Wednesday, September 17, 2014

CIPTAKAN REFORMASI, HAPUSKAN KEBIASAAN BURUK




TERJEMAHAN KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
20 Disember 2013 / 20 Fatah 1392HS
Masjid Baitul Futuh, London

----------------------------<<<>>>----------------------------

Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah.

Dalam khutbah yang lalu Hazrat Khalifatul Masih Sani radhiallaahu anhu menerangkan ada dua cara untuk memelihara amalan yang baik. Berkenaan dengan perkara penting ini, hari ini saya akan menerangkan lebih lanjut lagi.

Untuk meningkatkan amalan baik yang ketiga, yang menjadi halangan yang perlu diperhatikan ialah supaya amalan baik itu jangan menjadi suatu rintangan, sedangkan akidah adalah suatu masalah untuk masa hadapan, iaitu kehidupan yang akan datang, seperti yang telah saya sebutkan tadi bahawa masalah sesuatu amalan, tidak ada hubungan dengan akidah. Iaitu jika aku melakukan sesuatu perkara yang salah tidak ada pengaruhnya dengan akidah Wahdaniyyat Allah Taala. Misalnya, tukang emas, ia beranggapan dengan mencampurkan suatu benda yang rendah mutunya tidak akan mengubah akidahnya, yang mempercayai Tuhan itu Esa, malah pendapatannya semakin bertambah banyak. Orang itu melihat bahawa pendapatan yang ia perolehi, ia mendapat keuntungan dengan segera. Sedangkan jalan yang dia pilih itu, adalah jalan yang meruntuhkan akhlaknya, bukan sahaja meruntuhkan akhlaknya tetapi ia sebagai seorang pencuri dan penipu. Oleh itu, perkataan apa yang boleh diberikan, amalan yang seperti itu. Orang itu beranggapan dengan melakukan perbuatan seperti itu, tidak akan mempengaruhi akidahnya dan tidak ada hubungan sama-sekali dengan akidah.

Ramai orang-orang yang telah menunaikan haji. Kita dapat melihat orang-orang seperti ini ketika berurusan dalam perniagaan, mereka lebih suka menipu, sungguhpun dalam urusan perniagaan mereka melakukan penipuan tetapi mereka bangga dengan status mereka sebagai seorang yang sudah menunaikan haji. Orang-orang seperti ini, ketika berurusan dalam perniagaan mereka lupa atau mereka tidak menganggap penting bahawa sesudah meninggal nanti, akan ada kehidupan lagi, yang segala amalan yang dilakukan di dunia ini akan mempengaruhi kehidupan manusia ketika dia hidup, di dunia dahulu. Begitu juga faedah yang diberikan oleh para nabi dengan ajarannya atau siapakah yang akan memperoleh keselamatan. Perkara-perkara seperti ini, selalunya manusia menganggap ia suatu perkara yang tidak penting, yang lebih penting ialah, asalkan segera memperoleh keuntungan dan hati merasa senang. Kerana itu tukang emas sanggup mencampurkan benda asing, yang rendah mutunya dan apabila barang yang diperbuat daripada perak pula, apabila ditimbang, dikurangi timbangannya. Para perniaga memberikan barang-barang yang telah rosak. Pemilik kilang apabila menunjukkan barang-barang pesanan, tidak sama kualiti barangnya, apabila barang-barang pesanan dikirimkan kepada orang yang memesannya. Perbuatan seperti ini, umumnya berlaku di negara-negara dunia ketiga. Oleh itu, jalan untuk meningkatkan amalan, kepentingan duniawi menjadi halangan dan perbuatan menipu, berdusta dan berbohong merosakkan kehidupan masa depan seseorang itu.

Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu memberikan misal, ghibat adalah suatu dosa yang besar. Ada seorang pegawai menzalimi orang bawahannya. Tetapi orang bawahannya itu tidak berani berbuat apa-apa terhadap pegawai yang menzaliminya itu. Kebetulan ada seorang pegawai yang pangkatnya lebih tinggi daripada pegawai tadi telah melakukan penentangan terhadap pegawai itu. Melihat perkara itu, orang bawahannya tadi menunjukkan perasaan gembira, kerana pegawainya itu telah dizalimi. Orang bawahan itu berkata, kesempatan yang aku cari selama ini telah pun aku temui. Pegawai yang selalu menzalimi diriku, yang mengucapkan perkataan yang tidak senonoh, maka kali ini pegawai yang lebih tinggi pangkatnya telah melakukan penentangan terhadapnya.

Samada dusta atau tidak, orang yang tidak disukainya itu telah mendapat balasan. Dan orang bawahan itu memikirkan, kini jika aku tidak melakukan ghibat maka jiwa dan hartaku akan terancam dan kerana itu dia tidak merasa takut untuk melakukan ghibat dan ia mengambil kesempatan itu selagi masih berada di dunia ini. Kerana itu, manusia sanggup melakukan keburukan demi untuk kepentingan duniawinya. [Di ambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, Halaman 351-352, Khutbah Jumaat 29 Mei 1936]

Untuk meningkatkan amalan baik yang keempat, yang menjadi halangan ialah, yang berhubung dengan adat dan disebabkan adat, dapat menimbulkan kelemahan dalam diri manusia. Terutamanya, apabila agama tidak ada pemerintahan. Yakni, disebabkan adanya undang-undang untuk meningkatkan amalan sebahagian boleh dilakukan tetapi malangnya orang-orang Islam, apabila membicarakan tentang akhlak, kita mendapati akhlak orang-orang Islam telah runtuh.

