Sunday, December 30, 2012
Saturday, December 15, 2012
Sunday, December 9, 2012
DEFINISI ISLAM VERSI RASULULLAH SAW
Indahnya Islam
Ramai yang salah faham mengenai tindakan Nabi Besar
Junjungan Muhammad saw memecahkan berhala ketika peristiwa Fatah Mekah. Rasulullah
saw membinasakan 360 berhala di sekeliling dan di dalam Kaabah, pemusnahan ini
adalah untuk mengembalikan fungsi Kaabah kepada tujuan asalnya sebagai tempat
peribadatan sewaktu dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.
Tindakan ini bukan bermaksud Rasulullah saw mengizinkan orang Islam untuk
membinasakan berhala-berhala di kuil-kuil peribadatan agama lain. Buktinya,
kajilah sabda Rasulullah saw ini dengan sebaik-baiknya kerana ianya mengandungi
nasihat menjernihkan kekaburan fahaman, “Aku sangat meminta kepada kamu
supaya takut kepada Tuhan dan berlaku adillah terhadap orang-orang Muslim yang
berangkat berserta kamu. Pergilah berperang atas nama Allah dan gempurlah musuh
di Syria yang merupakan musuhmu dan musuh Allah. Jika kamu datang ke Syria,
kamu akan berjumpa dengan mereka yang banyak mengadakan zikir Ilahi di dalam
rumah-rumah peribadatan mereka, kamu hendaknya jangan berbantah dengan mereka
dan jangan mengganggu mereka. Di negeri musuh itu, janganlah membunuh wanita
dan kanak-kanak atau orang buta atau orang-orang yang sudah tua, jangan
menumbangkan pohon dan merebahkan bangunan-bangunan”(Halbiyya, Jilid 3).
Berpandukan kepada
nasihat Rasulullah saw, betapa cantik dan indahnya Islam kerana dalam keadaan
peperangan sekalipun perkara tersebut di atas dititik-beratkan. Bentuk
peperangan seperti inilah yang diberkati oleh Allah swt dan bukan seperti hari
ini umat Islam melancarkan serangan dengan merempuh segala pesan suci
Rasulullah saw. Kejahilan seperti ini mengakibatkan umat Islam sering kalah
dalam peperangan kerana apa yang mereka lancarkan tidak menepati kehendak Allah
swt. Perhatikan baik-baik perkara ini bahawa jika dalam keadaan perang
sekalipun, umat Islam tidak dibenarkan merosakkan rumah peribadatan agama lain,
apalagi dalam keadaan aman. Jadi, rumah peribadatan agama lain tidak boleh dirosakkan,
lebih-lebih lagi jika ada umat Islam dari satu mazhab merosakkan rumah ibadah
umat Islam dari mazhab lain. Tetapi inilah yang selalu terjadi, umpamanya di
Pakistan, mazhab Sunni menyerang mazhab Shiah, di Indonesia mazhab Sunni
berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan Jemaah Ahmadiyah dan begitulah
seterusnya. Demikian jugalah dalam ideologi politik yang berbeza, umat Islam
sanggup fitnah-memfitnah dan lebih parah lagi sanggup berbunuh-bunuhan sesama
saudara Islam, lihat apa yang berlaku di Palestin, kumpulan Fatah dan Hamas
saling berbunuh-bunuhan, di Libya penyokong kerajaan dan penyokong anti
kerajaan bertempur sesama sendiri. Di dalam rumah ibadah sekalipun berlaku
pembunuhan. Bagaimana dengan Negara Malaysia yang dicintai ini? Apakah ini yang
diajarkan oleh Rasulullah saw?
Besarlah kemurkaan Allah swt apabila ada segelintir orang yang
menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Islam sanggup merosakkan masjid atau
rumah Allah swt yang memiliki kalimat, "Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasuulullaah”. Allah swt telah memberi peringatan yang sangat
keras kepada golongan yang mahu menghalangi orang Islam lain daripada menyebut
nama Allah swt di dalam rumahNya sepertimana firmanNya, “Dan siapakah yang
lebih aniaya dari orang yang menghalangi menyebut namaNya di dalam
masjid-masjid Allah dan berusaha untuk merosakkannya? Mereka tidak layak masuk
ke dalamnya kecuali dengan rasa takut. Bagi mereka di dunia ada kehinaan dan
bagi mereka di akhirat tersedia azab yang besar” (Al Baqarah : 115). Berdasarkan kepada
ayat Al Quran ini, rumah Allah swt adalah tempat di mana nama Allah swt dipuji
dan diagungkan. Oleh itu, mana-mana tempat atau bangunan yang digunakan secara
tetap untuk menyembah Allah swt, itu adalah masjid. Oleh itu sesiapa yang
menghalangi seseorang untuk menyebut dan menyembah Allah swt di dalam rumahNya
maka Allah swt akan memberi kehinaan dan mendatangkan azab yang sangat pedih
kepada mereka. Malah Allah swt memberikan keizinan kepada mereka yang dianiaya
dan diusir tanpa sebab yang benar untuk mengangkat senjata melawan golongan
yang melakukan penganiayaan dan pengusiran, semata-mata kerana mereka berkata
Tuhan kami ialah Allah. Maka Allah swt berjanji untuk memberi
kemenangan, sepertimana firmanNya, “Telah
diperkenankan untuk mengangkat senjata bagi mereka yang telah
diperangi, disebabkan mereka telah diperlakukan dengan aniaya dan sesungguhnya
Allah berkuasa menolong mereka. Orang-orang yang telah diusir dari rumah mereka
tanpa sebab yang benar, hanya kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.”
