Sunday, January 3, 2010

Isu Nama 'ALLAH'


PENGGUNAAN ISTILAH ‘ALLAH’ DALAM AGAMA LAIN
Sejauh yang berkenaan dengan istilah agama Islam, semuanya adalah datang daripada Allah Ta’ala, bukannya ciptaan mana-mana ulama atau pemimpin. Dan Allah Ta’ala tidak menetapkan kepada mana-mana kelompok dengan suatu istilah khas. Allah adalah Rabbul Alamin, iaitu Tuhan sekalian alam. Dan tidak ada persoalan bahawa suatu kaum itu boleh menggunakan suatu istilah dari Allah Ta’ala dan kaum yang lain dilarang keras untuk menggunakannya.
Ajaran Islam adalah ajaran untuk semua kaum, namun tidak semua umat Islam mengetahuinya. Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Qur’an:-



Yakni “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al-Anbiya:108)
Rasulullah(saw) menyebarkan ajaran yang dibawanya iaitu menyeru ke arah ketakwaan, dan setiap orang bukan sahaja diberikan kebenaran untuk beramal, malah mereka juga dijemput untuk berbuat seperti itu. Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an;-



Ertinya; Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. (Ali-Imran:65)
Di sini tidak istilah tiru-meniru, agar tidak ada perselisihan faham, ada kerjasama antara satu dengan yang lain. Inilah maksud daripada Rahmatul Lil Alamin, iaitu menyebarluaskan rahmat ke seluruh dunia. Rahmat Tuhan meliputi setiap lapisan.
Jika isu penggunaan kalimah atau istilah ini berterusan, yang mana harus ada kebenaran dari jabatan agama sebelum menggunakannya, maka orang Yahudi akan menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah pengasas kepercayaan kami, dan Al-Qur’an menegaskan kebenarannya iaitu istilah ‘Islam’ telah digunakan oleh Nabi Ibrahim buat pertama kalinya. Begitu juga dengan istilah ‘Muslim’. Di dalam Al-Qur’an dinyatakan bahawa:-



Ertinya; Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus (Haneef) lagi berserah diri (Muslim) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. (Ali-Imran:68)
Jadi, tidak boleh orang Kristian menyatakan diri mereka Muslim dan orang Islam juga tidak boleh mengatakan diri mereka Muslim. Mereka harus minta kebenaran orang Yahudi untuk mengatakan diri mereka sebagai Muslim.
Persoalan yang timbul pula, kenapa kita harus meminta izin daripada orang Yahudi? Inilah soalan yang asas.
Semua istilah ini adalah kepunyaan Tuhan, dan Allah yang Maha Agung memberitahu kita bahawa setiap perkara yang baik boleh dilakukan tanpa halangan. Tidak ada larangan atas seiapa untuk meniru sesuatu yang baik.
Kemudian Allah Ta’ala juga berfirman:-



Ertinya; Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh (Muslim) kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh (Muslim) kepada Engkau. (Al-Baqarah:129)
Sebenarnya keimanan kita adalah pada masa Nabi Muhammad(saw). Namun, semua keturunan nabi Ibrahim, termasuk orang yang hidup sebelum zaman Rasulullah(saw), mereka adalah Muslim berdasarkan Al-Qur’an.
Allah Ta’ala berfirman lagi:-



Ertinya; (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim. (Al-Hajj:79)
Maksudnya, sesiapa pun yang menghubungkan dirinya kepada nabi Ibrahim berhak menamakan diri mereka sebagai Muslim dan tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang patut melarangnya.
Kemudian, Allah Ta’ala berfirman lagi:-



Ertinya: Berkata ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. (An-Naml:30)



Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (An-Naml:31)
Di sini juga adalah satu perkara yang harus diberi perhatian. Orang Yahudi akan menyatakan bahawa sebenarnya kami adalah Muslim dan lafaz Bismillaahir Rahmaanir Rahiim adalah milik kami.
Dan, akhir sekali Allah berfirman:-