Dan untuk memperbaiki perkara itu, orang-orang Islam harus memberikan tawajjuh tentang, telah hilangnya keadilan terutama negara-negara Islam. Disebabkan daripada dua amalan, iaitu harus menjadi bahan renungan bagi sebuah pemerintahan Islam dan negara-negara Islam. Bagi negara-negara yang bukan Islam sebahagian perkara yang dilakukan oleh mereka memerlukan pembaikan tetapi mereka tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan amalan buruk dan keruntuhan akhlak? Ini kerana, sebahagian amalan buruk yang mereka lakukan tidak dapat diperbaiki.

Oleh itu, untuk meningkatkan amalan, pemerintah harus membuat tindakan yang sewajarnya. Definisi untuk meningkat amalan antara agama dan pemerintah harus mempunyai satu matlamat dan apabila berhubung untuk meningkatkan amalan, dengan adanya undang-undang, maka adat-adat yang buruk dapat dihapuskan. Tetapi jika undang-undang dalam pemerintahan tidak dapat menolong untuk meningkatkan amalan seseorang, adat-adat buruk tidak dapat diubah, maka lingkungan seperti itu boleh menimbulkan penyakit ulser.
Seperti yang dapat kita lihat pada ketika ini, negara-negara yang maju atas nama kebebasan terdapat banyak kelemahan dalam meningkatkan amalan. Dan melalui media elektronik bukannya untuk meningkatkan amalan, tetapi pada ketika ini telah tersebar keburukan di setiap tempat. Begitu merebaknya pengaruh ini, melihat adat-adat yang sudah menjadi kebiasaan, yang kelihatannya untuk meningkatkan amalan turut menjadi lemah. Perkara ini membuatkan anak-anak muda samada lelaki dan wanita, kebijaksanaan mereka pun turut menjadi lemah. Dan apabila kebiasaan itu telah menjadi adat maka untuk meninggalkannya suatu yang amat sulit. Misalnya, seseorang yang mabuk, bila seseorang itu telah menjadi adatnya, bermabuk-mabukan, maka untuk meninggalkan adat itu suatu yang amat sulit.

Seseorang sanggup berkorban dengan kepercayaannya, mempercayai daripada tuhan tiga kepada Tuhan yang satu. Tetapi bagi orang yang pemabuk pasti dalam hatinya, berkeinginan untuk mendapatkan benda itu. Seseorang itu seumur hidupnya ia sanggup meninggalkan akidahnya, tetapi adat yang suka bermabuk-mabukan, yang jika ia tidak memperolehi benda itu dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun maka dirinya akan merasa gelisah.

Begitu juga orang-orang yang merokok, mereka sanggup meninggalkan keluarga, abang, kakak, ibu-bapa serta anak-anak dan isteri demi kepercayaannya dengan Jemaat. Mereka sanggup berkorban dan menjadi Ahmadi. Tetapi apabila disuruh untuk meninggalkan adat merokok, mereka akan mencari pelbagai alasan. Ada yang menyatakan dengan merokok, perut merasa selesa, jika tidak merokok maka ia tidak boleh tidur, sebahagian pula menyatakan fikirannya akan terhapus untuk memahami sesuatu perkara jika tidak merokok, kerana tanpa merokok membuatkan dirinya merasa gelisah. Perkara ini bukan hanya bagi mereka yang telah masuk ke dalam Jemaat tetapi bagi setiap orang. Sebahagian orang begitu baiknya melakukan kebaikan dan pengorbanan tetapi apabila suatu perkara yang kecil atau kebiasaan yang kecil bagi dirinya susah untuk dia meninggalkannya.
      
Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu menceritakan pakcik beliau, abang kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam, dia seorang yang tidak mempunyai agama. Ada di antara mereka yang datang kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam adalah mereka mempunyai adat menghisap huqqah [rokok tradisi yang terdapat di India] Tetapi tempat tinggal Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam tradisi huqqah tidak terdapat di sana. Maka pakcik Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu akan membawa huqqah ke mana sahaja dia pergi dan ketagihan dengan huqqah telah menjadi kebiasaan dalam dirinya. Maka orang-orang yang menghisap huqqah ini mereka akan berkumpul dan disebabkan sudah ketagihan, mereka berbual-bual perkara yang tidak membawa apa-apa faedah.

Pada suatu kali Hazrat Khalifatul Masih Awal radhiallaahu anhu bertanya kepada pakcik Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu, apakah anda pernah solat? Lalu dia berkata, telah menjadi tabiatnya sejak kecil apabila melihat seseorang sedang menundukkan kepalanya ke bawah maka aku akan ketawa melihatnya, maksudnya apabila melihat seseorang mengerjakan solat maka ia akan memperolok-olokkan orang itu. Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu menceritakan lagi, pakciknya didatangi oleh teman-temannya sambil menghisap huqqah dan mendengar teman-temannya membicarakan perkara-perkara yang tidak senonoh menentang Islam. Suatu kali seorang temannya ikut duduk bersama mereka dan mendengar mereka mencaci-maki lalu temannya keluar daripada situ. Seseorang lalu bertanya kepada orang itu, apa yang sedang terjadi? Orang itu berkata, disebabkan huqqah ini, jiwaku memberontak mendengar caci-maki yang pada kebiasaannya, aku tidak dapat mengawal perasaanku.