..... (Al Hajj :40-41).
Definisi Islam Versi
Rasulullah saw
Jika ditelusuri, semua masalah ini berpunca apabila ada pihak yang
menokok tambah dan membuat definisi sendiri tentang status seseorang itu Islam,
atau tanpa merujuk kepada Al Quran dan sabda Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw. Dalam hadis
Shahih Muslim, Kitabul Iman, Jibril telah datang kepada Rasulullah saw dalam
jelmaan seorang manusia dan bertanya kepada Baginda saw: “Hai Muhammad!
Beritahukanlah kepadaku tentang Islam.” Rasulullah saw bersabda : “Islam, ialah
hendaknya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah
Utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan,
dan beribadah haji ke Baitullah jika engkau mampu menempuh di jalannya. Orang
itu (Jibril) berkata “Engkau benar!”. Difinisi Islam versi Rasulullah saw amatlah mudah dan sederhana.
Kesimpulannya, sesiapa pun dari kalangan umat Islam boleh saja berbeza pendapat
tetapi tidak bermakna dibenarkan saling tuduh menuduh atau saling kafir
mengkafirkan serta serang menyerang sehingga membawa kepada kerosakan serta kemusnahan harta benda
dan nyawa.
Pelajarilah kisah ini, Rasulullah saw
pernah kecewa dan sangat kesal kepada Usamah bin Zaid apabila Rasulullah saw
diberitahu bahawa Usamah membunuh seorang kafir yang mengucapkan Kalimah
Syahadah di dalam satu peperangan. Usamah bin Zaid membela dirinya dengan
mengatakan bahawa beliau berbuat demikian kerana beranggapan bahawa orang kafir
itu hanya mengucapkan Kalimah Syahadah disebabkan takut kepada pedang yang
dihayunkan olehnya dan bukan atas dasar keimanan yang sejati. Rasulullah saw
sangat marah dengan alasan yang diberikan sambil bersabda, “Apakah engkau
sudah membelah hatinya untuk membuktikan kenyataan itu?” (Shahih
Bukhari, Kitabul Maghazi, bab ba’tsi
an-Nabi Usmata ibna Zaid ila al-huruqat min juhainah, halaman 612). Berdasarkan
hadis sahih ini, ucapan Kalimah Syahadah seseorang yang dilafazkan di mulut
adalah memadai untuk mengiktiraf seseorang itu sebagai Islam. Apapun yang
terdapat dalam hati orang tersebut, itu hanyalah Allah swt yang memberi
pengiktirafan kepadanya. Tidak boleh menuduh seseorang mengucapkan Kalimah
Syahadah hanya berpura-pura atau menuduh mereka mengucapkan di mulut lain
tetapi di hatinya lain. Tuduhan tersebut tidak boleh dilakukan kerana perkara
ini bukan urusan manusia tetapi adalah hak mutlak Allah swt. Justeru itu, tiada pihak atau
mana-mana ulama yang boleh menokok tambah kepada definisi Islam yang ditetapkan
oleh Rasulullah saw. Dengan kata lain, selagi golongan tersebut mengamalkan
Rukun Islam yang disabdakan oleh Nabi Besar Muhammad saw, mereka
adalah ISLAM dan tiada sesiapa pun yang boleh melucutkan status tersebut. Oleh
itu sama ada seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah hanya di mulut sahaja
atau sebaliknya, itu adalah urusan Allah swt dengan orang tersebut. Para ulama
atau sesiapa sahaja tidak ada hak menentukan seseorang itu benar atau salah,
seseorang itu Islam atau kafir, lebih-lebih lagi jika diikuti dengan serangan
fizikal di mana Rasulullah saw amat kesal dengan tindakan Usamah bin Zaid
menyerang dan membunuh orang yang sedang mengucapkan Kalimah Syahadah.
Demikianlah indahnya ajaran Islam yang diajarkan oleh Rasulullah saw lebih 1400
tahun dahulu. Apakah ajaran tersebut tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada
hari ini sehingga begitu mudahnya seseorang menghukum dan mengkafirkan saudara
seagamanya sendiri?
