Friday, April 6, 2012

Penghormatan Terhadap Ravil Bukharaev



KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
27 JANUARI 2012 / 27 SULH 1391HS
04 Rabiul Awal 1433HQ
Masjid Baitul Futuh, Morden, London

>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<

Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur meneruskan khutbah seperti berikut:-

Terdapat dalam satu riwayat, Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam bersabda: UZKURU MUHAASINA MAUTAAKUM yakni Ucapkanlah kebaikan-kebaikan mereka yang telah wafat di kalangan kamu. [Sunan Tirmizi Kitabul Jana’aiz bab 34, Hadis 1019]

Setiap insan memiliki kebaikan dan kelemahan, tetapi setelah meninggal dunia seseorang itu akan terputus hubungan dengan dunianya. Oleh kerana itu, adalah tidak perlu untuk menceritakan kelemahan dan keburukannya. Sebaliknya hendaklah menceritakan kebaikan-kebaikan orang tersebut. Dengan menceritakannya, pertama ia dapat memberikan semangat kepada orang yang masih hidup, dan yang kedua, hasil doa-doa orang yang masih hidup akan dapat meninggikan martabat orang yang telah wafat. Seperti yang telah saya sebutkan bahawa setiap insan memiliki kebaikan dan kelemahan kerana ini adalah fitrat manusia, kadang-kadang manusia lebih cenderung kepada kebaikan dan kadang-kadang pula timbul kelemahan.

Tetapi ada seseorang yang kebaikan yang ia lakukan begitu mempersona sekali, yang membuatkan kelemahan dalam dirinya tidak kelihatan. Begitu sekali kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam dirinya sehingga kelemahan orang tersebut tertinggal di belakang. Alangkah beruntungnya orang tersebut yang kebaikannya sentiasa disebut-sebut orang. Dan dalam satu hadis menyatakan bahawa orang seperti itu, syurga wajib bagi dirinya. [Sahih Bukhari, Kitabul Janaiz bab Tsanaa Annaas Alal Mayyit hadis 1367]

Pada hari ini saya ingin menceritakan seorang insan yang mana setiap orang menginginkan supaya kebaikannya diceritakan. Beliau bukan orang Pakistan dan bukan orang Ahmadi India. Beliau juga bukan dari keluarga sahabat Maseeh Mau’ud alaihissalam, dan bukan pula kelahiran Ahmadi. Ketika masih kanak-kanak hingga remaja dan menjangkau usia tua, beliau tidak dibesarkan di bawah naungan Khilafat. Beliau telah bai’at kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam beberapa tahun lalu tetapi beliau telah meninggalkan banyak orang-orang Ahmadi di belakang.

Beliau adalah saudara kita yang bernama Ravil Bukharaev asal Russia yang telah meninggal dunia pada 24 Januari yang lalu. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Beliau adalah antara butiran pasir yang beriman di tangan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam iaitu orang Ahmadi awwalin di Russia. Dengan pengetahuan yang luas, keikhlasan, tidak mementingkan diri, memiliki hubungan dengan Khilafat, kerendahan hati dan semangat yang tinggi telah menyampaikan amanat Maseeh Mau’ud alaihissalam seperti bintang-bintang yang bergemerlapan dengan meninggalkan orang-orang di belakang melalui bimbingannya. Dan insyaAllah Ta’ala, apabila ilham Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menjadi sempurna bahawa Ahmadiyyat akan tersebar di Russia seperti butiran pasir, Ravil Bukharaev akan sentiasa dikenang, insyaAllah.

Pada masa ini saya akan menceritakan tentang Mukarram Ravil Bukharaev. Sebelum menjadi Ahmadi beliau telah menunjukkan pengkhidmatan yang tulus terhadap Jemaat. Ketika itu beliau telah mulai melakukan terjemahan dan di U.K, beliau pernah bekerja di BBC dalam program bahasa Russia, setelah beliau habis bekerja di BBC beliau telah mewaqafkan dirinya. Begitu sekali asyiknya beliau kepada Jemaat, hinggakan hari-hari terakhir sama ada siang atau malam, beliau lalui dengan berkhidmat pada Jemaat.

Setiap detik yang beliau lalui hanya berkhidmat pada Jemaat hinggakan hari-hari terakhir sebelum wafat pun beliau sedang membuat persiapan mesyuarat untuk program MTA, sedang dalam persiapan inilah datang panggilan telepon bahawa beliau tidak sihat, oleh itu beliau tidak dapat menghadirkan diri. Beliau menghidapi sakit jantung lalu meninggal dunia. Beliau berusia 61 tahun, beliau meninggalkan isteri dan tidak mempunyai anak. Sebelumnya beliau memiliki seorang anak lelaki tetapi telah meninggal dunia. Beliau diperkenalkan kepada Jemaat pada tahun 1990 oleh Kaleem Khawar Sahib.

Beliau datang ke London untuk mengkaji tentang kaum Tartar dan di sinilah beliau menjalinkan hubungan dengan Jemaat. Hasil daripada pertemuan dengan Hazrat Khalifatul Maseeh IV rahimahullaahu Ta’ala, beliau masuk ke dalam Jemaat. Beliau ada menulis dalam salah satu tulisan beliau, beliau menyatakan; walaupun saya kelahiran Muslim tetapi kerana dibesarkan dalam lingkungan Ateis hingga 1989, saya seperti tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentang Islam.

Persekitaran tempat saya dibesarkan, Islam dan bahasa Ibunda yakni bahasa Tartar telah dilarang, hinggakan untuk bertutur dalam bahasa Tartar pun dilarang, malah dalam sukatan pelajaran pun ditiadakan. Tetapi pengaruh ajaran Islam masih wujud, baik di dalam sesebuah parti atau guru-guru di sekolah yang mana, sebelum mereka memulai sesuatu pekerjaan mereka akan mulakan dengan bacaan Bismillah. Kebudayaan Tartar telah 1000 tahun lamanya dan sentiasa dipengaruhi oleh ajaran Islam. Oleh itu, pengaruh Ateis di zaman ibu bapa saya ketika saya dibesarkan amat kurang pengaruhnya. Saya tidak boleh nyatakan bahawa saya seorang Islam yang menyembunyikan diri, lalu apabila ada kesempatan barulah saya pergi ke masjid dan mendirikan solat, hal seperti itu tidak benar sama sekali. Saya adalah seorang pelajar dan masih remaja, dan apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran, itulah yang saya akan lakukan.