Kadang-kadang, disebabkan kebiasaan dalam adat, menyebabkan seseorang itu boleh menjadi terhina. Sebahagian orang mempunyai kebiasaan menipu. Walaupun ribuan kali diberikan nasihat, walaupun diberikan nasihat dan petunjuk tetapi perbuatan dusta tidak dapat ditinggalkan. Orang yang seperti ini sulit bagi dirinya untuk diperbaiki. Sebenarnya perkara itu, bukan suatu yang mustahil. Jika tidak dapat diperbaiki, maka yang perlu ialah memberikan nasihat, memberikan khutbah-khutbah yang berterusan serta nasihat-nasihat yang bernas dan perintah-perintah Allah Taala pun harus disampaikan. Jika seseorang itu sedikit sahaja ada percikan api dalam keimanannya, maka nasihat itu akan membawa faedah dalam dirinya. Perkara inilah yang Allah Taala firmankan bahawa sentiasalah memberikan nasihat kepada orang-orang beriman kerana bagi mereka ada faedahnya. [Di ambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, Halaman 367-369 Khutbah Jumaat 5 Jun 1936]

Suatu kali ada seseorang yang suka mencaci-maki, setiap hari dia akan mencaci-maki. Setiap berbicara dia akan terbiasa dengan mencaci-maki. Sehingga dia tidak sedar bahawa dia sedang ucapkan perkataan yang tidak senonoh. Ada seseorang membuat laporan kepada Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu tentang perangai orang itu. Apabila Huzur mengetahui perbuatan orang itu, dia dipanggil oleh Huzur. Dan Huzur bertanya kepada orang itu, saya mendapat laporan bahawa anda suka mencaci-maki, lalu orang itu berkata, siapa yang melaporkan berita itu kepada tuan? Perhatikanlah! Dikeranakan telah menjadi kebiasaan, membuatkan dirinya tidak sedar bahawa dia telah melakukan perkara itu. Disebabkan kebiasaan adat, pengertian tentang suatu kebaikan menjadi terhapus. Tetapi jika seseorang itu berusaha menghapuskan kebiasaan itu maka ia dapat memperbaiki dirinya.

Walaubagaimana pun untuk menghindari kebiasaan adat ia suatu perkara yang sangat besar ujiannya. Perhatikan pada hari ini, orang-orang begitu asyiknya dengan menonton filem-filem yang tidak membawa apa-apa faedah, orang-orang begitu asyik melayari internet sehingga sebahagian orang menjadi ketagih dengan melayari internet. Sungguhpun seseorang itu sudah mengantuk melayari internet tetapi dia masih lagi berjaga untuk melayari internet, yang membuatkan mereka tidak ambil peduli terhadap anak dan isterinya.

Orang-orang seperti ini untuk meningkatkan amalannya suatu tindakan yang amat besar. Sebab, perkara yang kelima untuk meningkatkan amalan yang menjadi halangan, termasuk juga anak-anak dan isteri. Amalan ini suatu halangan untuk meningkatkan amalan kita. [Di ambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, halaman 375, Khutbah Jumaat 12 Jun 1936]

Kadang-kadang dalam untuk meningkatkan amalan yang baik, anak-anak dan isteri menjadi ujian dalam menghadapi kesulitan. Misalnya, Islam mengajarkan supaya jangan mengambil harta orang lain. Pada masa kini, jika seseorang memberikan amanat yang berbentuk wang untuk disimpan sebagai amanat dan orang yang memberikan amanat itu tidak mempunyai saksi sebagai bukti, yang ia menyimpan wangnya itu kepada seseorang.

Kadang-kadang, orang yang diberikan amanat itu, atas sebab keperluan anak dan isterinya, orang tersebut telah melakukan khianat terhadap dirinya dan niatnya sudah tidak benar. Untuk memenuhi permintaan isterinya, ia telah mengambil wang yang diamanatkan tadi. Isteri atau anaknya meminta wang kepadanya untuk membeli sesuatu. Maka orang itu menyatakan, inilah kesempatan yang ada, yang dapat aku tunaikan. Dengan menggunakan wang itu dapat memenuhi permintaan anak dan isterinya atau disebabkan anaknya sakit untuk kesembuhan anaknya, ia memerlukan wang, tetapi orang itu tidak mempunyai wang dan wang yang diamanatkan tadi telah digunakan untuk membeli ubat. Orang itu berkata kepada dirinya, lihatlah nanti, samada, wang itu akan dikembalikan lagi atau sebaliknya atau sesuatu perkara yang membuatkan orang itu telah melakukan khianat terhadap dirinya. Dengan perbuatan seperti itu, ia adalah suatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila suatu amanat itu telah diberikan kepada seseorang maka, anda hendaklah kembalikan amanat tersebut kepada pemiliknya. Samada amanat yang diberikan itu mempunyai saksi atau tidak, samada mempunyai bukti ataupun tidak.