Apakah jika seseorang
Islam meminum arak, berzina, mencuri, tidak solat lima waktu, tidak mengamalkan
apa yang diamalkan oleh orang lain boleh dilabel sebagai orang terkeluar dari
agama Islam, murtad dan kafir? Oleh itu, janganlah terikut-ikut mengkafirkan
pihak lain, pendapat yang berbeza ataupun tindak-tanduk seseorang Islam tidak
menepati cita rasa orang Islam yang lain atau ajaran Islam, tidak bermakna
orang tersebut boleh difatwakan murtad dan kafir. Hal seperti ini hanya memberi
gambaran kepada tahap kesempurnaan keimanan dan ilmu yang dimiliki orang
berkenaan. Cukuplah Kalimah Syahadah dan Rukun Islam sebagai
panduan untuk menentukan seseorang itu Islam atau tidak. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa
memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya
bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan
(menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa mengatakan
orang lain kafir dan murtad. Perkara seperti ini nampaknya sudah menjadi lumrah
di kalangan umat Islam hari ini. Sebahagian besar umat Islam dengan mudah mempercayai
sesuatu yang dikatakan oleh orang lain, lebih-lebih lagi yang dikatakan itu
keluar dari mulut seesorang yang bergelar ustaz atau ulama tanpa menyelidiki
mungkin yang dikatakan itu adalah fitnah belaka. Sabda suci Rasulullah saw juga
memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang
bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam
yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka
akan diazab dengan kehinaan oleh Allah swt. Berhati-hatilah, kesilapan dan
kelalaian seperti ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini
dilanda pelbagai masalah dan musibah. Allah swt amat
mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang bakal terjadi di
dalam umat Islam, maka Dia memberi petunjuk yang terbaik untuk
menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut. Allah swt berfirman, “Hai
orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka
selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang
memberi salam kepadamu “Engkau bukan mukmin”,
Kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah
banyak kekayaan” (An Nisaa’ : 95).
Apa yang
perlu diberi perhatian ialah berdasarkan kepada ayat Al Quran tersebut di atas,
hanya perkataan salam sahaja telah menyebabkan
Allah swt memerintahkan jihad itu harus dihentikan. Jika perkataan salam sahaja
sudah memadai, apalagi jika seseorang itu atau satu kumpulan atau lebih
tepat lagi sebuah jemaah mengakui diri mereka sebagai Islam dan terpampang
Kalimah Syahadah di masjid mereka. Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati
apabila mendengar sesuatu kelompok Islam dikatakan kafir atau murtad,
jadikanlah peringatan Allah swt di atas sebagai panduan. Kalau perintah ini
diabaikan juga pasti Allah swt menurunkan azabnya.
Wujud Paling
Buruk?
Persoalan
yang timbul di kalangan umat Islam, siapakah yang bertanggungjawab mencemari
kesucian agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan
menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam sehingga berlaku kepada pembunuhan
dan kerosakan? Dalam hal ini bukan niat untuk memburuk-burukkan ulama tetapi
ingin mengingatkan pesan suci Nabi Muhammad saw. Baginda saw telah memberikan
gambaran yang paling tepat mengenai sebahagian ulama Islam di zaman ini yang
dianggap sebagai wujud yang paling buruk di bawah kolong langit dan seperti
kera serta khinzir. Mengapa perumpamaan yang keras seperti ini disabdakan oleh
Rasulullah saw?
“Akan ada
dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada
ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi”( HR Al Hakim dalam
Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).
“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal
dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya
tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. ULAMAnya
akan menjadi wujud PALING BURUK di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah
akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).
Berdasarkan kepada
hadis di atas, sememangnya wujud golongan dalam masyarakat Islam sepertimana disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu
apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka dan para
ulama ini pula adalah wujud yang paling buruk di bawah kolong langit. Salah
satu bukti yang menggambarkan sifat ulama ini dan menyempurnakan sabda suci
Rasulullah saw ialah dengan mudahnya mereka mengeluarkan fatwa mengkafirkan kumpulan
Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka
para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya.
Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut
kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau
ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera”
iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang
kedudukan perkara sebenar.
Sifat
babi atau khinzir yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran, najisnya
pun dimakannya dan ini melambangkan sifat tidak tahu malu yang bermaksud
golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu
malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh
Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka
mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam
lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu
adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw
terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras. Ini adalah kerana Rasulullah saw
mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya
keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan
membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt Yang
Maha Pengasih dan Penyayang semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt
tidak suka kepada kerosakan, “...Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (Al Qashash : 78).
Perbuatan memfitnah
dan menggunakan kekerasan adalah bukti bahawa umat
Islam hanya pada nama sahaja, Islam dan Al Quran hanya tinggal tulisan sahaja
kerana majoriti umat Islam telah membelakangkan ajaran Al Quran sehingga
sanggup menyerang masjid dan membunuh orang Islam yang difitnah. Masjid-masjid
golongan para ulama yang dimaksudkan besar-besar dan indah-indah belaka tetapi
kosong dari petunjuk kerana masjid mereka menjadi medan menabur fitnah-fitnah
kepada orang lain agar masyarakat membenci dan menjauhi kelompok yang dianggap tidak
sealiran dengan pemikiran mereka. Namun begitu berdasarkan kepada hadis yang
sama juga memperlihatkan bahawa Allah swt akan memberi petunjuk dan membongkar
pembohongan mereka dan masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah itu akan
kembali kepada golongan ulama berkenaan. Masyarakat akan melihat sendiri dan
sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw
kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta
perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw. Oleh
itu sempurnalah firman Allah swt, “Dan
Rasul itu akan berkata, ‘Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku telah memperlakukan Al
Quran ini sebagai sesuatu yang telah ditinggalkan” (Al Furqaan : 31). Amat
jelas bahawa rasul yang dimaksudkan itu mengadu kepada Allah swt dalam keadaan
kesal dan sedih. Inilah yang terjadi dan sedang berlaku dalam umat Islam, ramai
yang membaca Al Quran, masjid-masjid ramai pengunjung namun apa yang dikesalkan
adalah amalan yang dituntut oleh Al Quran adalah sesuatu yang telah
ditinggalkan.
