Friday, November 25, 2011

Malfoozaat Jilid 1_08

MALFOOZAAT

HAZRAT MASEEH MAU’UD ALAIHISSALAM

>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<

KESEMPURNAAN AJARAN BERLAKU SECARA
PERLAHAN-LAHAN

Insan membuat kemajuan dalam jalan ini secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Jika ajaran ini sama seperti Injil yang mana apabila ditampar di sebelah pipi maka pipi yang sebelah juga harus dipersembahkan, atau memberikan segala-galanya, maka akibatnya ialah orang Islam juga sama seperti orang Kristian yang tidak dapat mengamalkan ajarannya dan terhindar dari mendapat ganjaran. Tetapi, Al-Qur’an Syarif  berkembang sedikit demi sedikit sesuai dengan fitrat manusia. Perumpamaan Injil ialah seperti seorang budak yang masuk ke sekolah dan dia dipaksa membaca buku yang begitu susah. Allah Ta’ala itu Hakiim. Tuntutan kebijaksaan-Nya ialah kesempurnaan ajaran adalah secara berperingkat-peringkat.

Untuk orang Muttaqi dikatakan: WALLADZIINA YU’MINUUNA BIMAA UNZILA ILAIKA WAMAA UNZILA MIN QOBLIKA WA BIL AAKHIROTI HUM YUUQINUUN (Al-Baqarah:5) yakni orang muttaqi itu beriman kepada kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan kitab yang diturunkan ke atas engkau, dan yakin pada yang akhir. Perkara ini tidak bebas dari kerja keras. Setakat ini iman masih dalam keadaan berhijab. Di mata orang muttaqi belum ada makrifat dan bashirat. Dengan memerangi syaitan, sehingga kini dia telah menerima satu perkara dari ketakwaan. Inilah keadaannya jemaat kita waktu ini. Mereka juga telah menerima taqwa. Namun, setakat ini mereka belum mengetahui sejauh mana jemaat ini dipelihara oleh tangan Ilahi. Jadi, ini satu bentuk iman yang akhirnya memberi manfaat yang besar.

Apabila lafaz yakin digunakan secara biasa, maka ia bermaksud darjah yang paling rendah, yakni dalam tingkatan ilmu, ia masih dalam tingkat yang terendah iaitu ilmul yakin. Pada tahap ini ia diperingkat ittiqa. Tetapi, selepas itu ia akan merentasi peringat yang lebih tinggi iaitu ainul yakin dan haqqul yakin setelah melalui jalan taqwa.

Taqwa bukan satu benda yang kecil. Melalui taqwa itulah semua syaitan-syaitan dapat diperangi. Insan yang menguasai setiap kekuatan dalamannya, dalam keadaan nafsu ammarah masih ada syaitan dalam dirinya. Jika tidak dapat diperbaiki maka insan akan menjadi hamba. Ilmu dan akal yang digunakan dengan cara yang buruk akan menjadikannya syaitan. Tugas seorang muttaqi ialah memastikan ilmu dan akalnya serta segala kekuatan lain dalam keadaan betul.

