Hakim Nuruddin Sahib, Khalifah Awwal. Tetapi, pesakit berkeras untuk meminta resepi daripada beliau sehingga beliau memberikan satu resepi. Apabila resepi itu ditanyakan kepada Khalifa Awwal, beliau menyatakan bahawa resepi ubat ini sangat berbahaya untuk pesakit. Jika ubat ini saya berikan kepada pesakit, maka dia akan segera meninggal dunia. Tetapi, oleh kerana resepi ini dari Huzur, maka wanita ini akan sembuh. Selang tiga hari kemudian, wanita itu telah sembuh.
Hazrat Miya Muhammad Syarif Sahib Kasymiri menerangkan bahawa: Seluruh ahli keluarga saya menderita penyakit taun, tuan tolong doakan kami. Hazrat Maseeh Mau’ud (as) berkata: Tuan banyakkan membaca Istighfar. Maka kami pun banyak membaca Istighfar dan dengan kurnia Allah Ta’ala semua menjadi pulih.
Hazrat Miya Syarif Sahib berkata: Jamaluddin Sahib Sikhwani mempunyai penyakit mata berair. Dengan berpandukan ilham Hazrat Maseeh Mau’ud (as) iaitu ‘Raja akan mengambil berkat dari pakaian engkau’, maka dia menyapukan bahagian pagri (serban) beliau pada matanya sehingga penyakit matanya sembuh. Kemudian, saya juga ada penyakit mata, saya juga ada menyapukan bahagian itu pada mata saya menyebabkan penyakit itu sembuh.
Hazrat Miya Muhammadin Sahib anak kepada Nuruddin Sahib berkata: Buku Barahin Ahmadiyah telah menciptakan satu revolusi dalam diri saya dan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) telah membawa iman dari bintang Tsuraiya lalu memasukkan ke dalam hati saya. Dalam tahun 1895, saya telah bai’at pada tangan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) di atas Masjid Mubarak.
Hazrat Miya Muhammadin Sahib berkata: Pernah sekali saya memicit Hazrat Maseeh Mau’ud (as) di atas Masjid Mubarak berdekatan dengan mihrab. Terlintas dalam hati saya fikiran bahawa saya seorang yang tidak tahu agama dan para maulvi (ulama) akan mengganggu saya, apa yang perlu saya lakukan. Saya juga malu untuk bertanya kepada Hazrat Maseeh Mau’ud (as). Hazrat Maseeh Mau’ud (as) berkata dengan begitu lantang sambil memandang muka saya sehingga saya menggeletar. Beliau berkata: Orang yang selalu membaca buku-buku kita tidak akan dapat dikalahkan.
Hazrat Choudry Fatah Muhammad Sahib menerangkan: Saudara saya Nawab Din bermimpi bahawa Huzur meminta kepada saya wang sebanyak lapan sen. Kemudian saya dan Nawab Din pergi memberikan wang kepada beliau dan memperdengarkan mimpi berkenaan. Huzur berkata: Dari mimpi itu menjelaskan bahawa kamu akan belajar ilmu. Jadi, apabila Maulvi Sikandar Ali datang ke kampung kami, maka kami belajar Al-Qur’an dan beberapa buku lain daripadanya. Dengan itu, mimpi dan sabda Huzur menjadi sempurna.
Peristiwa bai’at Hazrat Fazal Din Sahib telah dijelaskan dengan terperinci oleh Huzur. Melalui berbagai mimpi, kebenaran Hazrat Maseeh Mau’ud (as) menjadi jelas atas beliau. Dia berkata: Buku-buku Hazrat Maseeh Mau’ud (as), perjumpaan Mazhab Mahutsu dan membaca Empat Jilid buku Barahin Ahmadiyah menjadikan timbul dalam hati saya bahawa buku seperti ini tidak pernah ditulis sebelumnya.
Akhir sekali Huzur menceritakan kisah pengorbanan Mukarram Choudry Nusrat Mahmud Sahib bin Mukarram Choudry Manzoor Ahmad Sahib dari Amerika yang meninggal dunia di Karachi, solat jenazah ghaib juga dilakukan selepas solat Jumaat.
Doa terakhir: Semoga Allah Ta’ala memberikan perlindungan terus menerus kepada setiap Ahmadi di Pakistan dari kejahatan para penentang. Kuatkan berdoa pada masa sekarang ini.
(Daily Al-Fazl 4 Disember 2012)