Murtad
Dihukum Bunuh?
Dari mana
sumber hukum ini, Al Quran, hadis, sunnah Rasul saw atau ulama berfikiran
sempit? Rasulullah saw tidak pernah mengeluarkan perintah menjatuhkan hukuman
bunuh terhadap orang yang murtad. Allah swt lebih murka apabila ada golongan
yang cuba merampas hakNya dan melakukan kekerasan dengan menggunakan nama Allah
swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Faktor ini juga antara penyebab utama
yang menghambat proses kebangkitan Islam. Golongan tersebut mengeluarkan
pendapat yang bertentangan dengan perintah sebenar Allah swt. Sebagai contoh,
mereka salah faham mengenai gerakan Ar Riddah yang berlaku di zaman
Khalifah Abu Bakar As Siddiq. Khalifah Abu Bakar ra memerangi golongan tersebut
bukan kerana masalah kemurtadan
mereka tetapi disebabkan mereka melancarkan peperangan dan menghasut pihak lain
untuk melakukan pemberontakan terhadap umat Islam. Ingatlah pesanan Allah swt
memerintahkan umat Islam untuk menggunakan AKAL. Sebenarnya dua isu yang
berbeza, pertama ialah isu murtad dan isu ini adalah berkaitan dengan keimanan
yang merupakan hak Allah swt manakala yang kedua ialah isu pemberontakan. Dalam
soal pemberontakan ini adalah satu pengkhianatan kepada negara yang perlu
dijatuhkan hukuman oleh pemerintah atau kerajaan. Bertukar agama bukan satu
pengkhianatan kepada negara jika golongan tersebut tetap menjadi warganegara
yang baik. Sekali lagi diseru agar umat Islam menggunakan akal sepertimana disarankan oleh Al Quran Karim. Sebagai contoh,
jika ada orang Islam telah memeluk agama Kristian dan tetap menjadi warganegara
yang baik, apakah individu tersebut layak dibunuh? Jika umat Islam ingin
membenarkan hal ini, bagaimana jikalau tokoh agama Kristian membuat undang-undang
yang sama iaitu sekiranya penganut agama Kristian memeluk agama Islam maka
mereka akan dibunuh! Apa perasaan umat Islam apabila melihat perkara ini?
Samalah dengan orang Kristian, mereka juga akan marah jika saudara barunya
dibunuh oleh orang Islam. Tidakkah ini akan membawa kepada pergaduhan,
pembunuhan dan kerosakan? Lebih serius lagi apabila ramai yang bertukar agama
maka akan ramailah yang dijatuhkan hukuman bunuh, tidakkah ini akan menimbulkan
perasaan benci dan permusuhan, akhirnya perang agama bakal tercetus?
Allah swt
tidak suka kepada kerosakan dan jangan salah faham mengenai peperangan yang
dilakukan oleh Rasulullah saw. Baginda saw terpaksa berperang hanya untuk
mempertahankan diri dari kekejaman dan penganiayaan orang-orang Mekah Musyrikin
dan musuh-musuh Islam yang lain. Islam adalah agama yang dipelihara oleh Allah
swt, jika agama lain dikatakan telah banyak campurtangan manusia masih boleh memperlihatkan
sifat kasih dan sayang, apakah Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang memerlukan
undang-undang bersifat zalim terkandung dalam Al Quran Karim? Di sini, bukan
untuk menyokong atau menggalakkan orang Islam menjadi murtad tetapi perlu
disedari bahawa soal keimanan adalah HAK ALLAH SWT, jika umat Islam cuba mengganggu hak Allah swt,
pasti Dia akan memperlihatkan kemurkaanNya. Ayat ini cukup jelas dan mudah
difahami, “Tiada
paksaan dalam agama, telah nyata perbezaan antara kebenaran dan kepalsuan” (Al
Baqarah : 257), “Katakanlah! Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu kebenaran daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang mendapat petunjuk, hanya
ia dapat petunjuk untuk dirinya. Barangsiapa yang sesat, hanya ia sesat untuk
dirinya dan aku bukanlah penjaga atas dirimu” (Yunus : 109).
Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan Rasulullah
saw untuk memberitahu umat manusia KEBENARAN
sebenarnya terdapat dalam Al Quran yang dikenali sebagai ajaran Islam.
Rasulullah saw hanya bertanggungjawab untuk menyampaikannya, tanpa ada unsur
paksaan. Sesiapa yang menerimanya maka itu adalah untuk kebaikan dirinya
sendiri. Sesiapa yang menolaknya maka itu adalah untuk kerugian bagi dirinya
sendiri. Rasulullah saw diperintahkan agar memberitahu umat manusia bahawa
beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan, setiap jiwa
bertanggungjawab atas dirinya sendiri dan Rasulullah saw tidak boleh memaksa
sesiapa untuk menerima ajaran yang dibawanya. Al Quran menunjukkan jalan yang
wajib dilalui untuk sampai ke dalam taman keredhaan Allah swt, sesiapa sahaja
bebas memilihnya atau sebaliknya tanpa mengira masa dan tempat.
