TIGA NASIHAT UNTUK SETIAP AHMADI
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Banyakkan membaca kitab-kitab kita agar dapat mendalami pengetahuan, sentiasa beramal atas ajaran dalam Kisyti Nuh dan sentiasa mengirimkan surat.” (Malfoozaat Jilid 2, halaman 502)
JADIKAN PERSEKITARAN SATU TEMBOK RAHMAT
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Bangunlah menangis pada waktu malam, banyakkan berdoa dan dengan ini jadikan persekitaran satu tembok rahmat, Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan mematikan hamba-Nya yang khas dalam keadaan hina. ...... Jadi, kamu seharusnya membuat perubahan dalam diri, saya yakin bahawa mereka yang benar-benar jujur dan hati mereka sudah begitu jauh dari kejahatan, maka Tuhan akan menyelamatkan mereka. Bertaubatlah, bertaubatlah, saya teringat tentang satu ilham AAG SE HAMEIN MAT DARAU, AAG HAMARI GHULAAM HE, BALKEH GHULAAMOON KE GHULAAM HE (Jangan takutkan kami dengan api, api itu adalah hamba kami malah hamba segala hamba-hamba)” (Malfoozaat Jilid 2, halaman 522)
RENUNGKAN SELALU KISYTI NUH
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Saya telah berkali-kali menyatakan kepada anggota jemaatku agar jangan merasa cukup dengan penyataan bai’at secara lisan. Selagi kamu belum mencapai dasar hakikatnya belum tentu kamu selamat. Apabila seorang tabib memberikan resepi kepada seseorang, dan orang itu meletakkan di suatu sudut, pasti tidak akan bermanfaat kerana manfaat hanya dapat diperolehi melalui amalan dari apa yang dituliskan. Mereka yang ketinggalan, renungkanlah berkali-kali ajaran dalam Kisyti Nuh dan jadikan ia sebagai pedoman dalam kehidupan. Terdapat ribuan pencuri, penzina, penjahat dan pemabuk yang mendakwakan diri sebagai umat Muhammad s.a.w, namun adakah hakikatnya seperti itu? Sudah pasti tidak. Orang itu hanya tergolong dalam ummati sekiranya dia mengerjakan ajaran baginda.” (Malfoozaat Jilid 2, halaman 541)
SABAR JUGA SATU IBADAT
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Apabila masuk dalam jemaat ini ajarannya juga hendaklah diamalkan. Jika kesulitan tidak dirasai bagaimana hendak mendapat pahala. Rasulullah s.a.w menanggung kesulitan selama 13 tahun di Mekah, kamu tidak tahu bagaimana bentuk kesulitan yang mereka alami dahulu dan ia tidak akan menimpa kamu, tetapi Rasulullah s.a.w mengajarkan kesabaran kepada mereka. Akhirnya, semua musuh telah musnah. Satu masa nanti kamu juga akan melihat bahawa penjahat-penjahat ini tidak akan kelihatan lagi. Allah Ta’ala telah beriradah untuk menyebarkan jemaat suci ini di seluruh dunia. Waktu ini mereka melihat kamu sedikit lalu memberi kesusahan atas kamu, tetapi apabila jemaat sudah besar, mereka semua akan berdiam diri. Jika Allah berkehendak, orang-orang ini tidak akan memberi kesusahan, ataupun penjahat ini tidak lahir ke dunia, tetapi Tuhan hendak mengajarkan kesabaran melalui mereka. Dengan bersabar sedikit, tiba masanya kamu akan melihat bahawa langsung tidak ada apa-apa, dan orang-orang yang memberi kesusahan itu, sama ada mereka itu bertaubat atau akan dihancurkan.” (Malfoozaat Jilid 2, halaman 543)
salam.
ReplyDeleteKenapa perlu kepada kisyti nuh, sedangkan Al-Quran dan Hadis nabi adalah petunjuk yang benar. Nabi Muhammad SAW telah berpesan supaya sentiasa berpegang dengan Al-Quran dan Sunnahnya.
Salam,
ReplyDeleteKalau tuan baca isi kandungan buku Kisyti Nuh itu, saya rasa tuan tidak akan tulis seperti di atas. Kalau dipegang seperti apa yang tuan tulis, maknanya tidak perlu apa-apa buku atau kitab-kitab agama di pasaran sebab memang sudah ada Al-Qur'an dan Hadis. Kisyti Nuh itu juga adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis yang dipermudahkan bahasanya.
saya merujuk kepada tajuk yang menyebut "renungkan selalu kisty nuh". Ini menunjukkan buku tersebut seolah2 mempunyai kedudukan yang tinggi. Walaupun bnyak buku2 agama dipasaran, kitab2 fiqh mazhab,mahupun aqidah, tetapi tidak sampai ke tahap menjadikan ia sebagai pegangan. sebaliknya hanya untuk rujukan dan huraian sahaja. hanya al-quran dan sunnah sahaja yang menjadi mesti di renungkan selalu.
