Thursday, May 31, 2012

Ketakwaan Asas Keharmonian Rumahtangga



PIDATO

HAZRAT KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
DALAM ACARA LAJNAH, JALSA SALANA UK
23 JULAI 2011 DI HADIQATUL MAHDI

-------------------<<>>-------------------

A
yat yang ditilawatkan di dalam majlis ini adalah tiga ayat dari berbagai tempat yang selalu dibacakan di dalam majlis-majlis pernikahan. Selalunya kaum lelaki yang banyak hadir di dalam majlis pernikahan, mereka selalunya mengetahui tentang ayat ini. Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bahawa ayat ini selalu dibacakan di dalam majlis pernikahan. Tetapi saya tidak menyatakan bahawa mereka juga mengetahui bagaimana cara mengamalkannya. Selalunya kaum wanita amat sedikit yang hadir dalam majlis pernikahan yang selalu diadakan. Oleh itu, saya ingin menerangkan secara ringkas tentang ayat ini kepada anda semua.
Ayat ini adalah satu ikatan yang amat penting bagi pernikahan antara lelaki dan wanita. Perkara yang paling utama yang perlu diberikan perhatian adalah ketakwaan. Ayat pertama yang dibacakan adalah daripada surah An-Nisa, seperti yang telah diberitahu sebelum ini. Ayat kedua dan ketiga adalah daripada surah Al-Ahzab dan ayat keempat adalah daripada surah Al-Hasyar. Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini bahawa perkara  yang paling utama yang perlu diberikan perhatian adalah ketakwaan. Ayat yang pertama dalam surah An-Nisa dua kali disebutkan tentang ketakwaan, kemudian ayat yang berikutnya disebutkan satu kali tentang ketakwaan dan surah yang keempat disebutkan sebanyak dua kali tentang ketakwaan. Jadi, di dalam khutbah nikah, ayat tentang ketakwaan disebutkan sebanyak lima kali.
Dan setiap kali apabila ketakwaan disebutkan, Allah berfirman bertakwalah, bertakwalah kepada Rabb-mu. Dan setelah itu Dia akan memberikan hidayat yang baru. Oleh itu bertakwalah, kerana dengan bertakwa seseorang itu dapat menjadikannya sebagai amalan dalam dirinya, supaya amalan ini sentiasa berada sebaik-baiknya di dalam diri dan amalan ini perlu menjadi ikatan dalam diri kamu.
Kemarin saya telah menerangkan tentang ketakwaan, bahawa Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam ingin melihat kita memiliki ketakwaan yang tinggi. Dan Allah Ta’ala berfirman kepada beliau bahawa inilah akar ketakwaan, jika seseorang insan dapat berdiri teguh di dalamnya maka dia akan memperolehi semuanya. Semua benda tidak ada ertinya samada kemuliaan duniawi maupun ilmu dunia.
Jika seorang mukmin itu memahaminya maka dia akan mendahulukan agama daripada urusan dunianya. Dia akan memahami janji yang diulanginya supaya suara hati dapat mengamalkan asas daripada ketakwaan. Tanpa janji tersebut ia tidak akan sempurna, seorang mukmin itu tidak akan dapat menegakkan keimanannya. Jika hal ini dapat ditegakkan maka ia akan mendapatkan agama dan juga dunia.
Seorang insan sama ada lelaki atau wanita, apabila mendakwakan keimanan maka dia akan mempunyai keinginan yang tinggi dan seharusnya seperti itulah keinginannya, supaya dia mendapatkan Tuhan yang boleh menghiasi agama dan dunianya. Oleh itu, jika ingin mendapatkan Tuhan dan keredhaan-Nya maka adalah amat penting untuk berjalan di atas ketakwaan.
Takwa yang dimaksudkan adalah setiap keburukan yang sekecil-kecilnya, dia merasakan keburukan itu suatu yang menjijikkan, dan dia berusaha untuk mendapatkan setiap kebaikan. Bukanlah tugas seorang insan untuk memberikan pujian di atas keburukan atau kebaikan yang dia lakukan. Tetapi ketakwaan itu adalah dia akan mencari untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Dia akan mendapatkan kata-kata dan sunnah daripada Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam telah diutus sebagai Imam zaman pada masa ini supaya orang-orang dapat memahami dengan jelas tentang ajaran Islam hakiki.
Bacalah sabda-sabdanya dan catatkan, usahakan agar dapat diamalkan. Perkara-perkara buruk apa yang beliau larang kepada kita dan perkara-perkara baik apa pula yang diperintahkan olehnya. Bukan di dalam ayat ini sahaja yang menerangkan tentang ketakwaan. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, di dalam Al-Quran, sikap disiplin yang ketat amat ditekankan selain ketakwaan, ini kerana ketakwaan itu menjauhi setiap keburukan lalu memberikan kebaikan. Dan setiap yang baik itu bergerak laju ke arah kebaikan. Rahsia di sebalik semua perkara ini, ketakwaan menjadi azimat keselamatan bagi setiap insan, dan ia menjadi benteng dari segala bentuk fitnah. Seorang insan yang muttaqi dapat menghindari perkara-perkara yang buruk, di mana orang lain boleh menuju kepada kerosakan. Disebabkan manusia mempunyai sifat keraguan menjadikan kaum berfirkah-firkah dan memberi peluang kepada para penentang untuk mengkritiknya. [Aiyame Sulh, Rohani Khazain Jilid 14 hal 342]
Kehalusan takwa pula dihiasi dengan kecantikan dan kejuwitaannya. Apa yang jelas, kebaikan itu diperluaskan dengan amalan dan janji keimanan kepada Allah Ta’ala, dilakukan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dengan sekuat anggota badan. Secara zahir mata, telinga, tangan, kaki dan anggota badan yang lain, dan kekuatan batin pula ialah hati dan akhlak, sekuat yang termampu dipergunakan dengan sebaik-baiknya dan menghindari perbuatan yang tidak pada tempatnya, dan akan berwaspada terhadap musuh-musuh yang tersembunyi. Dan untuk mengatasinya adalah dengan melakukan Huquuqul Ibad yang membuatkan seluruh kecantikan seorang insan mempunyai hubungan dengan kecantikan rohaninya.