Selanjutnya Allah swt
berfirman, “Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari
Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan
barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan
bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika
mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi
yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan
tempat istirahat yang paling jelek” (Al Kahfi : 30). Di dalam ayat ini
juga Allah swt menjelaskan sesiapapun bebas menerima atau menolak kebenaran.
Namun pada masa yang sama terdapat amaran yang amat pedih kepada sesiapa yang
membelakangkan kehendak Allah swt. Ini bermakna tidak ada sesiapapun yang
berhak menjatuhkan hukuman ke atas orang yang benar-benar keluar dari agama
Islam. Allah swt memberi kebebasan mutlak kepada sesiapa sahaja samada mahu
beriman atau ingkar. Sesiapapun bebas memilih untuk menerima Islam tanpa sebarang
paksaan, bebas memasuki pintu-pintu yang sedang terbuka luas. Tidak ada kuasa
yang boleh memaksa seseorang untuk menerima Islam atau untuk menghalang
seseorang daripada menerima Islam, Allah swt tidak mengizinkannya. Inilah
ajaran Islam sebenar yang diajarkan oleh Al Quran, tidak ada sesiapa yang
diberikan kuasa memaksa orang lain menerima Islam atau menolak Islam. Malaikat
diciptakan untuk menurut dan melaksanakan perintah Allah swt, para malaikat
tidak diberi kuasa untuk mempersoalkan perintah. Oleh itu jika Allah swt tidak
memberikan manusia kebebasan untuk memilih melakukan sesuatu bermakna
penciptaan di antara malaikat dan manusia sama sahaja dan matlamat Allah swt
untuk mencipta alam dan isinya tidak akan tercapai.
Tidak
memadai dengan ayat di atas, Allah swt selanjutnya berfirman, “Sesungguhnya
orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula) kemudian kafir
lagi, kemudian bertambah tambah kekafirannya, Allah tidak akan mengampuni
mereka dan tidak menunjuki mereka kepada jalan yang lurus” (An Nisaa’ : 138). Allah swt berfirman lagi, “Hai orang-orang beriman, barangsiapa di
antara kamu yang murtad dari agamanya
kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka
pun mencintaiNya” (Al Maa’idah : 55). Allah swt berfirman lagi, “Sesungguhnya
orang-orang yang ingkar sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah dalam
keingkarannya, sekali-kali tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah
orang-orang sesat. Sesungguhnya orang-orang yang ingkar, dan mereka mati dalam
keadaan masih ingkar, maka sekali-kali tidak akan diterima dari seorang pun di
antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun ia hendak menebus dirinya dengan itu.
Bagi mereka ini siksaan yang pedih dan tiada bagi mereka seorang penolong pun.”
(Ali ‘Imran : 91-92).
Jika Allah
swt merestui hukuman bunuh ke atas orang murtad maka tidak perlu Allah swt
mengulang-ulang masalah kekafiran seseorang. Berdasarkan kepada pengulangan ini
memperlihatkan seseorang itu boleh masuk dan keluar daripada agama Islam dengan
sesuka hati dan hukumannya adalah daripada Allah swt. Allah swt tidak
memerlukan golongan tersebut kerana Dia akan menggantikannya dengan golongan
lain yang lebih setia kepada Islam. Jika Allah swt tidak mahu kepada golongan
murtad yang dimaksudkan, mengapa ada pihak mahu memaksa Allah swt untuk terus
menerima mereka? Seseorang hanya boleh memberi nasihat dan bukan menggunakan
paksaan dan ugutan kerana Allah swt berfirman, “Dan sekiranya Allah engkau memaksakan kehendakNya, nescaya semua orang
yang ada di bumi akan serentak beriman. Apakah engkau akan memaksa manusia
hingga menjadi orang beriman? Dan tidak
seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah. Dan Dia menyebabkan
siksaanNya kepada orang yang tidak mahu mempergunakan akal” (Yunus : 100-101). Tidak ada dalam ajaran Islam memaksa
seseorang untuk beriman, lebih-lebih lagi melaksanakan hukuman bunuh
kononnya untuk menakutkan orang Islam yang lain agar tidak terikut untuk
menjadi murtad. Apakah ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw bertujuan
untuk menakutkan dan memaksa umat manusia? Sedangkan Allah swt berfirman:
“Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi
semesta alam” (Al Anbiyaa’ : 108).
Berbalik
kepada masaalah murtad tadi, jika seseorang dihalang untuk keluar daripada
Islam sedangkan mereka sama sekali sudah tidak ada kecintaan terhadap agama
Islam, tindakan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi munafik. Al
Quran menerangkan golongan munafik akan dicampakkan ke dalam neraka yang paling
bawah dan terpanas. Persoalannya, apakah
umat Islam mahu memiliki “saham” terhadap kemunafikan tersebut dan mahu
memaksa Allah swt menerima golongan murtad ini?