Kemudian beliau berkata, pada tahun 1989 keadaan telah mulai baik. Kebebasan beragama sudah mulai diterima. Tetapi setahu saya, untuk mencapai peringkat suatu agama yang benar, seseorang tidak akan berhasil mendapatkannya jika hanya melalui dalil akal sahaja. Nikmat keimanan adalah anugerah Tuhan. Saya dalam kebingungan, dari segi akal saya memahaminya hanya Islam sahaja ajaran yang terbaik. Tetapi sungguhpun begitu, roh saya sangat kosong dan kewujudan yang satu yang menjadi keraguan bagi saya telah ditemui, yakni beberapa orang di antara mereka telah membawa saya ke London dan di situlah saya mengenali kebenaran Islam, dan kebenaran Islam itu adalah Jemaat Ahmadiyyah Muslim.

Selanjutnya beliau menulis, ajaran Ahmadiyah Muslim mengajarkan bahawa seseorang itu tidak akan mendapat kecintaan daripada Allah Ta’ala selagi ia tidak mencintai makhluk-Nya. Setelah memahami akan perkara ini barulah saya mencapai matlamat saya yang sebenar. Di sini barulah  terkumpul apa yang saya hajati, yakni pelajaran saya, ilmu pengetahuan dan kehausan dalil-dalil, kehausan mencari agama yang benar dan pengalaman rohani, semuanya terdapat di satu tempat.

Hazrat Khalifatul Maseeh IV rahimahullaahu Ta’ala pada satu kesempatan Jalsah tahun 1993, beliau bersabda, “Sekarang, pada era yang baru dengan kurnia Allah Ta’ala, sekali lagi dapat berhubung kembali dengan negara Hungry”. Sebelumnya Hungry telah ditubuhkan pada zaman Khilafat Kedua dan disebabkan keadaan tidak mengizinkan misi, di Hungry di tamatkan. Lalu pada era yang baru ini telah diadakan hubungan kembali.  Dan hasil buah yang pertama pada era ini adalah daripada seorang yang mukhlis berasal dari Hungry yang bernama Zulayi, yang dia sendiri datang ke London.

Disebabkan Ravil Sahib sangat terkenal dalam mencari ilmu, maka beliau dipertemukan dengan Zulayi Sahib. Dan beliau berkali-kali di bawa ke masjid. Dan dengan beberapa kali perjumpaan, saya melihat bahawa kaifiyyat hatinya mulai berubah dan dengan kurnia Allah Ta’ala beliau telah bai’at. Setelah itu, beliau kembali ke Hungry dan bertambah kuat dalam menjalankan tabligh di sana. Dan Ravil Sahib sekali lagi telah berkunjung ke sana dan dengan kurnia Allah Ta’ala Jemaat telah berdiri kukuh di Hungry, dan pengaruh yang saya lihat bahawa cahaya Jemaat akan cepat tersebar.

Tempat asal saudara kita Ravil Sahib ialah dari Tajikistan, dua atau tiga tahun yang lalu seorang yang bernama Murat Zayanauf Sahib telah datang ke Jalsa di UK dan memiliki hati yang kukuh dan ikhlas. Beliau kembali ke Tatar dan telah menjadi Ahmadi, anak perempuan beliau sangat ikhlas dalam hubungannya dengan Jemaat dan saling memberikan sokongan dalam keimanan di antara mereka.

Selanjutnya beliau menulis lagi, untuk menerima Ahmadiyyah bukanlah suatu perkara yang mudah bagi kaum ini yang sudah 70 tahun diracuni oleh ajaran Ateis, walaupun begitu hubungan dengan Islam tidak terputus dan ajaran Islam masih tetap berdiri di hati mereka. Tetapi amalan Islam secara terperinci tidak terdapat dalam diri mereka. Dari segi bangsa sebagai Muslim, Islam masih di hati, tetapi dari segi amalan di dalam ajaran Islam, mereka berada di luar. Bagi mengembalikan Islam berdiri kembali dan mempercayai Tuhan Yang Esa, dan memberikan keyakinan kepada mereka, ia memerlukan suatu kerja keras dan doa-doa.

Oleh itu hendaklah berdoa, apa yang telah diusahakan selama ini oleh kita. Kita berdoalah, seluruh Jemaat hendaknya berdoa semoga Allah Ta’ala menampakkan tanda-tanda-Nya kerana melalui doa, ia dapat merubah revolusi rohani manusia. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa beliau bukan kelahiran Ahmadi, tetapi apabila melihat perwatakannya seolah-olah beliau seperti asal seorang Ahmadi.

Beliau telah memahami hakikat sebenar Ahmadiyyah dan beliau sebagai dutanya. Di mana sahaja beliau pergi, beliau akan menyebut nama Jemaat. Di mana sahaja, jika beliau merasa keraguan beliau akan mengambil tindakan dengan penuh hikmah dalam menyampaikan amanat Islam dan menerangkan tentang ajaran Jemaat. Apabila orang bertanya dari mana akidah yang ia perolehi, maka beliau akan menyebut nama Jemaat dan akan menerangkan secara terperinci. Setiap majlis yang beliau hadiri, beliau akan membawa buku-buku dan risalah yang sesuai untuk diberikan.

Pergaulan beliau termasuklah dengan para saintis, guru-guru, penyair, doktor, pensyarah universiti, kolej, pakar ekonomi dan pelbagai bidang dalam kehidupan manusia. Beliau juga adalah seorang penyair dan seorang wartawan yang baik. Seorang penterjemah dan Da’i ilallah. Beliau memiliki banyak kelebihan yang Allah Ta’ala anugerahkan, orang-orang yang mengenali beliau akan memuji kehebatan beliau. Semua yang berkaitan dalam bahasa Russia, amanat Jemaat Ahmadiyyah disampaikan melalui beliau, jika dari para muballigh dan muallim tidak diperolehi, dan jika ada pun ianya agak lambat, maka beliau yang akan menanganinya.

Jika beliau ke Moscow, beliau selalu mengambil bahagian dalam pertandingan syair dan dalam acara tersebut beliau selalu menyebut tentang Jemaat dalam apapun kesempatan. Beliau akan memberitahu kepada teman-teman Jemaat, bahawa kita ada membawa beberapa buku-buku Jemaat, setelah beliau memperkenalkan Jemaat kepada orang ramai, setelah program selesai selalunya orang akan membeli buku-buku yang dibawa atau diberikan sahaja. Semenjak tertubuhnya Russia Desk di London, Ravil Sahib bekerja dengan penuh minat, keikhlasan dan semangat yang tinggi.

