Kepentingan dan Keberkatan Puasa
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: ayat 184]
Diriwayatkan oleh Hazrat Abu Hurairahra bahawa Rasulullahsaw bersabda; “Allah Azza Wa Jalla berfirman: Setiap amalan anak Adam itu untuknya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku akan memberikan ganjarannya.” (Maksudnya, sebagai balasan atas kebaikannya, Aku akan memberikan kunjungan-Ku kepadanya). Allah Taala berfirman bahawa Puasa itu adalah perisai, maka janganlah (seseorang yang sedang berpuasa) mengucapkan ucapan yang kotor, dan janganlah bertindak bodoh, dan jika ada orang yang sewenang-wenang merebut haknya atau mencelanya, maka katakan, ‘Saya sedang puasa’. Demi Zat yang nyawa Muhammad di Tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi, ini adalah disebabkan dia melakukannya demi Allah Taala). Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, apabila berbuka dia gembira dan apabila bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
Betapa beberkatnya ibadah puasa ini sehingga setiap pergerakan dan diamnya orang yang berpuasa itu bertukar menjadi ibadah. Jadi, Rasulullahsaw bersabda: “Diamnya orang puasa adalah ibadah. Tidurnya orang puasa adalah ibadah, doanya dikabulkan dan ganjaran pahala bagi amal ibadahnya dilipatgandakan.” (Kanzul Ummal)
Daripada
Abu Ayyub al-Ansarira, meriwayatkan bahawa Rasulullahsaw
bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal (kecuali hari pertama Aidilfitri), itu sama seperti berpuasa selama setahun. (kerana satu puasa menyamai 10 pahala, oleh itu 36 puasa menyamai 360 pahala)."
Hazrat
Khalifatul Masih Ke-IVra bersabda: Orang-orang yang meninggalkan
puasa ini mereka tidak dapat bayangkan kebaikan-kebaikan apa yang telah mereka
terlepas. Mereka tidak dapat menahan lapar untuk beberapa hari, mereka tidak
dapat menahan beberapa peraturan untuk beberapa hari, mereka telah terlepas
nikmat yang sangat besar.
Rasulullahsaw bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan walaupun satu puasa tanpa sebarang keuzuran dan sakit, maka berpuasa seumur hidup pun tidak boleh menggantikannya.”
Hazrat Aqdas Maseeh Mau’udas bersabda: Perkara ketiga di dalam rukun Islam ialah puasa. Orang ramai juga tidak menyedari hakikat puasa. Puasa bukan hanya sekadar berlapar dan menahan dahaga, malah satu daripada hakikat dan kesannya dapat diketahui melalui pengalaman. Di dalam fitrah manusia, semakin sedikit makan, semakin banyak ia dapat menyucikan diri dan semakin meningkat kekuatan melihat kasyaf. Keinginan Tuhan Yang Maha Esa adalah supaya seseorang itu mengurangkan satu makanan dan menambah makanan yang lain. Orang yang berpuasa harus selalu ingat bahawa ini tidak bererti dia hanya berlapar, tetapi dia harus sibuk dalam mengingati Allah untuk meraih Tabattul dan Inqita’. Oleh itu, tujuan dari puasa ialah manusia meninggalkan satu roti yang hanya menyuburkan tubuh dan memperoleh roti lain yang menjadi sumber ketenangan dan kepuasan bagi jiwa dan mereka yang berpuasa hanya untuk Tuhan dan bukan sebagai ritual semata-mata harus berterusan di dalam memuji dan memuliakan Allah Taala serta bertahlil (membaca Laa ilaha illAllah). Agar mereka memperoleh makanan yang lain. (Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas Jilid 1 ms. 440)
Semoga Allah Taala memberi taufik kepada kita semua untuk berpuasa dan meraih
keberkatan-keberkatannya dengan sebanyak yang mungkin. Amin.
No comments:
Post a Comment