Saturday, May 1, 2010

Makam Nabi Isa di Kashmir

Sekadar untuk sharing.

petikan dari utusan malaysia on-line
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm

Makam di Kashmir tumpuan penganut Kristian













SRINAGAR, India 30 April - Sebuah makam kecil di Kashmir menjadi tumpuan apabila timbul dakwaan yang ia adalah tempat bersemadinya Jesus Christ, namun dinafikan penduduk tempatan yang menegaskan ia adalah makam ulama zaman silam.

Makam Rozabal yang menarik minat beratus-ratus pelancong di satu-satunya kawasan dikuasai penduduk Islam di India, menyebabkan penjaganya menutup makam itu daripada dilawat selama beberapa tahun.

Teori sejak beberapa dekad lalu yang mendakwa Jesus terselamat dari disalib dan menghabiskan sisa hidup di Kashmir, menyebabkan ramai orang melawat Rozabal, makam satu tingkat dengan atap tradisional di kawasan yang padat dengan penduduk di Srinagar.

Penduduk tempatan bagaimanapun menegaskan ia adalah tempat persemadian ulama dan sarjana Islam, Youza Asif dan Syed Naseer-ud-Din, yang menetap di kawasan ini beberapa abad sebelum ini.

Peningkatan jumlah pelawat menyebabkan mereka marah dan mencetuskan kebimbangan berlakunya keganasan.

"Beberapa orang Kristian dari Barat mendakwa ia makam Jesus dan meminta untuk mengeluarkan mayat untuk penentuan tarikh karbon dan ujian DNA. Tapi kami tidak membenarkannya.

"Dakwaan Rozabal sebagai makam Jesus oleh warga asing adalah perkara sensitif jadi kami menutupnya bagi mengelak berlakunya masalah," kata penjaga makam, Mohammad Amin Ringshawl.

Idea Jesus terselamat daripada disalib dan melawat Kashmir dibuat oleh wartawan tempatan, Aziz Kashmiri pada 1973 melalui bukunya Christ in Kashmir dan beberapa buku lain mengenai isu tersebut. - REUTERS


Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...