Wednesday, May 25, 2011

Malfoozaat 02_2011


22 FEBRUARI 1903

REHAT PADA WAKTU MALAM PERLU ADA

Dengan menyentuh satu mimpi buruk seorang yang mukhlis, beliau a.s berkata:-

“Cuba perhatikan di dalam Surah Muzammil, di sana ditegaskan agar seorang insan harus ada masa rehat pada waktu malam. Dengan itu, segala kepenatan yang dirasai pada siang hari dapat dipulihkan kembali. Amalan Rasulullah s.a.w yang juga merupakan satu sunnah, ia terbukti selari dengan hal itu, ada sabdanya USALLII WA ANUUMU.

Sebenarnya, misal seorang insan ialah seperti kuda. Jika kita memaksa seekor kuda melakukan suatu tugas melebihi had kemampuannya sepanjang hari dan tidak memberi peluang kepadanya untuk berehat, maka amat dekat waktunya kuda itu akan menjadi sia-sia dengan hanya kebaikan yang sedikit. Maknanya, jiwa juga ada persamaannya dengan kuda.

AMALAN HARIAN YANG TERBAIK

Di daerah Sialkot ada seorang yang terkenal. Selepas bai’at, dia bertanya bahawa “Huzur, beritahulah suatu wirid dari perkataan tuan sendiri.”

Beliau berkata:-
“Dirikan solat dengan penuh perhatian kerana ia adalah kunci segala kesulitan dan di dalamnya mengandungi segala kelazatan dan khazanah. Jalankan ibadat puasa dengan hati yang suci, berikan sedekah, banyakkan membaca salawat dan istighfar. Berlaku baiklah kepada keluarga kamu. Berlaku baik dengan jiran tetangga. Bersikap belas kasihan terhadap manusia dan haiwan, dan jangan sampai berlaku zalim atas mereka. Mohonlah sentiasa perlindungan setiap waktu dari Tuhan kerana kekotoran dan yang tidak bermanfaat akan menjadikan hati yang tidak rebah di istana Ilahi setiap masa akan semakin ketinggalan. Cuba bayangkan jika Tuhan tidak memberi perlindungan, maka insan tidak boleh hidup walau sesaat. Dari bawah bumi dan sehinggalah atas langit, setiap benda mempunyai lawannya masing-masing. Jika perlindungan Tuhan tidak bersama-sama, maka apa yang akan terjadi? Banyakkan berdoa dan teguhkan langkah atas hidayat Allah Ta’ala kerana hanya ada dua iradah-Nya, menyesatkan atau memberi hidayat sebagaimana yang difirmankan YUDHILLU BIHII KATSIIRAU WA YAHDII BIHII KATSIIRA. Jadi, jika iradah-Nya juga atas kesesatan, maka seharusnya setiap waktu hendaklah banyak berdoa untuk diselamatkan dari kesesatan dan diberi hidayat. Jadilah seorang yang lemah-lembut kerana orang yang bersifat lemah-lembut akan diperlakukan oleh Allah dengan kelembutan. Sebenarnya, insan yang baik ialah mereka yang melangkah di atas muka bumi ini dengan penuh berhati-hati jangan sampai ada serangga yang akan mendapat kesusahan. Ringkasnya, jangan pernah menyakiti sesiapa sama ada dengan tangan, kaki, mata dan anggota badan yang lain dan banyakkanlah berdoa.

POLIGAMI

Mirza Khuda Bakhsy Sahib datang dari Malerkotla dan beliau ditanya mengenai perjumpaan di sana. Beliau berkata bahawa ada seseorang yang telah mengkritik Islam bahawa perintah boleh meletakkan sehingga empat orang isteri itu adalah sangat buruk dan sumber segala kejahatan.