Semasa menjalankan tugasnya beliau sama sekali tidak memikirkan bilakah beliau merasa lapar dan tidak peduli benda yang lain. Semuanya beliau tumpukan kepada pekerjaan Jemaat. Beliau tidak akan meninggalkan pekerjaan tanpa menyiapkan dengan sempurna. Para muballigh yang bekerja dengan beliau selalu menyatakan, apakah tuan letih, jika letih rehatlah dahulu, lalu beliau hanya tersenyum sahaja. Dan beliau berkata tuan-tuan yang cepat keletihan, kerana tugas beliau ialah memasukkkan suara khutbah Jumaat dalam bahasa Russia oleh itu beliau hanya memikirkan tentang tugas beliau sahaja.

Dua tahun yang lalu pekerjaan ini sangat luas dan khutbah yang di sampaikan disiarkan melalui MTA dan Internet, hinggakan beliau akan bertanya setiap minggu pada teman-temannya, apakah tuan sudah selesai menterjemah Khutbah? Atau bilakah tuan akan selesaikan? Dan beliau akan bertanya, apakah sudah boleh memasukkan suara khutbah pada pagi ini atau sebelum Zohor? Malah kadang-kadang beliau bertanya pada petang Jumaatnya, bilakah terjemahan boleh disiapkan? Selagi suara khutbah belum dimasukkan beliau merasa amat risau.

Jika di hari-hari Jalsa pula kesibukan beliau semakin bertambah banyak. Selama tiga hari Jalsa, beliau menunjukkan perkhidmatan dengan semangat yang tinggi. Selain khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh Khalifah Waqt, beliau juga menterjemahkan pidato-pidato yang disampaikan oleh penceramah-penceramah ketika Jalsa lalu diterjemahkan ke dalam Russia. Selain itu beliau juga berjumpa dan melayan para tetamu yang berbahasa Russia. Tetamu yang beliau temui, beliau akan menceritakan tentang kemajuan Jemaat kepada mereka. Dengan menceritakan kemajuan Jemaat kepada para tetamu membuatkan keimanan mereka bertambah teguh dan beliau juga turut memperhatikan keperluan para tetamu, beliau selalu memberikan perhatian kepada para petugas supaya memenuhi keperluan para tetamu.

Beliau selalu menceritakan keberkatan Jalsa kepada teman-teman beliau, beliau menyatakan jika kita tabligh di Russia sepanjang tahun tidak banyak yang dapat faedahnya, dibandingkan memanggil mereka hadir di dalam Jalsa Salana yang cuma satu kali sahaja dan dipertemukan mereka dengan Huzur. Beliau telah banyak berusaha ke arah itu supaya orang-orang dapat hadir di dalam Jalsa. Beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku dalam bahasa Russia, selain daripada itu beliau juga menterjemahkan Al Quran dalam bahasa Russia, pekerjaan yang dilakukan oleh beliau ini adalah amat penting.

Khalid Sahib seorang Mubaligh yang bekerja di bahagian Russia Desk memberitahu bahawa saya dan Rustam Hamadwali Sahib [Moscow] Pada tahun 1999 telah menterjemahkan Al Quran dalam bahasa Urdu yang dibuat oleh Hazrat Khalifatul Maseeh IV rahimahullah Ta’ala, dan mulai menterjemahkan dalam bahasa Russia dengan edisi baru, ia telah selesai pada tahun 2004. Dan untuk memeriksanya kembali kami berdua bekerja bersama-sama dengan Ravil Sahib dan pekerjaan ini selesai dibuat di London. Pekerjaan itu beliau lakukan dengan penuh gigih siang dan malam kira-kira tiga bulan lamanya.

Disebabkan pekerjaan terjemahan suatu bidang yang amat berat dan memerlukan komitmen yang tinggi, kerana setiap perkataan memerlukan pemeriksaan yang teliti, apakah ianya betul-betul terjemahan yang diinginkan. Dan apakah sesuai dengan bahasa Russia yang sempurna, begitu juga dengan pengunaan kata-katanya. Kadang-kadang dalam satu ayat sahaja berjam-jam harus diperiksa terjemahannya. Ravil Sahib menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa Russia dengan cemerlang.

Hasil kajian beliau terhadap terjemahan dalam bahasa Russia sampai sekarang sudah diterbitkan edisi yang ketiga, di London pada tahun 2006, di Moscow pada tahun 2007 dan di Kyrgizistan pada tahun 2008. Dengan kurnia Allah Ta’ala inilah sedekah jariah yang dilakukan oleh Ravil Sahib yang akan diingati.

Ravil Sahib seperti yang saya sebutkan, beliau adalah seorang sekular, wartawan dan penyair. Beliau banyak menerima anugerah kehormat. Beliau telah menerima Prize of Award of Musa Jalil’s dari Tajikistan. Beliau menerima anugerah ini sebelum menjadi Jemaat pada tahun 1986. Pada tahun 2001 beliau menerima hadiah dalam bidang kesenian. Pada tahun 2006 di Tajikistan beliau menerima Nasional Prize of Award. Kemudian salah satu buku hasil tulisannya mendapat anugerah yang besar. Pada tahun 2009 buku beliau telah menang anugerah Russia Book Fair. Pada 13 Oktober beliau menerima anugerah The Award of Culture Heritage.

Begitu juga beliau seorang ahli dalam society members yang tidak terkira banyaknya society members di dunia. Seperti yang telah saya katakan, beliau bekerja di Russsian BBC service, teman beliau yang bernama Andrew Ostalski sebagai Editor tertinggi mendengar kewafatannya, beliau memberikan kehormatan kepada Ravil Sahib. Editor itu menulis, Ravil Sahib telah beberapa lama bekerja dengan kami, sekarang beliau tidak lagi bersama  dengan kami. Beliau telah bekerja dengan kami kira-kira 15 tahun lamanya dengan penuh dedikasi. Saya merasakan diriku bernasib baik kerana mendapat kesempatan bekerja dengan teman yang bernama Ravil Sahib.

