Thursday, October 1, 2020

Pengharaman Khinzir (babi)

Ada satu perkara yang perlu diingat di sini iaitu khinzir telah diharamkan. Memang sejak dari dahulu lagi Tuhan telah mengisyaratkan dalam namanya sendiri. Sebab, kata khinzir adalah gabungan kata خنز (khinz) dan ار (ar) yang bermaksud “aku melihatnya sangat rosak dan buruk”. Kata (khinz) bermaksud ‘sangat rosak’ dan kata (ar) bermaksud ‘aku melihat’. Jadi, nama binatang yang diberikan sejak dari permulaan lagi oleh Tuhan ini memberikan isyarat tentang kekotorannya, dan satu kebetulan yang luar biasa iaitu di dalam bahasa Hindi juga binatang ini dinamakan ‘suar’. Perkataan ini merupakan gabungan kata  سوء (su’) dan ار (ar) yang bermaksud ‘aku melihatnya sangat buruk’. Dan tidak sepatutnya merasa hairan kenapa kata  سوء (su’) adalah perkataan Arab. Ini kerana di dalam buku kami Minanur Rahman telah membuktikan bahawa ibu segala bahasa adalah bahasa Arab. Dan bahasa Arab bukan hanya terdapat satu dua kata dalam pelbagai bahasa, malah ribuan kata. Jadi, suar adalah bahasa Arab dan sebab itu dalam bahasa Hindi su’ juga diterjemahkan sebagai buruk. Jadi, binatang ini juga dikatakan sebagai buruk. Tidak seharusnya sedikit pun ada keraguan dalam perkara ini kerana pada zaman itu ketika semua bahasa adalah bahasa Arab, di negara ini nama binatang ini terkenal dalam bahasa Arab yang sama maksudnya dengan khinzir, kemudian akhirnya ia jadi ingatan sahaja. Mungkin saja dalam Shastri ada perkataan yang hampir serupa sehingga berubah menjadi lain. Tetapi inilah yang lebih tepat kerana alasan memberikan nama itu ada kaitan, yakni kata khinzir sendiri menjadi saksi dan maknanya sama iaitu ‘sangat rosak’. Ia tidak memerlukan penjelasan lanjut lagi. Siapa yang tidak tahu bahawa binatang ini menempati kedudukan terawal dalam soal makan kotoran, juga tidak ada rasa malu dan dayus. Sekarang, sebab pengharamannya sudah jelas bahawa dari hukum alam menyatakan daging binatang yang kotor dan jahat boleh memberikan pengaruh buruk ke atas badan dan roh, kerana kami sudah jelaskan bahawa makanan juga boleh memberikan suatu pengaruh ke atas roh manusia. Jadi, apa yang diragukan lagi bahawa sesuatu yang buruk akan memberikan kesan yang buruk. Sebagaimana tabib-tabib Yunani sebelum Islam juga telah memberikan pandangan bahawa daging binatang ini boleh mengurangkan perasaan malu dan menambahkan sifat dayus. Sebab itu jugalah syariat melarang memakan bangkai kerana bangkai memberikan pengaruh sifat bangkai ke atas pemakannya dan juga pada masa yang sama membahayakan kesihatan. Dan binatang yang darahnya tetap berada dalam tubuh contohnya mati dicekik atau mati dipukul dengan kayu, semua binatang ini termasuk dalam kategori bangkai. Adakah darah bangkai yang tetap berada dalam tubuh badan, keadaannya tetap sama sahaja? Tentunya tidak! Malah disebabkan lembap ia akan semakin cepat kotor dan disebabkan tindakbalas membusuk akan merosakkan seluruh daging. Dan juga kajian-kajian terkini telah membuktikan bahawa sebaik sahaja mati, bakteria-bakteria darah akan menyebarkan racun berbahaya dalam badan yang membusuk.

(Islami Usul ki Filosofi, Rohani Khazain Jilid 10, halaman 338)


Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...