Kadang-kadang sebahagian orang untuk menyenangkan hati anak-anaknya, ia mengambil harta anak-anak yatim tanpa hak atau mereka cuba merosakkannya.

Kemudian, bukan sahaja masalah dengan kewangan, bukan sahaja contoh yang telah diberikan tetapi bagi ibu-bapa yang suka akan kebebasan dan kemajuan, mereka inilah yang selalu melakukan perkara ini. Di negara-negara yang miskin pun berlaku perbuatan seperti itu. Disebabkan terlalu berlembut dan tidak ada ketegasan dalam memberikan ajaran Islam kepada anak-anak dan tidak berusaha untuk mendisiplinkan mereka.

Apa yang saya katakan ini, saya terpaksa meluahkan perasaan yang amat sedih, bahawa perbuatan seperti ini pun berlaku di kalangan Jemaat kita. Dan dari waktu ke waktu, perkara seperti ini telah berada di hadapan kita. Ada yang mengambil wang yang telah diamanatkan, ada yang mengambil wang dengan cara menipu, ada pula yang memberikan harta kepada anak-anak yatim tetapi tidak diberikan sepenuhnya. Sebahagian masalah ini mendapat aduan daripada Qaza [peraturan mahkamah] bahawa ada aduan mereka yang tinggal di negara-negara kaya, yang mengawinkan anak perempuannya di Pakistan dan pada hari pertama perkhawinan lagi, bapa perempuan telah memberitahu kepada menantu lelaki supaya anak perempuannya hendaklah dilayan dengan cara kelembutan dan diberikan kebebasan kepada anaknya. Jangan melakukan pelbagai pengekangan atau sekatan.

Maka dalam fikiran anak perempuannya telah tertanam perkara yang tidak baik, apa yang dikatakan oleh bapanya itu. Maka dalam fikiran anak perempuan itu, ia menganggap suaminya tidak mengetahui apa-apa. Sedangkan ajaran Islam mengajarkan isteri harus memberikan hak kepada suaminya dan tanggungjawab dalam rumahtangga adalah kewajipan bagi suami.

Kadang-kadang lelaki Pakistan berkhawin dengan wanita dari luar negara dan wanita yang dikhawinnya itu telah dizalimi dan ibu-bapa lelaki berkata, anak perempuan harus menerima segala penderitaan dan perwatakan lelaki memang seperti itu. Anak-anak yang diasuh dengan cara kelembutan, tidak ada ketegasan dari ibu-bapa, keadaan mereka akan musnah dan di rumah yang seperti itu juga akan binasa. Oleh itu, dalam memperbaiki amalan, tidak terkira banyaknya contoh-contoh yang terjadi yang menjadi rintangan bagi anak-anak dan isteri.

Ada juga amalan yang menampakkan kelemahan, kerana tidak ada ketegasan terhadap anak-anak dan isteri atau untuk memenuhi kehendak mereka. Dikeranakan terlalu menyayangi anak-anak, amalan yang baik menjadi korban. Disebabkan anak-anak, bapa sanggup berdusta dalam menjadi saksi, disebabkan terlalu berlembut dengan anak-anaknya. Di negara-negara miskin dan di negara-negara dunia ketiga, pegawai-pegawai yang bekerja suka mengambil rasuah dan penyakit seperti ini sudah umum. Mereka mengumpul harta untuk memberikan harta itu kepada anak-anaknya, kerana itu mereka mengambil rasuah atau tujuannya adalah supaya anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah yang berprestij, kerana itulah mereka mengambil rasuah. Oleh itu, untuk meningkatkan amalan, harus berdiri dengan semangat dalam menghadapi halangan-halangan ini. Dan untuk memperbetulkannya, apabila kecintaan kepada Allah Taala sampai ke puncak, melebihi kecintaan kepada anak dan isteri maka dengan menanamkan semangat sederhana, membolehkan seorang insan itu bebas daripada pengaruh yang tidak baik.

Halangan yang keenam untuk meningkatkan amalan, yang menjadi halangan ialah seseorang itu tidak memberikan bimbingan yang kekal. Yakni, dalam meningkatkan amalan hendaknya sentiasa memberikan perhatian, barulah nanti peningkatan amalan dapat dilakukan. [Dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, Halaman 380, Khutbah Jumaat 12 Jun 1936]

Setiap sesuatu pekerjaan yang ingin dikerjakan, hendaklah difikirkan terlebih dahulu. Apakah, dengan mengerjakan pekerjaan ini membawa natijah yang baik atau pun tidak? Apakah, dengan melakukan pekerjaan ini aku mendapat keizinan atau pun tidak? Apakah, aku mengerjakan sesuatu perkara menurut apa yang diamalkan oleh Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam atau pun tidak, bahawa seseorang itu hendaknya mengamalkan 700 hukum yang terdapat dalam Al Quran. Apakah aku telah pergi terlalu jauh, daripada amalan tersebut? Misalnya, kejujuran adalah suatu perkara yang paling penting. Perkara ini juga diperintahkan kepada para perniaga, kepada para pekerja yang menjalankan pekerjaannya dan di lingkungan tempat anda bekerja, perintah untuk berlaku jujur telah diberikan. Bagi seorang perniaga, perintah untuk berlaku jujur selalu dihadapi oleh mereka. Jika pembeli datang untuk membeli sesuatu barang, ada yang memberikan barang yang kurang berkualiti atau mereka menaikkan harga barang yang mahu dijual atau barang yang mahu dibeli, telah ditetapkan harganya dan barang yang dibeli pula dikurangi pula timbangannya. Penyakit seperti ini, telah saya sebutkan sebelum ini.