Allah Ta’ala memberikan ciri-ciri dalam Al-Quran dengan nama Libasut Takwa, isyarat ini diarahkan kepada kecantikan rohani dan melalui perhiasan takwa. Takwa itu ialah seorang insan akan meluaskan amanah dan janji keimanan kepada Allah Ta’ala dan makhluk seperti inilah yang akan meluaskan seluruh kebaikan-kebaikan tersebut. Yakni, secara perlahan-lahan melangkah ke hadapan dengan penuh kekuatan. [Barahin Ahmadiyyah bhg 5 Rohani Khazain Jil no 21 hal 209-210]
Inilah suatu pencapaian yang jika berhasil memperolehinya maka banyak masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan. Inilah pencapaian yang harus ada dalam diri kita, supaya dunia kita juga menjadi dunia agama. Apa sahaja keinginan kita akan menjadi keredhaan Allah Ta’ala. Dan untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala bukan hanya tertumpu kepada hal-hal duniawi sahaja. Jika ketakwaan berjaya diperolehi maka asas setiap persekitaran sama ada lelaki atau wanita yang datang dari pelbagai macam golongan akan menjadi bahagian daripadanya.
Setelah suami isteri bersatu ia menjadi satu unit, dari ikatan ini berlakulah satu keturunan. Jika unit ini tidak ada ketakwaan, pasangan ini tidak memiliki ketakwaan maka keturunan yang akan datang tidak ada jaminan untuk memiliki ketakwaan dan persekitaran akhlak yang tinggi, dan kedudukan takwa tidak akan terjamin. Kerana dari satu akan menjadi dua, dari dua akan menjadi empat. Oleh itu, seorang mukmin yang bertakwa dia tidak mahu dirinya sahaja yang bertakwa tetapi dia ingin melihat keturunannya yang lain pun ikut bertakwa.
Jika asas ketakwaan itu ada maka keturunannya pun akan terjamin dan persekitaran akhlak yang tinggi pun akan kelihatan oleh kita. Seperti Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, takwa adalah azimat bagi keselamatan, maka jika anda menginginkan yang baik walau apapun agamanya, setiap orang menginginkan keselamatan sebagai bentengnya, yang penting mereka dapat sampai menuju kepada keselamatan. Seseorang yang buruk kehidupannya atau seorang pencuri atau seorang perompak sungguhpun mereka ini memberikan kesusahan kepada orang lain, mereka pun menginginkan yang mereka terpelihara daripada segala bentuk kerugian.
Oleh itu, jika setiap orang menginginkan keselamatan dan jangan ada kerugian yang menimpa mereka, dan siang-malam yang mereka lalui dalam keadaan sejahtera, terpelihara daripada setiap musuh, terhindar daripada pelbagai kesulitan, jika seorang mukmin itu menginginkan hal ini maka inilah jalannya iaitu bertakwalah.
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam telah menjelaskan kepada kita jika anda menginginkan keselamatan maka bertakwalah. Takwalah satu-satunya azimat keselamatan yang akan memberi jaminan keselamatan kepada anda. Dengan ketakwaanlah anda akan terlindung di bawah jagaan Allah Ta’ala. Di lain tempat Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, jika anda menjadi milik Tuhan maka yakinlah bahawa Tuhan pun akan menjadi milikmu. [Bahtera Nuh, Rohani Khazain Jil 19 hal 22].
Maka jika Tuhan menjadi pengawas untuknya dan dari setiap keburukan Dia yang akan memeliharanya, dan Dia akan menjadi benteng keselamatan bagi dirinya yang mana tidak ada kekuatan dunia dapat mematahkannya. Tetapi seperti yang telah Allah Ta’ala firmankan dalam Al-Qur’an, dan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam telah menjelaskannya bahawa syarat keselamatan itu adalah takwa. Perasaan takut kepada Allah hendaklah wujud di dalam diri dan perlu menghindari segala perbuatan buruk dan berikhtiar untuk melakukan kebaikan. Apabila warna hakiki perasaan takut kepada Tuhan telah timbul maka insan akan menghindari daripada perbuatan buruknya.
Oleh kerana itulah Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, takwa memberikan kekuatan untuk menghindari daripada setiap keburukan dan apabila kekuatan ini berhasil diperolehi maka manusia akan mendapatkan azimatnya, yang azimat itu akan memberikan jaminan keselamatan. Insan akan menjadi satu benteng yang kukuh dikelilingi oleh Allah Ta’ala yang tidak dapat dicapai oleh askar-askar syaitan. Khayalan syaitan akan datang apabila insan lupa kepada Allah Ta’ala, apabila insan tidak memiliki perasaan takut kepada-Nya.
Oleh itu, jika seseorang itu ada perasaan takut kepada-Nya maka dia tidak akan melakukan harkat (gerakan) yang tidak diingini yang boleh membuatkan Allah Ta’ala marah kepadanya, yang boleh menjahanamkan keselamatan di dunia, persekitaran dan keamanan di dalam rumah. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, datanglah ke tembok ini yang dapat menghindari segala macam fitnah, yang dapat memelihara segala bentuk perbuatan yang sia-sia dan perselisihan.
