Sunday, October 15, 2017

Zakat

ZAKAT


Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 103 yang terjemahannya:
“Ambillah sedekah dari harta mereka agar engkau dapat membersihkan mereka dan mensucikan mereka dengannya. Dan berdoalah untuk mereka; sesungguhnya doa engkau adalah sumber ketenteraman bagi mereka. Dan, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui”.

Rasulullahsaw bersabda:-
“Orang yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala harta kemudian tidak membayar Zakat, maka pada hari kiamat hartanya akan membentuk ular yang sangat berbisa yang akan menjadi belenggu pada lehernya. Kemudian ular itu akan menangkapnya dengan taring dan berkata: akulah hartamu, akulah simpananmu”. (Bukhari Kitabuz Zakat)

Hazrat Imam Mahdi, Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:-
“Zakat itu muncul dari kata tazkiyah. Sucikan harta kamu dan daripadanya berikan Zakat. Mereka yang mengeluarkan zakatnya, bererti mereka kekal atas kebenaran, tetapi orang yang tidak membuat perbezaan antara halal dan haram, maka mereka jauh daripada mafhum yang sebenarnya”.

Berkata lagi:-
“Harta yang sentiasa bergerak, Zakat tidak wajib atasnya selagi harta itu tidak pada genggamannya. Tetapi, untuk para peniaga, jangan mencari-cari alasan untuk melepaskan diri daripada membayar Zakat. Pada akhirnya juga nanti dengan harta itu juga kamu akan menanggung segala perbelanjaan. Berusahalah untuk sentiasa memperhatikan kedudukan harta semasa dan yang bergerak, dan berikanlah Zakat untuk menggembirakan Allah Ta’ala. Beberapa orang suka mencari-cari alasan dengan Allah Ta’ala, ini cara yang tidak betul”.

Berkata lagi:-
“Apa itu Zakat? … ia adalah harta yang datangnya daripada golongan orang kaya dan diberikan kepada orang miskin. Di situ diajarkan konsep perikemanusiaan yang sangat tinggi. … ini adalah wajib untuk orang kaya. Tetapi jika ia tidak wajib pun, namun atas tuntunan perikemanusiaan terhadap manusia, pertolongan itu diberikan kepada golongan yang miskin.”

Hazrat Khalifatul Maseeh Sanira:-
“Maksud sedeqah di tempat ini ialah Zakat yang diwajibkan.  … dalam ayat ini dinyatakan bahawa tanpa memberikan Zakat seperti ini, harta seseorang tidak boleh menjadi suci. Ini kerana selagi hak orang lain tidak ditunaikan, maka harta tidak boleh menjadi suci, dan ketakwaan orang kaya tidak boleh sempurna. Zakat ini diambil oleh kerajaan dan melalui kerajaan ia dibelanjakan. Jika tidak ada kerajaan, maka pengurusan agama bertanggungjawab mengambil dan membelanjakannya, ini jelas dengan perkataan ‘KHUZ’ yang maksudnya ‘ambillah’.”

Berkata lagi:-
“Zakat yang diletakkan dalam sifatnya seperti ini mengandungi suatu hikmah, jika sedekah diperintahkan hanya sebegitu rupa tanpa menetapkan jumlah dan masa, maka ramai orang yang tidak akan menunaikannya. Sebab itu syariat telah meletakkan suatu jumlah walaupun kecil, yakni keluarkan sedikit daripada harta kamu. Orang yang memberikan lebih daripada itu mereka akan layak mendapat ganjaran, dan jika ada yang memberi kurang daripada itu, mereka tidak dianggap pesalah. Sebab itu sempurnakan batasan itu. Faedah yang seterusnya dengan menentukan kadarnya ialah kadang-kadang apabila beberapa orang memerlukan sesuatu dan secara perorangan tidak dapat disempurnakan. Misalnya ada seorang miskin, tiba-tiba dia memerlukan wang sebanyak 100 Ribu Rupee. Orang akan mengkritik bahawa ‘apa tujuannya orang muskin dengan ratusan ribu Rupee’. Tetapi memang orang itu sangat memerlukan. Sebagai contoh lain seorang peniaga, dalam suatu urusan pernigaannya telah mengalami kerugian, untuk memulihkannya dia memerlukan wang. Orang seperti itu pun boleh dibantu melalui wang Zakat. Ringkasnya, orang miskin dibantu melalui Zakat supaya keperluannya dapat dipenuhi, dan seorang peniaga juga boleh dibantu untuk menjalankan kembali perniagaannya melalui wang Zakat. Melalui canda anggota, pekerjaannya tidak dapat dilaksanakan. Kemudian ada juga beberapa orang yang tidak suka menanggung simpati orang lain. Mereka sanggup berlapar, namun kalau namanya untuk pergi menarik simpati orang dan mengambil sesuatu daripadanya adalah tidak mungkin baginya. Orang seperti itu memang wujud dan mereka pun hendaklah diberi perhatian. Sebab itulah syariat telah menetapkan bahawa pemerintah mengambil dari orang-orang kaya dan berikan kepada orang-orang seperti ini supaya orang-orang yang tidak suka makan budi, mereka juga dapat dibantu”.

Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba berkata:-
“Ada di kalangan anggota jemaat mengatakan bahawa di dalam Jemaat tidak ada Zakat dan kita tidak memberikan perhatian terhadap perkara ini. Di dalam Jemaat ada Nizam Zakat. Mereka yang sudah wajib membayar Zakat mesti menunaikannya. Kepentingan dan kewajipan Zakat tidak boleh diingkari oleh sesiapa. Sebab itu, atas siapa diwajibkan Zakat, saya nyatakan kepada mereka bahawa membayar Zakat adalah perlu dan wajib ditunaikan.”

Berkata lagi:-
“Zakat juga ada peraturannya dan nisabnya. Umumnya perhatian terhadap perkara ini sangat kurang. Petani yang tidak membayar sebarang cukai, wajib mengeluarkan Zakat. Demikian juga mereka yang menggembala lembu, kambing, kerbau dan sebagainya, atas mereka juga Zakat adalah wajib sekiranya sudah sampai suatu kiraan atau melebihi kadar yang telah ditentukan. Kemudian wang yang ada di dalam bank, jika sudah melebihi setahun, untuk jumlah itu juga harus dikeluarkan Zakat. Kemudian, wanita-wanita yang ada barang kemas pun harus mengeluarkan Zakat. Sekarang ini mana-mana wanita sudah tentu mempunyai sekecil-kecil barang kemas. Dan ramai wanita yang menjadi suri rumah, yang tidak ada pendapatan, yang tidak memberikan canda lazim, mereka mengambil bahagian dalam perjanjian-perjanjian canda yang lain. Tetapi, jika mereka ada barang kemas, tentang nisabnya banyak diperbincangkan oleh para fuqaha. Namun, jika ada barang kemas yang jumlahnya sama atau melebihi 52.5 tola perak, atau ada emas yang nilainya sama dengan itu, maka wajib atasnya Zakat. Dan 2.5% daripadanya hendaklah dikeluarkan untuk Zakat. Sebab itu, wanita hendaklah diberikan perhatian dalam perkara ini agar mereka memberikan perhatian dan cenderung untuk membayar Zakat. … hendaklah ingat bahawa Zakat itu juga wajib dan mesti cenderung ke arahnya. Dan berikan Zakat sesuai dengan kadar yang telah ditentukan.”

Dalam memberi persetujuan atas nisab Zakat yang baru, Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba berkata:-
“Untuk Perak adalah nisab Perak dan untuk Emas adalah nisab Emas, seperti yang telah diasaskan oleh Rasulullahsaw pada zaman baginda. Tetapi, berkenaan dengan jumlah amaun wang untuk nisab Zakat, waktu ini perhatian dunia kebanyakan tertuju kepada Emas sebagai benda bernilai. Sebab itu, amaun wang diwajibkan Zakat adalah mengikut ukuran Emas. Namun, jika pada masa akan datang benda bernilai akan berubah di dunia, dan orang akan meninggalkan emas dan menuju kepada benda bernilai yang lain maka pada waktu itu jumlah wang untuk dizakatkan boleh diperhatikan semula”. (surat Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba, 21 Mei 2014, atas nama Sadr Sahib Majlis Ifta)

Sebab itu, pada masa akan datang, kadar Zakat adalah seperti berikut:-

1.      Perak = 52.5 tola (614.25 gram)
2.      Emas = 7.5 tola (87.75 gram)
3.    Wang tunai yang sama nilai dengan 87.75 gram emas sekarang ini (Pakistan) 375,000.00 Pakistani Rupee bersamaan dengan RM15,012.00

Berkenaan dengan pembayaran Zakat, perhatikan perkara-perkara di bawah:-

1.      Canda-canda dalam Jemaat bukanlah pengganti atas Zakat.

2.      Wang Zakat tidak boleh diagihkan sendiri. Ia perlu dimasukkan ke dalam simpanan jemaat.

3.      Jumlah wang sama ada di dalam bank atau di rumah, jika tempohnya sudah sampai setahun maka 2.5% wajib dikeluarkan sebagai Zakat.

Berkenaan dengan Zakat barang kemas, Hazrat Imam Mahdi, Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:-
“Barang kemas yang dipakai dan kadang-kadang diberi pinjam kepada orang miskin, beberapa orang membuat fatwa bahawa tidak wajib atasnya Zakat. Dan barang kemas yang dipakai kemudian tidak dipinjamkan kepada orang lain untuk dipakai, maka Zakat ke atasnya adalah lebih baik jika hanya untuk kegunaan sendiri. Inilah yang diamalkan oleh keluarga kami, dan setiap selepas setahun, mereka keluarkan Zakat daripada barang kemas itu. Dan barang kemas yang disimpan seperti wang simpanan, kewajipan Zakat atasnya tidak ada pertentangan.

Semoga kita diberikan taufik untuk membayar Zakat demi menguatkan keimanan dan kebersihan harta kita. Amin.


Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...