Di negara-negara seperti di sini, perkara yang seperti itu, jarang berlaku tetapi di negara-negara yang miskin banyak terjadi perkara seperti itu. Jadi, penjual selalunya beranggapan pembeli tidak memiliki kemahiran dalam berurusan jual-beli maka mereka mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Ada yang menyatakan jika setiap pembeli dikurangi sedikit timbangannya maka barang yang dijual masih lagi berbaki hingga ke petang. Inilah akhlak yang ditampilkan oleh para perniaga, perbuatan yang seperti itu suatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Islam amat keras melarangnya.

Berbicara tentang keuntungan, ketika Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu membuka kota Rabwah, beliau menasihatkan kepada para perniaga, biarlah mendapat keuntungan sedikit tetapi ramai pengunjung yang datang membelinya. Tetapi tidak kurang juga keluhan dan aduan yang datang kepada saya, memberitahu perniaga-perniaga di Rabwah begitu sekali mereka mengaut keuntungan sehingga ramai orang-orang terpaksa pergi ke Chiniot untuk membeli barang-barang keperluan. Yakni, seharusnya mereka pergi membeli di kedai orang-orang Ahmadi, dikeranakan barang-barang yang dijual dengan harga yang mahal maka wang itu telah mengalir ke tempat lain. Dan ini adalah tanggungjawab bagi para perniaga yang berniaga di Rabwah.

Oleh itu, para Ahmadi hendaklah memikirkan hal ini dan berusahalah untuk memperbaikinya. Perkara ini bukan ditujukan kepada perniaga-perniaga di Rabwah tetapi di mana sahaja mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai seorang perniaga. Seorang perniaga Ahmadi harus sentiasa memiliki akhlak yang baik, jika menimbang barang, haruslah tepat dengan sukatannya. Jangan memberikan barang yang rosak tanpa pengetahuan pihak pembeli. Keuntungan yang diperolehi biarlah munasabah dan barang yang dijual, kurangkan sedikit harganya. Dengan membuat demikian maka insyaAllah perniagaan akan memperoleh keberkatan dan tidak akan pernah berkurang.

Begitu juga apapun bidang yang diceburi oleh seorang Ahmadi, kejujuran hendaklah diutamakan dan hendaklah hal ini menjadi bahan renungan. Bagi mereka yang baru mula belajar berniaga, untuk meningkatkan amalan adalah suatu yang amat baik. Setiap waktu harus berulang-ulang diingatkan bahawa amalan yang baik ini hendaklah selalu diamalkan. Begitu juga keburukan yang lain seperti berdusta. Setiap apa yang ucapkan, perlu diperhatikan, apakah, perkataan yang aku ucapkan itu ada terdapat kesalahan?

Kemudian, ada pemilik kedai yang meninggalkan kedainya, iaitu ketika tiba waktu solat dia meninggalkan kedainya lalu ia pergi untuk menunaikan solatnya. Ada pula perniaga ketika waktu solat, ia masih lagi membuka kedainya, dengan anggapan seberapa banyak pembeli yang datang, mereka akan membeli dikedainya. Di satu pihak, dia memerhatikan amalan baiknya dan bersedia untuk menunaikan solatnya. Dan di pihak yang lain pula, dia hanya memikirkan keuntungan yang akan dia perolehi untuk faedah duniawinya, yang seharusnya setiap pekerjaan yang dia lakukan, terlebih dahulu dia harus memikirkan tentang pembaikan amalannya. Tetapi dia hanya memikirkan tentang faedah duniawi dan keuntungannya sahaja. Bagi para perniaga di Rabwah, sekali lagi saya ingin ingatkan, terdapat laporan yang memberitahu ketika waktu solat pemilik kedai yang berniaga, mereka tidak menutup kedai mereka ketika waktu solat. Apapun, setelah mereka mendengar ucapan saya, pada masa ini laporan yang di terima, mereka berkata, insyaAllah pada masa akan datang kami akan menutup kedai kami apabila tiba waktu solat.

Semoga orang-orang ini, dapat mengamalkan apa yang mereka katakan. Begitu juga bagi peniaga-peniaga di Qadian, pada ketika ini dikeranakan sekarang sedang berlangsung Jalsa, maka orang ramai berasak-asak, perkara ini pun perlu diperhatikan. Dikeranakan ramai yang datang dari luar, maka jangan pula kita lupa akan kewajipan kita. Di sana, hendaknya mereka yang mempunyai kedai hendaklah ditutup ketika waktu solat dan di mana sahaja di dunia, setiap Ahmadi harus memperhatikan akan perkara ini, iaitu apa yang menjadi kewajipan untuk dilaksanakan harus diberikan tawajjuh. Amalan yang wajib dilaksanakan perlu diingatkan berulang-ulang, ia seperti seseorang yang menunggang kuda dengan kelajuan yang pantas tetapi jika tidak berhati-hati ketika menunggang kuda tersebut, maka kita boleh terjatuh dari kuda itu.

