MALFOOZAAT
HAZRAT MASEEH MAU’UD ALAIHISSALAM
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
DUA JALAN MENUJU KEMAJUAN
SULUK
Orang-orang Sufi telah menulis dua jalan menuju kemajuan. Satu adalah suluk dan kedua adalah jazab. Suluk adalah mereka yang berfikir dengan penuh kesedaran dan bijak lalu memilih jalan Allah dan Rasul sallallaahu alaihi wasallam. Sebagaimana firman Allah: QUL INKUNTUM TUHIBBUNALLAAHA FATTABI’UUNII YUHBIBKUMULLAH (Ali Imran:32) yakni jika kamu ingin dicintai Allah, maka ikutilah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Inilah Rasul pemberi hidayat yang sempurna, di mana telah menanggung pelbagai kesusahan bahawa dunia tidak memberi perhatian kepada baginda. Satu hari pun baginda hidup tidak tenteram. Zaman sekarang ini, pengikut baginda yang sejati ialah mereka yang mengikuti setiap qoul dan fi’il baginda dengan penuh kesungguhan. Pengikut sejati itu adalah mereka yang benar-benar mengikuti segala-galanya secara menyeluruh. Orang yang hanya inginkan kesenangan tidak disukai oleh Allah Ta’ala, malah mereka akan berada di dalam kemurkaan Allah Ta’ala. Perintah Allah di sini untuk mengikuti Yang Mulia Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, maka perbuatan seorang salik yang sepatutnya ialah pertama sekali hendaklah melihat dengan sempurna sejarah Yang Mulia Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, kemudian barulah mengikutinya. Inilah yang dinamakan sebagai suluk. Dalam jalan ini sangat banyak musibat dan kesusahan, hanya setelah menanggung segalanya, barulah insan menjadi salik.
JAZAB
Tingkat jazab ini lebih tinggi berbanding salik. Allah Ta’ala tidak hanya meletakkan mereka pada tingkat suluk sahaja, malah Dia akan menarik ke arah-Nya. Semua nabi adalah majzub. Semasa ruh seorang insan berperang dengan musibat-musibat, disebabkan kematangan dan pengalamannya, ruh mereka menjadi bersinar. Sebagaimana besi dan kaca, walaupun ia memang mempunyai ciri bersinar dalam dirinya, tetapi ia hanya akan bersinar setelah dibakar atau digilap sehingga di dalamnya boleh melihat wajah orang yang melihat. Mujahadah juga berlaku ketika melakukan pembersihan. Pembersihan hati hendaklah dibuat sehingga wajah kelihatan di sana. Apa yang dimaksudkan dengan wajah kelihatan? Ia adalah mentasdiqkan ayat TAKHALLAQUU BI AKHLAAQILLAAH. Hati seorang salik adalah kaca di mana musibat dan kesusahan menjadi penggilapnya. Biasan akhlak nabi sallallaahu alaihi wasallam kelihatan dalam dirinya. Ini terjadi selepas banyak melakukan mujahadah dan tazkiyah sehingga dalam dirinya tidak ada lagi sebarang kotoran, kemudian barulah mendapat darjat ini. Setiap mukmin perlu melakukan pembersihan seperti itu sampai satu tahap. Tidak ada mukmin yang akan mendapat keselamatan tanpa menjadi seperti kaca. Ahli suluk sendiri melakukan pembersihan ini, menanggung musibat-musibat, tetapi ahli jazab ini diletakkan dalam musibat-musibat. Tuhan sendiri yang menjadi Pembersih kepadanya dan dibersihkan dari segala musibat dan kesusahan sehingga dikurniakan darjat kaca. Sebenarnya, salik dan majzub sama sahaja kesudahannya, jadi muttaqi ada dua bahagian, suluk dan jazab.