Yakni; Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri (Muslim)". (An-Naml:32)
Kemudian, Allah Ta’ala berfirman lagi:-


Yakni; Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan (masjid) di atas nama mereka". (Al-Kahfi:22)
Ayat ini menjadi bukti bahawa istilah masjid telah digunakan oleh orang Kristian dan itu menandakan istilah masjid adalah milik orang Krsitian. Jadi, jikalau lafaz masjid milik orang Kristian dan lafaz Muslim serta bismillah adalah milik orang Yahudi, orang Islam harus berhenti menggunakan istilah itu.
Demikian jugalah dalam isu penggunaan lafaz Allah dalam agama lain. Saya secara peribadi tidak keberatan jika orang Kristian menggunakan perkataan Allah. Sebab saya tidak akan terpengaruh dengan hanya panggilan nama Tuhan Allah. Dan saya sendiri telah dan sedang mempelajari Al-Kitab, dan di dalamnya banyak lafaz Allah digunakan, tetapi tidak juga menggugat keimanan saya untuk mengikuti ajaran Kristian, malah semakin ghairah untuk membetulkan kesalahfahan mengenai konsep ketuhanan dalam Kristian.
Sebenarnya, dalam soal ini saya tidak jumpa alasan apa yang digunakan orang Islam sehingga melarang penggunaan istilah oleh penganut agama lain. Bagi saya, istilah hanya sebutan di mulut sahaja. Kalau penggunaan istilah Allah oleh agama lain itu dikatakan menghina Islam, saya tidak setuju selagi pengguna itu sendiri yang menyatakannya demikian sebab tidak semua ajaran Kristian percaya kepada konsep Triniti. Ada juga kelompok Kristian yang percaya kepada konsep keesaan Tuhan.
Jadi, sebagai orang Islam, jangan kita terlalu ghairah sehingga membuat berbagai-bagai kenyataan yang boleh mengundang kekacauan. Islam agama perdamaian.
Sebenarnya, dalam tidak sedar, ramai umat Islam yang telah menghina Tuhan sendiri. Tidak kiralah orang Islam itu berpangkat datuk, datin, menteri, orang awam atau bangsawan, ringkasnya, amalan yang tidak berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah, mereka boleh dikategorikan sebagai menghina Allah.
Gambaran Allah dalam beberapa penganut Islam sendiri banyak yang silap. Contoh yang terdekat dan sehari-hari yang dilakukan ialah dalam lafaz niat ketika mendirikan solat. Ada beberapa orang imam yang saya jumpa menyatakan bahawa, jika tidak baca lafaz USALLI dalam solat, tidak sah, sebab ibarat kita pergi jumpa kawan mahu punjam barang, kalau kita tidak cakap, kawan itu tidak tahu apa yang kita mahu. Sebab itu solat pun demikian, kita mesti nyatakan tujuan kita berdiri, nak solat apa, berapa rakaat, mengadap kemana, dll. Saya jawab: tuan imam jangan silap, tuan tidak boleh samakan Tuhan dengan manusia. Tuhan Maha Mengetahui.
Banyak lagi yang hendak saya terangkan, tapi cukuplah untuk kali ini, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit pengetahuan kepada orang Islam yang ingin mencari kebenaran.
Pesanan saya, janganlah dibesar-besarkan isu seperti ini. Jangan merasa kecewa dengan keputusan hakim. Sebagai orang Islam, kita harus berpegang pada Al-Qur’an, hayati surah Al-Ikhlas. Serahkan kepada Allah, kalau memang mereka mahu guna perkataan Allah itu, biarkanlah. Mudah-mudahan dengan berkat kata Zat ALLAH itu, hati mereka terbuka untuk menerima Islam.
Tuhan Allah itu adalah Tuhan semua manusia, Tuhan Nabi Muhannad, Tuhan Nabi Isa, Tuhan Nabi Musa dan Tuhan setiap makhluk di seluruh alam. Cuma ada manusia yang tidak atau belum dapat menerima hakikat. Tuhan Allah bukan hanya milik orang Islam sahaja. Tetapi itulah Tuhan yang kekal abadi. Jadi, jangan cuba untuk monopoli.
Kepada penganut Kristian pula, jangan terlalu berbangga dengan keputusan hakim. Jika Tuhan kita memang sama, Allah yang Maha Esa, kamu semua harus menerima Islam, sebab itu yang diinginkan oleh nabi Isa. Sesungguhnya sang penghibur itu sudah datang. Dan banyak yang dikatakan kepada kamu apa-apa yang belum disampaikan kepada kamu selama nabi Isa hidup. Nabi Isa sudah wafat. Jangan pergi terlalu jauh, sebab jika kamu semakin jauh dari ajaran agama yang benar, suatu masa nanti jangan sampai merasa seperti yang pernah dirasakan oleh Nabi Isa dahulu; Eli Eli, lama sabakhtani, Tuhanku, kenapa Engkau meninggalkan aku.
Blog;
Wassalam.  