Jadikan teladan atas apa yang terjadi kepada umat Islam setelah beberapa tahun
kewafatan Rasulullah saw. Perpecahan awal di kalangan umat Islam adalah
disebabkan oleh ramainya golongan munafik sehingga Khulafa Rasyidin tidak mampu
untuk membendungnya, sehingga khalifah Allah swt sendiri ada yang wafat
disyahidkan. Lebih
menghairankan ada pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Pembela Islam sanggup
bermati-matian mendesak pihak berkuasa membatalkan permohonan seseorang yang
ingin keluar dari Islam. Malangnya mereka tidak pula berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan keislaman seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam
tetapi dituduh murtad atau terkeluar dari Islam oleh pihak lain. Sedangkan
pihak yang dituduh murtad tersebut mendakwa diri mereka tetap beragama Islam
dan melafazkan Kalimah Syahadah "Laa
ilaha illallah, Muhammadur-Rasulullah”. Manakala golongan yang ingin dipertahankan oleh Pembela Islam ini secara
terang-terangan telah menggugurkan Kalimah Syahadah di hati mereka. Mengapa
golongan yang mahu keluar dari Islam dikekalkan dan golongan yang mengatakan diri
mereka sebagai Islam ingin dikeluarkan? Lihatlah betapa kacaunya jika sesuatu
tindakan tidak berlandaskan kepada kehendak dan penafsiran yang benar selari
dengan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah diterangkan di atas, jelas memperlihatkan
umat Islam di negara ini juga diambang kemurkaan Allah swt kerana telah mula
melakukan pelbagai perlanggaran dan kelalaian. Allah swt tidak mahu namaNya
Yang Maha Suci, Pengasih dan Penyayang digunakan di dalam melakukan
penganiayaan, ketidakadilan, kezaliman, kekerasan dan penaburan fitnah. Allah
swt sedang memberi hukuman yang bersifat pengajaran kerana Dia masih memberi
kesempatan kepada umat Islam di negara ini dan mahu mengingatkan mereka agar
kembali menyemak dan mengamalkan segala perintah-perintahNya. Namun begitu,
jika umat Islam di negara ini terus melakukan penganiayaan dan kezaliman
tersebut maka mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti negara-negara
Islam lain yang sedang menerima ujian-ujian besar daripada Allah swt. Justeru
itu, syukurilah keamaman dan kemakmuran yang dikecapi ini dengan cara yang
disenangi oleh Allah swt.
Tokoh-tokoh Suci Difatwakan Murtad
Kebiadaban merosak dan membakar masjid telah menimbulkan kemurkaan Allah
swt dan Dia telah mendatangkan azab yang sangat pedih kepada beberapa kumpulan
atau Jemaah Islam dan bahang azab itu juga turut dirasai oleh penduduk negara berkenaan. Hal ini terjadi
di Pakistan, Bangladesh dan Indonesia apabila ada segelintir pihak pelampau
agama Islam dari sesebuah Jemaah mengkafirkan kelompok Islam yang lain lalu menyerang dan membakar masjid mereka. Lebih
memilukan lagi mereka melaungkan nama Allah Yang Maha
Besar sewaktu melakukan kerosakan tersebut. Perbuatan terkutuk ini tidak kurang
hebatnya untuk mengundang kemurkaan Allah swt kerana pada pandanganNya selagi seseorang mengaku sebagai Islam dengan mengucapkan
Kalimah Syahadah, individu atau kelompok tersebut adalah Islam. Perhatikan
mana-mana negara Islam di mana perkara ini berlaku, negara tersebut tidak akan
menikmati kemakmuran kerana Allah swt melaknat mereka. Allah swt juga murka terhadap umat Islam yang tidak mencegah penganiayaan
tersebut dengan membiarkan saudara Islamnya melakukan kezaliman sehingga
berlakunya penganiayaan dan pembunuhan. Allah swt berfirman, “Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya
ialah jahanam: ia akan menetap di dalamnya. Dan Allah murka kepadanya dan
melaknatnya dan menyediakan baginya azab yang sangat besar.” (An Nisaa’ : 94).
Pembunuhan sesama Islam adalah merupakan di antara dosa besar yang sering
dilakukan oleh sebilangan umat Islam. Oleh itu janganlah merasa hairan melihat
kekacauan dan kemunduran kebanyakan negara Islam pada hari ini kerana semua ini
ada kaitan dengan dosa yang pernah dan sedang mereka lakukan. Perkara ini juga
telah menimpa beberapa tokoh suci Islam yang disanjungi seperti cucu
kesayangan Rasulullah saw iaitu putera kepada Hazrat Khalifah Ali ra (khaatam-ul-auliya)
yakni Imam Hussein, terpisah badan dan kepalanya akibat fatwa yang dikeluarkan
oleh sekumpulan ulama. Begitu juga Imam Shafie (juga digelar sebagai khaatam-ul-auliya),
Imam al Bukhari, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ghazali dan beberapa tokoh ulama
Islam yang lain. Mereka dikafirkan dan
dituduh sesat kerana pandangan mereka yang bersifat progresif bertentangan
dengan sekumpulan para ulama berfikiran sempit pada waktu itu. Perbezaan
pendapat ini menyebabkan para ulama tersebut tersinggung dan mereka cipta
pelbagai fitnah dan mengeluarkan fatwa untuk menuduh tokoh-tokoh suci Islam
tersebut sebagai murtad, kafir dan sesat sehingga kerajaan dan masyarakat
terikut-ikut melakukan penganiayaan dan kezaliman ke atas mereka. Umat Islam
wajib berhati-hati dengan permainan kotor ini kerana jika tokoh-tokoh suci
tersebut mudah dikafirkan dan dimurtadkan oleh para ulama, sudah tentu di zaman
ini pasti para ulama yang kotor hatinya mudah memerangkap masyarakat Islam
untuk mempercayai sesebuah kumpulan
Islam atau seseorang dikatakan sesat dan kafir. Oleh itu umat Islam perlu berwaspada apabila berdepan dengan perkara ini
kerana janganlah mengulangi dosa-dosa umat Islam terdahulu yang telah menimbulkan
kemurkaan Allah swt.
