Khulasah Khutbah Jumaat
HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS
Aiyadahul Laahu Ta’ala Binasrihil
Aziz
29 Julai 2016, Masjid Baitul Futuh London
Keadaan dunia sekarang ini
sangat laju menuju kehancuran. Malang sekali ia telah menyebabkan berpecah
kepada berapa kelompok. Pemimpin-pemimpin Islam juga tidak menyedari bahawa
mereka sedang diperangkap oleh musuh-musuh Islam. Dan orang yang mementingkan
keuntungan mengambil peluang ini. Sebabnya ialah kerajaan tidak member
perhatian kepada rakyat malah cenderung untuk mengaut keuntungan peribadi.
Tidak ada semangat untuk bersabar dan tindakan daripada kerajaan juga berunsur
kezaliman. Jika kezaliman ini berterusan maka tindak balas akan terjadi yang
mana akan menggunakan kekuatan yang besar. Akal fikiran menuntut supaya berfikir
dengan mendalam sebelum melakukan sesuatu. Dalam melalui saat-saat sekarang ini
sangat memerlukan doa-doa.
Agama tidak mengajarkan untuk membunuh
orang-orang yang tidakbersalah. Jika Rasulullah saw menghantar pasukan ke medan
perang, baginda selalu berpesan agar jangan memberikan kesusahan kepada kaum wanita,
anak-anak, orang tua, rahib-rahib dan juga paderi-paderi. Apa lagi untuk membunuh
mereka.
Agama kita sendiri menolak perlakuan
ganas dan zalim, malah mengajarkan agar memperjuangkan keamanan dan perdamaian.
Seorang mukmin dalam solat mereka memohon kurnia dan rahmat kasih sayang Allah Ta’ala
dan dihindari daripada melakukan keburukan dan kekejian. Ini kerana solat menjauhkan
seseorang daripada perbuatan yang tidak disukai. Agama kita mengajarkan agar
jadikan kebiasaan member salam dan menyebarkan keselamatan. Setiap perintah
agama memberitahu bahawa agama kita adalah agama yang aman dan damai.
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam
bersabda bahawa terdapat dua bahagian dalam ajaran agama. Huququllah dan Huququl
Ibad. Ini adalah cara yang tidak betul jika memberikan kesusahan terhadap mereka
yang ada pertentangan agama. Agama juga mengajarkan supaya ada kesatuan di
kalangan manusia.
Berusahalah untuk melahirkan
di kalangan manusia kecintaan dan kasih sayang. Abaikan perkara yang selalu menjadi
persoalan iaitu ‘siapa dia dan apa agamanya’. Sebagai ganti melakukan kezaliman
dan membunuh orang yang tidak bersalah, adalah lebih baik jika membawa mereka kepangkuan
Tuhan dengan senjata keamanan dan perdamaian. Jadikan agama itu ibarat rahmat seorang
ayah dan bayangan kecintaan. Jangan berikan peluang kepada para penentang untuk
membuat sebarang kritikan.
Setiap Ahmadi hendaklah ingat bahawa
setiap serangan daripada mereka, kita seharusnya lebih mengetahui tanggungjawab
kita. Setiap kita hendaklah memberitahu kepada dunia bahawaasas agama kita ialah
aman dan keselamatan.
Pope Sahib juga telah memberikan
penjelasan yang cantik bahawa peperangan antarabangsa bukanlah peperangan agama
tetapi ia hanya peperangan untuk kepentingan sendiri. Kebelakangan ini melalui Twitter
dan Facebook amanat ini telah dapat disampaikan kepada jutaan orang. Melihat dan
memberikan jawapan adalah pekerjaan kita.
Sekarang ini banyak pekerjaan
yang masih tertinggal. Jangan sekali-kali pernah berfikir bahawa pekerjaan telah
dibuat dan merasa puas hati. Sangat perlu untuk melakukan khidmat dengan penuh kebijaksanaan
dan bersungguh-sungguh. Berdoalah supaya kemajuan dapat kita lihat dalam kehidupan
ini.
Setiap Ahmadi di mana pun
berada harus cenderung ke arah ini iaitu banyak berdoa dan memberikan sedekah. Rasulullah saw bersabda ‘atas sesiapa pintu rahmat
telah dibuka, maka seolah-olah pintu syurga telah dibuka untuknya’.
Demikian juga berkata;
‘berilah sedekah untuk menghindari ujian dan api’. Jadi wajib untuk kita semua bersedekah.
Hazrat Maseeh Mau’udalaihissalam
berkata: ‘musibat boleh terhindar melalui sedekah dan doa. Untuk pengabulan doa
amat perlu setiap insan membuat perubahan dalam diri dan jangan melanggar batasan
yang telah ditetapkan oleh Allah.
Kita hendaklah membaca doa-doa
yang tersedia di dalam Al-Quran. Hazrat Maseeh Mau’udalaihissalam telah menjelaskan
perkara ini bahawa doa-doa di dalam Al-Quran disediakan adalah supaya orang
mukmin selalu membacanya dengan penuh keikhlasan, pasti Allah Ta’ala akan memperkenankannya.
Huzur juga menyeru supaya Ahmadi
banyak membaca doa-doa tertentu di dalam Al-Quran. Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan
setiap Ahmadi daripada kejahatan para penentang dan kezaliman mereka dikembalikan
atas diri mereka sendiri. Dan semoga kita semua menjadi penyebar perintah-perintah
agama.