Sunday, February 20, 2011

Susilo dituntut haram Ahmadiyah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0219&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm&arc=hive

JAKARTA 18 Feb. - Beratus-ratus ahli Barisan Pembela Islam (FPI) berhimpun di ibu negara ini hari ini bagi menuntut Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengharamkan fahaman Ahmadiyah atau meletak jawatan.
Ahli-ahli pertubuhan itu yang memakai pakaian putih bersama anak-anak mereka, membawa sepanduk menuntut peletakan jawatan Susilo melainkan Ahmadiyah diharamkan.
"Ahmadiyah bukanlah sebahagian daripada Islam, ia satu penghinaan. Nabi mereka, Mirza Ghulam Ahmad adalah nabi palsu dari India," kata pengerusi FPI cawangan Jakarta, Salim Alatas kepada AFP.
Perhimpunan itu diadakan hampir dua minggu selepas pembunuhan kejam tiga pengikut fahaman tersebut di wilayah Banten, Jawa Barat, satu serangan paling dahsyat ke atas fahaman Ahmadiyah di Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Selepas satu rakaman video tentang serangan tersebut disiarkan di YouTube, Susilo meminta FPI diharamkan dan menggesa rakyat Indonesia lebih bertolak ansur dan bersederhana dalam mengamalkan kepercayaan agama.
Polis dilapor tidak cuba menghalang kejadian pada 6 Februari itu yang dilakukan kira-kira 1,500 penduduk Islam dan menyatakan mereka tidak mempunyai bukti tentang pihak yang melakukan pembunuhan tersebut.
Sembilan individu ditahan berhubung insiden berkenaan termasuk seorang pengikut Ahmadiyah yang cedera teruk dibelasah kumpulan lelaki terbabit.
Satu dekri 2008 menyekat kebebasan beragama Ahmadiyah tetapi tidak mengharamkannya.
Seorang pegawai kerajaan berkata, pengikut Ahmadiyah perlu menerima ajaran Islam dan meninggalkan kepercayaan mereka.
Fahaman itu mempunyai 500,000 pengikut di Indonesia sejak diwujudkan pada tahun 1920-an. - AFP

No comments:

Post a Comment