Selanjutnya beliau menulis lagi, keikhlasannya amat disenangi. Beliau adalah seorang penyair yang hebat, seorang yang mukhlis yang teguh keimanannya dalam Islam. Malah jika membicarakan tentang agama universal maka beliau tidak akan salah dalam menyampaikan dan tidak ada kesilapan yang mempengaruhinya, kerana beliau adalah seorang pembicara yang ulung, yang ilmunya tersebar di segala arah. Orang yang pernah berkesempatan berjumpa dengannya, pasti akan menyatakan bahawa beliau seorang pembicara yang lembut, perwatakan yang sopan dan peribadi yang menarik. Dalam sebuah buku beliau, Darugah Book Zinayat Qoda [nama Russia] Yakni, Jalan mana yang mahu dituju? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dalam buku tersebut menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan pada Jemaat.

Dalam buku itu beliau menulis, di suatu petang saya sedang duduk menonton program di televisyen lantas telepon berdering lalu isteri beliau mengangkat telepon tersebut. Beliau menyatakan kepada dirinya memang saya tidak disuruh mengangkat telepon itu, kerana saya tidak kenal orang-orang di sini. Dalam fikiran beliau mungkin seseorang berbangsa Inggeris ingin bercakap dengan temannya yang berbangsa Inggeris juga. Tetapi setelah isteri beliau habis bercakap dengan orang di telepon itu, orang itu berkata bahawa ada seorang tetamu dari Russia yang akan datang ke sini. Dan saya menjadi kehairanan, kerana menurut orang-orang di tanah Inggeris seseorang itu tidak perlu untuk menyatakan seperti itu. Walau bagaimanapun saya menganggapnya sebagai satu mukjizat, apapun yang telah berlaku ianya telah pun terjadi.

Kemudian tiba-tiba ada satu panggilan telepon dan kali ini telepon diberikan kepada saya dan orang yang telepon itu dari percakapannya, membuatkan saya tertarik. Dan orang tersebut keesokkan harinya mengajak saya datang ke masjid Jemaat Ahmadiyyah. Dalam perbualan di telepon orang itu tidak menyebutkan nama Ahmadiyyah. Semenjak itu hati saya sangat berkeinginan untuk keluar dari rumah dan menzahirkan rasa kegembiraan lalu saya meletakkan gagang telepon tersebut.

Selanjutnya beliau menceritakan bahawa, pada pagi itu sebuah kereta telah menjemput saya di rumah dan membawa saya ke masjid Puttney. Ketika sampai di situ, benda pertama yang saya lihat ialah slogan Jemaat Ahmadiyyah iaitu Love for Hatred for None. Saya sebelumnya memang sudah tertarik pada Islam, yang telah disebutkan sebelum ini. Oleh kerana itu saya meninggalkan semua pekerjaan saya dan mulai menterjemahkan buku-buku dalam bahasa Russia. Selepas itu saya berkesempatan berjumpa dan berbicara dengan Hazrat Khalifatul Maseeh IV rahimahullahu Ta’ala selama dua jam, dalam masa dua jam itu saya dapat rasakan bahawa saya dan Huzur memiliki pandangan yang sama tentang masalah dunia. Perbualan saya dengan Huzur banyak benda baru yang saya pelajari. Beliau berkata lagi, selepas itu saya terus melangkah maju dan saya tidak tahu bagaimana boleh terjadi suasana seperti ini dan saya mulai menjalankan tugas terjemahan.  Dari situ saya sudah mulai memikirkan untuk menterjemahkan buku-buku tetapi judul-judul mesti lebih menarik dan dalam beberapa waktu sahaja saya telah mendapat ketenangan. Saya berjumpa dengan Jemaat bukanlah secara kebetulan ini adalah takdir Allah Ta’ala yang membawa saya ke sini. Kemudian setelah mulaqat dengan Huzur, saya telah menjalankan tugas terjemahan. Huzur telah sediakan tempat tinggal saya di Islamabad, Tilford. Di situ tempatnya amat luas dan saya telah diberikan sebuah bilik dan rumah. Saya merasa bahagia bekerja di situ dan amat gembira sekali.

Seterusnya beliau menulis, selama empat minggu di Islamabad saya dapat bekerja dengan semangat yang membuatkan saya kurang tidur. Dan saya dapat menterjemahkan empat buah buku, disamping menterjemahkan buku-buku saya juga dapat melihat orang-orang Jemaat dalam berdoa, yang membuatkan saya tersentuh iaini Islam dalam masa terdekat akan tersebar ke seluruh dunia. Kemudian beliau menulis lagi, inilah Jemaat Ahmadiyyah, tidak ada Jemaat yang seperti Jemaat ini yang mana untuk zaman ini telah dipertanggungjawabkan membuat satu revolusi rohani. [Ini yang beliau tulis di dalam bahasa Russia]

Inilah satu-satunya Jemaat yang memperakui akan ketauhidan Allah Ta’ala ke seluruh dunia, Insya Allah. Jemaat inilah yang mendakwakan bahawa Al-Masih yang akan datang untuk seluruh dunia dan Jemaat ini mendapat tentang dari seluruh dunia. Dan Jemaat mencabar pemerintah-pemerintah yang kuat dari pelbagai negara. Cabaran yang dibuat oleh Jemaat yang kecil ini bukan sahaja dari segi tafsir yang terdapat pada masa awwalin dahulu malah kepada seluruh agama termasuk agama Kristian dengan mencabar secara terbuka di medan rohani.

Kemudian dalam bukunya, beliau menceritakan tentang mimpi beliau. Beliau melihat bahawa beliau di sebuah masjid di Kazan di tingkat atas sedang mendirikan solat. Di masjid tersebut ramai orang yang sedang menunaikan solat sunat dan di bahagian hadapan pula orang-orang sedang membuat saf untuk solat berjamaah. Ketika itu saya melihat orang-orang menghadapkan wajah mereka di Mihrab, mereka menghadapkan wajah mereka seperti yang sepatutnya mereka lakukan. Tetapi saya pula menghadapkan wajah saya ke arah jendela seperti mana cahaya matahari yang berada di atas saya. Lalu saya bertanya pada diri saya sendiri, kenapa saya tidak menghadapkan wajah saya seperti orang lain lakukan? dan dalam mimpi itu saya sendiri berkata, ya, saya dalam keadaan musafir menurut ajaran Islam jika kita dalam perjalanan di mana sahaja kita menunaikan solat di situlah kita menghadapkan wajah kita. Melihat akan keadaan itu saya menganggap hal itu adalah benar.