MAZHAB YANG BENAR ADALAH MURABBI
KEKUATAN INSAN

Demikian juga orang yang menganggap buruk akan balasan, kemurkaan dan pernikahan dalam setiap keadaan, mereka itu bertentangan dengan Al-Qur’an dan berperang dengan kekuatan insan. Mazhab yang benar adalah mazhab yang menjadi murabbi kepada kekuatan insan dan bukan yang menghancurkan mereka. Kelelakian dan kemurkaan yang diletakkan oleh Tuhan dalam fitrat seorang insan, meninggalkannya bererti melawan Tuhan, seperti orang yang meninggalkan urusan dunia atau menjadi rahib. Semua perkara ini menghapuskan hak-hak hamba. Jika perkara ini adalah seperti itu, maka ada bantahan untuk Tuhan yang telah melahirkan kekuatan ini dalam diri kita. Jadi, ajaran seperti itu yang terdapat dalam Injil dan mana-mana ajaran yang lazimnya menghancurkan kekuatan itu, ia akan sampai ke tahap berdosa. Allah Ta’ala memberi perintah untuk membetulkannya dan tidak suka menjadikannya sia-sia sebagaimana firman-Nya INNAL LAAHA YA’MURU BIL ‘ADLI WAL IHSAAN (An-Nahal:91) Adil adalah suatu perkara yang melaluinya semua mendapat manfaat. Ajaran Hazrat Maseeh alaihissalam iaitu jika engkau melihat dengan pandangan jahat, maka mata harus dikeluarkan. Di sini juga menghancurkan kekuatan kerana ia tidak mengajarkan bahawa engkau jangan sesekali melihat wanita yang bukan muhrim, tetapi sebaliknya memberi izin bahawa engkau boleh melihat tetapi jangan dengan pandangan zina. Di sini tidak dilarang untuk melihat. Kita harus lihat, selepas melihat hendaklah lihat apa kesan ke atas kekuatannya. Kenapa tidak hanya seperti Al-Qur’an yang melarang melihat benda-benda yang boleh menggelincirkan mata. Dan kasihan sekiranya mata yang merupakan benda yang bermanfaat dan berharga itu disia-siakan.

ISLAMI PARDAH

Kebelakangan ini dipertikaikan mengenai masalah pardah (hijab), tetapi orang-orang ini tidak tahu bahawa pardah dalam Islam itu bukanlah kurungan, malah ia merupakan satu benteng yang boleh menghalang lelaki dan wanita saling tidak melihat antara satu dengan yang lain. Apabila ada pardah, maka akan terhindar dari keburukan. Seorang yang suka akan keadilan boleh mengatakan bahawa di kalangan orang-orang yang seperti itu, di mana ada lelaki dan wanita yang bukan muhrim duduk bersama tanpa ada perasaan risau, boleh berjumpa tanpa rasa takut, lebih-lebih lagi dalam keadan berseronok, bagaimana mereka boleh terhindar dari dorongan nafsu mereka? Banyak kali kedengaran dan kelihatan bahawa lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada dalam satu rumah yang sepi, pintu tertutup, mereka itu tidak tahu akan perasaan malu, seolah-olah hal ini dianggap bertamadun. Untuk menghentikan akibat buruk daripada perbuatan ini, syariat Islam sama sekali tidak membenarkan perkara ini. Dalam keadaan ini telah dikatakan bahawa apabila lelaki dan wanita yang bukan muhrim berkumpul bersama, maka yang ketiga dari mereka adalah syaitan. Jadi, renunglah akibat buruk perbuatan ini. Beberapa tempat di Eropah, ada cara hidup yang sangat memalukan. Ini adalah akibat mereka. Jika hendak menyelamatkan suatu benda dari dikhianati, maka peliharalah. Jika kamu tidak jaga dan lindungi, dan kamu beranggapan orang ini baik, maka ingatlah bahawa benda itu akan hancur. Ajaran Islam itu sangat cantik kerana telah memisahkan lelaki dan wanita agar terhindar dari keburukan, dan memastikan hidup insan itu tidak musnah dan huru-hara, sebagaimana yang kita lihat di Eropah, di mana hari demi hari banyak tempat peperangan dan kes bunuh diri. Beberapa wanita yang baik menjalani kehidupan sebagai pelacur adalah hasil dari amalan memberi kebenaran untuk melihat wanita yang bukan muhrim.