Hari ini diperlukan persekitaran yang dapat menghindari kita daripada segala perbuatan sia-sia dan yang jahil. Ciptakalah kehidupan yang aman dan tenteram dalam diri kita. Allah Ta’ala telah mengajarkan pelbagai cara untuk menjauhi segala bentuk fitnah dan perselisihan. Tetapi alangkah malangnya manusia tidak memberikan perhatian terhadap perkara ini, malah membuat diri mereka menuju kepada kehancuran. Mereka telah mahrum (lupus) daripada keindahan yang telah diajarkan, yang telah disediakan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang mukmin baik lelaki maupun wanita.
Seharusnya menjadi lambang kecantikan bagi seorang mukmin lelaki maupun mukmin perempuan. Pakaian yang zahir tidak menunjukkan apa-apa kecantikan. Seorang wanita akan memperhatikan tentang kecantikan dan hiasannya yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepadanya. Tetapi banyak yang tidak memperhatikan perhiasan yang hakiki. Perhiasan bukan daripada solekan, pakaian atau hiasan yang dipakai. Asal hiasan yang sebenar yang telah Allah Ta’ala beritahukan kepada kita, kecantikan inilah yang telah dilupakan, yang kecantikan ini berlipat kali ganda cantiknya, yang tidak akan diperolehi di mana-mana.
Kecantikan itu bukan dengan cara hidup yang bebas, bukan dengan kehidupan yang jahil, bukan dengan menanggalkan tudung di kepala, bukan dengan keinginan meterial dunia yang diinginkan daripada suami atau bukan dari seorang lelaki yang inginkan cara berfesyen seorang wanita tetapi ianya diperolehi atas ketakwaannya. Pada hari ini pengaruh Barat telah menyerap masuk ke dalam diri wanita-wanita kita dan mereka menyangka inilah perhiasan yang sebenar.
Ingatlah, hanya perhiasan takwalah yang boleh kita perolehi. Labasut Takwa akan diperolehi apabila janji keimanan dan amanah dapat disempurnakan dengan kebaikan-kebaikan samada dari pihak lelaki maupun wanita. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, amanat yang telah diberikan kepada seluruh anggota badan, penuhilah haknya, tugas bagi lelaki dan wanita adalah setiap telinga, mata, lidah dan setiap anggota badan dapat dipergunakan menurut keredhaan Allah Ta’ala.
Pada masa ini krisis rumahtangga yang memainkan peranan besar ialah lidah, telinga dan mata. Kaum lelaki tidak mempergunakan dengan cara yang betul, begitu juga kaum wanitanya. Sebelumnya juga saya telah memberitahu bahawa kebanyakkan daripada pasangan tersebut telah saya nasihatkan, supaya menggunakan lidah, telinga dan mata dengan cara yang betul, maka tidak akan timbul masalah. Jika lidah digunakan dengan cara yang lembut dengan kasih sayang, tidak akan timbul masalah.
Tetapi apa yang kelihatan, ketika lelaki dan wanita datang kepengadilan terjadi perselisihan dan lidah pihak lelaki atau wanitalah yang menimbulkan perselisihan yang berpanjangan dan apabila keputusan dibuat maka mereka tidak dibenarkan untuk tinggal bersama. Dengan itu kedua-dua perhubungan telah terpisah. Dan ketika perbicaraan diperdengarkan sungguhpun ada perasaan sedih tetapi hendaklah menutup telinga dengan mendengarnya. Kadang-kadang jika seorang atau suatu kumpulan melakukan kesalahan maka pihak yang satu lagi balaslah sesuai dengan perbuatannya, dan jangan lebih daripada itu.
Jika perselisihan itu dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat dengan menutup telinga maka banyak masalah dapat diselesaikan. Melainkan pihak lelaki atau wanita yang sudah menjadi adat yang suka bertengkar, selain itu tidak akan timbul perselisihan. Oleh itu tutuplah telinga maka jalan keamanan akan diperolehi.
Pernah saya sebutkan sebelum ini, ada sebuah kisah yang benar, iaitu ada satu pasangan suami isteri bergaduh, di situ seorang anak kecil sedang memperhatikan mereka berdua dengan rasa kehairanan. Setelah beberapa waktu kemudian kedua-dua pasangan ini menyedari akan kesilapan mereka, untuk menutupi perasaan malu kedua pasangan tersebut lalu bertanya kepada anak itu. Apakah ibu bapa anda pernah bertengkar? Apakah mereka menggunakan bahasa yang kasar ketika bertengkar? Apakah mereka menunjukkan rasa marah? Anak kecil itu lalu berkata: Ya, jika bapa saya marah maka ibu saya akan berdiam dan jika ibu pula yang marah, maka bapa saya akan berdiam lalu mereka tidak timbulkan pertengkaran selanjutnya.
Pengaruh yang baik ini pun berkesan kepada anak-anak juga. Jika ada keburukan di antara suami isteri cubalah pejamkan mata dan jika terdapat kebaikan maka bukalah mata, pada  akhirnya setiap seseorang itu menginginkan kebaikan, baik dari pihak lelaki maupun wanita, sungguhpun ada keburukan. Apa yang selalu saya perhatikan umumnya lelaki yang memulakan perselisihan dengan melihat keburukan-keburukan pihak wanita dan apabila wanita pula mulai mencari keburukan dari pihak lelaki, dia akan pergi lebih jauh sehingga untuk kembali lagi agak sulit.
Oleh itu, jangan sekali-kali melihat sesuatu yang tidak baik yang boleh membuatkan ketakwaan berubah. Jika masalah rumahtangga diselesaikan dengan penuh kepercayaan, jika mata melihat dengan penuh kesucian maka tidak akan timbul perselisihan dan masalah itu akan dapat diselesaikan. Kemudian jangan benarkan hati mengucapkan kata-kata yang tidak membawa apa-apa faedah. Letakkan perasaan takut kepada Allah dalam hati, maka masalah perselisihan tidak akan timbul.