Wednesday, December 5, 2012

Khalifa of Islam visits Mayor of London

Mayor of London invites Khalifa of Islam to City Hall

Khalifa of Islam visits Mayor of London

On 19 November 2012, Boris Johnson, Mayor of London, welcomed Hadhrat Mirza Masroor Ahmad, Fifth Khalifa and World Head of the Ahmadiyya Muslim Jamaat, to City Hall.
During the 45-minute meeting the Head of the Ahmadiyya Muslim Jamaat and the Mayor discussed various issues, including the establishment of world peace, the true peaceful teachings of Islam, the efforts of the Ahmadiyya Muslim Jamaat in fighting extremism and the persecution faced by the Jamaat in certain countries.
Praising the Ahmadiyya Muslim Jamaat’s motto of ‘Love for All, Hatred for None’ the Mayor said that such a message ‘ought to be the foundation for London’. Hadhrat Mirza Masroor Ahmad said that it ought to be the basis not only for London but for the ‘entire world’.
The Mayor congratulated the Ahmadiyya Muslim Jamaat on raising more than £350,000 for UK based charities in the past year and also for its efforts in supporting the Diamond Jubilee celebrations. Boris Johnson said the efforts of the Jamaat under the leadership of Hadhrat Mirza Masroor Ahmad were ‘truly wonderful’.
The Mayor also spoke of his delight at the various London Bus advertising campaigns conducted by the Ahmadiyya Muslim Jamaat in which Islamic teachings of ‘peace, justice and equality’ had been promoted.
Hadhrat Mirza Masroor Ahmad explained the theological differences between Ahmadi Muslims and non-Ahmadi Muslims. He said the basic difference is that the Ahmadiyya Muslim Jamaat believes its Founder, Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad of Qadian, to be the Promised Messiah and Imam Mahdi.
His Holiness said that after the demise of the Promised Messiah, the institution of Khilafat had begun and he himself was the Fifth Khalifa (Successor) of the Promised Messiah. His Holiness said that though he was a direct descendent of the Promised Messiah, Khilafat was not in any way a hereditary institution.
The leaders discussed the persecution faced by the Ahmadiyya Muslim Jamaat in Pakistan. Hadhrat Mirza Masroor Ahmad informed how he had spent 11 days in jail, prior to his election, on charges that proved to be entirely false. His Holiness described the conditions of the jail to be hostile and extremely overcrowded.
Hadhrat Mirza Masroor Ahmad said that in all areas Ahmadi Muslims were persecuted in Pakistan and due to State legislation and provisions they were unable to even exercise the basic civil right to vote.
The Mayor spoke of how he had found the address given Hadhrat Mirza Masroor Ahmad at the Peace Symposium 2012 to be ‘extremely thought provoking’. He said he had been interested to hear the view of the Khalifa about the risks of a nuclear war and world peace.
His Holiness said that he remained extremely concerned that nuclear weapons could fall into the hands of extremists and thus cause huge destruction to the world.
Hadhrat Mirza Masroor Ahmad was pleased to see that a copy of the Holy Qur’an on the bookshelf of the Mayor had actually been translated into English and published by the Ahmadiyya Muslim Jamaat.
The meeting ended with the Mayor stating that he would continue to offer his ‘full support’ to the Ahmadiyya Muslim Jamaat in all respects. Hadhrat Mirza Masroor Ahmad thanked him on behalf of the worldwide Jamaat and said he hoped the mutual friendship would continue to develop.
Following the conclusion of the meeting the Mayor escorted His Holiness to an outside balcony to view the London skyline. After an exchange of gifts both the Mayor and His Holiness answered questions for MTA International.

Monday, November 26, 2012

Mullah Tahir ul Qadri caught red handed telling the most blunt lies in the history of mankind! {Eng}


Fraud Mullah Tahir ul Qadri caught red handed telling the most blunt lies. While giving interview on TV2 News Denmark whatever he said is absolutely opposite to what this Mullah used to say in Pakistan regarding blasphemy. {English Language}

Friday, November 16, 2012

AHMADIYYA ISLAM; PBS USA REPORT


A small introduction to the Ahmadiyya Muslim Community and its activities for the propagation of peace and harmony around the world. The report focuses on the activities of the USA branch of the Worldwide Ahmadiyya Muslim Commnity.

Tuesday, October 16, 2012

2012 KEDATANGAN NABI ISA / SECOND COMING JESUS CHRIST


Yang jelas kedatangan Imam Mahdi bukan membawa syariat baru tetapi adalah untuk menyempurnakan wasiat suci Nabi Muhammad saw dan meneruskan syariat Baginda saw. Apa yang perlu diperhatikan ialah berdasarkan sabda Rasulullah saw bahawa Imam Mahdi akan berdepan dengan umat Islam yang akan bersikap seperti umat Yahudi dan Nasrani kerana mereka akan memperolok-olokkan, memfitnah dan menentangnya.

Baginda saw juga mengetahui Imam Mahdi akan menerima penentangan daripada umat Islam sendiri yang akan diketuai oleh para ulama ortodoks. Atas dasar itu demi menyelamatkan umat Islam, Nabi Muhammad saw telah banyak meninggalkan pesanan dan memberi peringatan serta bimbingan kepada umat Islam untuk mengenal kebenaran Imam Mahdi. Sejarah berulang kembali sepertimana yang banyak digambarkan dalam Al Quran, manusia sering menolak utusan Allah swt kerana takut kepada cemuhan masyarakat, terlalu percaya kepada fitnah dan sudah selesa dengan kepercayaan yang mereka warisi secara turun temurun. Kajilah sejarah Islam hanya mereka yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran akan diberi petunjuk oleh Allah swt. Pada peringkat awal para sahabat ra mengalami penderitaan tetapi akhirnya mereka menikmati kelazatan keimanan yang sangat luar biasa.

Carilah Jemaat Yang Ada Imam

Oleh itu, kajilah rahsia hadis berikut untuk menyelamatkan umat Islam pada hari ini. Riwayat Hazrat Hudzaifah yang bertanyakan kepada Nabi Muhammad saw selepas masyarakat Jahiliyah menerima kebaikan daripada Allah swt dengan kedatangan Baginda saw dan menjadi umat Islam apakah akan datang keburukan lagi, Rasulullah saw bersabda: Ya! Akan ada orang--orang yang memanggil ke arah pintu neraka. Maka barangsiapa mengikut panggilan itu maka mereka akan menjadi ahli neraka. Aku berkata, Ya Rasulullah jelaskan kepada kami berkenaan dengan mereka itu. Rasulullah saw bersabda: Bahawa mereka adalah dari golongan kita (umat Islam sendiri). Mereka akan bertutur seperti kita katakan. Aku bertanya, Ya Rasulullah! Perintahkan kepadaku, seandainya perkara-perkara ini terjadi di dalam kehidupanku. Baginda saw bersabda: Bergabunglah engkau dengan orang-orang Islam yang mempunyai JEMAAT dan mempunyai IMAM". (Misykat Bab Fitnah dan Bukhari Bab Tanda-Tanda Kenabian Dalam Islam).

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...