Tuesday, December 14, 2010

Lembaran Tarbiyat 12



TARBIYAT ANAK-ANAK

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Hidayat dan tarbiyat adalah pekerjaan Tuhan. Mengekori dengan kekerasan dan bertindak melampaui batasan yakni menghalang anak-anak atas segala perkara, itu sebenarnya menunjukkan bahawa ‘kami yang memiliki hidayat, dan kami akan memperjalankan mereka menurut kemahuan kami”. Ini adalah syirik yang tersembunyi dan anggota Jemaat kita hendaklah menjauhinya. ...... Kamu hendaklah mendoakan anak-anak kamu dan mendisiplinkan mereka dengan palajaran. Jangan hendaknya bertindak lebih dari itu. Kemudian, yakinlah sepenuhnya kepada Allah. Sebagaimana dalam suatu biji benih ada kebolehan, maka ia akan subur tepat pada masanya”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 309)

JANGAN LUPA MENGINGATI MAUT

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Siapa yang dapat menjamin bahaya selepas solat Zuhur, dia akan hidup sehingga waktu Asar? Kadang-kala kelihatan bahawa orang mati ketika keadaannya sudah teruk, tetapi ada juga kejadian di mana seorang yang sihat dan segar, dengan tiba-tiba maut menjemputnya. Jadi, tidak ada di antara kita yang dapat mengetahui tarikh kematiannya. Sebab itu, jangan lalai sampai tidak mengingati kematian”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 403)

PERGAULAN JAHAT

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Antara benda yang boleh menghancurkan insan ialah pergaulan yang jahat. Cuba lihat Abu Jahal, dia sendiri telah musnah dan orang-orang yang duduk bersamanya juga turut musnah. Majlis-majlis mereka yang dicatat, tidak ada yang baik selain kejahatan dan mengata orang lain. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 428)

NASIHAT PENTING KEPADA ANGGOTA JEMAAT

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Saya menasihatkan semua anggota Jemaatku agar mengasihi mereka yang lemah dan mentah di kalangan mereka. Berusahalah agar kelemahan mereka dapat dijauhkan. Jangan berkeras dengan mereka, jangan mempamerkan akhlak yang tidak baik di hadapan mereka. Malah beri kefahaman kepada mereka. Di kalangan para sahabat Rasululullah s.a.w juga ada orang munafik, Rasulullah s.a.w tetap berkelakuan baik terhadap mereka. Saya telah berjanji bahawa saya akan membantu Jemaat ini dengan doa-doa. Tanpa doa, kita tidak dapat berbuat apa-apa”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 452)

ISLAM TIDAK DISEBARKAN MELALUI PEDANG

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Peperangan yang berlaku dalam Islam zaman dahulu adalah mempertahankan diri. Amat salah bagi orang yang mengatakan bahawa orang lain dipaksa memeluk Islam. Keimanan saya ialah Islam tidak disebarkan dengan pedang. ...... Aku diperintahkan agar memberi tarbiyat dengan kekuatan akhlak”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 499)

No comments:

Post a Comment