Syaitan tidak akan mencuri masuk di pintu hati dengan membinasakan rumah-rumah orang-orang mukmin. Syaitan tidak memiliki apa-apa kedudukan, tetapi ia mengetahui bagaimana cara untuk menembusinya. Segala bentuk yang berhubungan dengan keburukan, segala bentuk yang berusaha untuk memusnahkan rumahtangga, pertengkaran dengan suami, dengan ipar lelaki maupun ipar perempuan, suami isteri, mertua atau perkara-perkara kecil yang menimbulkan kekecewaan dalam hati semua itu adalah pekerjaan syaitan.
Syaitan-syaitan inilah yang harus diperhatikan oleh setiap orang mukmin. Dan jika kepercayaan dapat ditegakkan maka ikatan yang asas ini akan menjadi kukuh. Tetapi jika kepercayaan sudah tidak wujud lagi maka istana kecintaan dan kebahagian yang sudah lama didirikan akan berkecai ke bumi malah akan terhapus.
Oleh itu, jika seorang mukmin telah menyempurnakan janjinya kepada Allah Ta’ala maka hendaklah ia berusaha menyempurnakan janjinya terhadap makhluk-Nya yang lain. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa tanpa menyempurnakan Huquuqul Ibad maka ia tidak akan mencapai kepada Huquuqullah, dengan itu ia akan menjadi retak. Apabila sekali sahaja perkakas dapur retak maka secara perlahan-lahan retaknya akan menjadi bertambah besar.
Oleh itu, Huquuqul Ibad juga amat penting. Dengan melakukan Huquuqul Ibad suami isteri akan meletakkan hak-hak ke suatu tempat yang penting, keturunan yang akan datang akan dianggap suatu yang lebih penting. Oleh kerana itu seorang mukmin yang hakiki sangat bertanggungjawab terhadap hal ini. Kerana itu Allah Ta’ala memberikan tawajjuh (perhatian) terhadap hak-hak antara suami isteri dan kerana itu Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam meletakkan ayat ini ketika dalam upacara pernikahan bahawa dengan adanya ketakwaan dapat memberikan hak-hak antara satu sama lain, supaya anda dapat menyempurnakan janji yang berupa amanat-amanat dan janji keimanan dengan cara yang betul.
Oleh itu, bagi orang-orang mukmin dakwaan itu baru akan tercapai apabila disempurnakan janjinya. Apabila asas dalam setiap hubungan antara suami isteri dapat memenuhi hak masing-masing dengan Ikatan perkhawinan yang suci, Allah Ta’ala-lah yang akan memberikan ketenangan di dalamnya. Melalui perkhawinan juga akan menghasilkan keturunan dan dari keturunan itu akan lahir satu silsilah. Dari tarbiyatnya yang baik persekitaran yang aman pun akan terjamin. Bukan sahaja ketenangan jasmani dan mendapatkan keturunan, kerana di alam binatang pun terdapat hal seperti itu.
Allah Taala menjadikan insan sebagai Asraful Makhlukat (makhluk terbaik), maka itu insan mempunyai kelebihan dalam keperluan hidup. Insan diberikan ketenangan dalam fikiran, oleh itu hubungan perkahwinan yang Nabi Muhammad sallaallaahu alaihi wasallam sabdakan hendaklah sekufu dan dengan sekufu banyak yang akan diperolehi termasuklah kekeluargaan dan pelajaran.
Tetapi janganlah memberi sebarang alasan yang boleh menyebabkan hubungan itu terputus. Berikan keputusan yang sahih yang dengan itu akan memperoleh ketenangan dalam ikatan perkhawinan itu. Ketenangan rohani juga akan diperolehi melalui perkhawinan. Jika lelaki dan wanita memiliki keharmonian maka keturunan di masa akan datang baik dari segi pemikiran, rohani dan ilmu, tarbiyyat akan banyak mendapat faedahnya. Oleh itu, apabila lelaki dan wanita telah meletakkan asas keluarga yang kukuh maka ia telah membuat suatu masyarakat yang baik. Jika suatu kaum meletakkan asas sama ada baik atau buruk maka di situ harus direnungi sedalam-dalamnya.
Oleh kerana itulah Allah Ta’ala meletakkan di lima tempat perkataan takwa di dalam upacara pernikahan supaya kita memberikan tawajjuh (perhatian) terhadap hal ini. Tujuannya supaya setiap perbuatan, perkataan dan amalan kita tidak hanya tertumpu kepada zat kita sahaja, tetapi asas ketakwaan itu adalah dengan adanya perasaan takut kepada Allah Ta’ala, memberikan hak-hak kepada Allah Ta’ala dan juga hak-hak kepada yang lain. Apabila perkara ini telah dilakukan, maka keturunan pun akan lahir yang akan didoakan oleh ibu bapa, seperti yang terdapat di dalam Al-Quran hasil tarbiyyat yang baik antara ibu bapa terhadap anak-anaknya, ia akan berdoa RABBIR HAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANI SAGHIIRA iaitu Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah memeliharaku semasa aku kecil. [Bani Israil:25] yakni, bukan sahaja memelihara, pelajaran dan tarbiyyat, diriku juga diberikan perhatian. Begitu juga kerohanian dan akhlakku juga diberikan perhatian, tentang pelajaran duniawiku juga diberikan tawajjuh (perhatian) supaya diriku akan menjadi sebahagian dalam masyarakat.