Kemudian beliau menulis lagi tentang mimpinya bahawa di dalam solat berjamaah ada ucapan takbir dan saya berdiri bersama-sama orang lain untuk menunaikan solat, lalu pandangan dalam mimpi itu berubah, tiba-tiba apa yang saya lihat iaitu saya dalam keadaan telanjang cuma bahagian kepala ditutupi. Tetapi sungguhpun orang-orang yang berada di situ ada bersama saya, saya sedikit pun tidak merasa malu. Selain daripada itu keadaan di masjid tersebut sangat luar biasa. Dan galeri di atas terdapat wanita-wanita Tatar yang memakai cadar putih sedang berdiri. Saya betul-betul tidak merasa malu bertelanjang di hadapan mereka, seperti seorang bayi yang masih kecil. Muncul dalam fikiran saya, saya dalam keadaan telanjang berdiri di hadapan Allah Ta’ala.

Dan mimpi ini saya ceritakan kepada Hazrat Khalifatul Masih IV rahimahullah Ta’ala, dan jawapan yang saya terima iaitu, Huzur menyatakan, tidak ada seorang insan yang dapat menjangkakan bahawa dia akan diberikan kehidupan yang baru semula dan teruskanlah perjalananmu ke arah Tuhan Yang Esa, selagi anda tidak menanggalkan pakaian yang lama. Dan janganlah seperti orang muflis dan dalam keadaan telanjang bila berdiri di hadapan Tuhan. Mendengar keterangan itu saya dapat memahaminya dan sekarang tiada keraguan lagi. Barulah saya mengetahui hakikat sebenar bahawa tidak semestinya dari segi rohani yang dilahirkan kembali tetapi seluruh dosa-dosa yang lalu harus dihapuskan dan yang dapat melepaskan dosa-dosa tersebut hanyalah Allah Ta’ala.

Menjalani kehidupan yang baru juga adalah amat penting, lalu beliau berkata, setelah saya membuat keputusan untuk berada dengan Jemaat Ahmadiyyah dan mengajak yang lain untuk bersama-sama [beliau bertabligh pada orang-orang Russia] bahawa keinginan saya selama ini yang tersembunyi telah sempurna dan kisah kehidupan saya penuh dengan keajaiban.

Dalam buku inilah menceritakan kisah kehidupan beliau.

Sebahagian buku-buku Jemaat, beliau yang menterjemahkan ke dalam bahasa Russia dan tugas beliau juga memeriksa terjemahan buku-buku. Buku-buku yang diterjemahkan oleh beliau ialah Dawat-ul-Amir, Penumpahan Darah atas nama agama, Stories from early Islam, Muslim Festivals, Holy Muslim, Islam dan Masalah Semasa, buku kanak-kanak dan termasuk risalah-risalah. Buku-buku yang beliau periksa adalah seperti Filsafat Ajaran Islam, Masih Di Hindustan, Ajaranku, Pengantar Tafsir Al-Quran, Ekonomi Islam, Islam dan Kedudukan Wanita dan termasuk buku kehidupan Suci Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam. Begitu juga pidato-pidato Huzur di dalam Peace Conference, beliau yang terjemahkan, yang mana beliau rasa anggap amat penting bagi orang-orang Russia. Tetapi perkara yang paling penting beliau telah menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa Russia yang telah saya sebut sebelum ini.

BBC dan website telah menyiarkan tentang kewafatan Ravil Sahib, di dalam BBC Russia penulis yang menyiarkan berita itu yang namanya Hendry Astalski, dia berkata, Ravil Sahib telah lama bekerja dengan kami, beliau tidak pernah datang lambat bekerja yang dapat memberikan contoh kepada kami. Beliau seorang Muslim yang baik malah memiliki ilmu agama seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Kemarin BBC menyiarkan tentang kisah beliau selama setengah jam di mana suara dan percakapan beliau diperdengarkan. Dalam acara tersebut kisah mengenai Dr Abdus Salam juga diceritakan bahawa beliau adalah seorang Ahmadi Muslim dan melalui ajaran Al-Quran, beliau menerima Nobel Prize, hal ini pun disiarkan di dalam BBC.

Ravil Sahib bukan sahaja penulis di Tatarstan tetapi untuk seluruh negara Russia. Nasional Televisyen Tatarstan pun menyiarkan tentang kewafatan beliau, bahawa beliau adalah seorang patriotik, beliau memiliki kecintaan dengan kaum Kazan dan Tatar. Di televisyen mereka juga menyiarkan tentang beliau begitu juga di Internet dan Website. Di internet telah menulis beliau seorang Ahmadi Muslim dan mengenai diri beliau ada di dalam Ukraine. Web Site [http://new.tatari-kiew.com/content/view/240/54]

Wawancara dengan beliau juga disiarkan di mana beliau secara terbuka menyatakan bahawa beliau adalah dari Ahmadiyyah, dalam wawancara tersebut beliau menyatakan bahawa perjalanan saya yang pertama bermula dari Australia dan dari sana saya dipanggil untuk pergi ke Jemaat Ahmadiyyah di London. Jemaat ini adalah Islam yang sederhana, mottonya adalah Love for all Hatred for none. Menurut naluri saya, apa yang saya perhatikan bahawa para penentang tidak ada cara bagi mereka untuk mengangkat suara, di mana hakiki Islam adalah Ahmadiyyat dan Islam bukan hanya untuk para maulvi sahaja. Tetapi untuk insaniat yang sentiasa mencari dan amat mencintai keimanannya.

Apabila saya telah menemui jalan dan asas ajaran Islam dan tinggal di sini dengan melakukan terjemahan di samping belajar bahasa Inggeris, selepas itu setelah memisahkan diri dengan hal duniawi, dengan kehendak Allah, apa yang terjadi, bahawa saya mulai menerima banyak tawaran bekerja yang sebelum ini saya tidak mempunyai pekerjaan. Setelah menerima Ahmadiyyah dan melakukan terjemahan, berkat mulai berdatangan dan saya beberapa kali dipanggil untuk menghadiri Conference Islam di Russia. Ada satu pertanyaan kepada beliau, apakah tuan mempunyai guru? Lalu beliau menjawab, setelah ibubapa saya, Khalifah dalam Jemaat Ahmadiyyah adalah guru saya. Saya lambat menerima guru seperti ini, alangkah beruntungnya jika dua puluh tahun yang lalu saya dapat berjumpa dengan guru seperti ini di mana banyak yang akan saya perolehi.