Hazrat Aqdas berkata:-
“Tidak ada perintah untuk menyimpan isteri sehingga empat orang, malah ia hanyalah izin sehingga batas empat orang. Ia bukanlah satu kewajipan untuk menyimpan keempat-empatnya. Tujuan Al-Qur’an ialah, oleh kerana tuntutan seorang insan adalah berlainan, sebab itu ada keizinan untuk menyimpan satu sehingga empat orang isteri. Orang yang cuba mengkritik hal ini dan pada masa yang sama juga mendakwakan diri sebagai orang Islam, saya tidak yakin imannya boleh kekal? Dia adalah pengkritik Islam, dia tidak melihat seorang penggubal undang-undang akan memperhatikan segala segi semasa membuat undang-undang. Seandainya isteri seseorang menghidap penyakit kusta atau kulit, atau menjadi buta, atau mempunyai kelemahan tidak mendapat zuriat dan sebagainya, dalam keadaan itu, apa yang harus dibuat oleh seorang suami? Adakah dia harus berserah sahaja? Dalam keadaan sulit seperti itu, apa yang dia boleh lakukan? Atau sekiranya dia terjerat dalam keburukan seperti zina dan sebagainya, adakah sekarang suami itu dituntut untuk patuh kepada syarahan isterinya? Tuhan saja yang tahu kenapa mereka terus menjadi buta apabila mengkritik ajaran Islam? Kita sendiri tidak faham, bahawa adakah ia dikatakan sebagai satu mazhab sedangkan tidak dapat memenuhi keperluan seorang insan. Sekarang, dalam keadaan seperti yang dijelaskan di atas, bagaimana orang Kristian bertindak? Keagungan Al-Qur’an Syarif terbukti apabila tidak ada suatu undang-undang yang dibuat lebih dahulu oleh-Nya jika tidak diperlukan oleh manusia. Sekarang ini di England, disebabkan kesulitan seperti di atas telah menyebabkan berkahwin banyak dan pemulaan perceraian. Tadi, berkenaan dengan seorang Lord ada tertulis bahawa dia telah berkahwin kali kedua, kemudian dijatuhkan hukuman, tetapi dia pergi melarikan diri ke Amerika.

Perhatikanlah sedalam-dalamnya, adakah keadaan ini perlu bagi seorang insan atau tidak? Yakni menyimpan isteri lebih daripada seorang. Jika memang diperlukan lalu tidak dirawat, maka inilah kelemahannya sehingga Al-Qur’an yang sangat sempurna dan menyeluruh itu dikirimkan.

MUDARAT  ARAK

Dalam waktu itu juga timbul persoalan mengenai arak. Ada yang berkata: “Huzur! Sekarang ini sudah dicipta biskut daripada arak”.

Beliau berkata:-
“Arak adalah musuh ketat bagi malu, iffat dan ketakwaan. Kemuliaan seorang insan boleh hilang sebagaimana anjing, kucing dan keldai yakni dengan meminumnya, keadaan hampir sama. Sekarang, jika musibah biskut ini tersebar ke seluruh dunia, maka ribuan orang yang tidak berdosa juga terlibat di dalamnya. Mula-mula sekali, beberapa orang akan menjauhi perbuatan yang memalukan, tetapi sekarang mereka mengambil biskut dan memasukkan ke dalam poket. Sebenarnya, dajjal tidak pernah mengurangkan usahanya untuk menyebarkan kefasikan dan keburukan di dunia, tetapi yang akan berlaku adalah di tangan Tuhan. Siapa yang mahu, silakan buat. Berkenaan dengan keagungan Islam ada dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang telah mengkritik Islam, daripadanya keluar bau busuk minuman keras. Dia diperintahkan untuk dipukul kerana mengkritik Islam sedangkan dalam keadaan mabuk. Tetapi, sekarang ini tidak ada lagi had dan perkiraan. Mereka minum arak, berzina, ringkasnya tidak ada keburukan yang tidak mereka lakukan, tetapi dalam masa yang sama mereka juga tetap sedia mengkritik Islam. (Al-Hakam Jilid 7, nombor 8, halaman 14-15, tarikh 28 Februari 1903)

(Malfoozaat Jilid 3, halaman 105-107)


Diterjemahkan oleh

Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(25.05.2011)

1 comment:

  1. Tulisan bagus!
    Saya Juga Seorang Ahmadi, Indonesia.
    Saya Dukung Ahmadi Malaysia.

    Silakan pasang
    Tabligh Meter di blog tuan ini.

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...