Tetapi di rumah-rumah yang wanita-wanita dan lelakinya yang suka bertengkar, yang apabila berbicara suka meninggi diri, maka orang-orang ini seperti tidak dilahirkan. Illa Masya Allah (kecuali dikehendaki Allah). Kecuali disebahagian rumah, anak-anaknya akan menunjukkan reaksi dan anak-anak itu akan melawan perbuatan ibu bapanya yang sudah melampaui batas atau mereka akan lari daripada rumah dan menjalani kehidupan sendiri, tetapi perkara seperti ini amat jarang berlaku.
Maka itu untuk menyelamatkan keturunan adalah amat perlu bukan hanya berputar di satu tempat sahaja, tetapi haruslah menjadikan semangat dalam berkorban, barulah akan lahir suatu masyarakat yang indah. Doa yang dipanjatkan oleh anak-anak orang mukmin pun boleh terjadi. Hanya orang-orang yang memilki fitrat yang semacam itu sahaja yang memahami tentang ketakwaan. Dan mereka inilah yang mengetahui bahawa; dengan bertakwalah aku merasa bersyukur atas kebaikan ibu bapaku, melalui itu juga aku meminta pertolongan dan doa daripada Allah untuk mereka dan mendoakan untuk kebaikan mereka.
Tidak terkira banyaknya Allah Ta’ala menyebarkan lelaki dan wanita dan melalui orang-orang kafir juga disebarkan di muka bumi. Allah Ta’ala berfirman: Wahai manusia, telah Aku sebarkan lelaki dan wanita supaya dirimu bertakwa. Yakni, mereka dikhaskan yang condong kepada agama, jika anda ingin Tuhan meredhai dirimu, jika anda inginkan agama maka carilah ketakwaan yang boleh membuat dirimu sampai kepada Allah Ta’ala. Carilah kedudukan dan perasaan takut ini yang demi Allah Ta’ala anda dapat menjauhkan keburukan, dan dianugerahkan taufik untuk melakukan kebaikan.
Jika kita perhatikan orang-orang kafir lebih banyak dibandingkan dengan orang-orang mukmin. Tetapi apa yang harus diperhatiakn bahawa haruslah yang banyak itu adalah orang-orang yang berjalan di atas ketakwaan kerana keputusan akhir, orang-orang menginginkan keamanan dan ketenangan. Oleh kerana itu anda jangan mudah terpengaruh dengan orang-orang duniawi, jangan melihat keindahan mereka itu lalu anda ikut terpengaruh. Tetapi berjalanlah dengan ketakwaan maka anda akan menjadi pewaris nikmat daripada Allah Ta’ala. Anak-anak anda juga akan mendoakan dirimu dan anda akan mendapat darjat yang tertinggi.
Masalah perkahwinan yang dihadapi oleh kita kadang-kadang isu ini datangnya dari pihak wanita dan kadang-kadang dari pihak lelaki. Mereka kadang-kadang memburuk-burukkan ibu bapa, kakak dan abang kami. Lelaki menuduh pihak wanita dan pihak wanita menuduh pihak lelaki. Pihak lelaki berkata bahawa pihak wanita memburuk-burukkan ibu bapanya. Ia berkata ini dan itu, mereka saling mencaci-maki.
Inilah yang membuatkan seseorang itu jauh daripada ketakwaan. Perkara seperti inilah yang dapat merosakkan sebuah rumahtangga. Bukan itu sahaja, kadang-kadang tuduhan yang benar pun berlaku, bahawa anak-anak kadang-kadang melawan dengan datuk, nenek atau saudara sebelah ibu atau saudara sebelah bapa. Kadang-kadang mereka menggunakan bahasa yang kesat yang tidak sesuai diucapkan kepada saudara terdekat, yang membuatkan anak-anak itu berusaha melawan mereka. Allah Ta’ala berfirman kepada orang-orang seperti ini bahawa mereka itu jauh daripada ketakwaan, mereka tidak memiliki ketakwaan. Anda telah pergi jauh daripada ketakwaan.
Oleh itu perhatikanlah, berbelas kasihanlah sesamamu. Pada ayat pertama lagi telah memberikan tawajjuh (perhatian) agar berbelas kasihan terhadap kaum kerabat. Ibu bapa jangan hanya memikirkan tentang diri sendiri, ajarkan juga untuk menghormati kesucian dengan kaum kerabat yang lain, yang dengan itu barulah dapat menegakkan suatu persekitaran yang suci. Dan di dalam diri sendiri juga tanamkan sifat untuk memperhatikan orang lain kerana contoh ibu bapa akan dipengaruhi dan diikuti oleh anak-anak.
Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam adalah di antara insan yang banyak memahami fitrat seorang insan. Bagindalah yang memilih ayat khutbah pernikahan untuk dibacakan dalam upacara pernikahan untuk pasangan lelaki dan wanita supaya pasangan ini sentiasa ingat akan perintah Allah Ta’ala, di mana pasangan suami isteri ini dapat mengikat tali persaudaraan dan kasih sayang antara kaum kerabat dengan harapan dapat menunjukkan rasa hormat di antara mereka.
Jika anda seorang mukmin, perkara ini sangat perlu berada di dalam diri anda. Jika anda seorang mukmin yang hakiki maka seluruh anggota yang zahir dan hati harus dipergunakan dengan sebaik-baiknya melalui cara kasih sayang dengan saudara-saudara. Jika anda tidak dapat melaksanakan hal ini, maka ingatlah bahawa Allah Ta’ala Maha Penjaga. Dia melihat amalan dan keadaan dirimu. Dan apabila Allah Ta’ala berfirman Aku adalah Penjaga dan jika anda sama ada lelaki dan wanita yang tidak memenuhi hak terhadap saudara-saudaramu maka Dia akan mencengkam dirimu.