MEMBETULKAN KEKUATAN INSAN DAN
PENGGUNAANNYA

Sebanyak mana kekuatan yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala, ia tidaklah diberikan supaya disia-siakan, tetapi ia hendaklah dibetulkan dan digunakan dengan cara yang betul. Sebab itulah insan tidak diajarkan tentang kekuatan kelelakian dan mengeluarkan mata, tetapi bertujuan supaya ia digunakan dengan cara yang dibolehkan dan membuat penyucian diri. Sebagaimana firman Allah Ta’ala QOD AFLAHAL MU’MINUUN (Al-Mu’minuun:2). Demikian juga apa yang diperkatakan di sini. Cara kehidupan orang muttaki diperlihatkan sehingga akhirnya dikatakan WA ULAA’IKA HUMUL MUFLIHUUN (Al-Baqarah:6) yakni orang-orang yang berjalan atas landasan ketakwaan, yang beriman kepada perkara ghaib, teratur dalam mendirikan solat, memberikan apa yang telah dikurniakan oleh Allah, beriman kepada kitabullah yang telah lalu dan yang sedia ada tanpa memikirkan bahaya akan dirinya, dan pada yang akhir juga dia yakin, inilah orang-orang yang mendapat hidayat, mereka itu berada di atas jalanan yang terus maju bersama-sama sehingga mencapai kejayaan. Jadi, inilah orang-orang yang berjaya, yang mencapai apa yang diinginkan. Dan mereka sudah terlepas dari jalan-jalan bahaya, sebab itu Allah Ta’ala telah memberikan kitab sebagai ajaran kepada kita sejak dari awal lagi, yang di dalamnya ada wasiyat-wasiyat taqwa.

Jadi, anggota jemaatku hendaklah meletakkan kesedihan ini melebihi semua kesedihan duniawi dalam diri masing-masing, iaitu dalam diri mereka itu ada ketakwaan atau tidak?

JALANI KEHIDUPAN YANG MISKIN

Untuk orang yang bertaqwa ada satu syarat iaitu menjalani kehidupan yang miskin. Ini adalah satu cabang dari ketakwaan, melaluinya kita dapat menghadapi kemarahan yang tidak patut. Untuk orang-orang yang berilmu dan siddiq hendaklah menghindari kemarahan yang sangat susah dan berat. Orang beragama yang sombong muncul dari kemarahan dan demikian juga kemarahan itu akibat daripada orang beragama yang sombong. Ini kerana kemarahan itu berlaku apabila insan mengagungkan dirinya lebih daripada yang lain. Aku tidak mahu anggota jemaatku ada yang saling rendah-merendahkan, atau sombong atau memandang hina orang lain. Tuhan sahaja yang tahu siapa yang besar dan siapa yang kecil. Ini adalah sejenis perbuatan hina, jika dalam diri seseorang ada kebencian, dikhuatiri kebencian ini akan tumbuh seperti biji benih sehingga boleh menghancurkan dirinya. Beberapa orang yang berjumpa orang mulia berlaku sangat hormat, tetapi orang yang mulia adalah mereka yang mendengar perkara orang miskin dari kemiskinan, menghiburkan hatinya, menghormati apa yang diperkatakannya, tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menjadikannya sedih. Tuhan berfirman WALAA TANAA BAZUU BIL ALQOOBI, BI’SAL ISMUL FUSUUQU BA’DAL IIMAAN. WAMALLAM YATUB FA’ULAA’IKA HUMUZ ZOOLIMUUN (Al-Hujurat:12) yakni janganlah kamu saling mengata sesama kamu, perbuatan itu adalah jahat dan buruk. Jika ada orang yang mengata orang lain, dia tidak akan mati selagi melainkan dia mengalami keadaan sedemkian dalam hidupnya. Jangan menganggap saudara kamu itu hina, kamu minum air dari sumber yang sama, siapa yang tahu nasib seseorang yang banyak minum air. Kemuliaan dan keagungan bukan berdasarkan usul duniawi, di sisi Tuhan, orang yang mulia ialah orang yang bertakwa. INNA AKRAMAKUM ‘INDALLAAHI ATQOOKUM INNALLAAHA ‘ALIIMUN KHOBIIR (Al-Hujurat:14)

KEPELBAGAIAN ZAT

Perbezaan dalam zat manusia bukanlah asas kemuliaan. Allah Ta’ala menciptakan perbezaan-perbezaan ini hanyalah untuk kenal-mengenal. Sekarang ini pun sudah susah untuk mengenal secara pasti selepas beberapa generasi. Jadi, bukanlah ciri seorang muttaqi untuk tenggelam dalam perselisihan peribadi. Apabila Allah Ta’ala telah membuat keputusan bahawa di sisi Aku tidak ada nilainya salasilah keluarga. Kemuliaan dan keagungan yang hakiki hanyalah dari sudut taqwa.

(Malfoozaat Jilid 1, halaman 20-23)

>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<

Diterjemahkan oleh

Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(25.11.2011)


No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...