Thursday, December 6, 2012
KHULASA KHUTBAH 30.11.2012
Huzur menerangkan
tentang rufaqa (sahabat-sahabat) Hazrat Maseeh Mau’ud (as) mengenai keyakinan
mereka terhadap Hazrat Maseeh Mau’ud (as), pengaruh kitab-kitab beliau atas
mereka, iaitu dengan membacanya, hati para sahabat-sahabat beliau terpancar
sumber kebenaran dan dengan itu dapat diketahui bahawa Allah Ta’ala memberi
mereka petunjuk melalui mimpi-mimpi.
Hazrat Syeikh Zainal
Abidin Sahib meriwayatkan: Kakak ipar saya sakit kuat, Hazrat Maseeh Mau’ud (as)
mengarahkan agar saya mengambil ubat daripada Hakim Nuruddin Sahib, Khalifah
Awwal. Tetapi, pesakit berkeras untuk meminta resepi daripada beliau sehingga
beliau memberikan satu resepi. Apabila resepi itu ditanyakan kepada Khalifa
Awwal, beliau menyatakan bahawa resepi ubat ini sangat berbahaya untuk pesakit.
Jika ubat ini saya berikan kepada pesakit, maka dia akan segera meninggal
dunia. Tetapi, oleh kerana resepi ini dari Huzur, maka wanita ini akan sembuh. Selang
tiga hari kemudian, wanita itu telah sembuh.
Hazrat Miya Muhammad
Syarif Sahib Kasymiri menerangkan bahawa: Seluruh ahli keluarga saya menderita
penyakit taun, tuan tolong doakan kami. Hazrat Maseeh Mau’ud (as) berkata: Tuan
banyakkan membaca Istighfar. Maka kami pun banyak membaca Istighfar dan dengan
kurnia Allah Ta’ala semua menjadi pulih.
Hazrat Miya Syarif
Sahib berkata: Jamaluddin Sahib Sikhwani mempunyai penyakit mata berair. Dengan
berpandukan ilham Hazrat Maseeh Mau’ud (as) iaitu ‘Raja akan mengambil berkat
dari pakaian engkau’, maka dia menyapukan bahagian pagri (serban) beliau pada
matanya sehingga penyakit matanya sembuh. Kemudian, saya juga ada penyakit
mata, saya juga ada menyapukan bahagian itu pada mata saya menyebabkan penyakit
itu sembuh.
Hazrat Miya Muhammadin
Sahib anak kepada Nuruddin Sahib berkata: Buku Barahin Ahmadiyah telah
menciptakan satu revolusi dalam diri saya dan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) telah
membawa iman dari bintang Tsuraiya lalu memasukkan ke dalam hati saya. Dalam
tahun 1895, saya telah bai’at pada tangan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) di atas
Masjid Mubarak.
Hazrat Miya Muhammadin
Sahib berkata: Pernah sekali saya memicit Hazrat Maseeh Mau’ud (as) di atas
Masjid Mubarak berdekatan dengan mihrab. Terlintas dalam hati saya fikiran
bahawa saya seorang yang tidak tahu agama dan para maulvi (ulama) akan
mengganggu saya, apa yang perlu saya lakukan. Saya juga malu untuk bertanya
kepada Hazrat Maseeh Mau’ud (as). Hazrat Maseeh Mau’ud (as) berkata dengan begitu
lantang sambil memandang muka saya sehingga saya menggeletar. Beliau berkata:
Orang yang selalu membaca buku-buku kita tidak akan dapat dikalahkan.
Hazrat Choudry Fatah
Muhammad Sahib menerangkan: Saudara saya Nawab Din bermimpi bahawa Huzur
meminta kepada saya wang sebanyak lapan sen. Kemudian saya dan Nawab Din pergi
memberikan wang kepada beliau dan memperdengarkan mimpi berkenaan. Huzur
berkata: Dari mimpi itu menjelaskan bahawa kamu akan belajar ilmu. Jadi,
apabila Maulvi Sikandar Ali datang ke kampung kami, maka kami belajar Al-Qur’an
dan beberapa buku lain daripadanya. Dengan itu, mimpi dan sabda Huzur menjadi
sempurna.