Oleh itu pada hari pertama perkahwinan lagi hendaknya mereka memikirkan akan perkara ini. Bukan sahaja dengan saudara-saudara berkelakuan seperti itu malah kepada semua orang termasuk suami isteri dan kepada kaum kerabat terdekat. Dengan cara pemikiran seperti ini maka pihak wanita harus mengunjungi rumah pihak suami dan pihak wanita pula dapat mengunjungi rumah pihak lelaki untuk meluaskan hubungan dengan saudara-saudara yang lain. Jika kita semua dapat memahami perkara ini dengan betul maka persekitaran yang boleh menimbulkan perselisihan sehingga membawa kepada kes khula dan talak dapat dikurangi.
Kemudian, beliau alaihissalam bersabda kejujuran adalah akar dari segala kebaikan. Oleh kerana itu Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam berkata kepada seseorang lalu orang itu berkata, aku hanya boleh melepaskan satu keburukan sahaja, tuan beritahukan kepadaku apakah aku boleh melepaskan semua keburukanku? Baginda lalu menjawab, tinggalkan berkata dusta dan sentiasalah berkata benar. Dan orang itu bila sahaja dia berkeinginan untuk melakukan keburukan maka satu persatu keburukannya terpisah daripadanya. [Tafsir Kabir dari Imam Razi Jil No 16 Surah Al Taubah ayat Ya haihuhal lazi naamanu taquwallha Hal 176 Darul Kitab Al  Ilmiah Beirut 2004]
Kerana itulah Allah Ta’ala menyuruh berkata benar. Ayat kedua yang dibaca dalam upacara pernikahan dan Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bersabda takwa itu ialah berkata benar dan jujur serta berkata lurus. Kadang-kadang ada yang berkata benar tetapi timbul pula maksudnya yang lain. Hal seperti ini boleh berlaku dengan hak dan boleh terjadi pula yang berlawanan. Sebahagian orang dengan licik menyatakan maksud saya seperti ini. Tetapi apa yang dilihat oleh orang-orang adalah sebaliknya.
Oleh itu Allah Ta’ala memerintahkan untuk berkata dengan jujur dan lurus dan maksud berkata lurus adalah suatu perbuatan yang sangat luar biasa. Sebahagian orang sama ada wanita atau lelaki mereka sangat licik seperti yang telah saya sebutkan apabila berhadapan dengan kes, apabila sudah memeterai satu ikatan semua perkara diperjelaskan. Rombongan wanita pun datang maka semua maklumat tentang wanita itu diberitahu seperti kesihatan, umur dan paras tingginya. Dan semua itu hendaklah diberitahu dengan jelas.
Semua maklumat pihak lelaki yang harus sediakan, tetapi menjadi kewajipan bagi pihak lelaki apabila sudah disediakan maklumat tersebut maka jangan terlebih dahulu melihat pihak wanitanya tetapi apabila maklumat sudah lengkap maka berdoalah lalu pergi dengan niat bahawa kami telah mengadakan ikatan. Jika pergi dengan niat seperti ini maka lahirlah satu persekitaran yang suci, apabila mencari jodoh dengan ketakwaan antara dua belah pihak, pihak wanita pada mulanya akan merasa kegelisahan lalu kegelisahan itu mulai menghilang, begitu juga pihak lelaki hendaklah menjelaskan  kedudukannya baik dari segi pelajaran, kesihatan dan lain-lain. Sebab ada suatu kes, apabila diselidiki dengan benar ternyata matrik pun tidak lulus.
Jika terdapat keburukan hendaklah diberitahu dengan jelas, kerana sebelum memeterai ikatan hendaklah dinyatakan dengan berterus terang. Jika perkara ini diperjelaskan dengan cara yang baik maka tidak akan timbul apa-apa persoalan yang boleh menimbulkan perselisihan. Sebahagian perjodohan ini datangnya dari Pakistan, India dan dari negara-negara yang lain. Dan kadang-kadang mereka tidak memberitahu perkara yang sebenar. Mereka cuba melakukan penipuan yang membuatkan dalam beberapa waktu sahaja terjadi penceraian, di mana pada pandangan Allah Ta’ala perceraian itu suatu yang dibenci sungguhpun hal itu bukan suatu perkara yang diharamkan tetapi sangat dibenci, oleh itu hendaklah dihindari perkara tersebut.
Jika pada awalnya maklumat diberitahu terlebih dahulu, maka banyak kes penceraian yang berlaku seperti yang saya sebutkan dapat dielakkan. Sebahagian lelaki dan wanita ada yang mahu dijodohkan, tetapi ibu bapa turut masuk campur yang membuatkan anak-anak mereka terpaksa mendengar kata-kata ibu bapanya, maka dalam beberapa waktu sahaja perjodohan itu terputus. Ibu bapa juga memainkan peranan untuk berkata jujur di mana perjodohan sedang dijalankan hendaknya diberitahu kepada pihak yang bersangkutan, bahawa anak lelaki saya seperti ini atau anak perempuan saya seperti ini. Kami mahu jodohkan mereka dan supaya yang dijodohkan akan berfikir untuk membuat keputusan. Kemudian setelah berkahwin apabila kedua-dua belah pihak saling memahami maka semua itu dasarnya hendaklah berkata dengan jujur, hendaknya mengucapkan perkataan yang lurus dan jujur.
