Sunday, November 7, 2010

Lembaran Tabligh 06


KEWAFATAN NABI ISA

KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN - 02

IZ QOOLAL LAAHU YAA ‘IISAA INNII MUTAWAFFIIKA WA ROOFI’UKA ILAIYA WA MUTAHHIRUKA MINAL LAZIINA KAFARUU WAJAA ‘ILUL LAZIINAT TABA’UUKA FAUQAL LAZIINA KAFARUU ILAA YAUMIL QIYAAMATI.

Ali Imran:56, dalam ayat ini ada empat perkara yang dinyatakan: (1)Akan mewafatkan engkau, (2)Akan mengangkat engkau kepada-Ku, (3)Akan mensucikan engkau, dan (4)Akan menjadikan pengikut-pengikut engkau unggul di atas orang-orang yang ingkar.

Kata RAFA’ datang selepas kata TAWAFFA, ini bererti yang diangkat adalah ruh dan bukannya jisim. Apabila Allah melakukan RAFA’, ia bermaksud meninggikan darjat seseorang.

LAFAZ RAFA’ DI DALAM AL-QUR’AN

>Maryam:58 – WA RAFA’NAAHU MAKAANAN ‘ALIYAN, Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.

>Al-A’raaf:177 – WALAU SYI’NAA LARAFA’NAAHU BIHAA, Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu.

>An-Nuur:37 – FII BUYUUTIN AZINALLAAHU ANTURFA’A WA YUZKARA FIIHAAS MUHU, Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.

>Al-Mujaadilah:12 – WA IDZAA QIILAN SYUZUU FANSYUZU YARFA’IL LAAHUL LADZIINA AAMANUU MINKUM, Dan apabila dikatakan kepada mereka “berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu.

LAFAZ RAFA’ MENURUT HADIS, KAMUS DAN TAFSIR

>WARFA’NIterdapat dalam bacaan duduk antara dua sujud (Ibnu Majah)

>RAFA’ bagi Rasulullah s.a.w (Tafsir Shofi, bawah ayat Ali Imran:145)

>WA IDZAA TAWAADHO’AL ‘ABDU RAFA’AHUL LAAHU ILAS SAMAA’IS SAABI’ATI, yakni Tuhan mengangkat hamba-Nya sampai kelangit ketujuh (Kanzul Ummat Jilid 2). Di sini ada perkataan ILAA dan SAMA’ (langit), tetapi tidak ada pula disentuh mengenai tubuh kasar yang diangkat.

>MAA TAWAADHO’A AHADUN LILLAAHI ILLAA RAFA’AHUL LAAHU, tidak ada hamba yang tunduk patuh kepada Allah akan dibiarkan tanpa memberikan suatu darjat kepada mereka. (Muslim Jilid 2)

No comments:

Post a Comment