2 comments:

  1. Saudaraku,

    Apakah semua muslim di negara ini mempunyai pengetahuan yang mantap dan dapat mendalami Islam dengan baik serta merasainya? Perkara ini seharusnya ditegah untuk menjamin kemurnian islam itu sendiri di masa hadapan. Ia boleh menimbulkan banyak hujah dan pendapat yang akhirnya boleh memesongkan akidah pada pandangan umum.

    Jangan terkeliru saudara.

    Yang menjadi persoalan ketika ini mereka menggunakan perkataan allah tersebut hanya untuk dasar tafsiran sahaja dan ini boleh mengelirukan penganut agama islam yang lain yang cetek dalam ilmu agamanya. Mampukah saudara menjamin bahawa agama lain tidak memsongkan perkataan allah tersebut untuk kepentingan dakwah mereka.

    Hujah di atas memang menarik. Cuma sedikit teguran bahawa perkataan Muslim, Masjid dan lain-lain tidak menyentuh soal tauhid. Kalimah Allah sedikit sebanyak boleh dikatakan unik. Ia merujuk kepada ketuhanan yang kebanyakan orang tidak memahami dengan lebih mendalam.

    Perkara diatas sekadar teguran dan muzakarrah sahaja dan bukan untuk menimbulkan rasa riak sesama kita. Ingatlah kalahnya kerajaan Islam Kordoba kerana ramai orang kristian mempelajari islam semata-mata bertujuan untuk menumbangkan kerajaan islam tersebut demi agama mereka. Berhati-hatilah

    ReplyDelete
  2. @UMNO Cawangan Bukit Ampang:

    Isu larangan penggunaan kalimah ALLAH kerana takut umat Islam yang lain akan terkeliru dengan ajaran Nasrani itu adalah tidak masuk akal.

    Mengapa perlu takut jika Islam itu sudah sememangnya benar?

    Mengapa perlu untuk kita melakukan hukum ini hukum itu yang sememangnya hukum asal ada di dalam al-Quran seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas?

    Jika takut sangat gugatnya akidah umat Islam yang cetek ilmunya, pendekatan yang seharusnya kita adakan adalah memberi tarbiah dengan panduan al-Quran yang SEBENAR-BENARNYA.

    Isu pesongnya akidah kepada ajaran Nasara ini telah berlaku di India dahulu, kenapa? Sebabnya, umat Islam itu tidak sedar dan tidak mengkaji al-Quran bahawa NABI ISA (AS) ITU SUDAH WAFAT.

    Itu antara hujah utama dan akan menjadi dakyah kaum-kaum Nasrani.

    Renung-renungkan. Fikir di luar kotak, luar kotak budaya, ke laluan al-Quran yang sebenar.

    Wallahualam.

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...