Allah Ta’ala mengetahui fitrat manusia, untuk melihat persekitaran yang aman inilah nasihat yang harus diikuti iaitu hendaklah berkata dengan jujur, supaya perhubungan antara dirimu memperoleh kesempurnaan dan dapat tinggal dengan aman dan selamat. Perkara kejujuran ini jangan dibuat dengan berbagai macam kerumitan. Jika perjanjian ini telah dipegang dengan sentiasa berkata benar dan suci lalu tidak akan mendekatkan diri dengan perkara dusta, maka Allah Ta’ala yang akan mengampuni dosa-dosamu, Dia akan memperbaiki amalanmu. Yang jelas, apabila amalan telah diperbaiki dan Allah Ta’ala akan meredhai setiap pekerjaan yang dibuat oleh seorang insan itu lalu Allah Ta’ala akan menyayangi orang seperti itu. Seperti contoh dari sebuah hadis bahawa Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bersabda, tinggalkan perkataan dusta maka setiap keburukanmu akan terpisah. Inilah yang harus dimiliki oleh setiap di antara kita.
Kemudian hendaklah setiap insan itu mengekalkan perintah dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika seseorang itu mendakwa dirinya sebagai seorang mukmin maka hendaklah mereka itaat, dengan ketaatan kita akan memperoleh kejayaan. Di dunia ini pun Allah Ta’ala akan mengurniakannya dan kehidupan ukhrawi juga anda akan menjadi pewaris nikmat-nikmat-Nya. Kemudian di ayat yang terakhir pun masih diberikan perhatian terhadap ketakwaan. Jangan menyangka di dunia ini adalah bekalan untuk dirimu, jangan sangka semuanya ada di dunia ini.
Tetapi lihat dan renungilah perkara ini, ia bukan suatu yang biasa, tetapi apa yang harus direnungi, iaitu apa yang akan dipersembahkan untuk hari esok? Apa kebaikan yang telah dibuat? Ketakwaan yang macam mana yang telah dilakukan? Apakah anda telah memelihara solat dengan sempurna? Apakah anda telah melakukan yang hak (sepatutnya) kepada suami? Apakah anda telah berlaku baik terhadap isteri? Begitu juga dengan anak-anak, apakah anda telah memelihara perjanjian dan ikatan persaudaraan? Semua ini akan dihitung oleh Allah Ta’ala.
Oleh itu renungilah, apa yang anda akan persembahkan untuk hari esok? Kerana nikmat yang asal yang tidak akan habis adalah nikmat kehidupan ukhrawi. Ingatlah, segala amalan yang dikerjakan di dunia ini tidak tersembunyi dari pandangan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman seluruh pekerjaan dan harkatmu (gerakanmu) Allah Ta’ala mengetahuinya. Oleh itu ayat ini mengingatkan kembali bahawa setiap akar keburukan itu jangan berjalan seiring dengan ketakwaan dan jangan sekali-kali memberikan tawajjuh (perhatian) terhadap keburukan.
Oleh itu jika anda menginginkan kemajuan yang hakiki dalam akhlak dan rohani maka ingatlah bahawa tanpa mengamalkan keimanan kepada Allah Ta’ala dan dengan ikhlas dalam mengikuti perintah-Nya, anda tidak akan memperolehi apa-apa. Oleh itu berkenaan dengan perjodohan dan perkahwinan ini nampak secara zahir adalah urusan duniawi, tetapi bagi orang-orang mukmin dunianya pun dianggap sebagai agamanya. Seorang Ahmadi sama ada lelaki atau wanita akan menjalani kehidupan ini supaya mereka dapat menyempurnakan janjinya, iaitu janji bai’at dengan Imam Zaman dan Jemaatnya Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam.
Bagi orang-orang kita baik lelaki maupun wanita, sematkan dalam hati bahawa kewajipan pertama aku adalah berjalan di atas ketakwaan dan mendapat keredhaan Allah Ta’ala dan memperolehi keturunan yang baik, kerana itu Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam menyuruh mencari jodoh dengan memberikan perhatian terhadap kebaikannya. Samada kebaikan itu terdapat di pihak lelaki maupun wanita. Ada terdapat dalam sebuah hadis Hazrat Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bersabda, di dunia ada pembekalan hidup dan tiada pembekalan hidup yang baik melainkan mempunyai seorang wanita yang baik. [Sanad Ibnu Majah, Kitab Nikah bab Afzal Nisa hadis No 1855]
Untuk menjalani kehidupan di dunia dengan pembekalan yang ada, antara pembekalan yang terbaik adalah seorang wanita yang baik. Begitu juga ada sebuah hadis bahawa Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallaahu alaihi wasallam bersabda, terdapat empat perkara seseorang yang ingin bernikah dengan seorang wanita. Pertama, kerana hartanya kedua, kerana kaum kerabatnya, ketiga kerana kecantikannya dan keempat kerana agamanya. Tetapi adalah lebih baik memilih agamanya. Allah akan menyayangimu dan anda akan berhasil mendapatkan wanita yang beragama. [Bukhari Kitab Nikah bab Al kifa fidin hadis 5090]
Jika kaum lelaki berjalan di atas ketakwaan dan melihat akan kebaikan-kebaikan maka setiap wanita akan berjalan ke arah kebaikan lebih daripada itu. Dengan kurnia Allah umumnya anak-anak perempuan kita berjalan ke arah kebaikan tetapi disebabkan terpengaruh dengan persekitaran, hendaknya mereka juga dapat mencapai untuk meninggikan kebaikan tersebut. Jika kebaikan itu dapat ditinggikan maka perjodohan kita pun akan memperoleh kebaikan. Pihak wanita juga berusaha ke arah itu, begitu juga pihak lelaki kerana apabila sudah sekufu kedua-duanya sama-sama memiliki kebaikan dan ketakwaan. Tidaklah mungkin seseorang yang berkelakuan buruk atau perompak dan dia menyatakan bahawa aku ingin mendapatkan seorang isteri yang suci yang berjalan di atas ketakwaan.