IMAN BIL GHAIB
Sebagaimana yang telah saya jelaskan mengenai ketakwaan, ia memerlukan kerja keras. Sebab itu dikatakan HUDAL LIL MUTTAQIIN. ALLADZIINA YU’MINUUNA BIL GHAIBI (Al-Baqarah:3,4) Di dalamnya menuntut satu kerja keras. Membawa iman bil ghaib dalam menghadapi kesaksian perlu sejenis kerja keras. Jadi, untuk orang muttaqi ada satu had kerja keras kerana apabila dia mendapat darjat salih, maka yang ghaib tidak lagi ghaib baginya, kerana dari dalam diri orang salih itu ada terbuka satu sungai yang keluar dari dalamnya dan boleh sampai kepada Tuhan. Dia melihat Tuhan dan kasih sayang Tuhan dengan matanya bahawa MAN KAANA FII HAAZIHII A’MAA FA HUWA FIL AAKHIRATI A’MAA (Bani Israil:73) Dari situ jelas bahawa selagi insan belum berhasil mendapatkan cahaya sepenuhnya di dunia ini, dia tidak akan dapat melihat wajah Tuhan. Jadi, pekerjaan seorang muttaqi ialah sentiasa menyediakan surma yang daripadanya, sesuatu yang menyebabkan kerohaniannya menurun akan menjadi jauh. Sekarang jelas bahawa muttaqi adalah buta pada permulaannya. Namun, dengan pelbagai usaha dan tazkiyah maka dia berhasil mendapat nur. Jadi, setelah tidur, jaga, makan lalu menjadi soleh, maka iman bil ghaib tidak kekal, dan kerja keras juga turut berakhir. Sebagaimana Rasululullah sallallaahu alaihi wasallam BI RA’YIL ‘AIN melihat pemandangan syurga dan neraka serta yang lain di dalam alam ini. Seorang muttaqi yang diakui dalam satu bentuk iman bil ghaib, semuanya telah disaksikan oleh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Dalam ayat ini mengisyaratkan bahawa walaupun seorang muttaqi itu buta dan bekerja keras dalam kesusahan, tetapi orang soleh berada dalam tempat yang aman. Dan jiwanya adalah nafsu muthmainnah. Orang muttaqi mempunyai bentuk iman bil ghaib dalam dirinya yang berjalan dengan cara yang sangat gelap. Dan dia tidak tahu sedikit pun. Atas setiap perkara menjadi iman bil ghaib baginya. Inilah dia siddiq dan untuk orang siddiq janji Allah Ta’ala ialah mereka akan mendapat kejayaan. ULAA IKA HUMUL MUFLIHUUN (Al-Baqarah:6)
MENDIRIKAN SOLAT
Kemudian, tanda seterusnya yang harus ada dalam diri seorang muttaqi ialah WA YUQIIMUUNAS SHOLAAT (Al-Baqarah:4) yakni mendirikan solat. Di sini digunakan perkataan mendirikan, ia juga mengisyaratkan ke arah bekerja keras yang merupakan ciri seorang muttaqi. Maknanya, apabila dia mula mendirikan solat, maka dia berhadapan dengan berbagai perasaan waswas, di mana walaupun dia berusaha mendirikan solatnya, tetap sahaja jatuh bangun. Apabila dia mengucapkan ALLAAHU AKBAR, maka akan muncul satu rasa waswas dalam hatinya yang akan membawa dia ke mana-mana arah dalam kerisauan. Setiap saat sentiasa berperang, tetapi solat yang jatuh bangun itu didirikan dengan penuh susah payah. Berkali-kali dia membaca IYYAA KANA’BUDU WA IYYAA KANAS TA’IIN memohon doa supaya solatnya dapat didirikan dan menginginkan petunjuk SHIROOTAL MUSTAQIIM yang dengan itu solatnya boleh berdiri. Dalam pertarungan dengan rasa waswas ini seorang muttaqi sama seperti anak kecil, yakni mereka jatuh bangun di hadapan Tuhan, menangis dan berkata: aku sedang AKHLADAA ILAL ARDHI (Al-A’raaf:177). Jadi, inilah peperangan dalam solat yang harus dihadapi oleh seorang muttaqi dengan jiwanya dan atas sebab itu jugalah dia sentiasa mendapat ganjaran yang berterusan.
Beberapa orang ada yang hendak menjauhkan dengan segera rasa waswas mereka dalam solat sedangkan tujuan WA YUQIIMUUNAS SHOLAATA adalah lain. Adakah Tuhan tidak tahu? Ucapan Hazrat Syeikh Abdul Qadir Jailani rahmatullah alaihi ialah pahala akan berterusan selagi mujahadah masih ada, dan apabila mujahadah sudah tiada, maka pahala juga akan berakhir. Seolah-olah shoum dan sholat dikatakan sebagai amalan selain di dalamnya juga ada usaha keras menentang waswas, tetapi apabila di dalamnya sudah mendapat kedudukan yang tinggi dan orang yang mengerjakan puasa dan solat itu sudah bebas dari usaha keras takwa dan sudah diwarnai dengan kesalehan, maka shoum dan sholat bukan lagi amalan. Dalam hal ini dia telah ditanya bahawa adakah sekarang solat sudah dimaafkan? Kerana pahala itu hanya diberikan semasa kerja keras dilakukan. Jadi, sebenarnya di sini solat sekarang bukan lagi amalan tetapi satu nikmat. Solat itu satu bahagian makanan baginya yang dinyatakan sebagai QURRATUL AIN, seolah-olah ini adalah nilai syurga.