Ravil Sahib seorang yang baik tetapi berbeza pada yang lain, beliau seorang insan yang suka merendahkan diri, yang memiliki kecintaan dan keasyikan dengan Khilafat, beliau mempunyai hubungan rohani yang kuat dengan Khalifah Waqt. Bagi beliau benda yang lain tidak mempunyai apa-apa erti. Ada sebuah kisah yang ingin saya sampaikan. Pada tahun lalu di bulan Disember, beliau ada mesyuarat dengan saya dan Khalid Sahib berkata, kami berada bersama di pejabat Huzur dan Ravil Sahib mengemukakan satu cadangan iaitu jika diizinkan saya mahu menulis sebuah buku dalam bahasa Russia berkenaan dengan Jemaat secara keseluruhan dan sejarahnya, seterusnya akan membahaskan tentang kritikan yang dibuat oleh orang-orang Muslim umum, kerana para maulvi mendapat maklumat yang salah tentang Jemaat, kerana itu di Russia pelbagai kritikan dapat dilihat di dalam Web Site. Lalu saya berkata kepada beliau, baiklah, tulislah sebuah buku yang tuan inginkan. Tetapi buatlah judul-judul kecil yang dapat menjawab kritikan mereka itu. Mendengar ucapan saya, Ravil Sahib langsung menyatakan baik Huzur! Khalid Sahib menyatakan, setelah mesyuarat dengan Huzur selesai kami berdua keluar dari pejabat, Ravil Sahib lalu berkata, saya telah lama memikirkan dari mana saya akan bermula, hari ini Huzur telah membuka jalan yang mudah yang selama ini saya menganggapnya perkara itu sangat sulit dan sekarang dalam minda saya sudah ada peta.

Bagaimana buku itu dapat diterbitkan, ini hanyalah berkat daripada Khilafat dan beliau berkata hari ini pekerjaan sudah bermula, selain daripada itu beliau juga mencadangkan untuk menyediakan Website bahasa Russia, hal ini juga apabila saya berkata kepada beliau, berikan laporan dengan segera dan siapa yang akan melakukannya, bagaimana dapat mengerjakannya dan siapa yang akan upload? Bagaimana caranya? Untuk pekerjaan ini beliau menghubungi Naseem Rahmatullah Sahib, lalu di Jerman beliau menghubungi Samar Imtiyaz Sahib, melalui beliaulah pekerjaan ini akan bermula dan pekerjaan itu baru sahaja mahu bermula tetapi Allah Ta’ala telah memanggil beliau. Walau bagaimanapun, apabila beliau mendengar bahawa Website harus dilaksanakan sejurus itu juga beliau melaksanakannya.

Khalid Sahib menerangkan lagi, bahawa Ravil Sahib memiliki satu tabiat di mana beliau akan bekerja tanpa membazirkan waktu, bagi orang yang mengenalinya dan berkesempatan bekerja dengannya, mereka pasti akan berkata bahawa setiap pekerjaan yang beliau lakukan pasti akan dilakukan dengan cepat, kerana waktu yang sempit itulah ribuan pekerjaan yang harus diselesaikan. Dikeranakan beliau sibuk dengan pekerjaannya terpaksa juga kami memberitahu kepadanya, demi Tuhan, tuan berhentilah seketika, berilah masa untuk istirehat lalu beliau hanya tersenyum dan beliau berkata: Apakah anda semua kepenatan? Bagi saya, saya langsung tidak merasa penat. Ketika sedang bekerja, dan tiba waktu makan beliau akan makan dengan segera supaya pekerjaannya dapat diteruskan kembali. Beliau sentiasa memikirkan tentang kemajuan Jemaat di Russia. Apabila beliau berkunjung ke Russia selalunya beliau akan mengadakan pelbagai program dan memberikan banyak cadangan. Beliau menyatakan jika kita tidak memberikan pandangan dengan orang Russia atau memberikan cara bagaimana orang-orang boleh tertarik kepada Jemaat, maka amanat Ahmadiyyah tidak akan sampai kepada mereka.

Di Moscow dan Kazan rumah misinya bukanlah bangunan seperti rumah tetapi sebuah rumah pangsa sahaja, oleh itu ramai yang berkata dalam fikiran mereka di Russia mereka mempunyai bangunan yang luas. Kami di sini pun menginginkan supaya Jemaat memperoleh kemajuan dan dapat membeli bangunan yang besar. Dan apabila cadangan ini disampaikan kepada saya dan saya lihat perbelanjaannya agak besar, maka kadang-kadang disebabkan hal itu atau ada sebab-sebab yang lain, jika saya menolaknya beliau dengan penuh rasa hormat segera akan menerimanya. Dan tidak pernah melihat wajah beliau merasa tidak senang. Bukan seperti, jika sesuatu cadangan tidak diterima maka seseorang itu akan merasa kecewa. Selepas itu beliau segera membawa cadangan yang lain yang dapat mengurangkan perbelanjaan atau memberikan cara-cara yang lain. Fikiran beliau hanya menginginkan Ahmadiyyah disampaikan ke seluruh negara Russia dengan segera. Mubaligh kita yang bernama Hafiz Sayyidul Rahman Sahib menulis bahawa Ravil Sahib menerima Ahmadiyyah baru 20-22 tahun yang lalu tetapi keasyikan dan kecintaan beliau kepada lembaga Khilafat sepertinya beliau seorang Ahmadi dari satu keturunan ke satu keturunan. Dari gaya percakapan beliau dapat menjadikan pelajaran bagi orang-orang Ahmadi yang lain.

Beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk memajukan Jemaat di Russia. Beliau sentiasa mencadangkan kepada Hazrat Khalifatul Masih IV dan Hazrat Khalifatul Masih V atba untuk kemajuan Jemaat di Russia. Tetapi jika cadangan beliau tidak diterima, tidak membuatkan beliau merasa sedih atau berkecil hati. Malah beliau akan berkata jika Khalifah Waqt telah memberikan petunjuk yang jelas dan cadangan tidak diterima maka menurut saya jika kita masih dengan pendapat kita maka perbuatan tersebut suatu yang tidak beradab dan berdosa.

Selalunya jika sesuatu urusan, jika Khalifah Waqt telah memberikan petunjuk beliau akan berdiam sahaja. Inilah tanggapan beliau mengenai kedudukan Khilafat yang diperlihatkan oleh beliau yang harus menjadi contoh bagi orang-orang yang lama dan mubayyin baru. Seorang Ahmadi Russia yang mukhlis yang bernama Aural Syaripua Sahib menulis ucapan takziah lalu menyatakan Ravil Sahib seorang pemikir yang terulung.  Beliau telah banyak melakukan kebaikan, beliau begitu minat dengan kaum dan agamanya. Oleh kerana itu, untuk memperbaiki orang-orang Muslim, beliau memilih Jemaat dan bersama dengan Jemaat ini. Seorang muallim kita di Kyrgyzstan yang bernama Rufat Tukamuf Sahib menulis ucapan takziah lalu menyatakan bahawa saya diperkenalkan mengenai Jemaat melalui buku yang beliau tulis yang diterjemahkan dalam bahasa Russia.