Jangan pula beranggapan bahawa Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bukan bermaksud semua lelaki mempunyai kebaikan lalu tinggalkan kebaikan, kerana itu carilah wanita yang baik. Orang yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam, mereka itu telah diberikan doa, dia telah mengetahui akan kebaikan tersebut. Tetapi ada satu perkara yang ingin diberitahu bahawa pihak lelaki pun Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam ada bersabda; jadilah seorang yang baik jika anda berbuat baik maka anda pun akan mendapat jodoh yang baik juga. Jika anda tidak memiliki kebaikan, bergelumang dalam keburukan maka bagaimana anda dapat mencari isteri yang baik? Hanya lelaki yang baik sahaja akan mencari isteri yang baik.
Lelaki dan wanita yang berjalan di atas ketakwaan akan berdiri teguh dengan perjodohan dan akan memberi tumpuan kepada keturunannya dan apabila kedua-dua pihak memberi tawajjuh (perhatian) terhadap hal ini maka akan terbina suatu masyarakat yang bertakwa.
Di dunia pada hari ini, orang-orang tidak sabar dan tumpuannya hanya pada dunia dan jauh daripada ketakwaan. Mereka menjadikan perjodohan yang suci itu retak, bagi mereka perintah di dalam Al-Quran hendaklah diamalkan. Saya amat sedih untuk menyatakan bahawa pada masa ini anak-anak perempuan dan wanita-wanita dan lelaki kita mulai terpengaruh dengan cara orang-orang duniawi. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda: Jangan meniru kaum yang lain yang boleh menyebabkan anda akan jatuh. [Bahtera Nuh, Rohani Khazain Jil No 19 hal 22]
Anda jangan mengikuti orang-orang duniawi, di dunia buat masa ini terutama di negara ini kadar penceraian amat tinggi. Orang-orang duniawi apabila mereka berkahwin hanya bertahan dalam beberapa waktu sahaja lalu berpisah. Ini semua akibat pengaruh persekitaran dan orang-orang Ahmadi juga turut terpengaruh, bukan sahaja di sini malah di Pakistan, India dan di tempat-tempat lain. Oleh itu kita hendaklah memberikan tawajjuh terhadap hal ini.
Apabila melihat keadaan seperti ini kita jangan ikut terjerumus dalam kegelapan yang kehancurannya menjadi tanggungjawab kita, dan memberikan tawajjuh (perhatian) dalam memperbaiki diri. Dari pelbagai negara laporan yang datang ini kadar orang-orang Jemaat yang bercerai mulai meningkat. Semua ini adalah disebabkan kurangnya bersabar, kurangnya melakukan kebaikan-kebaikan dan jauh daripada ketakwaan. Dalam masa tiga tahun ini di United Kingdom saya agak terperanjat kira-kira tiga peratus kadar penceraian telah berlaku dalam masa tiga tahun kebelakangan ini dan dua puluh peratus dalam proses penceraian.
Seberapa banyak perjodohan yang telah diselenggarakan di antara mereka sebanyak dua puluh peratus telah bercerai. Ini suatu yang harus difikirkan. Kita harus memberikan tawajjuh terhadap hal ini. Jika mengetahui sebabnya seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, bahawa suami isteri selalu menggunakan perkataan yang kotor, berkelakuan buruk, kurang bersabar, ibu bapa, kakak, abang dan saudara-mara suka ikut campur dalam urusan rumahtangga. Samada ibu bapa, abang, kakak dari pihak lelaki atau dari pihak wanita. Apabila berlaku hal seperti ini maka keadaan akan menjadi bertambah buruk.
Sedangkan perintah tentang masalah rumahtangga bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada ibu bapa, abang dan kakak juga ada diperintahkan, supaya anda jangan timbulkan kerosakan. Biarkanlah suami isteri hidup dalam keharmonian dan ketenangan. Jika hal ini dapat dikekalkan maka penceraian tidak akan berlaku begitu pantas. Disebabkan tidak jujur dalam perbincangan untuk mencari jodoh, ada lelaki yang berkahwin di luar dan datang ke sini. Di sini pula wanita-wanitanya berpelajaran dan dia memberitahu bahawa dia lepasan ijazah dan menjadi retak.
Oleh itu hendaklah sentiasa berkata jujur dan benar. Bukan itu sahaja sekarang saya ingin menyatakan kepada wanita-wanita yang sudah berumur ada aduan bahawa ibu mertua dan bapa mertua memukul menantunya, yang seharusnya mereka tidak boleh melakukan demikian. Kemudian lelaki seperti ini datang ke sini dan melakukan kerja yang tidak baik lalu menyuruh isterinya jangan tinggal bersamanya. Dan jika dia datang dari Pakistan dia akan cuba memberi berbagai alasan di mana dia meninggalkan negaranya. Mereka sama sekali tidak memberikan hak antara satu sama lain. Dan apabila Jemaat cuba untuk memperbaikinya, mereka tidak memberikan kerja sama terhadap Jemaat dengan berbagai alasan yang pada dasarnya mereka ini kurang ketakwaan, kerana itu perjodohan mereka menjadi retak dan jumlah itu semakin meningkat.
Semoga Allah Ta’ala memberikan akal dan ketakwaan kepada orang-orang seperti ini dan berusaha untuk mengekalkan hubungan perkhawinan mereka. Oleh itu, hendaklah memberikan tawajjuh terhadap perkara ini. Apa yang telah Jemaat lakukan ia adalah suatu ihsan. Kita hendaklah menganggap hal itu suatu perkara yang penting. Semoga di pandangan Allah Ta’ala mendapat keredhaan, kita hendaklah melihat apa yang dapat kita persembahkan untuk hari esok? Apa yang telah kita perolehi di dunia ini. Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan taufik kepada seluruh sama ada kaum lelaki atau wanita.

-------------------<<>>-------------------

Diterjemahkan oleh:

Mln Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah
29.05.2012

No comments:

Post a Comment