Orang yang bermujahadah dalam pertarungan, mereka itu berperang. Dan mereka ini telah mendapat keselamatan. Maksudnya ialah apabila suluk seseorang itu berakhir maka musibat juga akan berkahir. Misalnya apabila seorang mukhannas mengatakan bahawa dia tidak lagi terdorong untuk melihat mana-mana wanita, apa nikmat atau pahala yang dia akan dapat? Dia tidak lagi mempunyai sifat berpandangan berahi. Tetapi apabila seorang lelaki normal berbuat seperti itu, maka sudah pasti dia akan mendapat pahala. Demikian juga insan yang melalui ribuan tempat sehingga menyebabkan dia berpengalaman dalam beberapa perkara yang menjadikannya kuat. Dia telah berdamai dengan jiwanya. Sekarang dia berada dalam syurga. Tetapi pahala seperti yang dahulu tidak lagi dia perolehi. Dia telah melakukan perniagaan di mana sekarang sedang menikmati keuntungan, namun keadaan yang dahulu tidak kekal. Ada satu perkara dalam diri manusia, dengan terus menerus bekerja keras, ia akhirnya menjadi kebiasaan. Seseorang insan yang secara tabi’i merasa seronok, dia tidak mahu suatu pekerjaan itu disingkirkan daripadanya. Secara semulajadi dia tidak akan berganjak dari situ. Jadi, had ittiqa dan taqwa tidak terbuka secara keseluruhan, malah ia sejenis dakwaan.
INFAQ MIN RIZQILLAH
Kemudian, dalam ciri-ciri orang bertakwa ialah ayat WA MIMMAA ROZAQNAAHUM YUNFIQUUN (Al-Baqarah:4), di sini untuk orang muttaqi digunakan lafaz MIMMAA kerana waktu itu dia berada dalam keadaan buta. Sebab itu apa sahaja yang telah diberikan oleh Tuhan kepadanya, daripadanya sedikit diberikan atas nama Tuhan. Apa yang benar ialah jika dia mempunyai mata, maka akan melihat bahawa dia tidak memiliki apa-apa. Semuanya adalah kepunyaan Tuhan. Ini adalah hijab yang perlu dalam ittiqa. Tuntutan keadaan ittiqa ini telah menyebabkan muttaqi memberikan sesuatu apa yang telah diberikan Tuhan. Rasul Karim sallallaahu alaihi wasallam ketika hari-hari kewafatan, baginda selalu bertanya kepada Hazrat Aisyah radiallaahu anha; masih adakah sesuatu di rumah? Dapat diketahui bahawa ada satu dinar. Dikatakan bahawa ini jauh daripada kebiasaan baginda di mana ada suatu benda yang disimpan. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah melalui darjat ittiqa dan mencapai kesolehan. Sebab itu MIMMAA tidak ada dalam ciri-cirinya kerana orang itu buta jika masih menyimpan sesuatu dan juga memberikan sesuatu kepada Tuhan, tetapi ini adalah muttaqi yang biasa kerana dengan memberikan sesuatu pada jalan Tuhan, ia juga berperang dengan jiwanya. Akibatnya ada yang dia simpan dan ada yang dia berikan. Namun, Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah memberikan semuanya pada jalan Tuhan dan tidak menyimpan sedikitpun.
Sebagaimana dalam karangan Dharam Mahutsu ada tiga keadaan insan yang disentuh bermula dari peringkat bawah sehingga peringkat paling atas. Demikian juga Al-Qur’an telah datang untuk menyempurnakan semua tingkatan kemajuan insan yang bermula dari ittiqa. Ini adalah satu jalan yang penuh dengan usaha keras. Ini adalah medan yang sangat berbahaya. Pada tangan mereka ada pedang dan musuh juga ada pedang. Jika selamat, maka ia telah mendapat keselamatan. Jika tidak, maka mereka akan menjadi ASFALIS SAAFILIIN. Jadi di sini, dalam sifat muttaqi tidak ada dikatakan bahawa apa sahaja yang kami berikan, semuanya hendaklah dibelanjakan. Dalam diri muttaqi itu tidak ada kekuatan iman seperti yang dimiliki oleh seorang nabi, yakni pembimbing kita yang sempurna memberikan semua apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Sebab itu lebih awal diletakkan cukai yang kecil supaya apabila sudah merasa intinya, maka mereka bersedia untuk merendah diri.
MAKNA REZEKI
WA MIMMAA ROZAQNAAHUM YUNFIQUUN (Al-Baqarah:4), rezeki di sini bukan hanya harta, malah apa sahaja yang diberikan kepada mereka sama ada ilmu, kebijaksanaan, kesihatan, semua ini termasuk dalam rezeki. Daripada itu semua juga hendaklah dibelanjakan sedikit pada jalan Tuhan.
(Malfoozaat Jilid 1, halaman 17-20)
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
Diterjemahkan oleh
Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(14.11.2011)
No comments:
Post a Comment