Ravil Sahib seorang yang baik dan seorang yang mukhlis. Kami pernah mendengar sebelum beliau dioperasi, beliau menyatakan setelah operasi nanti berapa banyak kesempatan yang saya dapat saya akan mewaqafkan diri saya untuk Jemaat. Ravil Sahib berpegang pada janjinya. Suatu kali ketika beliau dengan tim MTA mahu berangkat ke London lalu beliau berkata, saya telah minta Huzur mendoakan saya dan apabila tiba di sana beliau menulis surat secara dawam dan saya memberitahu kepadanya permohonan doa tuan telah sampai. Selalunya beliau akan menceritakan bagaimana untuk menyampaikan ajaran Ahmadiyyah dengan segera di negara Asia Tengah?

Kemudian Muallim Sahib menulis lagi; dengan membaca buku-buku beliau dapat merasakan bahawa beliau menginginkan supaya amanat Ahmadiyyah dapat disampaikan kepada kaum beliau yang berbahasa Russia. Kemudian beliau menulis, bahawa apabila Ravil Sahib membacakan khutbah Huzur di dalam MTA [yang diterjemahkan dalam MTA] sangat menyayat hati dan cara yang sangat indah di mana orang-orang dapat mendengar suara Imam kami. Rustam Hamadwali Sahib adalah Sadr Jemaat di Moscow dalam ucapan takziah, beliau menulis bahawa Ravil Sahib seorang yang mempunyai ilmu yang luas. Allah Ta’ala telah menganugerahkan ilmu kepada beliau, yang dengan hati yang terbuka telah memberikan faedah kepada orang lain. Setelah menerima Jemaat Ahmadiyyah beliau begitu sempurna menjadikan dirinya hamba kepada Allah Ta’ala, Jemaat dan mewaqafkan diri untuk berkhidmat kepada manusia.

Selepas itu, kecantikan beliau sebagai seorang insan, beliau seorang yang suka merendahkan diri, cinta kepada manusia, kelembutan hati, ikhlas, pemaaf, selalunya beliau akan meminta hajat hanya kepada Allah Ta’ala, menolong semua orang dengan senang hati dan semua kebaikan beliau, beliau libatkan orang lain untuk menjadikan suatu yang sangat indah apabila melihatnya. Mubaligh kita Basharat Sahib menulis; saya masih ingat apabila pertama kali khutbah Huzur disiarkan dalam bahasa Russia, dua tahun sebelum saya ke Russia, bersama saya seorang penduduk tempatan yang mukhlis namanya Tokotorbaev Saghinbek juga sedang melihat khutbah bersama-sama. Apabila khutbah selesai semua terpegun mendengar suara daripada Ravil Sahib, suara beliau telah memulai silsilah khutbah.

Dengan kurnia Allah Ta’ala suara Khalifah yang disampaikan oleh beliau telah sampai kepada saudara dan saudari yang berbahasa Russia. Beliau telah mendapat taufik untuk menjadi kakitangan Khalifah Waqt. Seterusnya beliau menulis; sungguhpun baru menjadi Jemaat tetapi berkat Khilafat, berkat di bawah bayangan Khalifah beliau telah maju ke hadapan daripada kita. Semoga Allah Ta’ala menyayangi dan mencintai beliau. Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan orang seperti beliau kekuatan yang menolong. Sekarang setelah solat Jumaat insyaAllah, jenazah beliau telah berada di luar, saya akan memimpin solat jenazah di luar, anda semua terus berada di dalam masjid dan luruskan saf.

Selain daripada itu ada tiga jenazah ghaib, salah satunya adalah Mukkaram Sahibzada Daud Syafiq Ahmad Sahib Ibnu Mukarram Sahibzada Muhammad Syafiq Sahib dari Sarai Nourang, Wilayah Banuka. Sahibzada Daud Syahid Sahib adalah cucu kepada Hazrat Sahibzada Abdul Latif Syahid, dari datuk sebelah bapa dan datuk sebelah ibu. Sahibzada Daud Sahib pada 23 Januari jam 10.15 pagi beliau telah disyahidkan. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Ibu beliau adalah anak kepada Sahibzada Abdussalam Sahib iaitu anak kepada Sahibzada Abdul Latif Sahib, jadi beliau adalah cucu kepada Sahibzada Abdul Latif Sahib. Begitu juga datuk sebelah bapa adalah Sahibzada Abdul Rabb Sahib, beliau telah berkahwin dengan kakak Sahibzada yang tua, kemudian mereka telah bergabung dengan Jemaat Lahore. Sahibzada Daud Ahmad yang disyahidkan, keluarga beliau mempunyai ikatan keluarga dengan Sahibzada Abdul Latiff Sahib Syahid yang telah berhijrah dari Afganistan dan menetap di sarai Nourang. Beliau dilahirkan pada 1955, seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, di mana beliau telah disyahidkan pada 23 Januari. Kira-kira jam 10.15 pagi beliau telah keluar ke bazaar lalu dua orang bermotosikal yang tidak dikenali telah menembak beliau.

Sebelum beliau disyahidkan, pada 17 Januari 2012 pada hari selasa, orang ghair telah mengadakan Jalsa Khatamun Nubuat di Sarai Nourang di mana mereka telah mencaci-maki menentang kepada Jemaat. Melihat akan perkara ini situasi akan menjadi kacau. Beliau yang disyahidkan ini telah menjadi Ahmadi lapan tahun sebelumnya. Di dalam rumah beliau, beliau sahaja yang Ahmadi sedangkan keluarganya yang lain masih dengan Jemaat Lahore. Beliau seorang yang baik, suka bertahajjud, dawam dalam pembayaran zakat dan candah. Seorang yang dikenali, suka menolong Jemaat, mempunyai akhlak yang baik, tidak memusuhi sesiapa. Pada tahun 2004-2005 beliau menghidapi penyakit hati dan telah menjalani By Pass, sungguhpun begitu beliau dawam berpuasa. Beliau telah mengambil pencen awal, kawan-kawan beliau menyatakan; tuan boleh mengambil wang pencen, tetapi beliau berkata selama saya bekerja mungkin ada kekurangan dalam menjalankan tugas oleh yang demikian adalah lebih baik kekurangan itu dapat ditutupi dengan wang pencen saya untuk diberikan kepada pemerintah supaya saya tidak ada hutang dengan pemerintah. Setelah pencen beliau menguruskan tanah beliau dan di Sarai Nourang, beliau mempunyai kedai dan kedai itu disewakan, melalui sewa itulah beliau menjalani kehidupan harian. Beliau mempunyai dua orang saudara dan seorang isteri yang bernama Amatul Hafiz Sahibah dan beliau tidak mempunyai anak.