Oleh itu, orang-orang mukmin setiap waktu harus sentiasa memperhatikan akan perkara ini, jika kita tidak berhati-hati maka dalam beberapa saat sahaja, standard sebagai seorang mukmin akan seperti orang yang jatuh dari kudanya dan untuk memperbaiki amalan, tidak akan tercapai. Oleh itu, setiap masalah yang dihadapi untuk pembaikan amalan, setiap orang harus melangkah ke jurusan yang betul. Sekali sahaja seseorang itu terjerumus dalam keburukan maka ia akan ditenggelamkan. Apabila seseorang itu segan untuk melakukan keburukan maka kelemahan yang lain pun akan dapat diatasi.
Berkenaan dengan para wanita juga akan saya terangkan. Iaitu berkenaan dengan pardah dan harus memiliki perasaan malu. Jika perkara ini tidak diperhatikan, maka ia akan terus berlanjutan.

Saya mendapat tahu bahawa di Australia, sebahagian wanita-wanita Ahmadi muda yang baru datang dari Pakistan yang menetap di Australia, apa yang diketahui mereka tidak memakai pardah. Mana perginya pardah mereka? Sekurang-kurangnya mereka memakai pakaian yang sopan atau selendang. Jika diperhatikan, mereka seolah-olah tidak pernah berpardah sebelumnya. Mereka menyatakan, di Australia pardah adalah suatu perbuatan jenayah. Apabila mereka mengetahui pardah suatu perbuatan jenayah maka mereka yang seumur hidupnya memakai pardah, kerana rasa takut digelar sebagai penjenayah maka mereka terpaksa meninggalkan pardah mereka.

Sedangkan, pada hakikatnya, di Australia tidak ada undang-undang yang seperti itu dan bukan suatu perbuatan jenayah. Tidak ada larangan dan undang-undang di sana tidak melarang seseorang itu untuk berpardah. Semua perkara itu, hanya dikeranakan terikut-ikut dengan fesyen dan mereka tidak mahu berpardah. Seorang wanita Pakistan yang tinggal di Australia, menulis surat kepada saya dan dia menyatakan bahawa saya juga dipaksa untuk meninggalkan pardah atau dikeranakan lingkungan yang memerangkap dirinya. Tetapi ketika Huzur berkunjung ke Australia dan memberikan pidato di Jalsa berkenaan dengan pardah, ketika itu juga saya mulai memakai pardah dan berusaha untuk terus menegakkannya dan doakan juga semoga perkara itu berterusan. Wanita itu juga menulis kepada saya, supaya didoakan untuk dirinya.

Punca pardah terpisah daripada dirinya adalah kerana perintah dalam Al Quran tidak melekat di fikirannya, malah di rumah tidak pernah membicarakan tentang pardah. Oleh itu, untuk memperbaiki amalan hendaklah berulang-ulang kali diberitahu tentang keburukan dan harus menceritakan tentang kebaikan-kebaikan.

Untuk meningkatkan amalan baik yang ketujuh, yang menjadi halangan iaitu hubungan antara manusia dan adat kebiasaan yang lebih unggul dan kurangnya rasa takut kepada Allah [Di ambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, Halaman 383, Khutbah Jumaat 12 Jun 1936]

Kadang-kadang, bahagian-bahagian amalan yang baik tidak dizahirkan, sifat tamak, hubungan mesra, kaum kerabat, pertengkaran, dengki dan dendam. Misalnya, kejujuran, yang saya berikan sebagai misal, sekali lagi saya ulangi perkara ini, bahawa seorang insan tidak memandang kepada kejujuran, yang telah Allah Taala perintahkan tetapi pada sesuatu kesempatan, apa pengaruhnya kejujuran itu dengan teman-teman atau para musuh.

Begitu juga mereka tidak memandang suatu kebenaran, yang telah Allah Taala perintahkan tetapi apa yang dilihatnya, apakah teman-teman dan orang yang disayangi, dengan aku berkata benar, apakah dapat merugikan mereka? Seseorang sanggup menjadi saksi menentang musuhnya, dengan fikiran bahawa pada masa dulu aku pernah dirugikan oleh orang itu, maka kali ini, aku telah mendapat kesempatan untuk membalas dendam dan menjadi saksi menentang kepadanya. Amalan seperti ini yang membuatkan diri seseorang itu menjadi lemah, kerana dalam dirinya kosong rasa takut terhadap Allah Taala, seseorang itu harus meletakkan perintah Allah Taala di tempat yang paling utama.

Anda harus sentiasa meletakkan kebenaran itu, di tempat yang paling utama walaupun anda disuruh menjadi saksi terhadap pihak lawan, orang yang dikasihi maupun terhadap ibu-bapamu sendiri.