ReplyDelete"Kisyti Nuh itu juga adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis yang dipermudahkan bahasanya."
ReplyDeleteinilah pokok persoalannya. tidak semua yang mengaku islam itu fasih bahasa Quran dan mahir tentang ilmu Hadis jadi kadang2 mereka merujuk kitab/buku yang lain bukan bermakna dijadikan pegangan tetapi hanya diambil huraiannya yang menjurus kepada ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-hadis
jika begitu, janganlah digunakan "renungkanlah selalu kisyti nuh". hanya orang yang mempunyai kepentingan sahaja akan meminta orang lain berpegang selalu dengan penulisannya. seperi Al-Arqam yang menjadikan Aurat Muhammadiah sebagai pegangan.
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan tuan, saya yakin tuan seorang yang amat mencintai Al-Qur'an dan tidak mahu ada suatu kitab pun yang patut dimuliakan selain Al-Qur'an. Di dalam Bahtera Nuh (Kisyti Nuh dalam bahasa Urdu), Hazrat Mirza Ghulam Ahmad menulis:
ReplyDeleteAda pula bagimu sekalian suatu ajaran yang penting, iaitu kamu jangan hendaknya meninggalkan Al-Qur'an seperti sebuah buku yang telah dilupakan; sebab di dalamnya terdapat sumber kehidupanmu, Barangsiapa yang memuliakan Al-Qur'an akan memperoleh kemuliaan di langit. Barangsiapa yang menjunjung tinggi Al-Qur'an di atas segala hadis dan segala sabda-sabda lain, akan dijunjung tinggi di langit. Bagi umat manusia di atas permukaan bumi ini tidak ada kitab lain kecuali Al-Qur'an, dan bagi seluruh Bani Adam kini tidak ada seorang Rasul dan Jurusyafaat kecuali Muhammad Mustafa s.a.w. Maka berusahalah kamu sekalian menaruh kecintaan yang semurni-murninya kepada Nabi yang agung ini, dan janganlah memberikan kepada siapapun tempat yang lebih tinggi daripada baginda, agar kamu digolongkan di antara orang-orang yang telah diselamatkan. ....
Jadi, bukan saya cuba mempertahankan penggunaan bahasa, terserah kepada daya pemahaman dan penafsiran tuan. tetapi saya jelaskan, perintah untuk merenungkan selalu Bahtera Nuh @ Kisyti Nuh bukan bererti hendak menandingi Kitab Al-Qur'an atau ada kepentingan peribadi, tetapi di dalamnya akan memandu ke arah Al-Qur'an.
Maksud kenyataan ini juga boleh mengelirukan "renungkanlah berkali-kali ajaran dalam Kisyti Nuh dan jadikan ia sebagai pedoman dalam kehidupan". Hanya Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sahaja yang sebenar-benarnya menjadi layak dijadikan pedoman. Lain-lain penulisan hanya layak untuk rujukan dan huraian sahaja. Kadang-kadang kerana kesilapan dalam berkata2 boleh membawa kepada gugurnya akidah. wallahualam.
ReplyDelete"Ada pula bagimu sekalian suatu ajaran yang penting, iaitu kamu jangan hendaknya meninggalkan Al-Qur'an seperti sebuah buku yang telah dilupakan; sebab di dalamnya terdapat sumber kehidupanmu, Barangsiapa yang memuliakan Al-Qur'an akan memperoleh kemuliaan di langit. Barangsiapa yang menjunjung tinggi Al-Qur'an di atas segala hadis dan segala sabda-sabda lain, akan dijunjung tinggi di langit. Bagi umat manusia di atas permukaan bumi ini tidak ada kitab lain kecuali Al-Qur'an, dan bagi seluruh Bani Adam kini tidak ada seorang Rasul dan Jurusyafaat kecuali Muhammad Mustafa s.a.w. Maka berusahalah kamu sekalian menaruh kecintaan yang semurni-murninya kepada Nabi yang agung ini, dan janganlah memberikan kepada siapapun tempat yang lebih tinggi daripada baginda, agar kamu digolongkan di antara orang-orang yang telah diselamatkan. ...."
ReplyDeleteAjaran seperti ini banyak di dalam buku Bahtera Nuh. Ajaran seperti kenyataan di atas la yang Hazrat Mirza Ghulam Ahmad suruh renungkan bukan ajaran yang lain. Kalau kita menilai bahasa bukan isinya memang kita akan keliru. Alangkah baiknya jika tuan membaca buku berkenaan. Salam