Orang-orang Ahmadi dari masa ke semasa seperti yang selalu kita dengar masih terus sahaja disyahidkan di Pakistan. Tetapi apakah dengan kesyahidan mereka itu membuatkan semangat kita menurun? Sudah beberapa kali saya nyatakan, kejadian di Lahore, mereka yang disyahidkan seramai 84 orang, para penentang menyangka bahawa semangat orang-orang Ahmadi akan menurun. Tetapi surat yang datang kepada saya, sama ada dari kaum lelaki, wanita dan anak-anak mereka menyatakan bahawa semangat kami lebih maju daripada sebelumnya. Dan mereka juga memohon doa untuk berkorban supaya kami juga dapat bersama dengan mereka yang telah mengorbankan jiwanya. Mereka bukan hanya bicara kosong tetapi mereka nyatakan disertai dengan amalan. Setiap tempat mereka menzahirkan perkara yang sama seperti itu.

Pada bulan yang lalu di Laiya, seorang wanita telah disyahidkan ketika para penentang menyerang rumah misi dan ketika anggota Jemaat mengambil tindakan mengusir mereka, wanita ini pun ikut bersama. Wanita muda ini mempunyai anak yang masih kecil. Ketika para musuh datang menyerang wanita muda ini turut disyahidkan. Beliau sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut malah beliau dengan berani melawan para musuh lalu mengalirlah darahnya yang membuatkan beliau syahid. Inilah wanita-wanita Ahmadi, lelaki dan anak-anak yang tidak pernah takut untuk mengorbankan jiwa mereka. Maka itu, pada hari ini, orang yang disyahidkan iaitu Sahibzada Daud Sahib, kesyahidan beliau Allah Ta’ala telah kabulkan kebaikannya dan fitrat yang suci, Allah Ta’ala telah menganugerahkan taufik untuk bersama dengan Mubayyin Jemaat dan beliau juga diberikan taufik untuk disyahidkan dengan penuh kemuliaan. Dengan keimanan yang teguh dan pengorbanan yang masih terus berlangsung sejak 100 tahun yang lalu, Jemaat Ahmadiyyah masih terus memberikan pengorbanan.

Hari ini jenazah yang akan kita solatkan adalah cucu kepada Hazrat Sahibzada Abdul Latiff Sahib Syahid, yang telah memberikan Renaissance pada Islam. Hari ini roh Sahibzada Sahib telah diangkat ke suatu kedudukan yang amat disenangi di mana darah beliau 100 tahun yang lalu masih terus mengalir. Keadaan di Pakistan pada masa ini semakin buruk, oleh itu perbanyakkan doa untuk orang-orang Ahmadi di sana. Semoga Allah Ta’ala memeliharanya dalam setiap segi, dijauhi daripada setiap keburukan dan para musuh secepatnya dicengkam.

Jenazah kedua seorang yang mukhlis iaitu Mukarram Mirza Nasir Ahmad Sahib seorang peguambela di Lahore yang wafat pada 25 Disember. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Beliau bai’at pada 1948, kemudian beliau menyertai Batalion Furqan. Pada tahun 1974 beliau telah dipilih menjadi tim peguam daripada Hazrat Khalifatul Masih III, dan beliau telah diberikan taufik untuk menjadi wakil di Supreme Court, dan beliau juga pernah menjadi penulis akhbar harian Lahore di bahagian kolum dalam Jemaat. Selain mengendalikan kes Jemaat, beliau juga pada tahun 1984 ketika ordinance yang zalim menentang kepada Jemaat, beliau telah mewakili Jemaat sebagai panel di Mahkamah Syariah. Beliau juga pernah berkhidmat di pelbagai tempat di Lahore. Beliau juga sebagai Sekretari Risyta Natah, ahli dalam majlis Ifta dan Qazi di Lahore. Beliau juga pernah mendapat taufik menjadi Member Human Right Committee.

Pada tragedi 28 Mei 2010 beliau ketika itu berada di Baitul Zikir bersama anak beliau, di mana anak beliau ketika itu turut cedera dan beliau pula duduk dengan tenang ketika itu dan beliau juga sempat memberikan semangat kepada mereka. Beliau seorang yang suka berdoa, sederhana, penyabar, bersyukur, peramah, mukhlis, demi Khilafat Ahmadiyyah beliau sentiasa bersedia berkorban, beliau selalu membicarakan tentang keadaan sekeliling, beliau juga suka berjenaka, seorang Musi. Semoga Allah Ta’ala meninggikan darjatnya, serta semoga memperoleh makrifat-Nya.

Satu lagi jenazah dari Assam India, namanya Rabbiyah Begum Sahibah isteri kepada Master Mashriq Ali Sahib, pada 20 Januari beliau telah wafat di Kolkata. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Beliau pernah mendapat taufik memegang jawatan yang panjang sebagai Sadr Lajnah Benggal dan Assam. Beliau bersama suami saling membantu dalam menjalankan tugas Jemaat. Mashriq Ali Sahib adalah Sadr Jemaat di Benggal dan Assam. Dalam keadaan sakit pun beliau melakukan perjalanan yang panjang. Seorang yang mukhlis, baik hati dan memiliki kesetian. Selain suami, beliau mempunyai tiga orang anak perempuan dan dua lelaki. Salah seorang anak beliau adalah Ismatullah Sahib yang selalu membaca nazam ketika Jalsa, banyak nazam beliau di MTA. Pada masa ini beliau di negara Jepun. Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan makrifat kepada ibu beliau dan meninggikan darjatnya. Semua jenazah yang saya sebutkan akan diadakan selepas solat Jumaat.

>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<

Diterjemahkan oleh

Mln. Abdul Latief Ahmad    
Kota Kinabalu, Sabah.
05 April 2012

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...