Untuk meningkatkan amalan baik yang kelapan, yang menjadi halangan ialah untuk meningkatkan amalan yang baik, akan sulit dilaksanakan selagi pembaikan dalam keluarga tidak dapat dilaksanakan. [Diambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, Halaman 384, Khutbah Jumaat 12 Jun 1936]

Kejujuran tidak akan dapat disempurnakan atau standard kejujuran tidak akan dapat ditegakkan selagi dalam diri anak-anak dan isteri tidak ada kerja-sama. Sebaik manapun pengurusan dalam rumah tangga dengan pendapatan yang halal, tetapi jika isteri merampas hak tetangga atau merugikan seseorang dengan pelbagai cara, melakukan khianat terhadap wang seseorang atau anak mereka membawa wang rasuah ke dalam rumah, maka rumah yang seperti itu, bukanlah rumah yang membawa pendapatan yang halal.

Perkara ini selalunya berlaku di rumah orang-orang yang tinggal secara beramai-ramai. Selagi seluruh keluarga di rumah tidak berusaha untuk meningkatkan amalan yang baik, maka pengaruh buruk boleh berjangkit kepada orang-orang yang tinggal di dalam rumah tersebut. Walaupun isteri mempunyai akhlak yang baik tetapi suami memperoleh pendapatan yang tidak halal, maka pengaruh buruk itu akan memberikan kesan buruk bagi yang tinggal di rumah tersebut. Sekiranya bapa seorang yang tawajjuh terhadap solat tetapi anak-anak pula tidak tawajjuh terhadap solat atau bapa seorang yang rajin mengerjakan solat tetapi ibu pula tidak demikian atau ibu sangat tawajjuh terhadap solat dan bapa pula tidak solat maka anak-anak akan meniru apa yang ibu atau bapanya lakukan. Pada khutbah yang lalu saya telah memberikan contoh-contoh tersebut.

Allah Taala berfirman, Ku anfusakum wa’ah li kum Naaran [Al Tahrim:66] Bukan diri anda sahaja yang harus terhindar dari api jahanam, tetapi ahli keluargamu juga harus dijauhi daripada api jahanam. Tidak cukup dirimu sahaja yang terhindar daripada api jahanam tetapi orang lain pun harus menjadi suatu kewajipan. Jika orang lain tidak dapat menghindari daripadanya, maka suatu hari nanti, anda juga akan ditenggelamkan.

Oleh itu, untuk memperbaiki suatu amalan, seluruh penghuni rumah harus meningkatkan amalan yang baik dan semua orang harus terlibat bersama dalam usaha tersebut. Dalam hal ini, ketua keluarga di dalam rumah harus memainkan peranan penting ini. Kebanyakkan waktu, isteri dan anak-anak menjadi lalai atau sulit untuk menyempurnakan tugas tersebut dan untuk memperbaikinya, banyak halangan yang dihadapi.

Selain lapan perkara yang dikemukakan di atas tadi, ada lagi sebab-sebab yang lain yang boleh menjadi halangan. Ini sebahagian sahaja yang saya kemukakan tetapi jika lapan perkara yang di atas tadi jika dapat diberikan perhatian sepenuhnya maka ke lapan perkara tersebut termasuk di dalamnya.

Apapun huraiannya ialah, wujudnya halangan membuatkan seorang manusia itu mundur daripada jalan Allah Taala, yang apabila sesuatu keburukan itu dekat kepada manusia maka manusia akan dilempar jauh ke jurang. Jika kita ingin meningkatkan amalan yang baik, maka haruslah memberikan tawajjuh terhadap perkara ini. Bukan hanya dengan ucapan sahaja telah melakukan pembaikan tetapi haruslah mengawal diri kita melalui kebaikan.
Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu ada memberikan misal, ada seorang pensyarah yang sangat mashyur yang berbangsa Eropah. Pensyarah ini banyak memberikan syarahan-syarahan tetapi sewaktu dia memberikan syarahan, dia akan menggoyangkan bahunya ke atas dan ke bawah. Orang-orang yang melihatnya lalu berkata kepadanya, tuan kalau memberikan syarahan sangat baik sekali tetapi apabila tuan mengoyangkan bahu tuan ke atas dan ke bawah, membuatkan orang-orang ketawa dan menjadikan tuan sebagai bahan ejekan. Maka pensyarah itu berusaha untuk menutupi kelemahannya tetapi usahanya itu mengambil masa yang lama.

Pada akhirnya, dia mendapat satu cara untuk mengatasinya. Dia menggantungkan dua bilah pedang di atas siling yang sejajar dengan ketinggian bahunya. Sambil latihan dia memberikan syarahan. Ketika bahunya bergerak ke atas dan ke bawah, pedang yang digantungkan itu tersentuh di bahunya. Kadang-kadang pedang itu terkena di  bahagian kanan dan kadang-kadang terkena di bahagian kiri. Walau bagiamanapun setelah dia berusaha beberapa hari, kebiasaan yang terdapat dalam dirinya itu, lama-kelamaan kebiasaan yang dia selalu lakukan akhirnya menghilang. [Di ambil dari Khutbah Mahmood Jilid 17, Halaman 390, Khutbah Jumaat 12 Jun 1936]