Peristiwa bai’at Hazrat
Fazal Din Sahib telah dijelaskan dengan terperinci oleh Huzur. Melalui berbagai
mimpi, kebenaran Hazrat Maseeh Mau’ud (as) menjadi jelas atas beliau. Dia berkata:
Buku-buku Hazrat Maseeh Mau’ud (as), perjumpaan Mazhab Mahutsu dan membaca Empat
Jilid buku Barahin Ahmadiyah menjadikan timbul dalam hati saya bahawa buku
seperti ini tidak pernah ditulis sebelumnya.
Akhir sekali Huzur
menceritakan kisah pengorbanan Mukarram Choudry Nusrat Mahmud Sahib bin
Mukarram Choudry Manzoor Ahmad Sahib dari Amerika yang meninggal dunia di
Karachi, solat jenazah ghaib juga dilakukan selepas solat Jumaat.
Doa terakhir: Semoga
Allah Ta’ala memberikan perlindungan terus menerus kepada setiap Ahmadi di
Pakistan dari kejahatan para penentang. Kuatkan berdoa pada masa sekarang ini.
(Daily Al-Fazl 4
Disember 2012)
Wednesday, December 5, 2012
Khalifa of Islam visits Mayor of London
Mayor of London invites Khalifa of Islam to City Hall
Khalifa of Islam visits Mayor of London
On 19 November 2012, Boris Johnson, Mayor of London, welcomed Hadhrat
Mirza Masroor Ahmad, Fifth Khalifa and World Head of the Ahmadiyya
Muslim Jamaat, to City Hall.
During the 45-minute meeting the Head of the Ahmadiyya Muslim Jamaat
and the Mayor discussed various issues, including the establishment of
world peace, the true peaceful teachings of Islam, the efforts of the
Ahmadiyya Muslim Jamaat in fighting extremism and the persecution faced
by the Jamaat in certain countries.
Praising the Ahmadiyya Muslim Jamaat’s motto of ‘Love for All, Hatred for None’ the Mayor said that such a message ‘ought to be the foundation for London’. Hadhrat Mirza Masroor Ahmad said that it ought to be the basis not only for London but for the ‘entire world’.
The Mayor congratulated the Ahmadiyya Muslim Jamaat on raising more
than £350,000 for UK based charities in the past year and also for its
efforts in supporting the Diamond Jubilee celebrations. Boris Johnson
said the efforts of the Jamaat under the leadership of Hadhrat Mirza
Masroor Ahmad were ‘truly wonderful’.
The Mayor also spoke of his delight at the various London Bus
advertising campaigns conducted by the Ahmadiyya Muslim Jamaat in which
Islamic teachings of ‘peace, justice and equality’ had been promoted.
Hadhrat Mirza Masroor Ahmad explained the theological differences
between Ahmadi Muslims and non-Ahmadi Muslims. He said the basic
difference is that the Ahmadiyya Muslim Jamaat believes its Founder,
Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad of Qadian, to be the Promised Messiah and
Imam Mahdi.
His Holiness said that after the demise of the Promised Messiah, the
institution of Khilafat had begun and he himself was the Fifth Khalifa
(Successor) of the Promised Messiah. His Holiness said that though he
was a direct descendent of the Promised Messiah, Khilafat was not in any
way a hereditary institution.
The leaders discussed the persecution faced by the Ahmadiyya Muslim
Jamaat in Pakistan. Hadhrat Mirza Masroor Ahmad informed how he had
spent 11 days in jail, prior to his election, on charges that proved to
be entirely false. His Holiness described the conditions of the jail to
be hostile and extremely overcrowded.
Hadhrat Mirza Masroor Ahmad said that in all areas Ahmadi Muslims
were persecuted in Pakistan and due to State legislation and provisions
they were unable to even exercise the basic civil right to vote.
The Mayor spoke of how he had found the address given Hadhrat Mirza Masroor Ahmad at the Peace Symposium 2012 to be ‘extremely thought provoking’. He said he had been interested to hear the view of the Khalifa about the risks of a nuclear war and world peace.
His Holiness said that he remained extremely concerned that nuclear
weapons could fall into the hands of extremists and thus cause huge
destruction to the world.
Hadhrat Mirza Masroor Ahmad was pleased to see that a copy of the
Holy Qur’an on the bookshelf of the Mayor had actually been translated
into English and published by the Ahmadiyya Muslim Jamaat.
The meeting ended with the Mayor stating that he would continue to offer his ‘full support’
to the Ahmadiyya Muslim Jamaat in all respects. Hadhrat Mirza Masroor
Ahmad thanked him on behalf of the worldwide Jamaat and said he hoped
the mutual friendship would continue to develop.
Following the conclusion of the meeting the Mayor escorted His
Holiness to an outside balcony to view the London skyline. After an
exchange of gifts both the Mayor and His Holiness answered questions for
MTA International.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Fitnah Kristian itu sangat besar, sebab itu Allah Ta’ala di dalam Al-Quran telah memberikan satu surah khusus yang menyentuh tentang mereka....
-
Orang Mukmin telah diajarkan oleh Allah Ta’ala satu doa di dalam surah Al-Fatihah iaitu ihdinas shirootal mustaqiim yang bermaksud tunju...