Ayat 57-58 dari Surah Al-Ahzab bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang mukmin, ucapkanlah salawat
untuknya dan mintalah selalu doa keselamatan baginya. Sesungguhnya, orang-orang
yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah mengutuk mereka di dunia dan di
akhirat, dan Dia menyediakan bagi mereka azab yang menghinakan”.
Anasir-anasir jahat musuh Islam telah menyerang kemuliaan Rasulullah(saw)
dengan menerbitkan filem yang kotor sehingga menzahirkan unsur penghinaan yang
sangat menyakitkan. Atas perbuatan yang buruk, tidak bermoral dan zalim ini
telah menimbulkan perasaan sedih dan kemarahan di kalangan pengikut Rasulullah(saw).
Dari satu segi, kesedihan dan perasaan marah ini adalah kudrati (semulajadi). Dan
yang paling merasainya adalah golongan yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai
kedudukan Rasulullah(saw) yang sangat mulia. Hati kita sangat terbakar atas
perbuatan tersebut. Kita sujud di hadapan Allah mengharapkan agar pembuat
kezaliman ini diberi balasan dan dijadikan pengajaran untuk sepanjang zaman.
Keasyikan kita terhadap Rasulullah(saw) tidak ada tolok bandingnya,
sehinggakan kita boleh berdamai dengan ular-ular berbisa dan binatang liar di
hutan, tetapi kita sama sekali tidak akan berdamai dengan mereka yang menghina Nabi
Muhammad Rasulullah(saw) dan kedegilan atas perbuatan mereka.
Dalam ayat tadi, Allah Ta’ala menyeru kepada orang-orang mukmin bahawa tanggungjawab
kita ialah bersalawat ke atas Rasul tersebut. Nabi ini sangat agung sehinggakan
Allah dan malaikat juga bersalawat ke atasnya. Dan apabila kita mendapati musuh
Islam semakin giat menyerang baginda, maka tindakbalas kita ialah semakin
banyak bersalawat ke atas baginda. Jadi, setiap muslim berperanan memberi
kefahaman kepada pemerintah dan kerajaan di negara masing-masing agar tidak
melakukan perkara berkenaan. Jelaskan siapa Rasulullah(saw) yang sebenar kepada
mereka. Perlihatkan kepada mereka kecantikan akhlak Rasulullah(saw). Inilah tindakbalas
yang seharusnya kita lakukan.
Tindakbalas seperti membakar harta benda negara adalah tidak berfaedah,
apatah lagi membunuh manusia. Akibat atau balasan yang akan diterima oleh orang
yang bertanggungjawab telah diberitahu sendiri oleh Allah di dalam ayat yang
kedua bahawa mereka yang menghina Rasul akan dilaknat di dunia ini, dan selepas
mati juga mereka akan mendapat azab siksaan yang sangat pedih. Maknanya, pasti
dan pasti mereka akan mendapat balasan yang buruk.
Begitu juga dalam risalah France, hal ini timbul kembali iaitu melukis
kartun yang lebih teruk berbanding sebelumnya. Dunia ini terdiri daripada satu
bahagian kerajaan Islam yang besar. Negara-negara Islam juga adalah bahagian
dari UNO. Jadi, kenapa kerajaan Islam tidak berusaha untuk memperlihatkan
ajaran Al-Qur’an yang cantik kepada dunia, kenapa tidak menjelaskan bahawa
mempermainkan hal-hal agama dan menghina nabi-nabi Allah juga adalah satu
kesalahan besar?
Untuk keamanan dunia juga adalah perlu UNO memasukkan syarat
keanggotaan kepada penduduk negara-negara anggota supaya jangan memberi izin
soal-soal mempermaikan emosi penganut agama lain. Jika semua negara-negara
Islam sepakat atas hal ini bahawa undi hanya akan diberikan kepada pemimpin
yang memelihara keharmonian agama-agama, maka dalam kerajaan-kerajaan duniawi
ini juga akan muncul kelompok yang akan bangkit menghadapi perbuatan tidak
bermoral ini.
Sesungguhnya orang yang telah menerbitkan filem ini dan orang yang
bekerja di dalamnya telah mengundang azab Allah Ta’ala. Mudah-mudahan Allah Ta’ala
memberi akal kepada orang-orang dunia, menghindari mereka dari melakukan
perbuatan yang sangat dibenci dan zalim ini. Dan semoga Allah Ta’ala memberi
kita taufik untuk menunaikan tanggungjawab kita.