Oleh itu, untuk menjadikan kebiasaan yang baik, maka perlu mengamalkan cara yang seperti itu, daripada dipaksa, lebih baik diberikan tawajjuh dan semua orang bersatu bagi melaksanakannya. Seluruh ahli keluarga di rumah harus berusaha dan setiap individu perlu berusaha ke arah tersebut. Tanpa pengorbanan maka usaha tersebut akan menjadi sia-sia. Tanpa melakukan cara yang seperti itu, untuk meninggalkan keburukan seseorang itu harus menghadapi kesulitan, barulah keburukan itu dapat dijauhkan.
Setiap individu Jemaat harus memeriksa dalam diri masing-masing. Ia memerlukan pengorbanan, janji yang teguh, jika tidak, tujuan kita tidak akan tercapai. Berdirinya Jemaat ini, membawa satu tujuan yang besar, dengan diutusnya Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam. Inilah akidah kita dan kedua-dua amalan ini harus mencapai standard supaya tidak ada yang akan menudingkan jari mereka kepada diri kita. [Di ambil dari Malfuzat, Jilid V, Halaman 454-455, Cetakan Rabwah]

Seperti yang telah saya sampaikan pada khutbah yang lalu, sungguhpun kita berjaya dalam bidang akidah hinggakan akidah yang kita pegang, yang apabila akidah Jemaat dikemukakan di hadapan pihak musuh, betapa pun kerasnya penentangan, para musuh akhirnya, mereka terpaksa akur, bahawa Nabi Isa alaihissalam tidak di naikkan ke langit atau Nabi Isa alaihissalam tidak akan diturunkan dari langit. Samada mereka mengakuinya ataupun tidak, akidah Jemaat-lah yang dapat menutupkan mulut mereka dan mengakuinya.

Begitu juga tentang masalah jihad, sebahagian ulama menyatakan bahawa ketika ini jihad dengan kekerasan telah dilarang dan Islam tidak mengizinkanya. Mengenai perkara ini, walaupun Jemaat telah mengemukakan dalil-dalil, sekurang-kurangnya ajaran Jemaat telah meresap dalam diri mereka atau ajaran Jemaat telah mempengaruhi pemikiran mereka.

Tetapi apabila kita melihat dari segi amalan yang terdapat dalam diri kita, di dalam amalan kita terdapat kelemahan, yang mana roh amalan belum meresap dalam diri kita, yang dengan roh tersebut dapat dijadikan contoh kepada dunia, yang apabila orang-orang melihat amalan kita yang baik, mereka tidak dapat mengingkarinya. Sehingga kini, kita belum mencapai sepenuhnya apa yang kita inginkan, iaitu apa yang diajarkan oleh ajaran Islam. Kebanyakkan waktu, kita lebih condong untuk meniru perkara-perkara yang remeh, yang telah saya kemukakan contoh-contohnya. Daripada kita meniru-niru cara orang lain, kenapa kita tidak memperbaiki diri kita menjadi seperti besi yang kukuh. Jika kita meniru-niru cara orang lain maka kita sendiri akan merasa malu dengan amalan yang ditiru oleh kita itu.

Oleh itu, tunjukkanlah amalan yang baik di lapangan, sehingga mencapai kejayaan. Apa yang perlu ialah air yang dilimpahkan kepada kita pada zaman ini, jangan membiarkan air itu melimpah keluar dengan membazir tetapi alirkan air itu ke dalam terusan, yang dengan air itu, dapat diserap oleh bumi, yang akan menjadi satu keperibadian yang penting. Bukannya membiarkan air itu melimpah keluar ke sana dan ke mari. Kita telah menetapkan sempadan dalam diri kita. Untuk memperbaiki amalan kita, kita harus mendispilinkan diri kita, setelah itu, barulah kita akan berhasil mencapai tujuan tersebut. Untuk mengukuhkan tembok-tembok akidah, kita sanggup mengorbankan jiwa, harta dan masa kita tetapi untuk mengukuhkan amalan kita, kenapa kita tidak memberikan tawajjuh terhadap perkara itu, yang seharusnya kita lakukan.

Allah Taala telah memberitahu kepada Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu cara yang paling indah yang dikemukakan oleh beliau bahawa hanya dua tembok akidah yang terdapat hingga kini. Dua tembok itu ialah tembok amalan, yang belum lagi dibina oleh kita, kerana itu pencuri boleh masuk ke dalamnya dan dapat mengambil harta kita. Tetapi apabila kita berkorban dengan menyiapkan keempat-empat tembok itu dengan sempurna maka pencuri tidak ada ruang untuk masuk ke dalam tembok tersebut kerana ia telah ditutup. [Di ambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, Halaman 391-392, Khutbah Jumaat 12 Jun 1936]

Oleh itu kita perlu berjanji, bahawa kita akan korbankan keinginan kita. Begitu juga keinginan anak-anak dan isteri kita. Dan setiap pengorbanan yang dilimpahkan akan diusahakan, supaya pembaikan tembok amalan kita sentiasa kukuh. Kemudian kita tidak akan dihentam dan dimalukan oleh orang-orang ghair dan di rumah kita tidak akan dimasuki pencuri sehingga pencuri itu dapat merosakkan rumah kita. Semoga Allah Taala menganugerahkan taufik kepada kita.


----------------------------<<<>>>----------------------------

Penterjemah

Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah

09 September 2014

No comments:

Post a Comment